| Pengeboman Pejabat Perdana Menteri Iran 1981 | |
|---|---|
| Sebahagian daripadaTerrorisme di Iran | |
Bangunan PM Iran selepas letupan | |
| Lokasi | Tehran, Iran |
| Tarikh | 30 Ogos 1981 (1981-08-30) 15,[1] 14:45[2] (+3:30) |
| Sasaran | Para pegawai Iran |
Jenis serangan | Pengeboman |
| Kematian | 8[3] |
| Tercedera | 23[3] |
| Penyerang | AgenMEK bernama Masoud Keshmiri |
| sunting ·sunting di Wikidata | |
Pejabat Perdana Menteri Iran,Mohammad Javad Bahonar, telah dibom pada 30 Ogos 1981 olehMujahedin Rakyat Iran (MEK), membunuh Bahonar, PresidenMohammad Ali Rajai, dan enam orang pegawai kerajaan Iran yang lain.[4][5] Bom beg bimbit tiba dua bulan selepaspengeboman Hafte Tir, yang mana membunuh lebih 70 orang pegawai kanan Iran, termasuk Ketua HakimMohammad Beheshti, yang mana merupakan pegawai kedua tertinggi di Iran.
Berdasarkan para pemerhati Barat, MEK berkemungkinan besar bertanggungjawab di atas letupan ini, di sebabkan oleh "persenjataan dan pengalaman dalam taktik keganasan."[6] Ia kemudian dibuktikan bahawa serangan ini dilakukan oleh seorang agen MEK bernama Masoud Keshmiri, setiausaha di pejabat Bahonar danMajlis Tertinggi Keselamatan Kebangsaan,[7] yang mana kemudian menggunakan satu passport palsu untuk melarikan diri daripada Iran selepas serangan.
Tidak lama kemudian, majlis presiden sementara mengumumkanhari perkabungan negara selama lima hari, danParlimen Iran telah memilih AyatollahMahdavi Kani sebagai perdana menteri seterusnya.
MEK, asalnya ditubuhkan pada tahun 1965 oleh para golongan pelajar kiri Iran yang menentangShah Pahlavi, menyasarkan teokrasi Khomeini danParti Republik Islamik (IRP) selepas meletusnyaPerang Iran-Iraq. Dengan sokonganIraq, MEK disalahkan atas kematian 17,000 orang rakyat Iran semasa perang.[8] Satu minggu selepas PresidenAbolhassan Banisadr dilucutkan jawatan pada tahun 1981, ibu pejabat IRP telahdibom oleh para pejuang MEK, membunuh 73 orang pegawai berpangkat tinggi, termasuk Ketua HakimAyatollah Mohammad Beheshti.[3]Mohammad Ali Rajai dan pembantu beliau.Mohammad Javad Bahonar menang pilihanraya dengan 91 peratus undi popular dan memegang jawatan pada 4 Ogos 1981. MEK mengebom pejabat Bahonar kurang daripada empat minggu kemudian.[8]


Berdasarkan maklumat dari mangsa-mangsa yang terselamat, bom meletup apabila seorang daripada mangsa telah membuna sebuah beg bimbit yang telah dibawa oleh Masoud Keshmiri.[8]Ettela'at melaporkan bahwa letupan ini telah memusnahkan tingkat pertama dan merosakkan separuh tingkat kedua di bangunan pejabat Perdana Menteri, yang terletak di Jalan Pastor. Rajai, Bahonar, dan para pegawai tentera dan keselamatan terbunuh. Mangsa-mangsa yang tercedera diselamatkan daripada runtuhan dan dihantar ke hospital. Di sebabkan terbakar teruk, jenazah mangsa tidak dapat dikenali, dan beberapa mangsa dikenal pasti melaluigigi mereka.[3]
Lebih daripada 20 orang suspek telah dikenal pasti dalam siasatan yang dijalankan, termasuk Masoud Keshmiri, Ali Akbar Tehrani, Mohammad Kazem Peiro Razawi, Khosro Ghanbari Tehrani, Javad Ghadiri, Mohsen Sazgara, Taghi Mohammadi, dan Habibollah Dadashi.[10]
Masoud Keshmiri, yang mana bekerja sebagai setiausaha pejabat Bahonar sejak setahun sebelum pengeboman, telah dikenal pasti sebagai pelaku. Memperincikan Keshmiri sebagai seekor "serigala buas," seorang pegawai di pejabat Pendakwaraya berkata Keshmiri berjaya menyembunyikan aktiviti anti kerajaan beliau dengan baik di mana satu jenazah yang pada mulanya dianggap sebagai beliau yang dikebumikan pada 31 Ogos dengan kehormatan penuh sebagai seorangsyuhada darirevolusi Islamik.[5] Later investigations proved that Keshmiri was an agent of the MEK.
Abdol Hossein Daftarian telah terperangkap di dalam lift selepas letupan, di mana beliau lemas dan menyebabkan kematian beliau. MEK berjaya mencuri masa untuk Keshmiri dengan menyebarkan khabar angin bahawa lelaki yang ditemui di dalam lift sebenarnya adalah beliau. Meskipun pihak berkuasa Iran menangkap dan membunuh ramai agen MEK,[8] Keshmiri berjaya melepaskan diri dengan menggunakan sebuah passport palsu.[9]
Berikutan dengan kematian Rajai dan Bahonar, sebuah majlis presiden sementara telah ditubuhkan, sepertimana yang dituntut dalam Artikel 130Perlembagaan Iranion. Majlis sementara terdiri daripada AyatollahAkbar Hashemi Rafsanjani, speaker Parlimen, dan AyatollahMousavi Ardabili, presidenMahkamah Tinggi. Majlis mengumumkan lima harihari perkabungan negara dan menamakan Menteri Dalam Negeri AyatollahMahdavi Kani kepada Parlimen sebagai perdana menteri seterusnya.[3] Parlimen membuat sebuah pilihanraya pada 2 Oktober 1981 untuk memilih penganti Bahonar;[5] Kani menang undi percaya di parlimen untuk menjadi perdana menteri, menerima 178 undi sokongan, manakala 10 undi menentang, dan 8 tidak hadir(daripada sejumlah 196 undi).[3]
|publisher= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)|publisher= (bantuan)|publisher= (bantuan)|publisher= (bantuan)