Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Pengawal luncur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengawal luncur pada stereng 2000Jeep Grand Cherokee.

Pengawal luncur (cruise control, juga dipanggil sebagaiautocruise) ialah satu sistem yang mengawal kelajuankenderaan bermotor secara automatik. Sistem tersebut mengambil alih kawalanpendikit kereta untuk mengekalkan kelajuan yang ditetapkan oleh pemandu.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Kawalan kelajuan menggunakanpengawal imbang emparan mula digunakan pada kereta seawal tahun 1910an, terutamanya olehPeerless. Peerless mengiklankan bahawa sistem mereka mampu "mengekalkan kelajuan tidak kira semasa mendaki atau menuruni bukit". Teknologi tersebut dicipta olehJames Watt danMatthew Boulton pada tahun 1788 untuk mengawal kelajuanenjin wap mereka. Pengawal impang melaras kedudukan pendikit apabila kelajuan enjin berubah mengikut beban yang berbeza.

Pengawal luncur moden dicipta pada tahun 1945 oleh seorang perekacipta dan jurutera yang buta bernamaRalph Teetor. Idealnya lahir hasil rungutannya mengenai kereta yang dipandu oleh peguamnya yang menambah dan menurunkan kelajuan semasa dia berbual. Kereta pertama yang dilengkapi sistem ciptaan Teetor ialahChryslerImperial pada tahun 1958. Sistem ini mengira kelajuan atas tanah berdasarkan putaranaci pacu serta menggunakansolenoid untuk mengawal kedudukan pendikit jika diperlukan.

Teori pengendalian

[sunting |sunting sumber]

Dalam rekaan moden, pengawal luncur mesti dihidupkan terlebih dahulu sebelum digunakan — dalam sesetengah sistem ia sentiasa dihidupkan tetapi tidak sentiasa dibolehkan; sesetengah rekaan lain pula mempunyai suis berasingan, manakala rekaan yang lain pula hanya mempunyai punat penghidup yang perlu ditekan selepas kenderaan dihidupkan. Kebanyakan rekaan mempunyai butang untuk fungsi-fungsi menetapkan(set), meneruskan(resume), memecut(accelerate) dan meluncur(coast). Sesetengah sistem turut mempunyai butang batal(cancel). Sebagai alternatif, menekaninjakbrek atauklac akan melumpuhkan sistem supaya pemandu boleh mengubah kelajuan tanpa halangan daripada sistem tersebut. Sistem ini dikendalikan dengan butang-butang kawalan yang mudah dicapai pemandu, biasanya melalui butang-butang pada jejari atau pinggirstereng seperti pada kenderaanHonda, pada tangkai suisisyarat membelok seperti pada kenderaanGeneral Motors yang lebih lama, atau pada tangkai khas seperti pada kenderaanToyota,Lexus danProton. Rekaan terawal menggunakan dail untuk menetapkan kelajuan pilihan.

Pemandu perlu meningkatkan kelajuan kenderaan secara manual dan seterusnya menggunakan butang pengawal luncur untuk menetapkan kelajuan pengawal luncur pada kelajuan terkini. Pengawal luncur seterusnya mengambil isyarat kelajuan daripadaaci pacu, kabelmeter laju, pengesan kelajuan roda melaluiRPM enjin atau dari denyutan kelajuan dalaman yang dihasilkan secara elektronik oleh kenderaan. Kebanyakan sistem tidak membenarkan pengawal luncur digunakan di bawah kelajuan tertentu (biasanya sekitar 40km/j atau 25bsj). Kenderaan akan mengekalkan kelajuan tersebut dengan menarik kabelpendikit menggunakan solenoid, mekanisme servo kawalan hampagas, atau melalui sistem elektronik dalam kenderaan jika ia menggunakan sistempacu melalui wayar.

Kesemua sistem pengawal luncur boleh dimatikan terus secara automatik, iaitu semasa pemandu menekan injak brek dan klac. Pengawal luncur biasanya turut disertakan dengan ciri-ciri ingatan untuk meneruskan kelajuan yang ditetapkan selepas membrek serta ciri-ciri luncur untuk melepaskan sistem tanpa membrek. Semasa pengawal luncur diaktifkan, pendikit masih boleh digunakan untuk memecut, tetapi apabila injak pendikit dilepaskan, kereta akan diperlahankan sehingga ia mencapai kelajuan yang ditetapkan sebelum itu.

Pada kenderaan terkini yang dilengkapikawalan pendikit elektronik, pengawal luncur boleh disepadukan dengan mudah padasistem pengurusan enjin kenderaan. Sistem "penyesuaian" moden turut dilengkapi keupayaan yang akan mengurangkan kelajuan semasa automatik apabila jarak mengekori atau had laju berkurangan. Ia merupakan satu kelebihan bagi pemandu yang memandu di kawasan yang tidak dikenali.

Sesetengah sistem pengawal luncur mempunyai fungsi "pengehad kelajuan", yang tidak membenarkan kenderaan dipecut melebihi kelajuan maksimum yang ditetapkan; ia boleh digubal dengan menekan injak pendikit sepenuhnya.

Kelebihan dan kelemahan

[sunting |sunting sumber]

Kelebihan

[sunting |sunting sumber]
  • Berguna semasa perjalanan jauh (mengurangkan kelesuan pemandu akibat menekan injak pendikit terlalu lama) melaluilebuh raya sertajalan raya merentasi kawasan lapang dan terpencil. Ia seterusnya menyumbang kepada penjimatan bahan api yang lebih baik.
  • Berguna bagi mengelakkan pemandu daripada melanggarhad laju tanpa disedari.

Kelemahan

[sunting |sunting sumber]
  • Boleh membawa kepada kemalangan yang disebabkan olehhipnosis lebuh raya atau kecuaian pengguna, berikutan tumpuan pemandu yang boleh jadi semakin merosot akibat penggunaan pengawal luncur.
  • Tidak sesuai digunakan di jalan raya yang basah, dilitupi salji serta mempunyai banyak selekoh tajam.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengawal_luncur&oldid=5194401"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp