Bilangan tepat gula-gula di dalam balang ini tidak boleh ditentukan dengan melihatnya, kerana kebanyakan gula-gula tidak dapat dilihat. Jumlah boleh dianggarkan dengan membuat anggapan bahawa bahagian balang yang tidak dapat dilihan mengandungi jumlah sama dengan jumlah yang dikandungi dalam isi padu yang sama untuk bahagian yang boleh dilihat.
Penganggaran (ataumenganggar) ialah proses mencarianggaran ataupenghampiran, yang merupakan nilai yang boleh guna untuk beberapa tujuan walaupun data masukan mungkin tidak lengkap,tidak pasti, atautidak stabil. Nilai walau bagaimanapun boleh guna kerana ia terbit daripada maklumat terbaik yang ada.[1] Biasanya, penganggaran melibatkan "menggunakan nilai suatu statistik yang terbit daripadasampel untuk menganggar nilai parameter populasi yang sepadan".[2] Sampel memberi maklumat yang boleh diunjurkan, melalui pelbagai proses formal atau tidak formal, untuk menentukan julat besar kemungkinan untuk menghuraikan maklumat yang hilang. Anggaran yang menjadi salah akan menjadilebih anggaran jika anggaran melebihi hasil sebenar[3] dankurang anggaran jika anggaran tidak mencapai hasil.[4]