Teko neti tembikar. Teko tersebut juga boleh diperbuat daripadakaca,logam, atauplastik.
Pengairan hidung ialah amalankesihatan peribadi yang membabitkan pembanjiranrongga hidung dengan air garam suam menerusi semperit atauneti pot (teko neti). Tujuannya adalah untuk menghapuskanlendir kelebihan dan melembapkan rongga hidung. Amalan ini telah menjalani pengujian klinikal dan didapati selamat dan bermanfaat, tanpa sebarang kesan sampingan.[1][2]
Menjirus hidung dengan air garam menggalakkan kesihatan hidung. Ia boleh digunakan oleh pesakitsinusitis kronik, termasuk mereka yang menghidap gejala sakit muka,sakit kepala,halitosis,batuk, danrhinorrhea anterior (buangan berair), dengan satu kajian melaporkan juga bahawa "kesan pengairan hidung untuk merawat gejala tersebut adalah sama sahaja dengan terapi ubat.”[3] Dalam kajian yang lain, "pengairan hidung air garam hipertonik harian memperbaik mutu kehidupan yang berkait dengan sinus, serta mengurangkan gejala dan penggunaan ubat bagi mereka yang sering menghidap sinusitis,[2] dengan pengairan disyorkan sebagai "rawatan tambahan yang berkesan untuk gejala sinusitis yang kronik."[4][5]
Pengairan hidung dikatakan membantu mencegahselesema dan menggalakkan kesihatan hidung menerusi pembersihan saluran hidung serta pengurangan keadaan kesebakan, kekeringan, dan gejalaalergi. Bagi mereka yang menghidapsinusitis kronik, pengairan hidung merupakan cara yang cepat dan murah untuk menggalakkan fungsisilium dan pusing ganti lendir, dan mengurangkanedema, serta juga memperbaik penyairan menerusisinus ostia. Secara ringkas, pengairan hidung dikatakan boleh:
Menghapuskan lendir yang bergetah dan membantu mengurangkankesebakan hidung
Membersihkan dan menghapuskan rongga sinus daripadaalergen, bahan yang merengsakan, serta bahan cemar
Amalan pernafasan yoga yang dikenali sebagaipranayama diperkukuh dengan amalan jala neti kerana kebanyakannya membabitkan pernafasan dalam menerusi lubang hidung.
Manfaat-manfaat lain yang dikesan oleh para pengamal termasuk:
Penglihatan menjadi lebih jelas. Jala neti dapat membersihkan duktus air mata
Sesetengah orang mungkin memiliki sumbatan yang keras. Ini boleh dihapuskan secara beransur-ansur melalui sejumlah percubaan, akan tetapi jika penyumbatan diakibatkan olehseptum tersisih, pembedahan kecil mungkin diperlukan.
Sesetengah sumbatan sederhana boleh dihapuskan menerusisutra neti, jika Jala neti tidak berjaya.
Rasa jengkel atau rasa membakar pada pelapik hidung: Rasanya seakan-akan rasa jengkel yang diakibatkan olehklorin di dalam kolam renang. Ini biasanya diakibatkan oleh air padasuhu dan/atau kemasinan yang salah, atau juga kerana garam itu mengandungi bahaniodin. Air sejuk mungkin mengakibatkan ketidakselesaan kepada banyak orang. Jika air adalah pada suhu badan atau kemasinan yang betul, cubalah garam tanpa iodin.
Pesakit mungkin mengalami sakit teruk yang diakibatkan oleh tekanan pada sinus. Mereka itu mesti berhenti dengan serta merta dan berjumpa doktor.
Mereka yang mengalami ketidakselesaan telinga semasa melakukan Jala Neti mesti menghembus hidung dengan lebih lembut selepas membasuh hidung. Jika masalah itu masih dialami, bukaantiub Eustachia mereka mungkin terlalu besar dan amalan ini mungkin tidak sesuai untuk mereka.
Pengaliran hidung tidak boleh dilakukan apabila seseorang sedang berdarah hidung atau baru-baru sahaja menjalani sesetengah jenis pembedahan hidung.