Rencana ini mengenai peristiwa Operasi ketenteraan Rusia terhadap Ukraine pada tahun 2022. Untuk ketenteraan sebelum pencerobohan, sila lihatKrisis Rusia-Ukraine 2021–2022. Untuk peperangan hibrid sejak tahun 2014, sila lihatPerang Rusia-Ukraine.
Selain penerangan dalam rencana, kesemua masa dalam teks menggunakan masaUTC+02:00 (UTC+2).
Serangan udara danmisil Rusia menyerang pangkalan-pangkalan tentera, lapangan terbang dan bandar-bandar utama di seluruh Ukraine, termasukKyiv,Lviv,Kharkiv, danOdessa
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine (Rusia:Вторже́ние Росси́и на Украи́ну,Bahasa Ukraine:Російське вторгнення в Україну) atauOperasi Ketenteraan Khas (istilah rasmi pemerintah Rusia,Rusia:специа́льная вое́нная опера́ция) ialah pencerobohanRusia terhadapUkraine secara keseluruhan dalamPerang Rusia-Ukraine pada Februari 2014 hingga kini, bermula sejak Rusia isytihar perang terhadap Ukraine.
Pada 21 Feberuari 2022, Rusia mengiktiraf entiti pro-RusiaRepublik Rakyat Donetsk danLuhansk sebagai negara merdeka, seterusnyaTentera Rusia masuk ke kawasanDonbas di timur Ukraine.[11] Pada Pada pukul 06:00 waktu Moscow (UTC+3) 24 Februari 2022,Presiden RusiaVladimir Putin mengumumkan sebuah "operasi ketenteraan khas" di Ukraine Timur dengan tujuan "penyahtenteraan dan nyah-Nazi Ukraine" dalam ucapan siaran langsung TV, selepas itu mencerobohi Ukraine, meletupkan bandar termasuk ibu kota Ukraine,Kyiv dan infrastruktur ketenteraan, dan menujuKharkiv.
Pencerobohan ini mendapat kecaman meluas antarabangsa, termasuk sekatan ekonomi besar-besaran, dengan protes antiperang di Rusia dibalas dengan penangkapan besar-besaran.[12][13]
Berikutanpembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991,Ukraine danRusia terus mengekalkanpertalian yang rapat. Pada tahun 1994, Ukraine bersetuju meninggalkangedung senjata nuklear dan menandatanganiMemorandum Budapest tentang Jaminan Keselamatan atas syarat bahawa Rusia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat akan mengeluarkan jaminan menentang ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap keutuhan wilayah atau kemerdekaan politik Ukraine. Lima tahun kemudian, Rusia merupakan salah satu penandatanganPiagam untuk Keselamatan Eropah, di mana ia "mengesahkan semula hak sedia ada setiap dan semua Negara yang menyertai untuk menjadi bebas memilih atau mengubah aturan keselamatan, termasuk perjanjian perikatan, apabila ia berkembang".[14]
Persengketaan tersebut bermula dengan peningkatan tentera yang utama, pada mulanya dari Mac hingga April 2021 dan kemudian dari Oktober 2021 hingga Februari 2022. Semasa peningkatan tentera yang kedua, Rusia mengeluarkan tuntutan kepada Amerika Syarikat dan NATO, mengajukan dua draf perjanjian yang mengandungi permintaan untuk perkara yang dirujuk sebagai "jaminan keselamatan", termasuk janji sah di sisi undang-undang bahawa Ukraine tidak akan menyertai NATO serta pengurangan dalam askar-askar NATO dan perkakasan tentera yang ditugasi di Eropah Timur,[15] dan mengancam tindak balas tentera yang tidak ditentukan jika NATO terus mengikut "perintah yang agresif".[16]
Pihak Perkhidmatan Pengawal Sempadan Negara Ukraine menyatakan bahwa pos sempadan dengan Rusia dan Belarus telah diserang.[17][18] Dua jam kemudian, tentera darat Rusia memasuki Ukranie. Presiden UkraineVolodymyr Zelensky bertindak balas dengan mengisytiharkan darurat, memutuskanhubungan diplomatik dengan Rusia, dan mengumumkan kerahan ketenteraan awam.
Negara-negara yang telah membekalkan peralatan ketenteraan kepada Ukraine semasa pencerobohan 2022
Sejak 2014 Australia, Kanada, negara Baltik, Perancis, Jerman, Poland, Turki, UK, AS danEU danPPAU telah memberikan bantuan ketenteraan kepada Ukraine.[19] Apabila Rusia mula membina peralatan dan tenteranya di sempadan Ukraine, negara anggota PPAU meningkatkan kadar penghantaran senjata mereka.[20] Berikutan pencerobohan itu, sebahagian daripada 30 anggota PPAU, termasuk Jerman, bersetuju untuk membekalkan senjata, tetapi PPAU sebagai sebuah pertubuhan tidak.[21][22] PPAU, dan negara anggotanya, berkata mereka tidak akan menghantar tentera ke Ukraine untuk mempertahankan negara itu,[23][24] satu keputusan yang dilabelkan oleh sesetengah pakar sebagai dasarpenenangan.[25][26]
Pada 26 Februari, Blinken mengumumkan bahawa beliau telah membenarkan $350 juta bantuan ketenteraan jenis maut, termasuk sistem anti-perisai dan anti-pesawat.[27][28] Keesokan harinya, EU menyatakan bahawa ia akan membeli €450 juta (AS$502 juta) dalam bentuk bantuan maut dan tambahan €50 juta ($56 juta) dalam bekalan bukan maut untuk dibekalkan ke Ukraine, dengan Poland bertindak sebagai hab pengedaran.[29][30][31] Ketua dasar luar EU Josep Borrell menyatakan bahawa EU berhasrat untuk membekalkan Ukraine dengan jet pejuang. Bulgaria, Poland dan Slovakia mempunyai MiG-29, dan Slovakia juga mempunyai Su-25, pesawat yang sudah diterbangkan oleh Ukraine dan boleh dipindahkan tanpa latihan juruterbang.[32] Bagaimanapun, pemilik pesawat itu enggan mendermakan senjata yang penting untuk pertahanan wilayah mereka sendiri, dan bimbang Rusia boleh melihatnya sebagai tindakan perang jika jet terbang dari pangkalan udara mereka untuk memerangi Ukraine.[33][34]
Menteri Luar UkraineDmytro Kuleba menyatakan bahawa sehingga 6 Mac, kira-kira 20,000 warga asing dari 52 negara telah menawarkan diri untuk berjuang demi Ukraine.[35] Kebanyakan sukarelawan ini menyertai Legion Antarabangsa Pertahanan Wilayah Ukraine yang baru ditubuhkan.[35]
Rusia
Ukraine
Negara-negara yang menghantar sebarang bantuan, termasuk bantuan kemanusiaan ke Ukraine
Kenyataan Presiden ASJoe Biden dan sesi soal jawab ringkas pada 24 Februari 2022
Negara-negara Barat dan lain-lain mula mengenakan sekatan terhad ke atas Rusia apabila ia mengiktiraf kemerdekaan Donbas. Dengan bermulanya serangan pada 24 Februari, sebilangan besar negara lain mula mengenakan sekatan dengan tujuan untuk melumpuhkan ekonomi Rusia. Sekatan adalah meluas, menyasarkan individu, bank, perniagaan, pertukaran kewangan, pemindahan bank, eksport dan import.[53][54][55]
Sekatan itu termasuk bank utama Rusia yang akan diputuskan daripada SWIFT, rangkaian pemesejan global untuk pembayaran antarabangsa. Walaupun masih terdapat kebolehcapaian yang terhad untuk memastikan keupayaan berterusan untuk membayar penghantaran gas.[56] Sekatan termasuk pembekuan aset di Bank Pusat Rusia, yang memegang rizab pertukaran asing sebanyak $630 bilion,[57] untuk mengelakkannya daripada mengimbangi kesan sekatan[58][59][60] dan melibatkan saluran paip gas Nord Stream 2.[61] Menjelang 1 Mac, jumlah keseluruhan aset Rusia yang dibekukan oleh sekatan berjumlah $1 trilion.[62]
Beberapa negara yang berkecuali dalam sejarah geopolitik, sepertiSwitzerland danSingapura, telah bersetuju mengenakan sekatan. Sesetengah negara turut mengenakan sekatan ke atas pertubuhan dan individuBelarus, seperti presiden Aleksandr Lukashenko, kerana penglibatan Belarus dalam pencerobohan itu.
^abRepublik Rakyat Donetsk dan Republik Rakyat Luhansk ialah negara pemisah yang mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada Mei 2014, sambil menerima pengiktirafan antara satu sama lain, negarade factoOssetia Selatan, dan Rusia (sejak 2022).[1][2][3]
^Tentera Rusia dibenarkan melakukan sebahagian daripada pencerobohan dari wilayah Belarus.[4] Presiden BelarusAleksandr Lukashenko juga menyatakan bahawa tentera Belarus boleh mengambil bahagian dalam pencerobohan jika diperlukan.[5] Wilayah Belarus juga digunakan untuk melancarkan peluru berpandu terhadap Ukraine.[6]Lihat juga:Penglibatan Belarus dalam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022
^Dmytro Kuleba,Menteri Luar Negeri Ukraine, memberitahuCNN bahawa kira-kira 20,000 orang, kebanyakannya dari negara-negara Eropah, telah pergi ke Ukraine untuk menyertai perjuangan menentang tentera Rusia yang menyerang.[10]
^RRD menyatakan 1,201 askarnya terbunuh dan 5,006 cedera antara 1 Januari dan 14 April 2022,[46] yang mana 13 maut dan 50 cedera antara 1 Januari dan 25 Februari 2022,[47] meninggalkan sejumlah 1,188 terbunuh dan 4,956 cedera dalam tempoh pencerobohan Rusia.
^Rusia menyatakan 1,500 anggota tentera RRD dan RRL terbunuh pada 24 Feb.–5 April 2022.[48] Mengambil kira bahawa secara rasmi mengesahkan kerugian RRD ialah 979 terbunuh 26 Feb.–7 April 2022,[49][47] boleh dianggarkan 500–600 askar RRL meninggal dunia sekitar 24 Feb.–5 April 2022.
^Termasuk 7,000–15,000 terbunuh, serta cedera, hilang dan ditangkap.
^"Общая информация" [General Information].Official site of the head of the Lugansk People's Republic (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripadayang asal pada 12 Mac 2018. Dicapai pada11 Mac 2018.
^"Istanbul Document 1999" [Dokumen Istanbul 1999] (dalam bahasa Inggeris). Organization for Security and Co-operation in Europe. 19 November 1999.Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2014. Dicapai pada21 Julai 2015.
^"◤俄乌开战◢-俄掀反战示威-逾5900人遭拘留" [Demonstrasi antiperang di Rusia, hampir 5900 orang ditahan].China Press (dalam bahasa Cina). 28 Februari 2022. Dicapai pada28 Februari 2022.