Pencemaran udara daripada kilang senjata Perang Dunia II di Alabama, A.S.
Pencemaran,Pengotoran atauVerschmutzung merupakan suatu peristilahan bagi kemasukan bahan-bahan pencemar seperti bahankimia,hingar,haba,cahaya dantenaga dialam sekitar yang mengakibatkan kesan memusnahkan sehingga membahayakankesihatanmanusia, mengancam sumber alam danekosistem, serta mengganggu ameniti dan kepenggunaanalam sekitar.[1][2][3]
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar(AKAS) 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran ialah perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan yang mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam manusia atau organisma-organisma lain,iaitu tumbuhan dan haiwan.
Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenaeutrofikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.[5]
Pencemaran tanah, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat,hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.[6]
Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB.
Pencemaran bau bermaksud satu perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negatif kepada haiwan dan manusia.
Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar.
Pencemaran terma, iaitu perubahansuhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.
Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.
^Ramstorp, M. (2008)."2. Contaminants".Introduction to Contamination Control and Cleanroom Technology. John Wiley & Sons. m/s. 20–26.ISBN9783527613137. Diarkibkan daripadayang asal pada 2020-02-08. Dicapai pada2019-07-15.