Tarian merupakan pergerakan anggota badan mengikut rentakmuzik. Tarian boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan.Penyanyi juga sering mengiringi sesuatu persembahan tarian. Tarian ialah bentuk seni persembahan yang terdiri daripada urutan pergerakan, baik secara improvisasi atau dipilih dengan sengaja. Pergerakan ini mempunyai nilai estetik dan sering simbolik. Tarian dapat dikategorikan dan digambarkan oleh koreografinya, oleh repertoar pergerakannya, atau mengikut tempohsejarah atau tempat asalnya.[1]
Tarian secara amnya, meskipun tidak secara eksklusif, dilakukan dengan iringan muzik dan boleh atau tidak, dipersembahkansemasa dengan muzik tersebut. Sesetengah tarian (sepertitarian ketuk) mungkin menyediakan iringan yang boleh didengar sendiri sebagai gantian (atau sebagai tambahan kepada) muzik. Banyak bentuk awal muzik dan tarian dicipta bagi satu sama lain dan sering dipersembahkan bersama-sama. Contoh terkenal gandingan tarian/muzik tradisional termasukjig,waltz,tango,disko dansalsa. Beberapagenre muzik mempunyai bentuk tarian selari sepertimuzk dantarian barok; jenis tarian dan muzik lain mungkin berkongsi tatanama tetapi dibangunkan secara berasingan, sepertimuzik klasik danbalet klasik. Koreografi dan muzik berjalan seiring kerana ia saling melengkapi untuk mengekspresikan cerita yang disampaikan oleh koreografer dan atau penari.[2]
Irama (atauritma sertarentak) dan tarian berkait rapat sesama satu lain sepanjang sejarah dan amalan. Penari AmerikaTed Shawn menulis; "Konsepsi irama yang mendasari semua kajian tarian adalah sesuatu yang boleh kita bincangkan selama-lamanya, dan masih belum selesai."[3] Irama muzik memerlukan dua elemen utama; pertama,nadi yang berulang-ulang yang menetapkantempo dan yang kedua, corakaksen danrehat yang mewujudkan watakmeter atau corak irama asas. Nadi asas adalah kira-kira sama dalam tempoh dengan langkah atau gerak isyarat mudah.
Tarian boleh dilihat sebagai aktiviti fizikal serta alternatif kepada senaman lazim, dan menarik minat sesetengah orang yang biasanya tidak aktif.[4] Tarian dalam bidang kesihatan telah menjadi faktor penting dalam pencegahan, rawatan dan pengurusan dalam beberapa keadaan kesihatan, dan memberi manfaat kepada kesihatanfizikal danmental serta memberi ruangankomunikasi sosial.[5] Tambahan pula, sejumlah besar maklumat kerajaan, kesihatan dan pendidikan tersedia yang memuji faedah tarian untuk kesihatan.[6]
Walau bagaimanapun, tarian juga ada risiko kecederaan. Seperti para atlet, para Penari memerlukan latihan berjam-jam yang boleh memberi tekanan pada badan. Akibatnya,kecederaan sukan, kecederaanketegangan berulang. Di samping itu, para penari juga cenderung terhadap persekitaran buruk serta kekurangan latihan, dan penjagaan mesti diambil supaya pelajar tidak ditekan secara tidak wajar.[7] Kecederaan paling biasa bagi penari balet sebagai contoh, ialah sindrom patah pinggul dan kecederaan kaki atau buku lali.[8] Kecederaan kaki dan buku lali terdedah kepada pelbagai jenis kecederaan, termasuk patah tulang akibat tekanan, kecederaan tendon, terseliuh dan regangan, termasuk pemakaian kasut yang berisiko. Aturan RICE (Rehat, Ais, Mampatan, Penaikan) biasanya diamalkan sebagai terapipertolongan cemas dalam kebanyakan kecederaan tarian sebelum ambulans tiba, atau apa-apa kes kecederaan ringan ketika menari.[9]
^Shawn, Ted,Dance We Must, 1946, Dennis Dobson Ltd., London, hlm. 50
^Ravelin, Teija; Kylmä, Jari; Korhonen, Teija (2006). "Dance in mental health nursing: a hybrid concept analysis".Issues in Mental Health Nursing.27 (3): 307–317.doi:10.1080/01612840500502940.PMID16484172.