Pemburuan (Jawi: ڤمبوروان) ialah amalan mengejar haiwan liar untuk tujuan mendapatmakanan,bahan dagangan atau sekadarberekriasi. Pemburuan (pembunuhan, penjeratan atau penangkapan) haiwan liar yang melanggar undang-undang perlindungan haiwan dipanggil pencerobohan.
Pemburuan juga melibatkan penghapusanhaiwan perosak untuk tujuan membasmi penyakit yang disebabkan oleh bilangan haiwan berkenaan yang terlalu banyak. Penyokong kegiatan memburu berhujah bahawa pemburuan boleh menjadi komponen yang perlu[1] dalampengurusan hidupan liar moden, misalnya untuk membantu mengimbangi bilangan haiwan sihat dalam lingkungankeupayaan muatan ekologi sesebuah persekitaran apabila tiadanya sekat dan imbangan semulajadi sepertipemangsa.[2] Bagaimanapun, sebuah kajian yang dijalankan oleh Pusat Dinamik Penyakit BerjangkitUniversiti Negeri Pennsylvania mendapati bahawa pengurangan bilangan haiwan buruan di kawasan kecil boleh meningkatkan ketumpatan bilangansengkenit, maka meningkatkan lagi kes jangkitan penyakit bawaan sengkenit dalam tikus yang membawa kepada perebakan penyakitensefalitis bawaan sengkenit.[3]
Penangkapan ikan untuk tujuan makanan atau rekreasi, pemerangkapan haiwan yang menceroboh atau mengejara haiwan tanpa niat untuk membunuh, seperti mengambil foto haiwan liar, tidak dikira sebagai memburu. Amalan "memburu" tumbuh-tumbuhan sewajarnya dipanggil mencari atau memungut.
Aspek-aspek kemahiran menjejaki lalu memperoleh sasaran yang sukar ditangkap ketika mengejar haiwan buruan menyebabkan istilah "buru" menjadi metafora (seperti "memburu harga murah").
Terdapat berbagai-bagai jenis kaedah pemburuan yang berbeza, baik bersejarah, sara diri mahupun rekreasi, apatah lagi dipengaruhi oleh peraturan pemburuan moden yang menangani isu-isu seperti tempat, masa dan cara yang sesuai untuk memburu. Penggunaan teknik yang sesuai bergantung kepada peraturan kerajaan, etika peribadi pemburu, adat resam setempat, kelengkapan memburu dan haiwan buruan. Biasanya, seorang pemburu menggunakan lebih daripada satu teknik sekali. Undang-undang boleh melarang pemburu daripada menggunakan kaedah-kaedah tertentu yang digunakn oleh penceroboh dan pihak pengurusan hidupan liar.
^Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010)."*buRaw: drive off, chase away, expel".Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada25 November 2022.
^Nancy L. Struna, People of Prowess: Sport, Leisure, and Labor in Early Anglo-America(1996),ISBN 0-252-06552-2