Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Pembangun perisian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pembangun perisian ialah orang atau pertubuhan yang mepunyai minat lebih kepada aspekproses pembangunan perisian berbanding rekaan dan pengekodan, satu skoppengaturcaraan komputer yang agak lebih meluas atau satu pengkhususan kepadapengurusan projek dan menyentuh serba sedikitpengurusan produk perisian.

Tugas-tugas pembangunan

[sunting |sunting sumber]

Seorang atau sesebuah pembangun perisian bertanggungjawab menyelia sesebuah perisian yang mereka bangunkan. Ini termasuklah kewujudanpepijat danpenyelesaiannya serta masalah mesra pengguna bagi persekitaran atau antara muka perisian.

Selain itu, pembangun perisianlah yang bertanggungjawab meningkatkan mutu perisian atau projek keluaran mereka. Ini termasuklah menyediakankemaskini atau membebaskan versi baru bagi perisian tersebut.

Hak milik

[sunting |sunting sumber]

Kebenaran terhadap kod sumber

[sunting |sunting sumber]

Projek perisian yang dibangunkan oleh pembangun perisian selalunya dilesenkan di bawah nama pembangun tersebut; sama ada perseorangan, syarikat atau pertubuhan untung ataubukan untung.

Dengan ini, pembangun boleh menentukan sama ada ia ingin projeknya bersumber terbuka atau tertutup;bebas atau tidak dan sebagainya. Pembangun bagi badan bersifat perdagangan selalunya memilih untuk menterhadkan perisiannya, tujuannya mengelakkan pesaingnya mengatasi mereka dengan memperbaiki atau menaiktaraf melalui pengubahsuaiankod sumber projek keluar pembangun tersebut.

Sama juga dengan pembangun bagi badan bukan untung, mereka tidak membebaskan sumber kod bagi sesuatu projek besar, dan cuma menunjukkan kod sumber kepada peserta projek yang terdiri daripada pembangun-pembangun perseorangan.

Perutukaran hak milik

[sunting |sunting sumber]

Sesebuah perisian atau projek dilindungi oleh hak cipta di bawah pembangunnya bagi mengelakkan ia daripada digunakan oleh pihak lain untuk mendapat keuntungan atau nama daripadanya. Pun begitu, hak cipta ini boleh bertukar tangan dengan cara pembelian hak cipta atau penyerahan secara sukarela. Melalui mana-mana cara, pengawalseliaan dan pembangunan perisian berkenaan beralih tangan ke pembangun baru.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pembangun_perisian&oldid=5702183"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp