Dalam bidangekologi,pemangsaan merupakaninteraksi biologi yang manaorganisma yangmemburu - ataupemangsa - memakan organisma yang diserang ataumangsa (serapanSanskrit:मांस,rumi: māṃsa,lit. 'daging'[1]) ia.[2] Pemangsa tidak semestinya membunuh mangsanya sebelum makan, apapun tindakan pemangsaan sentiasa tidak menyebelahi pihak mangsa.[3] Satu lagi jenispenggunaan seumpamanya ialahdetritivori, iaitu penggunaan bahan organik yang sudah mati (detritus). Adakalanya sukar untuk memisahkan kedua-duaperilaku makan tersebut[2], contohnya: sesuatu organisme perumah menjadi mangsa kepada spesies parasit yang bertelur di atasnya agar anak-anaknya meragut bangkainya. Sebenarnya, sifat utama pemangsaan ialah kesan langsung pemangsa terhadap bilangan mangsa. Sebaliknya, detritivor sekadar memakan apa yang sedia ada tanpa memberikan kesan langsung kepada organisma "penderma".
Bagi sesetengah saintis, istilah "pemangsa" bererti mana-mana haiwan atau benda hidup yang memakan apa sahaja, tidak semestinya haiwan lain.Lembu yang meragut rumput dikira sebagai pemangsa rumput itu. Tumbuh-tumbuhan bukan pemangsa kerana menghasilkan makanan sendiri.
Tema yang menyatukan semua jenis pemangsaan ialah tindakan pemangsa mengurangkan kesihatan pemangsanya, atau dalam erti kata lain, mengurangkan peluang mangsa untuk bermandiri atau membiak, atau kedua-duanya sekali. Cara-cara mengelaskan jenis pemangsaan yang dipantau di sini termasuk pengumpulan mengikutparas trofik atau pemakanan, pengkhususan, dan sifat interaksi pemangsa dengan mangsanya.
Daripada memberi tumpuan kepada apa yang dimakan, sistem ini mengelaskan pemangsa mengikut cara pemakanannya, dan sifat interaksi antara spesies pemangsa dan mangsa secara amnya. Di sini dipertimbangkan dua faktor: Betapa rapatnya pemangsa dan mangsa dalam habitat, dan sama ada mangsa dibunuh terus oleh pemangsa.
Pemangsa sebenar ialah pemangsa yang membunuh lalu memakan organisma yang lain, sementara jenis pemangsa yang lain pula semuanya mengancam mangsa walau apa cara pun, lama-kelamaan matilah mangsa. Pemangsa boleh giat memburu mangsa, atau menunggu datangnya mangsa untuk dihendap. Sesetengah pemangsa membunuh mangsa yang lebih besar, lalu mengunyahnya sebelum memakannya, sepertijaguar, manakala yang lain memakan mangsa yang lebih kecil hidup-hidup, sepertiular, ataubangau menelankatak. Sesetengah pemangsa menghasilkanbisa untuk melemahkan mangsa sebelum membahamnya dengan membunuh (sepertiampai-ampai), atau melumpuhkannya (sepertisiput rangkik); ataupun menggunakan bisa itu untuk menghadam mangsa sebelum memakannya (sepertiular orok-orok dan sesetengahlabah-labah). Selain itu, mangsa boleh mati dalam mulut atausistem pencernaan pemangsa. Contohnya,ikan paus balin menelan jutaan plankton sekaligus, lalu mangsanya dicebis-cebiskan sejurus selepas memasuki ikan paus itu.Pemangsaan benih juga satu lagi bentuk pemangsaan sebenar, keranabenih melambangkan organisma berpotensi. Pemangsa sebenar ini tidak semestinya memakan seluruh bangkai mangsanya, khususnya yang tidak boleh menghadamtulang. Ada yang sekadar memakan sebahagian organisma, seperti meragut, tetapi apapun menyebabkan kematian mangsanya.
Organismaperagut juga boleh tetapi jarang membunuh spesies mangsanya. Walaupun sesetengah herbivor sepertizooplankton hidup dalam fitoplankton unisel dan tiada pilihan selain membunuh mangsanya, itupun hanya meragut secebisan kecil tumbuhan tersebut. Haiwan ternakan peragut sepertilembu boleh mencabut rumput pada akarnya, tetapi selalunya sekadar meragut cebisan atas rumput, maka membolehkan rumput tumbuh semula. Haiwan juga boleh 'diragut', misalnya:nyamuk betina menghinggapi perumahnya sekejap untuk menyedutprotein yang cukup untuk perkembangan anak-anaknya.Tapak sulaiman juga boleh diragut, tetapi berupaya menumbuhkan semula lengan yang tercabut.
Parasit adakalanya sukar dibezakan daripada peragut. Cara pemakanannya banyak persamaannya, cuma lebih rapat dengan spesies perumahnya. Sementara spesies peragut sepertigajah boleh mengembara berbatu-batu panjangnya dalam sehari, meragut pelbagai tumbuhan sepanjang perjalanannya, parasit pula amat rapat dengan perumahnya, hinggakan cuma ada satu atau sebilangan kecil perumah sepanjang hayat. Ini boleh disifatkan sebagaisimbiosis ("hidup bersama"), tetapi berbeza daripadakesalingan yang mana kesihatan perumah terjejas. Organisma parasit boleh berbentuk makroskopik sepertikulat, atau mikroskopik dalaman seperti kumantaun. Ada spesies parasit yang longgar hubungannya dengan perumah, contohnya:beluncas boleh meragut sebatang tumbuhan secara parasit, atau meragut tumbuhan-tumbuhan lain yang berdekatan.
Parasitoid ialah organisma yang hidup di atas atau dalam perumahnya dan memakan terus dari perumah itu, lambat-laun menyebabkan kematian perumahnya, lebih kurang seperti parasit yang menjalin hubungan simbiosis yang rapat dengan perumahnya. Seperti kedua-dua pengelasan di atas, pemakan parasitoid tidak terus membunuh perumahnya, cuma bezanya dari parasit ialah parasitoid memastikan kematian perumahnya seperti pemangsa sebenar. Contoh parasitoid ialahpenyengat ikneumon, serangga bersendiri yang hidup bebas sebagai dewasa, kemudian bertelur atas spesis lain seperti beluncas. Larva-larvanya memakan perumahnya yang membesar tanpa mengancamnya pada mulanya, tetapi lambat-laun meragut organ-organ dalamannya, sehingga akhirnya memusnahkansistem saraf lalu menyebabkan kematian perumah. Ketika inilah anak-anak penyengat cukup berkembang untuk beralih ke peringkat seterusnya dalam kitaran hidupnya. Though limited mainly to the insect orderHymenoptera,Diptera andColeoptera parasitoids make up as much as 10% of all insect species.[4][5]
Kebanyakan pemangsa khusus memburu satu atau beberapa spesies mangsa sahaja, sementara yang lain bersifat oportunis dan akan membaham apa-apa sahaja (contoh:manusia dananjing). Pemangsa khusus ini biasanya amat sesuai dirinya untuk menangkap mangsa kegemarannya, sementara mangsanya juga sebegitu sesuai untuk melepaskan diri daripada pemangsa. Inilah "perlumbaan senjata evolusi" yang sentiasa memastikan keseimbangan bilangan kedua-dua spesies.
Pemangsa juga boleh menjadi mangsa organisma lain, begitu juga mangsa boleh menjadi pemangsa.Burung gagak yang memakanserangga, boleh menjadi mangsaular yang boleh menjadi mangsaburung helang. Salah satu cara menggolongkan pemangsa adalah mengikuttahap trofik. Organisma yang memakanautotrof, iaitu pengeluar dalampiramid trofik, dikenali sebagaiherbivor ataupengguna primer; organisma yang memakanheterotrof seperti haiwan dikenali sebagaipengguna sekunder. Pengguna sekunder ini juga menjadi mangsapengguna tertier yang menjadi mangsa kepadapengguna kuartar, dan sebagainya. Disebabkan cuma sebahagian kecil tenaga yang dipindahkan ke tahap yang seterusnya, maka hierarki pemangsaan ini mesti ada batasnya, iaitu jarang sekali mencecah enam tahap, sebaliknya terhad kepada sekitar tiga tahap trofik (contohnya,singa yang memakangnu yang memakanrumput). Pemangsa di kemuncak mana-manarantaian makanan (iaitu tidak dimangsakan oleh organisma lain) dipanggilpemangsa kemuncak; contohnya:paus buding,paus sperma,anakonda,biawak komodo,harimau,helang botak, danbuaya Nil, juga makhluk omnivor seperti manusia danberuang grizli. Pemangsa kemuncak dalam sesebuah persekitaran asalnya sukar mengekalkan kedudukannya apabila dimasukkan ke dalam habitat yang lain, seperti seekoranjing di kalanganbuaya; spesies pemangsa yang dimasukkan ke dalam kawasan yang tiada pemangsa, sepertikucing dalam persekitaran dalaman, boleh menjadi pemangsa kemuncaknya.
Kebanyakan organisma (terutamanya manusia) memperoleh makanan dari pelbagai peringkat rantaian makanan, maka menimbulkan masalah dalam pengelasan ini. Seekor karnivor boleh memakan pengguna sekunder dan tertier, dan oleh demikianlah mangsanya sukar dikelaskan. Organisme yang bermakanan herbivor dan karnivor dipanggilomnivor. Itupun herbivor sepertipanda gergasi sekali-sekala memakan daging.Pebangkai yang memakan bangkai seekor pemangsa juga berpeluang memakan hasil pencernaan mangsa-mangsa pemangsa tersebut.Tumbuhan maging sukar dimasukkan ke dalam pengelasan ini kerana menghasilkan makanan sendiri sambil menghadam apa-apa sahaja yang terperangkap dalamnya. Organisma yang memakandetritivor atauparasit pasti sukar dikelaskan mengikut cara sebegini.
Pandangan alternatif yang diberikan olehRichard Dawkins berbunyi pemangsaan sebagai sebentukpersaingan, iaitugen-gen pemangsan dan mangsa merebut badan (atau 'jentera kemandirian') organisme pemangsa,[6] paling baik difahami dalam kontekspandangan evolusi tertumpu gen.
^Monier-Williams, Monier (1981).A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 805. - melaluiEdi Sedyawati dkk. (1994).Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini(PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 111–112.ISBN979-459-416-4.[pautan mati kekal]