Peluru berpandu balistik antara benua (bahasa Inggeris:intercontinental ballistic missile,ICBM) merupakanpeluru berpandu jarak jauh yang mampu mensasarkan mana-mana sasaran yang dipetakan diBumi.
Ia menggunakan trajektori balistik yang melibatkan pendakian dan penurunan yang tinggi termasukpenerbangan sub-orbital dan sebahagian trajektoriorbital. ICBM tidak banyak beza dari segi teknikal berbandingpeluru berpandu balistik sepertiIRBM,SRBM atau nama barunyapeluru berpandu balistik medan; melainkan ia dibezakan berdasarkan jarak maksima. Jarak maksimum ICBM ditakrifkan oleh perjanjian pengawalan senjata yang mengharamkan orbital atau senjata sebahagian orbital. Hanya tiga negara sahaja mempunyai sistem ICBM yang beroperasi,Amerika Syarikat,Russia, danChina, walaupunKorea Utara danIsrael dipercayai juga sedang memajukan sistem ICBM-nya sendiri.
ICBM awal membentuk kebanyakan sistem pelancar angkasa. Contoh termasuk:roket Atlas,roket Delta,roket Titan,roket R-7, danroket Proton. ICMB moden cenderung bersaiz kecil (disebabkan peningkatan kejituan dan kepala peledak yang lebih kecil dan ringan) dan mengguna bahan api pepejal, menjadikan mereka kurang berguna sebagai pelancar pesawat angkasa.
ICBM moden biasanya membawapesawat masuk kembali bebas sasar berganda (multiple independently targetable re-entry vehicle, MIRV), setiap satunya membawa kepala peledaknuklear berasingan yang membolehkan sebiji peluru berpandu memusnahkan banyak sasaran. Senjata ini merupakan perkembangan dari pengurangan saiz dan berat mendadak kepala peledak moden. Ia juga merupakan "jawapan mudah" kepada penggunaan sistemABM– ia lebih murah untuk menambah kepala peledak kepada sistem peluru berpandu sedia ada berbanding membina sistem ABM yang mampu memusnahkan kepala peledak tambahan. Tambahan lagi, ICBM moden cenderung menggunakan bahan api pepejal yang mampu disimpan untuk jangka waktu yang lama serta diletakkan sama ada di dalamsilo peluru berpandu yang memberi perlindungan tambahan dari serangan pertama, atau padakapal selam mahupun kereta api mudah alih, oleh itu lebih sukar dijumpai untuk dimusnahkan.