Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Pelog

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pelog ialah salah satu daripada duaskala muzik yang digunakan dalam muzikgamelan asli diBali danJawa,Indonesia. Skala yang lain itu ialahslendro.

Skala pelog dapat dibuat dengan merangkaikanjedasempurna keempat dengan jeda yang cukup lebar di sekitar 515 hingga 535sen. Jeda ini berada pada jarak ekstrem yang masih dapat didengar sebagai jeda keempat. Skala pelog yang penuh terdiri daripada tujuh nada yang berbeza (suatu tumpukan daripada enam buah jeda keempat), tetapi biasanya sebuah gubahan akan ditulis hanya dengan lima nada.

Nama nada

[sunting |sunting sumber]

Nada-nada dalam skala slendro boleh dinamai dengan berbagai-bagai cara. DiPulau Jawa, salah satu cara yang biasa adalah untuk menggunakan nombor, khususnya dalam bentuk singkatan. Nama yang lebih tua mempergunakan nama yang diterbitkan daripada bahagian-bahagian tubuh. Perhatikanlah bahawa kedua-dua sistem menggunakan nama yang sama untuk 5 dan 6.

NomborNombor bahasa JawaNama tradisional
Nama penuhNama ringkasNama penuhMakna harfiah
1sijijibem/panunggalkepala
2lororogululeher
3teluludadadada
4papatpatpelog
5limamalimatangan (lima jari)
6enemnemnemsingkatan untuk enam
7pitupibarangbarang

Nada dalam skala dengan dua jeda yang berbeza dilambangkan dengan L dan S, umpamanya gulu-S-dada-L-pelog-S-lima-S-nem-S-barang-L-bem-S-gulu, dengan S di sekitar 110-150 sen dan L di sekitar 250-300 sen.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pelog&oldid=2792240"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp