Rencana ini perludikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.(November 2022)
Rencana inimungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripadarencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Portugis. (Disember 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Lihat versi rencana Portugis itu yang diterjemahkan oleh mesin.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Selepas menterjemah, templat{{Laman diterjemahkan|pt|Pelé}} hendaklah ditambah padalaman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepadahak cipta.
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
Menteri Sukan Brazil
Dalam jawatan 1 Januari 1995 – 30 April 1998
Presiden
Fernando Henrique Cardoso
Didahului oleh
Pejabat ditubuhkan
Digantikan oleh
Rafael Greca (1999)
Edison "Edson" Arantes do Nascimento (23 Oktober 1940 – 29 Disember 2022), lebih dikenali sebagai nama gelarannyaPelé (sebutan dalam bahasa Portugis: [peˈlɛ],sebutan bahasa Inggeris: /ˈpɛleɪ/) ialah bekas pemain bola sepakBrazil.
Beliau dianggap oleh kebanyakan pakar bola sepak dan bekas pemain sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.[1]
Edson Arantes do Nascimento lahir pada 23 Oktober 1940 diTrês Corações, negeriMinas Gerais, Brazil. Beliau anak sulung daripada dua adik-beradik[2] kepada Celeste Arantes danJoão Ramos "Dondinho" do Nascimento, pemain bola sepak kelabFluminense FC. Beliau dinamakan sempenaThomas Edison, pencipta Amerika Syarikat terkenal,[3] dengan dibuangkan huruf "i" menjadi "Edson" sendiri - namun sijil kelahirannya silap mencatatkan namanya sebagai "Edison".[3][4]
Pelé hidup dalam kemiskinan diSao Paulo. Dia mencari wang tambahan sebagai pelayan di kedai teh setempat. Dia kemudian menyertai dengan kelab lokal Bauru sejak 1952 namun Pelé tidak mampu membeli kasut bola; beliau berlatih main menggunakan sarung kaki berisi surat khabar atau buahlimau gedang sebagai "bola"nya.
Beliau mendapat nama gelaran "Pelé" semasa zaman sekolahnya hasil pelat menyebut nama pemain kegemarannya, Bilé yang berposisi menjaga gawang dalamCR Vasco da Gama - nama tersebut daripadabahasa Ibrani (פֶּ֫לֶא) bermaksud "keajaiban"[5] - pelat tersebut menjadi bahan usikan rakan-rakannya.[2]
Pada tahun 1956, Pelé mengikuti seleksi pemain bola sepak di kelabSantos, sebuah kelab kecil di luarSao Paulo. Pemandu bakat yang melihatnya kemudian berkata kepada Presiden kelab bahawa anak 15 tahun yang bernama Pelé akan menjadi "pemain terbaik dunia" Pelé kemudian memulai debutnya diSantos pada 7 September 1957 mencetak 1 gol dalam kemenangan 7-1 melawanCorinthians dalam pertandingan eksebisi. Ketika liga dimulai Pelé telah mendapatkan tempat utama dalam pasukan seniorSantos. Pada akhir musim perlawanan, Pelé keluar sebagaitop scorer liga pada umur 16 tahun. Hanya dalam tempoh singkat, Pelé kemudian dipanggil untuk bergabung dengan skuat pasukan nasionalBrazil. Sesudah penampilannya diPiala Dunia 1962, pasukan raksasa eropa sepertiReal Madrid,Manchester United danJuventus mulai mengincarnya. Namun hal ini dicegah oleh pemerintahBrazil dengan mengatakan bahawa Pelé adalah bagian dari harta karun negara dan tidak diperbolehkan bermain bola sepak di luarBrazil.jmpl|Pelé 1960 Trofi pertama untuk Pelé bersamaSantos adalah Campeonato Paulista atau juara liga di mana Pelé secara menakjubkan keluar sebagai pancetak gol terbanyak dengan 56 gol, sebuah rekor yang tetap bertahan sampai sekarang. Setahun kemudianO Rei mempersembahkan trofi Torneio Rio-São Paulo di manaSantos mengalahkan Vasco da Gama 3-0. SayangnyaSantos tidak mampu mempertahankan trofi Campeonato Paulista. Pada 1960 Pelé berhasil membawaSantos memenangkan trofi Campeonato Paulista akan tetapi kalah dalam Torneio Rio-São Paulo. Pelé menyelesaikan kompetisi dengan mencetak 47 gol. Sepanjang kariernya diSantos Pelé telah mempersembahkan 10 trofi Campeonato Paulista, 4 trofi Torneio Rio-São Paulo, 5 trofi Taca Brazil, 1 trofi Recopa Int. dan trofi Torneio Roberto Gomes Pedrosa.Santos kemudian berpartisipasi dalamCopa Libertadores, perlawanan paling bergengsi di Amerika Selatan, di mana Pelé berhasil membawaSantos meraih trofi tersebut 2 kali pada tahun 1962 dan 1963 dan menjadiTop Skorer perlawanan pada 1965.[6][7][8] Pelé juga mengantarkanSantos menjuaraiPiala Interkontinental yang sekarang menjadi perlawananPiala Dunia Antarklub pada tahun 1962 mengalahkan Benfica 3-2 dan 4-2 dan 1963, mengalahkanAC Milan 2-4, 4-2 dan play-off 1-0. Pada 19 November 1969 Pelé mencetak gol ke 1.000-nya untukSantos. Gol itu dicetak Pelé ketika berhadapan dengan Vasco da Gama lewat tendangan penalti. Penampilan Pelé bersamaSantos telah membuatnya berkeliling dunia dalam berbagai laga eksebisi. Salah satunya pada 1967 di manaSantos bersama Pelé tampil diNigeria di tengah-tengah perang saudara. Tampilnya Pelé membuat perang tersebut mengalami gencatan senjata selama 48 jam agar rakyat bisa menyaksikan Pelé tampil dalam laga eksebisi diLagos,Nigeria.
Pelé tamat khidmatnya sebagai pemainSantos pada tahun 1972; selama 17 tahun kariernya bersamaSantos Pelé telah mengutip sejumlah 1,115 buah penampilan dan meriah 1,091 gol - suatu catatan menonjol bagi kelab tersebut.
Pada tahun 1974, Pelé tampil sebagai duta bola sepak untukAmerika Serikat dalam rangka memopulerkan bola sepak bersama denganFranz Beckenbauer danJohan Cruyff. Pelé bergabung dengan kelab New York Cosmos. Walaupun telah berumur 34 tahun, namun kemampuan Pelé masih memukau. Dia bahkan mengantarkan New York Cosmos menjadi juara NASL (North American Soccer League) pada tahun ketiga nya. Total Pelé tampil dalam 107 pertandingan dan mencetak 64 gol.
Karier Pelé bersamaBrazil dimulai pada 7 Juli 1957 di mana Brazil kalah oleh Argentina 2-1. Pelé mencetak salah satu gol dalam pertandingan itu pada usia 16 tahun 9 bulan, sebuah rekor untuk Brazil sebagai pemain termuda yang pernah tampil untuk Brazil.
jmpl|Pelé menangis ketika meraih gelar Piala Dunia pertama. Pertandingan pertama Pelé dalam piala dunia adalah melawanKesatuan Soviet. Ia adalah pemain termuda dalam perlawanan itu. Pelé kemudian mencetak gol pertama untukBrazil ketika melawan Pasukan nasionalWales yang mengantarkanBrazil ke separuh akhir melawan Perancis. Pada babak pertamaBrazil telah unggul 2-1, kemudian Pelé mencetakhattrick, menjadi pemain termuda pertama yang melakukannya.Brazil unggul 5-1 atas Perancis. Pada perlawanan akhir melawan tuan rumahSweden, Pelé menjadi orang termuda yang pernah tampil dalam perlawanan akhir Piala Dunia dalam usia 17 tahun 249 hari. Dia mencetak 2 gol pada pertandingan itu, salah satunya di daulat sebagai salah satu gol terindah dalam sejarah Piala Dunia, sebuah lob melewati kepala bek Sweden dan disusul oleh tendangan keras terarah ke arah gawang Sweden yang dijaga olehKalle Svensson. Pertandingan itu sendiri dimenangi oleh Brazil 5-2. Pelé kemudian menjadi runner-up top scorer dalam perlawanan tersebut, di bawahJust Fontaine dengan 6 gol.Brazil pun meraih trofiPiala Dunia nya yang pertama dalam sejarah.[9]
Pelé memulai pertandingan melawanMexico di mana Pelé memberi 1assist dan kemudian mencetak gol kedua setelah melewati 4 pemainMexico. Pertandingan itu sendiri berkesudahan 2-0. Sayangnya Pelé cedera ketika melawan Czechoslovakia lalu terpaksa tidak hadir sepanjang perlawanan, perannya dalam pasukan Brazil digantikan olehGarrincha yang berhasil membawa Brazil meraih gelarPiala Dunia ke duanya.
Turnamen ini dimulai dengan kontroversi di mana Pelé menjadi target tekel-tekel brutal oleh pemainBulgaria danPortugal. Saat itu pergantian pemain belum diperbolehkan dalam pertandingan.Brazil kemudian tersingkir di babak awal. Pelé kemudian bersumpah untuk tidak lagi berpartisipasi dalamPiala Dunia. Ia kemudian mengubah keputusannya itu.Inggris kemudian memenangkan gelarPiala Dunia mereka yang pertama.
Pelé dipanggil untuk memperkuat pasukan Brazil pada 1969, namun ia menolaknya. Setahun kemudian ia kemudaian menyetujuinya dengan bermain untuk pasukan Brazil selamaPiala Dunia 1970 dengan mencetak 6 gol. Pasukan Brazil saat itu disebut-sebut sebagai pasukan terbaik sepanjang masa dengan Pelé,Rivelino,Jairzinho,Tostão,Gérson,Carlos Alberto Torres danClodoaldo sebagai anggotanya. Pertandingan pertama Brazil berhadapan dengan Cekoslowakia dengan skor akhir 4-1.
Brazil kemudian berhadapan dengan juara bertahanInggeris di mana Pelé hampir mencetak gol pertama lewat sundulan ke tiang jauh akan tetapi secara luar biasa diselamatkan oleh penjaga gawang Inggeris,Gordon Banks. Pertandingan itu sendiri dimenangkan oleh Brazil 1-0. Lawan berikutnyaRumania pun kalah olehSeleção 3-2 di mana Pelé mencetak gol pembuka lewat tendangan bebas.Peru adalah lawan Brazil berikutnya dengan bintang mudanyaTeófilo Cubillas,Seleção kembali melaju lewat kemenangan 4-2 di mana Pelé memberikanassist kepadaTostão untuk mencetak gol ke-3 bagi Brazil.
Semifinal mempertemukanBrazil denganUruguay untuk pertama kalinya sejak perlawanan akhirPiala Dunia 1950 diBrazil di manaUruguay menghadirkan kedukaan yang mendalam untuk rakyatBrazil. Pertandingan yang penuh emosi bagi rakyat Brazil dimenangkan olehSeleção 3-1.Itali lawanSeleção di pusingan akhir di mana Pelé mencetak gol pembuka laga.Brazil pun menyelesaikan pertandingan dengan keunggulan 4-1 di mana gol terakhir menunjukkan dominasi Brazil dalam pertandingan ini. Bola yang dibawa perlahan dari daerah pertahanan sendiri berhasil disarangkan ke gawang Itali tanpa bisa disentuh sekali pun oleh para pemain Itali. Pelé menyelesaikan perlawanan dengan mencetak 6 gol. TrofiJules Rimet pun menjadi milikBrazil selamanya.
Selama dalam pasukanSeleção, Pelé tampil sebanyak 92 kali dengan mencetak 77 gol (rekor gol terbanyak untuk Brazil sampai saat ini).
Pada 1994, Pelé dilantik sebagaiDuta Muhibah UNICEF.[10] Pada 1995, Presiden BrazilFernando Henrique Cardoso melantik Pelé sebagai menteri sukan luaran. Dalam tempoh jawatannya, beliau mengusul perundangan untuk mengekang korupsi dalam bola sepak negara, dan digelar sebagai "undang-undang Pelé."[11] Cardoso menyingkirkan jawatan tersebut pada 1998.[12] Pada 2001, Pelé didakwa akibat skandal korupsi melibatkan pencurian $700,000 daripada UNICEF. Dakwaan itu menyatakan bahawa wang yang diberi kepada syarikat Pelé's bagi tujuan perlawanan amal tidak dikembalikan selepas dibatalkan, meskipun tiada bukti sahih diperoleh, dan dinafikan UNICEF.[13][14] Pada 1997, beliau dianugerahidarjah kesatria daripada RatuElizabeth II diIstana Buckingham.[15] Pelé juga merasmikanpentas akhir Piala Dunia FIFA 2006 bersama dengan modelClaudia Schiffer.
^Winterman, Denise (4 January 2006)."Taking the Pelé".BBC News. Diarkibkan daripadayang asal pada 23 November 2008. Dicapai pada1 July 2010....he hated his nickname so much he punched the classmate who came up with it, earning a two-day suspension from school. The word had no meaning in Portuguese so he presumed it was an insult, but recently he has found out that it means miracle in Hebrew..."I didn't want the name. Pele sounds like baby-talk in Portuguese."
^USSR Philately (dalam bahasa Russian). Moscow (1): 1. 1990.ISSN0130—5689Check|issn= value (bantuan).Unknown parameter|month= ignored (bantuan);Missing or empty|title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) – photo of this postage stamp