Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Pekan (pokok)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pokok Pekan
Kebun Pokok Pekan
Taman Bersejarah Negara Lyndon B. Johnson
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. illinoinensis
Nama binomial
Carya illinoinensis
(Wangenh.) K.Koch
Kekeras pekan yang masak pada pokok.
Kekeras pekan .
Carya illinoinensis

Pokok pekan (disebut [pé.kan], nama saintifik:Carya illinoinensis) ialah salah satuspesiesjemuju yang berasal dari bahagian tenggaraAmerika Utara, iaitu dariIowa Selatan danIndiana Selataan sehinggaTexas danMississippi. Selain daripada Texas dan Mississippi, ia juga tumbuh subur diOklahoma,Louisiana,Carolina Selatan dan negeri-negeri tenggaraAmerika Syarikat yang lain, serta juga diMexico Timur Laut.

Pokok pekan adalahpokok daun luruh yang dapat ditumbuh lebih kurang di dalamzon lazakJabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) antara 5 hingga 9, asalkanmusim panas adalah cukup panas dan lembap. Ia boleh hidup dan menghasilkankekeras selama melebihi 300 tahun, dan merupakan salah satu spesies jemuju yang paling besar.[1]. Musim menuai pekan secara tradisi adalah pada sekitar pertengahan bulan Oktober.


Huraian botani

[sunting |sunting sumber]

Pokok pekan tumbuh sehingga 25 - 40meter tingginya.Daunnya berselang-seli, antara 40 - 70sentimeter panjangnya, dan berbentuk bujur dengan 9–13 (jarang sehingga 17) daun kecil. Ukuran setiap daun kecil antara 5–12 sentimeter panjangnya dan 2–6 sentimeter lebarnya. Pokok ini adalah tumbuhanmonoesius, denganbunga yang berwarna antaraungu hinggaputihdidebungakan oleh angin. Katkin-katkinstamen danpistilat tumbuh pada pokok yang sama.

Kebanyakan Pokok pekan tidak serasi dengan diri sendiri dan menunjukkandikotomi yang tidak sempurna kerana kebanyakankultivar merupakanklon pokok-pokok liar. Secara amnya, harus adanya sekurang-kurang dua batang pokok daripada kultivar-kultivar yang berbeza sebelum pendebungaan saling boleh terjadi.

Buah pekan terdiri daripadakekeras dan kulit kasar yang 3-4 milimeter tebalnya. Kekerasnya yang berwarnaperang tua berbentuk antara bujur dan empat segi panjang, dengan saiz 2.6 - 6 sentimeter panjangnya serta 1.5 - 3 sentimeter lebarnya. Kulitnya terbuka apabila matang untuk membebaskan kekeras yang berkulit nipis.

Penanaman dan kegunaan

[sunting |sunting sumber]

Kekeras pekan boleh dimakan, dengan rasanya kaya dan bermentega. Ia boleh dimakan secara mentah ataupun dimasak, khususnya sebagaipembasuh mulut, baik manis mahupun tidak. Salah satu pembasuh mulut yang paling biasa mempergunakan kekeras pekan sebagai ramuan utamanya ialahpai pekan, suaturesipi tradisional di bahagian selatanAmerika Syarikat. Kekeras pekan juga merupakan salah satu ramuan yang utama untuk gula-gulapralin yang sering dikaitkan denganNew Orleans.

Selain daripada kekeras pekan ,kayu Pokok pekan juga boleh dipergunakan untuk membuatperabot, dan lantaikayu keras, serta juga sebagaibahan api perisa untukmenyalaidaging.

Pokok pekan merupakan salah satu tanaman utama yang paling terkini. Walaupun kekeras pekan daripada pokok-pokok liar telah dikenali oleh para penjajah Amerika sebagai suatu makanan istimewa, penanaman komersil pokok ini di Amerika Syarikat tidak bermula sehingga dekad1880-an.[2] Pada hari ini, Amerika Syarikat menghasilkan antara 80 - 95% daripada jumlah kekeras pekan di seluruh dunia, dengan hasil tahunan sebanyak 150-200 jutakilogram (300-400 jutapaun)[3]. Bagaimanapun secara sejarah, negeri pengeluar kekeras pekan yang terutama di Amerika Syarikat ialahGeorgia, diikuti olehTexas,New Mexico danOklahoma, serta juga diArizona. Di luar Amerika Syarikat, Pokok pekan ditanam diAfrika Selatan,Australia,Brazil,China,Israel,Mexico, danPeru.

Pada awal dekad1900-an, kulit pekan kekadang dipergunakan sebagai sebahagiansistem penurasan yang awal di Peru. Kulit hancur buah pekan dicampurkan dengan batuan dan batu keliki melalui kaedah yang amat serupa dengan sistem penurasan seramik suapgraviti yang dikembangkan kemudian olehJohn Doulton, seorang anakInggeris.

Khasiat

[sunting |sunting sumber]
Kekeras Pecan
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga2,891 kJ (691 kcal)
Karbohidrat14 g
-Serabut diet10 g
Lemak72 g
-tepu6 g
-monotaktepu41 g
-politaktepu22 g
Protein9 g

Kekeras pekan merupakan salah satu sumberprotein danlemak tak tepu yang baik. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan kekeras dapat menurunkan risiko wanita terhadapbatu hempedu.[4] Bahan-bahan antioksida dansterol tumbuhan daripada kekeras pekan telah dibuktikan dapat mengurangkankolesterol yang tinggi dengan menurunkan tingkatkolesterol LDL yang buruk.[5]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Laman webHarrellnut". Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada2007-04-20.
  2. ^[https://web.archive.org/web/20100525122440/http://pecankernel.tamu.edu/introduction/index.html Diarkibkan 2010-05-25 diWayback Machine Laman webPecankernel.
  3. ^"Laman web TPGA". Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-09-20. Dicapai pada2007-04-20.
  4. ^http://www.ajcn.org/cgi/content/full/80/1/76
  5. ^[https://web.archive.org/web/20090421022543/http://www.llu.edu/news/scope/spr02/newscope2.html Diarkibkan 2009-04-21 diWayback Machine Laman webllu.edu

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pekan_(pokok)&oldid=5193409"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp