Kepekakan,ketulian,tunakerna atautunarungu merupakan keadaan yang mana keupayaanmengesan frekuensi bunyi tertentu baik pada tahap separa atau sepenuhnya. Apabila digunakan pada manusia, istilahcacat pendengaran ditolak oleh pergerakan Budaya Pekak, manakala istilahpekak dansukar pendengaran lebih diterima.
Kepekaan pendengaran ditunjukkan oleh bunyi paling senyap boleh dikesan haiwan, dikenali sebagaitahap pendengaran. Dalam kes manusia dan sesetengah haiwan, tahap pendengaran ini boleh diukur dengan tepat menggunakanaudiogram tingkah-laku. Rekod dihasilkan bagi bunyi tersenyap yang sentiasa menghasilkan tindak balas daripada pendengar. Ujian ini dilakukan bagi bunyi pada frekuensi berbeza. Terdapat juga ujian elektrofisiologikal yang boleh dilakukan tanpa memerlukan tindak balas kelakuan.
Tahap pendengaran normal bagi sebarang spesies tertentu adalah tidak sama bagi semua frekuensi. Sekiranya bunyi frekuensi berbeza dimainkan padaamplitud yang sama, sesetengah akan dilihat sebagai kuat, dan yang lain senyap atau malah tidak didengari sepenuhnya. Secara umum, jika gain atau amplitud ditingkatkan, sesuatu bunyi lebih berkemungkinan disedari. Biasanya, apabila haiwan menggunakan bunyi untuk berkomunikasi, pendengaran bagi haiwan jenis itu adalah lebih sensitif bagi frekuensi yang dihasilkan bagi panggilan tersebut, atau dalam kes manusia, bunyi pertuturan. Kesemua aras sistem bunyi menyumbang kepada kesensitifan ke arah frekuensi tertentu, daripada ciri-ciri fizikal telinga luar kepada saraf dan laluan yang menghantar denyutan saraf kepada bahagian bunyi pada otak.
^Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010)."*Culi: deaf".Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada7 Julai 2022.