Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Pejabat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Pejabat" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(September 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Sebuah pejabat di UK

Pejabat (Jawi: ڤجابت,Mal., Sin., Bru.)[1] ataukantor (Jawi:کنتور‎,Ind.)[1][2] secara umumnya adalah sebuahbilik ataukawasan yang digunakan untukmelakukan kerja; pejabat juga boleh merujuk kepada bangunan terletaknya bilik atau kawasan kerja tersebut. Apabila digunakan sebagaikata sifat, istilah "pejabat" mungkin merujuk kepada hal berkaitanperniagaan. Dalam tatacara perundangan, sebuah syarikat atau pertubuhan memiliki pejabat di mana-mana tempat yang mana ia mempunyai kehadiran rasmi, walaupun kehadiran itu adalah terdiri daripada, senbagai contoh,gudang simpanan yang menggantikan pejabat.

Sebarang ruang pejabat boleh merangkumi pelbagai bentuk dari sekecil ruang menempatkan meja kerusi hinggalah seluas aras malah seluruhbangunan khusus yang dikhususkan untuk sesebuahsyarikat. Pejabat kini diketahui berkait sebagai tempat kerja orang yang melakukan kerja melibatkan kepakaran dan pengurusan tanpa tenaga yang kuat (yakni "kolar putih").

Peristilahan

[sunting |sunting sumber]

"Pejabat" lazim dipakai di Malaysia, Singapura dan Brunei dalambahasa Malaysia,[1] ia diakar daripada kata kerja "jabat" yang diertikan sebagai perlakuan "memegang sesuatu".[3] Kata inidicipta hasil kajian dilakukanPakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (kemudiannya Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja)Kerajaan Johor kelolaanAbdul Rahman bin Andak yang mencari padanan sesuai dalambahasa Melayu untuk menjelaskan konsep-konsep baharu yang diperkenalkan dalam bidang pemerintahan pihak Inggeris yang agak asing dalam kefahaman kerajaan Melayu pada ketika itu.[4] Kata ini pertama kali dicatatkan dalan kamusBuku Katan terbitan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor tahun 1936 (ejaan lama:ڤجابة‎) dengan takrifan "tempat kerja, opis".[5]

"Kantor" lebih lazim dipakai di Indonesia melaluibahasa baku negara tersebut[1] menyerap kataBahasa Belanda iaitukantoor;[6] perkataan Belanda ini pula menyerapcomptoir "meja pemungutan wangsaudagar" dari bahasa Perancis turunan bahasa Latincomputorium "meja tempat pengiraan" terbitancomputāre "mengira, menghitung".[7]

Ruangan

[sunting |sunting sumber]

Tujuan utama lingkungan pejabat adalah untuk mendukung penghuninya dalam pelaksanaan pekerjaan, dengan biaya serendah mungkin dan tingkat kepuasan setinggi mungkin. Mengingat beragamnya pekerja dan tugas yang dikerjakan, tidaklah selalu mudah untuk memilih ruang kantor yang cocok. Guna membantu pengambilan keputusan reka bentuk ruang kerja dan pejabatdapat dibezakan tiga jenis ruang:

  • ruangan kerja (work space)
  • ruangan pertemuan (meeting space)
  • ruangan pendukung (support space).

Syarikat yang baru atau berkembang, pejabat cabang jarak jauh, ruang-ruang projek, dapat dilayani oleh "Serviced Offices" (pejabat berkemudahan perkhidmatan) sebagai pemecahan sederhana dan dapat menyediakan semua jenis-jenis ruangan.

Ruangan kerja

[sunting |sunting sumber]

Ruangan kerja dalam suatu kantor biasanya digunakan untuk melaksanakan pekerjaan kantor yang lazim, seperti membaca, menulis dan pekerjaan dengan komputer. Ada sembilan jenis generik ruangan kerja, masing-masing mendukung kegiatan-kegiatan yang berbeza.

  • Pejabat terbuka (open office)
    Pejabat terbuka (open office)
  • Ruangan pasukan (team space)
    Ruangan pasukan (team space)
  • Kubikel (cubicle)
    Kubikel (cubicle)
  • Ruangan peribadi (private office)
    Ruangan peribadi (private office)
  • Pejabat dikongsi (shared office)
    Pejabat dikongsi (shared office)
  • Bilik pasukan (team room)
    Bilik pasukan (team room)
  • Reruai belajar (study booth)
    Reruai belajar (study booth)
  • Ruang rehat kerja (work lounge)
    Ruang rehat kerja (work lounge)
  • Ruang berlabuh (touch down)
    Ruang berlabuh (touch down)

Ruangan pertemuan

[sunting |sunting sumber]

Ruangan pertemuan dalam sebuah pejabat biasanya digunakan untuk proses interaktif, ia dapat berupa percakapan singkat atau pertukaran pendapatbrainstorm intensif. Ada enam jenis generik ruangan pertemuan, masing-masing mendukung kegiatan yang berbeza.

  • Bilik pertemuan kecil (small meeting room)
    Bilik pertemuan kecil (small meeting room)
  • Bilik pertemuan besar (large meeting room)
    Bilik pertemuan besar (large meeting room)
  • Ruang pertemuan kecil (Small meeting space)
    Ruang pertemuan kecil (Small meeting space)
  • Ruang pertemuan besar (''large meeting space)
    Ruang pertemuan besar (''large meeting space)
  • Bilik sumbangsaran (brainstorm room)
    Bilik sumbangsaran (brainstorm room)
  • Titik pertemuan (meeting point)
    Titik pertemuan (meeting point)

Ruangan pendukung

[sunting |sunting sumber]

Ruangan pendukung dalam suatu kantor biasanya digunakan untuk kegiatan sekunder sepertipengarkiban dokumen atauberistirahat. Ada dua belas jenis ruangan begini yang masing-masing am mendukung kegiatan-kegiatan yang berbeda.

  • Ruang arkib atau pefailan (filing space)
    Ruang arkib atau pefailan (filing space)
  • Ruang simpanan (gudang; storage space)
    Ruang simpanan (gudang;storage space)
  • Ruang pencetakan dan fotokopi (print and copy area)
    Ruang pencetakan dan fotokopi (print and copy area)
  • Ruang surat (mail area)
    Ruang surat (mail area)
  • Dapur (pantry area)
    Dapur (pantry area)
  • Ruang istirahat (break area)
    Ruang istirahat (break area)
  • Ruang ganti (locker area)
    Ruang ganti (locker area)
  • Ruang merokok (smoking room)
    Ruang merokok (smoking room)
  • Perpustakaan (library)
    Perpustakaan (library)
  • Ruang bermain (games room)
    Ruang bermain (games room)
  • Ruang tunggu (waiting area)
    Ruang tunggu (waiting area)
  • Ruang sirkulasi (circulation space)
    Ruang sirkulasi (circulation space)

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abcd"'office' - Istilah MABBIM".Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada16 Ogos 2020.
  2. ^"kantor".Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada17 Ogos 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  3. ^Berdasarkan perbandingan sumber berikut:
    • Wilkinson, Richard James (1901)."jabat".A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 212.
    • "jabat".Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada17 Ogos 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  4. ^Amat Juhari Moain (2009).Sejarah Perancangan Bahasa Melayu di Negeri Johor.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.ISBN 9789836297914.
  5. ^Mohd. Said bin Haji Sulaiman (1936). "pejabat".Buku Katan (ed. dirumikan, 2002). Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (asal), Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 428.ISBN 9789836252272.
  6. ^"kantor".Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia,. 2016.CS1 maint: extra punctuation (link)
  7. ^M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009)."kantoor".Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.Ontleend aan Franscomptoir ‘tafel waaraan handelaren klanten helpen en geld in ontvangst nemen’, ouder vaak in de spellingcontoir, oudste vormcomptoer [1345; Rey], uit middeleeuws Latijncomputorium ‘tafel waaraan men rekenwerk verricht’ [1274; Rey], een afleiding van het Latijnse ww.computāre ‘tellen’...CS1 maint: multiple names: editors list (link)
Ikon tunas

Rencana tentangbangunan danstruktur ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pejabat&oldid=6341706"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp