Pegas[1] atau jugaspring[2] (pinjamanbahasa Inggeris) merupakan sejenis objek daripada jalurlogam sepertibesi waja yang dibentuk menggelung-gelung dan berpilin sertamenganjal saat ditekan.[1][2] Objek ini bertujuan menyimpantenaga mekanikal yang disalurkan hasil tekanan terhadap mampatan atau regangan padanya.
Pegas jenis konvensional tanpa sebarang cirikekakuan dibolehubah saat ditekan atau ditarik dari posisi bebasnya akan menggunakan gaya yang berlawanan kira-kira sebanding dengan perubahan panjangnya (perkiraan ini akan bebeda pada pesongan yang lebih besar). Laju pegas atau malaran pegas adalah perubahan gaya yang diberikannya, dibahagi dengan perubahan pesongan pegas lalu menunjukkan gradien gaya yang menaik melawan lengkungan pesongan.
Tahap peregangan ataupun pemampatan yang dikenakan pada sesuatu pegas dinyatakan dalam unit daya yang dibahagikan dengan perbezaan jarak dari bentuk awal pegaskepada bentuk akhirnya, misalnyaN/m (atau lbf/in dalamsistem unit imperial). Sebuah pegas yang bertort mempunyai sifat yang bekerja pada putaran; pemusingan pegas tersebut sekitar porosnya dengan sudut tertentu akan menghasilkantort yang sebanding dengan sudut. Tahap pegas tort adalah dalam unit tort dibahagi dengan sudut, sepertiN·m/rad atau N·m/darjah atau ft·lbf/darjah.
Sifat yang berlawanan tahap pemampatan pegas adalah kepatuhan, iaitu: jika pegas memiliki tahap 10 N / mm, ia memiliki kepatuhan 0.1 mm / N. Kekakuan (atau tahap) pegas secara paralel adalah aditif, seperti kepatuhan pegas secara seri.
pegas tort (torsion spring) (bahasa Inggeris:torsion spring). Pegas jenis ini dibentuk dari batang besi waja yang mampu menganjal terhadap sebarang dayatort.
pegas malar (constant spring) - daya disokong kekal saat dipesong[3]
pegas pemboleh ubah (variable spring) – rintangan pegas berbeza-beza pada setiap bahagian semasa dimampat[4]
Berdasarkan bentuk, pegas dibagi dalam:
Pegas ulir yang dibuat dari batang baja dan memiliki bentuk spiral.
Pegas daun dibuat dari bilah baja yang bengkok dan lentur.
Pegas yang dibentuk dengan mesin (Machined spring[5])
Ia merupakan bahagian utama dalam penyematan barang tertentu kepada sekelilingnya agar tidak mudah dilepaskan mahupun ditarik longgarkan, sepertikunci mangga,jam tangan, ataupunbarangan kemas yang dipakaikan pada mana-mana tulang empat kerat.
Komponen ini ditemukan padasistem gantungankenderaan tertentu sepertikereta danmotosikal untuk menyerap kejutan hasil hentakan atau tolakan kuat berikutan setuhan kenderaan antara permukaan jalan dengan getaran roda agar hentakan sebegini tidak mengena badan kenderaan secara langsung. Selain itu, pegas juga berguna untuk menambah daya cengkamantayar terhadap permukaan jalan. Penerapan bahan ini dalamtilam juga bertujuan sama menyokong berat badan pengguna yang berada di atasnya semasa tidur atau berbaring.
Ia turut digunapakai dalam kelengkapan tertentu untuk tujuanriadah di mana ciri keanjalannya mampu melantunkan pengguna sepertimana yang dikehendaki sepertitrampolin ataukayu pogo.