Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Paus (Katolik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Uskup Rom
Episcopus Romae
اوسکوڤ روم

Pontifex maximus

Paus
Katolik
Jata Takhta Suci dan Kota Vatikan
Penyandang:
Leo XIV
sejak 8 Mei 2025
Gayabahasa Melayu:
Tuan Yang Terutama Sri Paus[1]
[perlu rujukan]
Bahasa Inggeris:
His Holiness Pope
Bahasa Latin:
Sanctitas Sua
Bahasa Itali:
Sua Santità
Lokasi
Wilayah gerejaWilayah Gerejawi Rom
Kediaman
Ibu pejabatIstana Apostolik, Kota Vatikan
Maklumat
Penyandang pertamaSanto Petrus[2]
MazhabGereja Katolik
DitubuhkanAbad pertama
KeuskupanRom
KatedralBasilika Agung Santo Yohanes Lateran
PentadbirTakhta Suci
Laman sesawang
vatican.va/holyfather
Paus Gregorius I yang Agung (c 540–604) yang menetapkan tema medieval di Gereja, dalam lukisan olehCarlo Saraceni, sekitar 1610, Rom.

Paus ialah gelaran yang diberikan kepada ketua pentadbir dan kerohanian urusan keagamaanGereja Katolik. Pemegang gelaran ini juga merupakan ketua negaraKota Vatikan, sebuah negara kota terletak di tengah-tengah kotaRom ibu kotaItali; beliau juga memegang jawatan berpangkatuskup di kota tersebut (yakniUskup Rom). Pentadbiran gerejawi yang diketuainya atau "kepausan" (papatus) dan kerusi rasmi yang didudukinya semasa dilantik adalahTakhta Suci; sebuahentiti berdaulat yang diiktiraf dalamundang-undang antarabangsa yang menjalinkanhubungan diplomatik dengan pelbagai negara serta menyertai pelbagaipertubuhan antarabangsa. Sebelum ini dari abad ke-8 hingga tahun 1870, Paus turut berperanan sebagaiketuaNegeri-Negeri Paus. Paus terkini ialahPaus Leo XIV sejak dipilih dalamkonklaf pada tahun 2025.

Menurut kepercayaan Katolik, Paus merupakan penggantiSanto Petrus yang menurut ajaran mereka telah dilantik olehYesus untuk mengetuai Gereja. Petrus dikatakan menerima "Kunci Syurga" serta kuasa "mengikat dan melepaskan" dan digelar sebagai batu asas kepada Gereja yang diasaskan oleh Yesus.Tradisi Katolik menyatakan bahawaGereja Rom diasaskan olehSanto Petrus danSanto Paulus pada abad pertama Masihi. Institusi kepausan adalah antara institusi tertua yang masih wujud dan memainkan peranan penting dalamsejarah dunia. Pada zaman awal, Paus giat menyebarkan ajaran Kristian serta menjadi pendamai dalam pertikaian fahaman. PadaZaman Pertengahan, Paus memainkan peranan penting dalam urusan politik Eropah dan sering menjadi pengantara antara raja-raja Kristian.

Walaupun kuasa duniawi Paus telah merosot sejak beberapa abad lalu, beliau masih mempunyai pengaruh besar dalam urusan keagamaan. Paus pada masa ini terlibat dalam dialog antara agama, kerja-kerja kebajikan serta memperjuangkan hak asasi manusia. Sejak tahun 1870, kuasa rohani Paus lebih ditegaskan melalui ajaran tentanginfallibilitas, iaitu bahawa pope tidak boleh tersilap dalam hal kepercayaan dan akhlak apabila beliau bertutur secara rasmi dari "Kerusi Santo Petrus" (ex cathedra). Paus dianggap antara tokoh paling berpengaruh di dunia, bukan sahaja kerana beliau mengetuai 1.3 bilion umat Katolik, malah kerana beliau memimpin jaringan pendidikan, kesihatan dan kebajikan Katolik yang merupakan yang terbesar di dunia dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan.

Etimologi

[sunting |sunting sumber]

Perkataanpaus pinjamanBelanda asalnya ialah daripada perkataanBahasa Yunani Kuno:πάππας,pappas "bapa" melalui istilahbahasa Latin seerti iaitupapa.[3] Gelaranpapa ataupappas ini pada awalnya digunakan semua uskup dan paderi kanan terutamanya di gereja-gereja Timur. Namun demikian, di bahagian Barat, ia dikhususkan pengunaannya kepada Uskup Rom bermula pada sekitar zaman pemerintahanPaus Leo I (440–461 Masihi),[4] dan dimutakhirkan pada abad ke-11.[5][6][7][8][9] Catatan terawal mengenai penggunaan gelaranpapa dipercayai merujuk kepadaPaus Heraclas, iaitu ketua keuskupanIskandariah yang menjawat dari tahun 232 hingga 248 Masihi dan telah meninggal dunia ketika catatan tersebut dibuat.[10]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Kedudukan dalam Gereja

[sunting |sunting sumber]

Dalam ajaran Gereja Katolik, tugas menggembalakan Gereja dipegang oleh para rasul sebagai satu kumpulan atau "kolej" di manaSanto Petrus menjadi ketuanya. Tugas itu kini diteruskan oleh para uskup dengan uskupRom (paus) sebagai ketua mereka.[11] Oleh itu, satu gelaran lain yang diberikan kepada paus adalah "Pontifex Maximus". Gereja Katolik mengajarkan bahawaYesus sendiri yang melantik Petrus sebagai ketua Gereja yang kelihatan secara zahir[12] dan perlembagaan dogmatik Gereja Katolik,Lumen gentium, membezakan dengan jelas antara para rasul dan para uskup. Ia menganggap uskup sebagai penerus para rasul dan paus sebagai penerus Petrus, iaitu ketua para uskup sebagaimana Petrus ialah ketua para rasul.[13] Walau bagaimanapun, ada segelintir ahli sejarah yang menentang pendapat bahawa Petrus merupakan uskup pertama di Rom. Mereka mengatakan bahawa kedudukan uskup di Rom hanya boleh dikesan padaabad ketiga.[14]

Santo Irenaeus, seorangBapa Gereja yang menulis sekitar tahun 180 M, menyatakan bahawa Petrus "mendirikan dan mengatur" Gereja di Rom.[15] Irenaeus bukanlah orang pertama yang menulis mengenai keberadaan Petrus di Gereja Rom yang awal. Gereja Rom sendiri telah mengutus surat kepada orang-orang Korintus sekitar tahun 96 yang biasanya dikaitkan denganClemens dari Rom.[16] Dalam surat itu, Gereja Rom menganggap penganiayaan terhadap orang Kristian di Rom sebagai "ujian pada masa kita". Surat itu juga memperkenalkan kepada orang Korintus mengenaiPetrus danPaulus sebagai pahlawan mereka.[17] Mereka disebut sebagai "pertama, tiang yang paling besar dan paling adil", iaitu "rasul-rasul yang baik" Petrus dan Paulus.Santo Ignatius dari Antiokhia menulis tidak lama selepas Clemens dan dalam suratnya dari kota Smyrna kepada orang Rom, beliau berkata bahawa beliau tidak akan memberi perintah seperti yang telah dilakukan oleh Petrus dan Paulus.[18] Berdasarkan ini dan bukti-bukti lain seperti pembinaan "Basilika Lama Santo Petrus" oleh Maharaja Konstantin di lokasi makam Santo Petrus yang dipelihara dan diberikan kepadanya oleh komuniti Kristian di Rom, ramai sarjana bersetuju bahawa Petrus telah dimartirkan di Rom di bawah pemerintahanNero. Namun, ada beberapa sarjana yang berpendapat bahawa Petrus mungkin telah dimartirkan di Palestin.[19][20][21]

Walaupun masih boleh dibicarakan dari sudut sejarah, komuniti Kristian pada zaman pertama mungkin telah mempunyai sekumpulan paderi uskup (presbyteri episcopi) yang menjadi pemimpin bagi gereja tempatan mereka. Secara perlahan-lahan, kedudukan uskup ini mula tegak di kawasan metropolitan.[22] Antiokhia mungkin telah membentuk struktur ini lebih awal berbanding Rom.[22] Di Rom, terdapat pelbagai pandangan pada beberapa masa berkenaan siapa yang layak menjadi paus yang sah walaupun Irenaeus menekankan kesahihan satu garis keturunan uskup sejak zaman Santo Petrus hinggaPaus Victor I pada zamannya dan beliau menyenaraikan mereka.[23] Ada juga penulis yang berpendapat bahawa kemunculan seorang paus tunggal di Rom tidak berlaku sehingga pertengahanabad ke-2. Dalam pandangan mereka, Linus, Cletus dan Clement mungkin merupakan paderi uskup yang terkenal, tetapi bukan semestinya uskup monarki.[14] Dokumen dari abad pertama dan awal abad ke-2 menunjukkan bahawa paus Rom memiliki suatu jenis keutamaan dan kedudukan dalam Gereja secara keseluruhan. Bahkan terdapat surat dari paus atau patriark Antiokhia yang mengiktiraf paus Rom sebagai "yang pertama antara yang sama"[24] walaupun maksud sebenar perkara ini masih tidak jelas.[25]

Cara pemilihan

[sunting |sunting sumber]

Pengundian

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:konklaf kepausan

Paus asalnya dipilih paderi-paderi kanan yang mendiami kota Rom atau sekitarnya. Kelayakan para pengundi dihadkan kepadaKardinal-Kardinal Gereja Rom Suci pada 1059, manakala undian individu kesemua Pengundi Kardinal dikira sama rata pada tahun 1179. Para pengundi kini dihadkan dalam kalangan mereka yang tidak mencecah usia 80 tahun sehari sebelum kematian atau peletakkan jawatan Paus yang sebelumnya.[26] Memandangkan Paus ini juga berperanan sebagai Uskup Rom, hanya mereka yang telah dilantik sebagai uskup sahaja dapat diundi, di mana sebarang penganut Katolik lelaki yangdibaptiskan layak dalam pemilihan ini.

Salah satu ciri utama kaedah pemilihan paus yang baru ini adalah cara pengundian diumumkan kepada orang ramai. Selepas kesemua kertas undi dikumpul dan diikat, bondolan tersebut dibakar dalam sebuah dapur khas yang didirikan dalamGereja Kecil Sistine di mana asap pembakaran tersebut akan dilepaskan sebuah serombong kecil yang kelihatan dariDataran Santo Peter. Undian yang tidak berjaya akan dibakar bersama sejenis bahan khas yang menghasilkan asap hitam (bahasa Itali:fumata nera) Undian yang berjaya pula akan dibakar sendirian menghasilkan asap putih (fumata bianca) seterusnya mengumumkan pengundian seorang Paus yang baharu.[27]

Diakon Kardinal Kanan muncul dari beranda yang menghadap Dataran Santo Peter lalu membuat pengumuman:Annuntio vobis gaudium magnum! Habemus Papam! ("Saya mengumumkan dengan sukacitanya! Kami mempunyai seorang Paus kini!"). Paderi tersebut seterusnya mengumumkan nama pertama serta nama pemerintah Paus baru ini.

Kematian

[sunting |sunting sumber]

Mengikut tradisi abad-abad kebelakangan ini, Kardinal Camerlengo ("Bendahari Gereja") mengesahkan kematian seseorang Paus selepas mengetuk lembutnya kepala beliau dengan sejenis tukul perak sambil memanggil nama asalnya sebanyak tiga kali,[28] namun ia tidak diamalkan sewaktu kematian Ioannes Paulus I[29] danIoannes Paulus II.[30] Kardinal tersebut mengambilCincin Nelayan lalu membelahnya di hadapan jemaah kardinal lain agar ia tidak digunakan lagi sementara kediaman persendiriannya ditutup.[perlu rujukan]

Mayat si Paus yang mati ini dipamerkan untuk tujuan penghormatan terakhir selama beberapa hari sebelum dikebumikan dalam bilik bawah gereja atau katedral yang utama; kesemua paus yang meninggal pada abad-abad ke-20 dan ke-21 dikebumikan dalamBasilika Santo Peter. Suatu tempoh berkabung selama sembilan hari (novendialis) berlangsung selepas pengebumian ini berlaku.[perlu rujukan]

Peletakan jawatan

[sunting |sunting sumber]

Kemungkinan seseorang Paus meletakkan jawatannya amatlah jarang.[31]Benedict XVI merupakan Paus terkini yang melakukan demikian dengan penurunannya dariTakhta Suci pada 28 Februari 2013 selepas pengunduranGregorius XII pada tahun 1415.[32]

Lihat pula

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Contoh penggunaan:Sri Paus umum Kardinal pertama Malaysia (Herald Malaysia, 14 Oktober 2016)
  2. ^Wilken, p. 281. "Some (Christian communities) had been founded by Peter, the disciple Jesus designated as the founder of his church. ... Once the position was institutionalized, historians looked back and recognized Peter as the first Pope of the Christian church in Rome."
  3. ^M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009)."paus (hoofd van de rooms-katholieke kerk)".Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  4. ^Asimov, Isaac (1967)The Roman Empire, Houghton Mifflin: Boston, p. 236
  5. ^Elwell, Walter A. (2001).Evangelical Dictionary of Theology. Baker Academic. m/s. 888.ISBN 978-0-8010-2075-9.
  6. ^Greer, Thomas H.; Gavin Lewis (2004).A Brief History of the Western World. Cengage Learning. m/s. 172.ISBN 978-0-534-64236-5.
  7. ^Mazza, Enrico (2004).The Eucharistic Prayers of the Roman Rite. Liturgical Press. m/s. 63.ISBN 978-0-8146-6078-2.
  8. ^O'Malley, John W. (2009).A History of the Popes. Government Institutes. m/s. xv.ISBN 978-1-58051-227-5.
  9. ^Schatz, Klaus (1996).Papal Primacy. Liturgical Press. m/s. 28–9.ISBN 978-0-8146-5522-1.
  10. ^Eusebius,Historia Ecclesiastica, kitab ke-VII, bab 7.4
  11. ^"Catechism of the Catholic Church – Christ's Faithful – Hierarchy, Laity, Consecrated Life".Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2010. Dicapai pada15 March 2020.
  12. ^(Lumen Gentium, Pope Paul VI 1964, Chapter 3)
  13. ^"Lumen gentium, 22". Vatican.va.Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2014. Dicapai pada11 August 2010.
  14. ^abO'Grady, John (1997).The Catholic church: its origins and nature. Paulist Press. m/s. 146.ISBN 978-0-8091-3740-4.
  15. ^Stevenson, J. (1968) [1957].A New Eusebius. m/s. 114.ISBN 978-0-281-00802-5.
  16. ^"Letter to the Corinthians (Clement)".Catholic Encyclopedia: The Fathers of the Church. New Advent.Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2019. Dicapai pada14 April 2013.
  17. ^Gröber, 510
  18. ^"Letter of Ignatius of Antioch to the Romans". Crossroads Initiative.Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2011. Dicapai pada21 February 2006.
  19. ^O'Connor, Daniel William (2013)."Saint Peter the Apostle".Encyclopædia Britannica. m/s. 5.Diarkibkan daripada yang asal pada 6 January 2019. Dicapai pada14 April 2013.[M]any scholars [...> accept Rome as the location of the martyrdom and the reign of Nero as the time.
  20. ^Zeitschr. fur Kirchengesch (dalam bahasa Jerman), 1901, m/s. 1 sqq., 161 sqq
  21. ^The Secrets of the 12 Disciples,Channel 4, transmitted on 23 March 2008.
  22. ^abO'Grady, John (1997).The Catholic church: its origins and nature. Paulist Press. m/s. 140.ISBN 978-0-8091-3740-4.
  23. ^Stevenson, J. (1968) [1957].A New Eusebius. m/s. 114–115.ISBN 978-0-281-00802-5.
  24. ^The Early Christian Church by Chadwick
  25. ^Emmanuel Clapsis, Primasi Paus
  26. ^John Paul II 1996, m/s. Introduction. sfn error: no target: CITEREFJohn_Paul_II1996 (help)
  27. ^Effron, Lauren (Mac 2013)."White Smoke, Pope; Black Smoke, Nope: How Conclave Smoke Gets Its Color".ABC News.
  28. ^"Hammer Time".Snopes.com. 5 April 2005. Dicapai pada2 November 2014.
  29. ^Sullivan, George E. Pope John Paul II: The People's Pope. Boston: Walker & Company, 1984.
  30. ^"The Path to a New Pontiff". Time.com. 3 April 2005. Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-08-30. Dicapai pada11 Ogos 2010.
  31. ^Zaman pemerintahan paus difahamkan menjangkau dari tarikh pelantikannya sehingga tarikh kematiannya. Hanya lima orang paus sahaja yang meletakkan jawatan dengan pastinya antara sekitar kurun ke-10 dan kurun ke-15.
  32. ^Brown, Andrew (11 Februari 2013)."Benedict, the placeholder pope who leaves a battered, weakened church".The Guardian. Dicapai pada12 Februari 2013.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Abad ke-1
hingga ke-4
Abad ke-5
hingga ke-8
Abad ke-9
hingga ke-12
Abad ke-13
hingga ke-16
Abad ke-17
hingga ke-20
Abad ke-21
Kesemua paus diberi bentuk nama dalam bahasa Latin, bahasa rasmi gereja, untuktujuan keseragaman

Rencana ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Umum
Perpustakaan negara
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Paus_(Katolik)&oldid=6645604"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp