Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Patrice Lumumba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Patrice Lumumba
Perdana MenteriR.D. Congo Pertama
Dalam jawatan
24 Jun 1960 – 5 September 1960
PresidenJoseph Kasa-Vubu
TimbalanAntoine Gizenga
Didahului olehjawatan ditubuhkan
Digantikan olehJoseph Iléo
Menteri Pertahanan R.D. Congo
Dalam jawatan
24 Jun 1960 – 5 September 1960
Maklumat peribadi
Lahir
Élias Okit'Asombo

2 Julai 1925
Katakokombe,Congo Belgium
(kiniR. D. Congo)
Meninggal dunia17 Januari 1961 (berusia 35)
BerhampiranÉlisabethville,Katanga
(kini Lubumbashi, Republik Demokratik Congo)
Cause of deathDihukum tembak mati
Parti politikPergerakan Kebangsaan Congo

Patrice Émery Lumumba (2 Julai 1925 - 17 Januari 1961) adalah seorang ahli politik dan pemimpin kemerdekaan Kongo yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri pertamaRepublik Demokratik Congo yang merdeka dari bulan Jun hingga September 1960. Patrice memainkan peranan penting dalam transformasi Kongo dari koloni Belgium ke sebuah republik bebas. Beliau berpegang kepada ideologinyanasionalisme Afrika danPan-Africanist memimpin partiKongres Gerakan Nasional (MNC) dari 1958 sehingga pembunuhannya.[1]

Tidak lama selepas kemerdekaan Kongo pada tahun 1960, satu pemberontakan meletus di tentera, menandakan permulaankrisis Congo. Lumumba memohon pertolongan kepadaAmerika Syarikat danPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk membantu menumpaskan pemberontakKatanga yang diberi sokongan olehBelgium. Keengganan kedua-dua pihak memaksa Lumumba berpaling meminta bantuanKesatuan Soviet saat gentingnya antara kedua-dua kuasa besar ini dalamPerang Dingin.[2]Hal ini membawa kepada perbezaan yang semakin meningkat dengan PresidenJoseph Kasa-Vubu dan ketua pegawaiJoseph-Désiré Mobutu yang menjejaskan keadaan politik di negara tersebut yang berlarutan.

Beliau terkorban semasa Krisis Congo setelah dikepung dan dibunuh orang-orang penyokong Mobutu. Kematiannya diingati sebagai suatu kemartiran untuk negara R. D. Congo dan gerakan pan-Afrikanisme secara keseluruhannya.

Awal hidup

[sunting |sunting sumber]

Patrice Lumumba lahir pada 2 Julai 1925 di kampung Onalua wilayahKatakokombe provinsiKasai diCongo.[3][4] Beliau anak dari lima adik beradik (termasuk seorang yang tiri[3]) kepada Julienne Wamato Lomendja dan François Tolenga Otetshima, seorang petani[3][4] dua-dua berketurunanorang TetelaKatolik Rom; nama keluarga asalnya Okit'Asombo bermaksud "pewaris (okitá/okitɔ́)[5] yang disumpah (asombó)".[6] Beliau boleh berbual dalam bahasa-bahasaTetela,Perancis,Lingala,Swahili, danTshiluba.[3]

Kerjaya politik

[sunting |sunting sumber]

Beliau menggiatkan diri dalam pergerakan kemerdekaan sebenua Afrika yang semakin terbuka berikutanPerang Dunia Kedua. Beliau dilantik sebagai ketua daerah (cercles) Stanleyville (kiniKisangani) tahun 1955 di bawah pimpinanParti Liberal Belgium, di sini juga beliau bertanggungjawab mengarang dan mengedarkan terbitan lidah parti. Dia disabitkan kesalahan menyeleweng wang sebanyak$2500 di pejabat pos berikutan suatu jelajah darmawisata di Belgium tahun 1956[7] di mana beliau dihukum penjara selama 12 tahun berdenda.[8]

Setelah Lumumba dibebaskan dari penjara, beliau mengasas bersama partiMouvement National Congolais (MNC) pada 5 Oktober 1958 menjadi ketua parti tidak lama kemudian[9] Parti MNC diketuainya tidak memihak kepada mana-mana suku bangsa[10] meumpu kepada kemerdekaan, menaikkan gagasanPengafrikanan pemerintahan serta keberkecualian dalam ehwal luar negara. Lumumba sangat dikagumi kerana peribadi tingginya serta gaya pidato dan pemikiran yang hebat mendapat sokongan ramai[10] sehinggakan bebas mewewenang berbanding orang lain seperjuangan yang sering meminta bantuan Belgium.[11]

Perjuangan mendapatkan kemerdekaan

[sunting |sunting sumber]
[icon]
Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu denganmenambah isi bahagian ini.(September 2022)

Pemerintahan

[sunting |sunting sumber]

Sebagai Perdana Menteri

[sunting |sunting sumber]
[icon]
Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu denganmenambah isi bahagian ini.(September 2022)

Krisis bergolak

[sunting |sunting sumber]

Perebutan kuasa dengan Mobutu

[sunting |sunting sumber]

PihakPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengundi pada 24 November di mana majoriti suara bersetuju menerima pegawai lantikan Mobutu ke dalamPerhimpunan Agung mengenepikan yang dijanjikan dari pihak Lumumba. Lumumba memutuskan mengikuti timbalannyaAntoine Gizenga keStanleyville mendapatkan kembali kuasa wewenang direbut:[12] beliau pada tulat harinya berkonvoi bersama keluarganya (isteri dan anak bongsunya) serta orang kuat sepertiRémy Mwamba,Pierre Mulele bertemu orang-orang pedalaman meskipun diancam bahaya dan sepatutnya bertemu askar-askar setia Gizenga di sempadan provinsi Orientale.

Pasukan Mobutu berjaya menangkap rombongan Lumumba pada 1 Disember disungai Sankuru[13] tepi Lodi.[12] Lumumba berpatah balik mendapatkan isteri dan anaknya yang tertinggal di sebelah batang sungai meskipun ditegah Mwamba dan Mulele, Lumumba diberkas konco-konco[13] dan dibawa singgahPort Francqui sebelum diterbangkan kembali ke Léopoldville keesokan harinya,[12] Mobutu berniat membicarakan dan menghukum Lumumba atas dakwaan memberontak.

Pembunuhan

[sunting |sunting sumber]

Lumumba dibawa diikat keElisabethville pada 17 Januari 1961,[14] beliau dan beberapa orang sekutunya diseksa di Rumah Brouwez oleh askar-askar Katanga dan Belgium.[15] sambil Presiden Katanga Moïse Tshombe dan kabinet memutuskan apa mahu dilakukan kepada mereka.[16][17][18] Pada malam hari kemdian, Lumumba, Mpolo dan Okito dibawa ke suatu tempat terpencil adanya tiga pasukan penembak maut diketuai pegawai kontrak Belgium Julien Gat[19] serta dihadiri Tshombe dan dua orang menterinya. Ketiga-tiga orang Congo ini segera diikat pada pokok dan dilepaskan tembakan searahan Gat;[19] hukuman ini dilaksanakan sama ada pada jam 21:40-21:43 malam atau pada 22:45 malam.[20] Mayat-mayat mereka dilupuskan keesokan hari atas desakan Menteri Dalam Negeri KatangaGodefroid Munongo secara dikerat-kerat, direndam dalamasid sulfurik dan dihancurkan tulang-belulang bertaburan di kawasan setempat.[21]

Kematian Lumumba diumumkan di siaran radio Katangan radio sebulan kemudian dengan dakwaan kononnya beliau dibunuh orang kampung sebaik meloloskan diri sekitar pekarangan penjara Kolatey.[22] Khabar ini mencetuskan banyak tunjuk perasaan menyokong Lumumba di beberapa negara Eropah termasuk samunan kedutaan Belgium diBeograd,Serbia, suatu perarakan bertempung dengan pihak polis didataran TrafalgarLondon[23] serta tunjuk perasaan ganas semasa berlakunya sidangMajlis Keselamatan PBB di New York.[24][25]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^The Guardian, 22 February 2019
  2. ^"Report Reproves Belgium in Lumumba's Death". Belgium; Congo (Formerly Zaire): New York Times. 17 November 2001. Dicapai pada17 January 2011.
  3. ^abcdKanyarwunga, Jean I N (2006).République démocratique du Congo : Les générations condamnées : Déliquescence d'une société précapitaliste. Paris: Publibook. m/s. 76.ISBN 9782748333435.
  4. ^abZeilig, Leo (2015-03-15).Lumumba: Africa's Lost Leader (dalam bahasa Inggeris). Haus Publishing.ISBN 9781908323958.
  5. ^Hagendorens, MGR J (1975).Dictionnaire ɔtɛtɛla-français. Bandundu: Ceeba Publications. m/s. 275–76.
  6. ^Hagendorens, MGR J (1975).Dictionnaire ɔtɛtɛla-français. Bandundu: Ceeba Publications. m/s. 309, 371.
  7. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
  8. ^Patrice Lumumba diEncyclopædia Britannica
  9. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamarus
  10. ^abGibbs 1991, halaman 79
  11. ^Gibbs 1991, halaman 80
  12. ^abcNzongola-Ntalaja 2002, halaman 110
  13. ^abKanza 1994, m/s. 318–319.
  14. ^"Correspondent:Who Killed Lumumba-Transcript".BBC. 21 October 2000. Dicapai pada21 May 2010. 00.35.38–00.35.49.
  15. ^Prados, John (2006).Safe for Democracy: The Secret Wars of the CIA.Rowman & Littlefield. m/s. 278.ISBN 9781566638234.
  16. ^De Witte, Ludo (2001).The Assassination of Lumumba.Verso Books. m/s. 136.ISBN 978-1859844106.Patrice Lumumba katanga tortured.
  17. ^"BBC ON THIS DAY – 13 – 1961: Ex-Congo PM declared dead".BBC Online. Dicapai pada23 November 2012.
  18. ^"Erschlagen im Busch".Spiegel Online (dalam bahasa Jerman). 22 June 1961. Dicapai pada23 November 2012.
  19. ^abVanderstappen, Tom (11 September 2018)."Facing the truths of Belgium's colonial past: The unresolved case of Patrice Lumumba's death".The Brussels Times. Dicapai pada17 January 2021.
  20. ^Ndaywel è Nziem, Isidor (2015).Brève histoire du Congo (dalam bahasa Perancis). Kinshasa: Médiaspaul. m/s. 223.ISBN 978-2-7414-0936-6.
  21. ^Kinzer, Stephen (2013).The Brothers: John Foster Dulles, Allen Dulles, and Their Secret World War. New York: Times Books.
  22. ^"1961: Ex-Congo PM declared dead".news.bbc.co.uk.British Broadcasting Corporation.
  23. ^"BBC: "1961: Lumumba rally clashes with UK police"".BBC News. 19 February 2001. Dicapai pada17 January 2011.
  24. ^Mahoney (1983).JFK. m/s. 72.In the United States, the news of Lumumba's murder provoked racial riots. During an address by Ambassador Stevenson before the Security Council, a demonstration led by American blacks began in the visitors gallery. It quickly turned into a riot in which eighteen UN guards, two newsmen, and two protestors were injured. Outside of the UN building, fights between whites and blacks broke out. A large protest march into Times Square was halted by mounted police.
  25. ^UPI (16 February 1961)."Screaming Demonstrators Riot in United Nations Security Council".Lodi News-Sentinel.
Sumber utama
Tokoh Perang Dingin
Amerika Syarikat
Kesatuan Soviet
United Kingdom
Jerman Barat
Republik Rakyat China
Mao Zedong ·Zhou Enlai (Premier) ·Hua Guofeng ·Deng Xiaoping ·Zhao Ziyang (Setiausaha Agung)
Perancis
Itali
Republik Rakyat Poland
Eropah Timur
Timur Jauh
Kanada
Amerika Latin
Timur Tengah
Afrika
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Patrice_Lumumba&oldid=5676323"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp