Gambaran pasir: kaca, gumuk, kuarza gunung berapi dengan basalt luluhawa kemerahan, karang biogeni, karang merah jambu kaca gunung berapi, garnet, olivin. Sampel-sampel diambil dariGurun Gobi,Estonia,Hawaii dan tanah besar Amerika Syarikat. (1x1 cm each)[1]Pasir dari pantai diVancouver, menunjukkan luas permukaan (anggaran) antara 1-2 cm persegi.Galian berat (gelap) dalam pasir pantai kuarza (Chennai, India).Pasir
Pasir (Jawi: ڤاسير) ialahbahan berbutir terbentuk secara semula jadi yang terdiri daripadazarahbatu dangalian kecil yang halus. Butiran-butiran ini datangnya daripenghakisan ataupemecahanbatuan keras akibat pendedahan kepada persekitaran luar secara berterusan sehingga ketulan yang besar berpecah kepada butir kecil dan dibawa angin dan air terhanyut jauh dari asalnya terkumpul mendak sepertigumuk danpantai.
Ia merupakan bahan penting dalam bidangpembinaan terutamanya untuk membancuhkonkrit: pasir galian sungai sangat didambakan kerana sifatnya yang tersendiri sehinggatidak boleh diperbaharui.[2] Sebanyak 50 bilion tan pasir sungai digali untuk tujuan ini.[3]
Menurut takrifan yang digunakan oleh pakar kaji bumi, bijiran pasir bersaiz ukur lilit antara 0.0625mm (atau 1⁄16 mm, atau 62.5μm) hingga 2milimeter. Setiap bijiran dalam julat saiz ini dikenali sebagaibijiran pasir. Kelas saiz pasir lebih besar berikutnya adalahanak batu, dengan zarah antara 2 mm sehingga 64 mm (lihatsaiz zarah bagi kegunaan piwaian). Saiz lebih kecil berikutnya dalam geologi adalahlumpur: zarah kecil daripada ukurlilit 0.0625 mm sehingga 0.004 mm. Spesifikasi saiz antara pasir dan anak batu telah kekal sama lebih dari satu abad, tetapi zarah dengan ukur lilit sekecil 0.02 mm telah ditakrifkan sebagai pasir di bawah piwaianAlbert Atterberg digunakan seawal abad ke-20. Piwaian kejuruteraan 1953 yang diterbitkan olehPersatuan Pegawai Lebuh Raya Negeri dan Pengangkutan Amerika Syarikat (AASHTO) telah menetapkan saiz pasir minimum sebagai 0.074 mm. Spesifikasi minimum bagiJabatan Pertanian Amerika Syarikat 1938 adalah 0.05 mm.[4] Pasir berasa kesat apabila digeser antara jari (lumpur, sebagai perbandingan, berasa seperti tepung).
ISO 14688 menggred pasir sebagai halus, sederhana, dan kasar dengan julat 0.063 mm hingga 0.2 mm hingga 0.63 mm hingga 2.0 mm. Di Amerika Syarikat, pasir biasanya dibahagi antara lima kategori kecil berdasarkan saiz: pasir amat halus (1⁄16 - 1⁄8 mm diameter), pasir halus (1⁄8 mm - 1⁄4 mm), pasir sederhana (1⁄4 mm - 1⁄2 mm), pasir kasar (1⁄2 mm - 1 mm), dan pasir amat kasar (1 mm - 2 mm). Saiz ini berdasarkan pada saiz zarahskala fi Krumbein, di mana saiz dalam Φ = -log base 2 bagi saiz dalam mm. Pada skala ini, untuk pasir nilai Φ berbeza antara -1 hingga +4, dengan pembahagian antara kategori kecil sebagai nombor bulat.
Pasir dari Pantar Pismo Beach, California. Kandungan utamanya terdiri daripadakuartz,chert,bagi igneous dan serpihan cengkerag. Skala bar ialah 1.0 mm.Gambar dekat pasir guung berapi dari Perissa, diSantorini, Greece
Kandungan biasa pasir, bertempat di daratan benua dan persisiran pantai bukan tropika , adalahsilika (silikon teroksida, atau SiO2), biasanya dalam bentukkuartz, yang, disebabkan pengun secara kimia dan kekerasannya, merupakan galian paling biasa kalis kepada peluluhawa.
Kandungan pasir amat pelbagai, bergantung kepada sumber batu tempatan dan keadaan. Psir putih cerah yang terdapat di persisiran pantai tropika dan semi-tropika adalah batu kapur terhakis dan mungkin mengandungi batu karang dan serpihan kerangka tambahan kepada bahan hasilan organik atau organik lain.[5] Gubuk pasirgipsum di White Sands National Monument diNew Mexico adalah terkenal bagi warna pasir putih berkilauan.Arkose adalah pasir batu pasir dengan sejumlah besar kandunganfeldspar, terhasil dari luluhhawa dan hakisan biasanya dari unjuran batu granit berhampiran. Sesetengah pasir mengandungimagnetite, chlorite,glauconite ataugipsum. Pasir kaya dengan magnetite bewarna gelap hingga ke hitam, sama seperti pasir terhasil daribasalt gunung berapi danobsidian. Pasir mengandungi chlorite-glauconite biasanya bewarna hijau, sebagaimana pasir terhasil dari lava basalt deng kanudnganolivine tinggi. Kebanyakan pasir terutama yang terdapat di Eropah Selatan memiliki cemaranbesi dalam kristal kuartz pasir, memberikan warna kuning gelap. Mendakan pasir di sesetengah kawasan mengandungigarnet dan galian tahan lain, termasuk sejumlah kecil batu permata.
Pasir dari Taman Negeri Coral Pink Sand Dunes,Utah. Ini adalah bijirin kuart dengan salutanhematit memberikan warna kuning bata. Skala bar adalah 1.0 mm.
Pasir dipindahkan oleh angin dan air dan dimendakkan dalam bentuk pantai, gumuk, benteng pasir dan ciri-ciri berkait. Dalam persekitaran sepertisungai tapak anak batu dan moraine glasiar ia sering kali wujud sebagai perwakilan bijiran pelbagai saiz. Sungai bedasar pasir, seperti Sungai Platte diNebraska,USA, memiliki dasar berpasir disebabkan tidak terdapat sebarang sumber besar lain yang boleh dipindahkan. Gumuk, sebaliknya, adalah berpasir disebabkan bahan lebih besar biasanya tidak bergerak oleh angin, dan merupakan ciri geografi jelas dalam persekitaran gurun.
Mikrograf elektron menunjukkan biji pasir.Fotomikrograf bagi biji pasir gunung berapi; gambar atas adalah cahaya kutub-satah, gambar bawah adalah cahaya kutub-bersilang, kotak skala pada kiri tengah adalah 0.25milimeter.
Kajian mengenai setiap biji mampu mendedahkan banyak maklumat sejarah berkaitan dengan asal dan jenis pasir. Pasir kuartz yang baru terluluh hawa darigranit atau kristal kuartzgneiss adalah bersudut. Ia dikenali sebagai grus dalam geografi ataupasir bersegi dalam bidang pembinaan di mana didigemari berbandingkonkrit, dan dalam perkebunan di mana ia digunakan sebagi pembaiki tanah bagi melonggarkan tanah berselut. Pasir yang diangkut jarak jauh oleh air dan angin adalah bulat, dengan ciri-ciri pola lelasan pada permukaan pasir. Pasir gurun biasanya bulat.
Mereka yang mengumpulkan pasir sebagai hobi biasanya dikenali sebagaiarenophile atau psammophiles.
Pasir mengandungisilika iaitu komponen utama bagikaca biasa, begitu juga dengansilikon.
Permukaan zarah pasir yang kasar juga diterapkan sebagai bahan pelelas sama ada ditampalkan padakertas berperekat mahupunditiup pada kelajuan tinggi untuk tujuan menggilap dan membersihkan permukaan tertentu.
Pasir sering kali merupakan komponen utama menghasilkan bancuhankonkrit yang penting bagi membinabangunan. Pasir tepiansungai dantasik diutamakan kerana sifat butir zarahnya yang bersudut memberi ruang hubungan kimia membantu tindak balas pengerasan serta kurangnya kandungangaram dapat menjejaskan keutuhan konkrit berbanding pasirgurun atau pasir dasarlaut (melainkan pasir laut ini dirawat terlebih dahulu).[2][6] Pasir juga ditambahkan bersamatanah liat kepada adunan asasbatu bata sebagai bahan pengisi.[7]
Jalan-jalan raya di kawasan yang menerima cuaca bersuhu rendah padamusim sejuk sering ditaburkan pasir untuk meningkatkandaya cengkam yang terjejas akibat turunnyaair batu dansalji pada musim ini. Pengendalikereta api turut menggunakan pasir bagi meningkatkan cengkaman tayar padalandasan untuk tujuan sama.
Pertanian: Tanah pasir adalah sesuai bagi tanaman sepertitembikai,persik, dankekacang dan ciri pengairan yang baik menjadikan ia sesuai bagi penternakan tenusu.
Akuarium: Pasir merupakan bahas dasar akuarium yang dipercayai lebih baik berbanding anak batu bagi kegunaan di rumah.
Batu karang buatan: Pasir dalam beggeotextile boleh digunakan sebagai asas bagi batu karang baru.
Pemulihan pantai: Kerajaan memindahkan pasir ke pantai di mana arus pasang-surut, ribut atau pembangunan menyebabkan perubahan pada persisiran dan penghakisan pada pasir asal.[8]
Cat: Mencampurkan pasir dengancat menghasilkan tekstur akhir bagi dinding dan permukaan lantai tidak gelincir.
Bahan asasjam pasir dahulunya sebagai alat penanda masa yang utama sebelum teknologi dimajukan
Acuan pasir: Pasir acuan dibasahkan dengan kaster atau minyakmolding sand, juga dikenali sebagai pasir relau dan kemudian dibentuk menjadi acuan di mana bahan cair dituang dalamnya. Pasir jenis ini perlu bertahan suhu dan tekanan tinggi, membenarkan gas keluar, memiliki bijiran saiz kecil, sekata dan tidak bertindak balas dengan logam.
Beg pasir: Bahan perlindungan mengalis banjir dan tembakan senjata api. Bag adalah murah dan mudah dibawa apabila kosong,dan sukarelawan tidak terlatih mampu memenuhinya dengan pasir tempatan ketika kecermasan.
Penapis air: Media penapis menggunakan pasir bagi penapisan air.
Penilikan berdasarkan corak-corak yang terbentuk pada permukaan berpasir didunia Islam pada zaman dahulu (Arab:عِلم الرَمْل,rumi: ‘ilm al-raml, "ilmu pasir"),[9] kata kerjaramalرامل (serapanArab:رَمْل,rumi: raml "pasir")[10] dipinjamkan dari kefahaman ini.
Seekor ikan pari bersedia untuk menyembunyikan dirinya dalam pasir.
Sungguhpun pasir tidak-beracun, aktiviti mpenggunaan pasir seperti pasir pelelas ("sandblasting") memerlukan perlindungan. Beg pasir silika yang digunakan bagi pasir pelelas kini dilabel dengan amaran bagi menggunakan perlindungan pernafasan dan mengelak bernafas habuk silika halus yang terhasil. Helaian data keselamatan galian ("Material safety data sheet - MSDS") bagi silika menyatakan bahawa "penghiduan melampau bagi silika berkristal merupakan kebimbangan kesihatan serius".[11]
Di kawasan tekanan air poros air masin dan pasir mampu membentukpasir jerlus, yang merupakanhidrogelcolloid yang bertindak seperti cecair. Pasir jerlus menghasilkan rintangan besar bagi haiwan yang terperangkap dalamnya, sering kali mati kerana akibat dedahan (bukan kerana lemas).
Pelbagai kegunaan pasir memerlukan industri korek besar, menimbulkan kebimbangan persekitaran berkait dengan kehabisan ikan, tanah runtuh, hakisan pantai dan banjir. Negara seperti China, Indonesia, Malaysia dan Cambodia melarang eksport pasir, menyebut isu sebegini sebagai faktor utama.[12]
^Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005).Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 167.ISBN967-65-7321-3.
^"Simplot". Diarkibkan daripadayang asal pada 2006-03-11. Dicapai pada2010-02-25.