Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Parti Tindakan Demokratik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"DAP" dilencongkan di sini.
Parti Tindakan Demokratik
Democratic Action Party
PengerusiTan Kok Wai(2014–)Sunting nilai ini di Wikidata
Setiausaha agungLoke Siew FookSunting nilai ini di Wikidata
PenasihatLim Guan Eng
PengerusiGobind Singh Deo
Timbalan PengerusiNga Kor Ming
Naib PengerusiChong Chieng Jen
Teo Nie Ching
Ng Suee Lim
Syahredzan Johan
J Arul Kumar
Setiausaha AgungAnthony Loke
PengasasLim Kit Siang
Diasaskan18 Mac 1966; 59 tahun yang lalu (1966-03-18)
PecahanParti Tindakan Rakyat
Anggota bagi
Ibu pejabatIbu Pejabat Kebangsaan DAP
Jalan Yew, 55100
Kuala Lumpur
Keanggotaan450,000 (2015)Sunting nilai ini di Wikidata
IdeologiAntikomunisme
Demokrasi sosial
Konservatisme
Liberalisme sosial
Berbilang kaum
Sekularisme
Kedudukan politikBerhaluan kiri tengah
Hubungan kebangsaanBarisan Alternatif (1999–2008)
Pakatan Rakyat (2008–2015)
Pakatan Harapan (2015-kini)
Hubungan antarabangsaSosialis Antarabangsa (SI)
WarnaPutih, merah, biru
Tapak sesawangPortal rasmi DAP (bahasa Melayu)
Pautan lainFacebook: DAPMalaysiaTwitter: DAPMalaysiaInstagram: dapmalaysiaSunting ini di Wikidata
Dewan Negara Malaysia
6 / 70
Dewan Rakyat Malaysia:
40 / 222
DUN:
94 / 576
Menteri Besar dan Ketua Menteri
1 / 13
Majlis Tempatan Perundangan Daerah
0,000 / 1,311
Simbol pilihan raya
Bendera parti
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Artikel ini adalah sebahagian daripadasiri pada
Politik
Malaysia
Persatuan Negara-negara Asia TenggaraNegara Anggota ASEAN
Ikon portalPortal Malaysia


Parti Tindakan Demokratik (bahasa Inggeris:Democratic Action Party (DAP);Tamil:ஜனநாயக செயல் கட்சி;Bahasa Cina:民主行动党) ialah sebuahparti politik Malaysia yang berbentuk pelbagai kaum, sekular dan sosialisme demokratik. Ia ditubuhkan pada 18 Mac 1966.[1] Kubu-kubu kuat parti DAP adalah dari segi sokongan rakyat majoriti bukan Melayu di Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. DAP juga memperoleh sedikit undi masyarakat Melayu di Pahang dan Melaka kerana bertanding menggunakan lambang PKR dan HARAPAN.

DAP terkenal dengan konsep kontroversi iaitu "Malaysian Malaysia" (Malaysia untuk semua rakyat/semua bangsa Malaysia). Parti ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen.[2] Bentuk sosialisme yang menjadi pilihan DAP ini adalah sosialisme sederhana yang bersifat anti-komunis dan anti-kapitalis, dan berdasarkan atitud tidak memihak kepada mana-mana pengaruh kuasa besar dunia sama ada blok Barat ataupun blok Timur.[3]

DAP merupakan salah satu daripada empat parti kerajaan utama di Malaysia selain parti PKR,DAP dan AMANAH dan ketiga-tiga parti ini mewakiliPakatan Harapan. Kesepakatan DAP dalam Pakatan Harapan memberikan rakyat Malaysia satu alternatif politik yang mantap dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Akhbar Internet parti ini (dalam Bahasa Melayu) ialahRoketkini.[4]

Sejarah

DAP merupakan serpihan kepadaParti Tindakan Rakyat (PAP) yang merupakanparti politik Singapura. Perdana Menteri Singapura pertama,Lee Kuan Yew yang merupakan pengasas PAP tidak bersetuju dengan cubaanPerikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya diSingapura dan telah membuka cawangan PAP diSemenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September pada tahun yang sama.

Devan Nair selaku ahli parlimenBangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba dihidupkan dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966, Surat dari Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.

Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan.Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia. Pada Ogos 1966, lidah rasmi parti iaituRoket diterbitkan buat pertama kalinya.

Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahliSosialis Antarabangsa (SI) di Persidangan Antarabangsa SI diZurich,Switzerland.

Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil diRahang,Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang dari partiPerikatan telah meninggal dunia. DrChen Man Hin selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.[5]

Tabung Amanah Sosialis Demokratik

Devan Nair mengumumkan penubuhan Tabung Amanah Sosialis Demokratik pada 19 April 1966 dengan tujuan menyokong kewangan parti dalam pilihan raya dan memenuhi harapan dan aktiviti sosialisme demokratik. Ahli Jawatankuasa tabung ini ialahDevan Nair,Chen Man Hin, Goh Hock Guan dan Dr Seevaranam. Tabung ini berjaya mengumpul bantuan kewangan dari masyarakat Cina bandar. Ekoran itu juga banyak cawangan DAP ditubuhkan di seluruh negara kerana mempunyai kewangan yang kukuh.

Kebangkitan Lim Kit Siang

Ketika inilah munculnyaLim Kit Siang selaku pembantu kepadaDevan Nair . Namanya terus popular kerana lantang mengkritik dasar lemah lembut yang diamalkan oleh MCA. Lim kit Siang muncul dalam surat-surat khabar Cina pada 20 Mei 1967 dan sejak itu bidasan-bidasan Lim Kit Siang terhadap dasar patriotik MCA tersiar dalam kebanyakan surat khabar Cina.

Pada Ogos 1966, lidah rasmi parti iaituThe Rocket diterbitkan buat pertama kali. Lim Kit Siang selaku ahli Exco DAP telah menggunakan Rocket mengecam MCA yang mengikut telunjukUMNO. SedangkanLim Kit Siang mahuMalaysia mengamalkan dasar 'Malaysian Malaysia' iaitu satu dasar yang selaras dengan prinsip sosialis. Baginya masalah masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum , tidak bersatu dan miskin hanya dapat diselesaikan melalui dasar ini. Masyarakat Cina bandar amat tertarik dengan slogan yang diwarwarkan oleh Lim Kit Siang ini dan dibuktikan melaluiPilihan Raya Umum Malaysia 1969. Lim Kit Siang menang di parlimenKota Melaka pada tahun 1969.

Pengunduran Devan Nair

Devan Nair merupakan ahli parlimen tunggal PAP di kawasan Bangsar, Selangor, berdekatan dengan Kuala Lumpur . Apabila beliau menang dalamPilihan Raya Umum Malaysia 1964, Devan Nair telah menetap di Kuala Lumpur. Pada 30 Julai 1967, Devan Nair menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kebangsaan DAP. Majlis terpaksa menerima keputusan Devan Nair dan setuju melantik Naib Setiausaha Agung memangku jawatan Setiausaha Agung.

Sebenarnya Devan Nair tidak berhasrat tinggal lama di Malaysia. Beliau telah dijemput oleh Lee Kuan Yew untuk menjadi Presiden Singapura . Tawaran itu tentulah tidak dapat ditolak oleh beliau begitu sahaja walaupun beliau dilahirkan di Melaka.

K.S Das selaku pengerusi DAP Johor Bahru telah dipilih sebagai Naib Setiausaha dan Daing Ibrahim sebagai Naib Setiausaha Kedua. Mesyuarat agung itu juga menerima Pengisytiharan Setapak seabagai panduan kepada halatuju DAP pada masa hadapan. Pengisytiharan Setapak telah diadakan pada 29 Julai 967 dan merupakan Persidangan Kebangsaan DAP yang pertama.

Mesyuarat Agung DAP pertama

DAP mengadakan mesyuarat agung Perwakilan DAP yang pertama pada 17 Mac 1968 di Kuala Lumpur. Lebih 200 wakil dari 37 cawangan DAP di seluruh negara telah hadir.

Hasilnya satu jawatankuasa pusat DAP telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya adalah semua ahli-ahli jawatankuasa penaja.

Semenjak Devan Nair mengundurkan diri dari pucuk pimpinan DAP, DrChen Man Hin dan Goh Hock Guan tidak henti-henti mengunjungi semua cawangan di seluruh negara bagi mengukuhkan keahlian DAP dan meningkatkan kerjasama sesama ahli. Sehingga MAC 1969, DAP berjaya menubuhkan 65 cawangan di Malaysia.

Pemimpin DAP ditahan ISA

Kelantangan Lim Kit Siang dan lain -lain pemimpin DAP menyebabkan mereka ditahan oleh polis dan sesetengahnya ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada 1969 Lim kit Siang ditahan tanpa bicara selama 18 bulan di bawah ISA. Pada 1979 sekali lagi beliau ditahan kerana mendedahkan perjanjian senjata antara kerajaan Malaysia dengan syarikat Switzerland.

Pada tahun 1987, Lim Kit Siang dan lain-lain telah ditahan dalam 'Operasi Lalang' selama dua tahun kerana mengancam keselamatan negara.

Sehingga hari ini, Kit Siang mempunyai kedudukan yang berpengaruh dalam DAP dan tidak dicabar oleh mana-mana pemimpin DAP bagi jawatan Setiausaha Agung DAP.

Pakatan pembangkang 1969

DAP lebih bersedia untuk menghadapiPilihan Raya Umum Malaysia 1969. DrChen Man Hin dan lain-lain pemimpin setuju bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina pakatan bagi menghadapiPerikatan. DAP telah bekerjasama dengan secara langsung dan tidak langsung dengan partiGerakan,Parti Progresif Rakyat danPAS tentang pembahagian kerusi semasa pilihan raya 1969. Prinsip yang dipakai ialah hanya satu calon pembangkang berlawan dengan Perikatan. Dato Mohd Asri selalu Presiden PAS bersedia bekerjasama dengan DAP ini tindakan ini mengejutkan tokoh-tokoh politik.

DAP telah meletakkan 23 calon parlimen dan 48 calon untuk Dewan Undangan Negeri. Hasil kerjasama pembahagian kerusi ini cukup menguntungkan DAP kerana DAP berjaya merebut 13 kerusi Parlimen dan 31 buah kerusi Dewan Undangan Negeri. DAP memperolehi 11.9 peratus daripada jumlah undi sah yang dibuang dan merupakan pencapaian yang cukup membanggakan. Hasil pakatan DAP dan PAS ini menyebabkab Perikatan gagal mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang dan gagal membentuk kerajaan mutlak di Perak dan Selangor.

Parti Gerakan (sewaktu itu pembangkang) telahpun mengadakan kerjasama dengan PAS.

Pembentukan kerajaan negeri

DAP mencapai pencapaian tertinggi padaPilihan Raya Umum Malaysia 2008 ketika berjaya menembusi kubu kuatBN diPulau Pinang. DAP berjaya menewaskanGerakan di semua parlimen yang ditandingi parti komponen BN itu.

  • DAP memenangi kerusi DUN di Pulau Pinang(19), Perak (18), Selangor(13), Negeri Sembilan (10) , Melaka(5), Johor (4), Pahang (2), Kedah (1) dan Sabah (1).

DAP berjaya membentuk kerajaan campuran diPulau Pinang dengan kerjasamaPKR danLim Guan Eng dilantik menjadiKetua Menteri Pulau Pinang.

Letak jawatan

Sepanjang tahun 1969 hingga 1982, hampir 28 ahli DAP telah menarik diri atau dipecat dari parti itu dengan pelbagai alasan. Antaranya ialah Pengerusi DAP Selangor iaitu Goh Hock Guan . Pada 1972 Richard Ho, ahli Parlimen Sitiawan telah meletakkan jawatan.

Perdebatan berlaku antaraLee Lam Thye denganLee Kim Sai hingga hampir-hampir berlaku Pilihan Raya Kecil kawasanSeputeh. Lee Lam Thye merupakan seorang pemimpin yang sederhana dan banyak bekerja untuk orang ramai di kawasan Menglembu, ipoh , Perak. Lee Lam Thye pernah mengikuti rombongan Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Tembok Besar China dan melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri China. Akhirnya Lee Lam Thye meletakkan jawatan dari kepimpinan DAP.

Pada Februari 2008, ahli parlimenBatu Gajah iaituFong Po Kuan merajuk dengan kepimpinan DAP Perak. DalamPilihan Raya Umum Malaysia 2004 Lim Kit Siang telah menang di kawasanIpoh Timur. Tindakan Lim Kit Siang yang asyik berpindah-randah kawasan hanya membuktikan beliau diterima di seluruh negara tetapi gagal menjiwai permasalahan rakyat tempatan.

DAP tidak bebas daripada kritikan politik keluarga. Anak Karpal Singh iaitu Gobind Singh Deo telah bertanding di parlimen negeri Selangor iaitu di kawasan P 103 parlimenPuchong. Anak Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng telah dilantik menjadi Setiausaha Agung DAP dan akan bertanding di Pulau Pinang. Sementara Betty Chew Gek Cheng telah menjadi ahli dewan undangan negeri Melaka kawasanKota Laksamana, Melaka.

Simbol parti

Logo

Simbol atau logo DAP (lihat di atas) adalah roket, yang telah digunakan sejak pilihan raya umum 1969. Komponennya dilambangkan seperti berikut:

  • Roket merah melambangkan aspirasi Parti untuk masyarakat yang moden, dinamik dan progresif
  • Empat rangsangan roket ini mewakili sokongan dan pemanduan yang diberikan kepada objektif parti oleh tiga etnik utama (Melayu, Cina, India Asia) dan lain-lain

  • Bulatan biru bermaksud perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia
  • Latar belakang putih bermaksud kemurnian dan tidak dapat diperbaiki

Maskot Ubah

Burung Ubah adalah maskot rasmi DAP yang menyerupaiBurung Enggang. DAP telah mengadopsi burung ini sebagai simbol untuk perubahan baik untuk ciri-ciri uniknya, ketabahan dan perwakilan perpaduan kedua-dua Malaysia Timur dan Malaysia Barat menjadi negara Malaysia.[6] Ia telah direka oleh Ooi Leng Hang dan telah dilancarkan semasa pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2011 dan juga digunakan sebagai sebahagian daripada kempen politik mereka semasa pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013. Barang dagangannya seperti mainan mewah, butang dan pelekat kereta sangat baik diterima oleh orang ramai.@dapmalaysia (1 January 2013)."Merchandise incl Ubah plush toys selling like hot cakes!" (Twit) – melaluiTwitter. Idea maskot itu datang dari Setiausaha DAP Sarawak,Chong Chieng Jen, yang merasakan maskot akan meningkatkan semangat rakyat. Nama "Ubah", yang bermaksud "perubahan" dalamBahasa Melayu, adalah selaras dengan aspirasi parti dalam mengubah parti pemerintah kerajaan persekutuan Malaysia. Selain kostumIbanSarawak yang asli, "Ubah" kini terdapat dalam kostum Melayu untukHari Raya, kostum India untukDeepavali, kostum Cina untukTahun Baru Cina, kostumSanta Claus untukKrismas, dan Kostum Superman yang menggambarkan kuasa rakyat.[7]

Pada 13 Julai 2013, terapung raksasa yang dikenali sebagai "Ubah Inflatable Bird (Water Ubah)" dilancarkan secara rasminya di IJM Promenade,Jelutong,Pulau Pinang oleh Setiausaha Agung DAPLim Guan Eng.[6]

Lagu

Lagu parti rasmi DAP ialahBerjuang Untuk Rakyat Malaysia.

Selain daripada lagu rasmi parti, DAP juga telah melancarkan beberapa lagu tema dan video muzik kebanyakannya dengan tema Ubah seperti "Ubah" dengan sebanyak 800,000 tontonan,明天 dengan lebih 400,000 tontonan dan "Ubah Rocket Style" dengan lebih daripada 100,000 tontonan, yang merupakan parodi hits tularYouTube "Gangnam Style".

Pilihan raya

Pilihan raya 1978

Kerjasama antara PAS dan DAP diadakan secara tidak langsung. Biasanya PAS akan bertanding sebagai pemecah undi di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu. Dikatakan pengundi Melayu akan mengundi calon PAS. Pengundi Cina terpaksa memilih calon DAP atau calon MCA. Biasanya calon DAP lebih beruntung.

Dalam pilihan raya 1978, parti PAS 'menghadiahkan' kawasan parlimen Damansara, Bukit Mertajam dan Beruas serta DUN Gopeng kepada DAP. DAP pula membantu PAS memdapatkan kawasan Kuala Kurau di Perak.

Pilihan raya 1990

DAP telah berpakat dengan parti pembangkang seperti Semangat 46, PSRM, HAMIM dan PAS. Tetapi kerjasama ini tidak begitu berjaya kerana perbezaan ideologi yang ketara antara DAP dengan PAS dan Semangat 46. Pemimpin PAS dan DAP sering berdolak-dalik dalam menentukan hubungan yang bakal dimetri menjelang pilihan raya.

Pilihan raya 1995

Dalam pilihan raya 1995, DAP menang 9 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN.

Pilihan raya 1999

Dalam pilihan raya 1999 , Pengundi Cina tidak dapat menerima kerjasama antara DAP dengan PAS. Akibatnya DAP hanya mendapat 10 kerusi parlimen sahaja. Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kubu kuat mereka di Pulau Pinang.

Lim Kit Siang dikalahkan pertama kali dalam pilihan raya umum 1999 sejak beliau bertanding dalam pilihan raya.

Pilihan raya 2004

Pilihan raya 2004 menyaksikan DAP menang di 12 kawasan Parlimen. Lim Kit Siang menang mudah di kawasan Ipoh Timur. Begitu juga dengan Karpal Singh di Pulau Pinang.

Pilihan raya 2008

DAP kini diketuai Setiausaha Agung,Lim Guan Eng. Lim merupakan anak kepada Setiausaha Agung sebelumnya,Lim Kit Siang. DAP terkenal denganKarpal Singh, seorang peguam yang berani menentangMahkamah Malaysia. DAP dan PAS akur dengan Anwar Ibrahim selaku penasihat Parti Keadilan Rakyat agar hanya satu calon pembangkang bertanding menentang Barisan Nasional.

Sejak 1995, matlamat DAP lebih realistik iaitu mengurangkan majoriti 2/3 yang dibolot oleh Barisan Nasional. Projek Tanjung I, II dan III gagal menguasai Pulau Pinang malah pengundi Cina terhadap DAP semakin merosot di Pulau Pinang.

Pilihan raya 2013

Pendaftar Pertubuhan menghantar surat kepada DAP dua hari sebelum penaman calon yang menyatakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharunya tidak sah. Ini menyebabkan DAP mungkin tidak dapat menggunakan logonya dalam pilihan raya kerana Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng tidak dapat mengeluarkan surat kuasa membenarkan penggunaan logo DAP. Lalu calonnya mungkin terpaksa menggunakan logo rakan Pakatan iaitu PAS dan DAP.[8] Namun akhirnya calon DAP dapat menggunakan logo mereka sendiri selepas RoS memberikan penjelasan.[9]

DAP memenangi kerusi DUN di Pulau Pinang (19), Perak (18), Selangor (15), Johor (13), Negeri Sembilan (11), Pahang (7), Melaka (6), Sabah( 4) dan Kedah (2).

DAP berjaya mengekalkan pemerintahannya diPulau Pinang bagi penggal kedua sejakPilihan raya umum Malaysia 2008 dan berjaya menambah kerusi DUN diSelangor,Johor,Negeri Sembilan,Pahang,Melaka,Sabah danKedah.

Antara isu yang agak menghangatkan negara ialah semasaPilihan raya umum Malaysia 2013, penasihat DAPLim Kit Siang telah bertanding di kawasan P 162Gelang Patah menentang bekasMenteri Besar Johor, Dato' SeriAbdul Ghani Othman. Namun,Lim Kit Siang berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 14,762 undi menewaskan bekas Menteri Besar Johor itu.

Senarai pemimpin DAP

Berikut adalah senarai jawatan pelbagai pemimpin untuk setiap penggal.

Penasihat Seumur Hidup DAP

No.NamaMula menjawatMelepaskan jawatan
1Chen Man HinDisember 199917 Ogos 2022

Pengerusi Kebangsaan DAP

No.NamaMula menjawatMelepaskan jawatan
1Chen Man Hin18 Mac 1966Disember 1999
2Lim Kit SiangDisember 19993 September 2004
3Karpal Singh4 September 200429 Mac 2014
17 April 2014
4Tan Kok Wai29 Mac 201420 Mac 2022
5Lim Guan Eng20 Mac 202215 Mac 2025
6Gobind Singh Deo16 Mac 2025Penyandang terkini

Ketua Parlimen DAP

No.NamaMula menjawatMelepaskan jawatan
1Lim Kit Siang196911 Julai 2018
2Loke Siew Fook11 Julai 201820 Mac 2022
3Nga Kor Ming20 Mac 2022Penyandang terkini

Ketua Setiausaha DAP
No.NamaMula menjawatMelepaskan jawatan
1C.V. Devan Nair18 Mac 196630 Julai 1967
2Goh Hock Guan30 Julai 19671 Oktober 1969
3Lim Kit Siang1 Oktober 1969Disember 1999
4Kerk Kim HockDisember 1999April 2002
September 2002May 2004
5Lim Guan EngMei 200420 Mac 2022
6Loke Siew Fook20 Mac 2022Penyandang terkini

Pemangku Ketua Setiausaha DAP

No.NamaMula menjawatMelepaskan jawatan
1Fan Yew Teng1 Oktober 19691 Oktober 1970
2Chong EngApril 2002September 2002

Nota: Lim Kit Siang telah dipilih sebagai Setiausaha Agung pada bulan Oktober 1969 semasa ditahan di bawah ISA dan Fan Yew Teng bertindak sebagai jawatan sekuriti DAP. Pemangku Ketua Setiausaha yang dilantik apabila Setiausaha Agung tidak berkhidmat.

Mentor Parti

No.NamaMula menjawatMelepaskan jawatan
1Lim Kit Siang20 Mac 202212 April 2022

Nota: Mentor Parti ialah kedudukan baru yang dicipta pada tahun 2022 apabila Lim Kit Siang menarik diri daripada mengganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat bermula 20 Mac 2022 setelah 56 tahun bersama DAP.


Kepimpinan 2022-2024

Berikut ialah senarai kepimpinan utama DAP bagi 2022-2024[10]

Wakil rakyat

Dewan Negara

Senator

Rencana utama:Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-15
LantikanTempohAhliCatatanPenggal
Yang di-Pertuan Agong20.03.2023 - 19.03.2026Noorita Sual, YB Senator PuanPertama
20.03.2023 - 19.03.2026Roderick Wong Siew Lead, YB Senator TuanPertama
25.08.2025 - 24.08.2028Leong Ngah Ngah, YB Senator Dato'Pertama
 Pulau Pinang07.03.2023 - 06.03.2026Lingeshwaran R. Arunasalam, YB Senator TuanPertama
 Selangor26.02.2025 - 25.02.2028Tiew Way Keng, YB Senator PuanPertama
 Negeri Sembilan25.08.2025 - 24.08.2028Wu Him Ven, YB Senator Dato'Pertama

Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Malaysia ke-15

Rencana utama:Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15

DAP kini mempunyai 40 ahli parlimen.

NegeriNo.Perlembagaan ParlimenAhliCatatan
 Pulau PinangP043BaganLim Guan Eng, YB TuanPresiden DAP
P045Bukit MertajamSim Chee Keong, YB TuanMenteri Sumber Manusia Malaysia
P046Batu KawanChow Kon Yeow, YB TuanKetua Menteri Pulau Pinang
P048Bukit BenderaSyerleena Abdul Rashid, YB Puan
P049TanjongLim Hui Ying, YB PuanTimbalanMenteri Kewangan Malaysia
P050JelutongRSN Rayer, YB Tuan
P051Bukit GelugorRamkarpal Singh, YB Tuan
 PerakP060TaipingWong Kah Woh, YB TuanTimbalanMenteri Pendidikan Malaysia
P064Ipoh TimorHoward Lee Chuan How, YB Tuan
P065Ipoh BaratKulasegaran MurugesonTimbalan Menteri JPM Undang-Undang dan Reformasi Institusi
P066Batu GajahSivakumar Varatharaju Naidu
P068BeruasNgeh Koo Ham, YB Dato'
P070KamparChong Zhemin, YB Tuan
P076Teluk IntanNga Kor Ming, YB TuanMenteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
 PerakP080RaubChow Yu Hui, YB Tuan
P089BentongYoung Syefura Othman, YB Puan
 SelangorP102BangiSyahredzan Johan, YB Tuan
P103PuchongYeo Bee Yin, YB Puan
P106DamansaraGobind Singh Deo, YB TuanMenteri Digital Malaysia
P110KlangGanabatirau Veraman, YB Tuan
 Kuala LumpurP114KepongLim Lip Eng, YB Tuan
P117SegambutHannah Yeoh Tseow Suan, YB PuanMenteri Belia dan Sukan Malaysia
P120Bukit BintangFong Kui Lun, YB Tuan
P122SeputehTeresa Kok Suh Sim, YB Puan
P123CherasTan Kok Wai, YB Tuan
 Negeri SembilanP128SerembanLoke Siew Fook, YB TuanMenteri Pengangkutan Malaysia
P130RasahCha Kee Chin, YB Tuan
 MelakaP138Kota MelakaKhoo Poay Tiong, YB Tuan
 JohorP142LabisPang Hok Liong, YB Tuan
P145BakriTan Hong Pin, YB Tuan
P152KluangWong Shu Qi, YB Puan
P162Iskandar PuteriLiew Chin Tong, YB TuanTimbalanMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
P163KulaiTeo Nie Ching, YB PuanTimbalanMenteri Komunikasi dan Digital Malaysia
 SabahP172Kota KinabaluChan Foong Hin, YB TuanTimbalanMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia
P186SandakanVivian Wong Shir Yee, YB Puan
 SarawakP192Mas GadingMordi Bimol, YB Tuan
P195Bandar KuchingKelvin Yii Lee Wuen, YB Dr.
P196StampinChong Chieng Jen, YB Tuan
P211LanangAlice Lau Kiong Yieng, YB PuanTimbalanYang di-Pertua Dewan Rakyat
P212SibuOscar Ling Chai Yew, YB Tuan

Dewan Undangan Negeri

Rencana utama:Ahli Dewan Undangan Negeri, Parlimen Malaysia ke-15
NegeriNo.Kawasan DUNAhliCatatan
 KedahN13Kota Darul AmanTeh Swee Leong
 Pulau PinangN07Sungai PuyuPhee Syn Tze
N08Bagan JermalChee Yeeh Keen
N09Bagan DalamKumaran Krishnan
N13BerapitHeng Lee Lee
N15Padang LalangGooi Zi Sen
N16PeraiSundarajoo SomuEXCO Pulau Pinang
N19JawiH'ng Mooi Lye
N22Tanjong BungaZairil Khir JohariEXCO Pulau Pinang
N23Air PutihLim Guan Eng
N25Pulau TikusJoshua Woo Sze Zeng
N26Padang KotaChow Kon YeowKetua Menteri Pulau Pinang
N27Pengkalan KotaWong Yuee Harng
N28KomtarTeh Lai Heng
N29Datok KeramatJagdeep Singh DeoTimbalan KM Pulau Pinang 2
EXCO Pulau Pinang
N30Sungai PinangLim Siew KhimEXCO Pulau Pinang
N31Batu LancangOng Ah Teong
N32Seri DelimaConnie Tan Hooi Peng
N33Air ItamJoseph Ng Soon Seong
N34Paya TerubongWong Hon Wai
 PerakN17Pokok AssamOng Seng Guan
N18AulongTeh Kok LimEXCO Perak
N22JalongLoh Sze YeeEXCO Perak
N25CanningJenny Choy Tsi JenTimbalan YDP Perak
N26Tebing TinggiAbdul Aziz Bari
N27Pasir PinjiGoh See Hua
N28BerchamOng Boon Piow
N29KepayangNga Kor Ming
N30BuntongThulsi Manogaran
N31JelapangCheah Pou Hian
N32MenglembuChaw Kam Foon
N33TronohSteven Tiw Tee Siang
N37Pantai RemisWong May Ing
N38AstakaJason Ng Thien Yeong
N41Malim NawarBavani Veraiah
N42KeranjiAngeline Koo Hai Yen
N55Pasir BedamarWoo Kah LeongEXCO Perak
M57SungkaiSivanesan AchalingamEXCO Perak
 PahangN1Tanah RataHo Chi Yang
N7TrasTengku Zulpuri Shah Raja Puji
N30MentakabWoo Chee Wan
N33BilutLee Chin ChenTimbalan YDP Pahang
N34KetariSu Keong Siong
N38TriangLeong Yu ManEXCO Pahang
 SelangorN04SekinchanNg Suee LimEXCO Selangor
N06Kuala Kubu BharuLee Kee Hong
N22TerataiYew Jia Haur
N27BalakongWayne Ong Chun Wei
N28Seri KembanganWong Siew Ki
N30KinraraNg Sze HanEXCO Selangor
N31Subang JayaMichelle Ng Mei Sze
N34Bukit GasingRajiv Rishyakaran
N35Kampung TunkuLim Yi Wei
N36Bandar UtamaJamaliah JamaluddinEXCO Selangor
N45Bandar Baru KlangQuah Perng Fei
N47PandamaranLeong Tuck Chee
N50Kota KemuningPreakas Sampunathan
N52BantingPapparaidu VeramanEXCO Selangor
N56Sungai PelekLwi Kian Keong
 Negeri SembilanN1ChennahAnthony Loke Siew Fook
N8BahauTeo Kok SeongEXCO Negeri Sembilan
N10NilaiArul Kumar JambunathanEXCO Negeri Sembilan
N11LobakChew Seh Yong
N12TemiangNg Chin Tsai
N21Bukit KepayangNicole Tan Lee KoonEXCO Negeri Sembilan
N22RahangDesmond Sian Meow Kong
N23MambauYap Yew Weng
N24Seremban JayaGunasekaren Palasamy
N30LukutChoo Ken Hwa
N36RepahVeerapan SuperamaniamEXCO Negeri Sembilan
 MelakaN16Ayer KerohKerk Chee YeeTimbalan YDP DUN Melaka
N19KesidangSeah Shoo ChinEXCO Melaka
N20Kota LaksamanaLow Chee LeongTimbalan EXCO Melaka
N22Bandar HilirLeng Chau YenTimbalan EXCO Melaka
 JohorN2JementahNg Kor Sim
N10TangkakEe Chin Li
N12BentayanNg Yak Howe
N23PenggaramGan Peck Cheng
N28MengkibolChew Chong Sin
N42Johor JayaLiow Cai Tung
N45StulangAndrew Chen Kah Eng
N46PerlingLiew Chin Tong
N48SkudaiMarina Ibrahim
N52SenaiWong Bor Yang
 SabahN19LikasTan Lee FattTimbalan Menteri Kabinet Sabah
N21LuyangPhoong Jin ZheMenteri Kabinet Sabah
N25KapayanJannie Lasimbang
N56Tanjong PapatPoon Ming Fun
 SarawakN9PadunganChong Chieng Jen
N10PendingViolet Yong Wui Wui
Laman utama:Ahli Dewan Undangan Negeri, Parlimen Malaysia ke-14 danAhli Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
19 / 40
Dewan Undangan Negeri Sembilan
11 / 36
Dewan Undangan Negeri Perak
16 / 59
Dewan Undangan Negeri Selangor
16 / 56

Dewan Undangan Negeri Johor
10 / 56
Dewan Undangan Negeri Melaka
4 / 28
Dewan Undangan Negeri Pahang
7 / 42

Dewan Undangan Negeri Sabah
4 / 64
Dewan Undangan Negeri Sarawak
2 / 82
Dewan Undangan Negeri Kedah
2 / 36

Dewan Undangan Negeri Perlis
0 / 15
Dewan Undangan Negeri Terengganu
0 / 32
Dewan Undangan Negeri Kelantan
0 / 45

Jurucakap Parlimen

PortfolioAhli Dewan Rakyat
Ketua ParlimenNga Kor Ming
Ketua WhipAlice Lau Kiong Yieng
Pengerusi PACWong Kah Woh
KewanganTony Pua Kiam Wee
Perdagangan Antarabangsa dan IndustriOng Kian Ming
Perubahan Iklim, Sains dan TeknologiYeo Bee Yin
PendidikanTeo Nie Ching
Wanita, Keluarga dan Pembangunan MasyarakatHannah Yeoh Tseow Suan
Sumber ManusiaM Kulasegaran
Perladangan dan KomoditiTeresa Kok Suh Sim
PertahananWong Hon Wai
KesihatanKelvin Yii Lee Wuen
Parlimen dan Undang-undang
  • Ngeh Koo Ham
  • Pang Hok Liong
Hal Ehwal SabahChan Foong Hin
Hal Ehwal SarawakChong Chieng Jen
Hal Ehwal Dalam Negeri
  • Ramkarpal Singh
  • RSN Rayer
Alam SekitarWong Tack
Air dan TenagaCharles Anthony Santiago
Wilayah Persekutuan
  • Lim Lip Eng
  • Fong Kui Lun
PengangkutanThomas Su Keong Siong
Pertanian dan Industri Makanan
  • Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
  • Wong Ling Biu
Kerja RayaOscar Ling Chai Yew
Kesenian dan KebudayaanKhoo Poay Tiong
Perumahan dan Kerajaan TempatanTeh Kok Lim
Belia SukanSteven Sim Chee Keong
Hal Ehwal Luar NegeriKasthuriraani Patto
Pelajaran TinggiVivian Wong Shir Yee
Perdagangan dan Hal Ehwal PenggunaCha Kee Chin
Pembangunan Luar Bandar
  • Noorita Sual
  • Mordi Bimol
PerpaduanV Sivakumar
Komunikasi dan MultimediaWong Shu Qi

Keputusan pilihan raya umum

Pilihan rayaKerusi bertandingJumlah kerusi dimenangiJumlah undiPerkongsian undiHasil undiKetua pilihan raya
1964 (sebagaiPAP)11
1 / 144
42,1302.0%1 kerusi;PembangkangLee Kuan Yew
196924
13 / 144
286,60612.1%12 kerusi;PembangkangGoh Hock Guan
197446
9 / 144
387,84518.3%4 kerusi;PembangkangLim Kit Siang
197853
16 / 154
664,43319.1%7 kerusi;PembangkangLim Kit Siang
198263
9 / 154
815,47319.6%7 kerusi;PembangkangLim Kit Siang
198664
24 / 154
968,00921.0%15 kerusi;PembangkangLim Kit Siang
199057
20 / 180
985,22817.13%4 kerusi;Pakatan pembangkang

(Gagasan Rakyat)

Lim Kit Siang
199550
9 / 192
712,17512.0%11 kerusi;Pakatan pembangkang

(Gagasan Rakyat)

Lim Kit Siang
199947
10 / 193
830,87012.53%1 kerusi;Pakatan pembangkang

(Barisan Alternatif)

Lim Kit Siang
200444
12 / 219
687,3409.9%2 kerusi;PembangkangKerk Kim Hock(Ketua Setiausaha)Lim Kit Siang(Pengerusi, Dasar Pusat & Suruhanjaya Perancangan Strategik)
200847
28 / 222
1,118,02513.77%16 kerusi;Pakatan pembangkang

(Pakatan Rakyat)

Lim Guan Eng(Ketua Setiausaha)Lim Kit Siang(Pemimpin Parlimen)
201351
38 / 222
1,736,60115.71%10 kerusi;Pakatan pembangkang

(Pakatan Rakyat)

Lim Guan Eng(Ketua Setiausaha)Lim Kit Siang(Pemimpin Parlimen)
201847
42 / 222
2,040,06818.48%4 kerusi;Pakatan pembangkang

(Pakatan Harapan)

Lim Guan Eng(Ketua Setiausaha)Lim Kit Siang(Pemimpin Parlimen)

Keputusan pilihan raya negeri

Pilihan rayaDewan Undangan Negeri
Dewan Undangan Negeri PerlisDewan Undangan Negeri KedahDewan Undangan Negeri KelantanDewan Undangan Negeri TerengganuDewan Undangan Negeri Pulau PinangDewan Undangan Negeri PerakDewan Undangan Negeri PahangDewan Undangan Negeri SelangorDewan Undangan Negeri SembilanDewan Undangan Negeri MelakaDewan Undangan Negeri JohorDewan Undangan Negeri SabahDewan Undangan Negeri SarawakJumlah menang / Jumlah yang dipertandingkan
1964

(as PAP)

0 / 12
0 / 24
0 / 30
0 / 24
0 / 24
0 / 40
0 / 24
0 / 28
0 / 24
0 / 20
0 / 32
0 / 15
1969
0 / 12
0 / 24
0 / 30
0 / 24
3 / 24
6 / 40
0 / 24
9 / 28
8 / 24
4 / 20
1 / 32
0 / 48
31 / 57
1974
0 / 12
1 / 26
0 / 36
0 / 28
2 / 27
11 / 42
0 / 32
1 / 33
3 / 24
4 / 20
1 / 32
0 / 48
23 / 120
1978
0 / 12
0 / 26
0 / 28
5 / 27
9 / 42
0 / 32
3 / 33
3 / 24
4 / 20
1 / 32
25 / 127
1979
0 / 48
0 / 11
1982
0 / 12
0 / 26
0 / 36
0 / 28
2 / 27
4 / 42
1 / 32
1 / 33
2 / 24
2 / 20
0 / 32
12 / 131
1983
0 / 48
0 / 7
1985
0 / 48
0 / 3
1986
0 / 14
0 / 28
0 / 39
0 / 32
10 / 33
13 / 46
1 / 33
5 / 42
4 / 28
3 / 20
1 / 36
0 / 48
37 / 118
1987
0 / 56
0 / 11
1990
0 / 14
1 / 28
0 / 39
0 / 32
14 / 33
13 / 46
1 / 33
6 / 42
4 / 28
3 / 20
3 / 36
0 / 48
45 / 94
1991
0 / 56
0 / 18
1994
0 / 48
0 / 2
1995
0 / 15
0 / 36
0 / 43
0 / 32
1 / 33
1 / 52
1 / 38
3 / 48
2 / 32
3 / 25
0 / 40
11 / 103
1996
3 / 62
3 / 6
1999
0 / 15
0 / 36
0 / 43
0 / 32
1 / 33
4 / 52
1 / 38
1 / 48
0 / 32
4 / 25
0 / 40
0 / 48
11 / 88
2001
1 / 62
1 / 13
2004
0 / 15
0 / 36
0 / 45
0 / 32
1 / 40
7 / 59
1 / 42
2 / 56
2 / 36
2 / 28
0 / 56
0 / 60
15 / 104
2006
6 / 71
6 / 12
2008
0 / 15
1 / 36
0 / 45
0 / 32
19 / 40
18 / 59
2 / 42
13 / 56
10 / 36
5 / 28
4 / 56
1 / 60
73 / 102
2011
12 / 71
12 / 15
2013
0 / 15
2 / 36
0 / 45
0 / 32
19 / 40
18 / 59
7 / 42
15 / 56
11 / 36
6 / 28
13 / 56
4 / 60
95 / 103
2016
7 / 82
7 / 31
2018
0 / 15
2 / 36
0 / 45
0 / 32
19 / 40
18 / 59
7 / 42
16 / 56
11 / 36
8 / 28
14 / 56
6 / 60
101 / 104

Rujukan

  1. ^http://dapmalaysia.org/newenglish/au_theparty.htm
  2. ^http://dapmalaysia.org/newenglish/au_theparty.htm
  3. ^Wan Hamidi Hamid. 2011. Mengenali DAP: Bahagian Dua. Dari:http://roketkini.com/2011/05/30/mengenali-dap-bahagian-kedua/
  4. ^http://roketkini.com
  5. ^Zulkiflee Bakar ,'Sejarah Awal DAP', majalah Eksklusif, April 1990 , Penerbit Karangkraf, hlm 36,
  6. ^ab"Official Launching of UBAH inflatable bird (Water Ubah) at 10am, 13 July, at IJM Promenade. « Lim Guan Eng".
  7. ^"Political mascots come into play". Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-05-07. Dicapai pada2018-04-21.
  8. ^Lim Kit Sinag (19 Apr 2013)."DAP use of PAS and PKR symbols a game changer?".Malaysiakini. Dicapai pada19 April 2013.
  9. ^"DAP guna simbol sendiri".Sinar Harian. 20 April 2013. Dicapai pada20 April 2013.
  10. ^https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/03/20/whos-who-in-new-dap-leadership-lineup/

Sastera

* James Chin. The Sarawak Chinese Voters and their support for the Democratic Action Party (DAP), Southeast Asian Studies, Vol. 34, No. 2, 1996, pp 387–401

* James Chin. The Malaysian Chinese Dilemma: The Never Ending Policy (NEP), Chinese Southern Diaspora Studies, Vol 3, 2009

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanParti Tindakan Demokratik
Parti yang mempunyai wakil diParlimen dan/atauDewan Undangan Negeri
Pakatan Harapan
Perikatan Nasional
Barisan Nasional
Gabungan Parti Sarawak
Gabungan Rakyat Sabah
Parti politik lain
Parti yang tidak mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Perikatan Nasional
Gabungan Rakyat Sabah
Sahabat Barisan Nasional
Parti politik lain
Malaysia
Sarawak
Sabah
Parti dan gabungan tidak aktif/dibubar
Gabungan parti
Parti politik
Malaysia
Sarawak
Sabah
Parti pembangkangKerajaan Malaysia
Majlis Presiden
Pengerusi
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Setiausaha
Bendahari
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Penerangan
Ahli Majlis
Parti Komponen
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Setiausaha
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Pengerusi Kebangsaan
Timbalan Pengerusi Kebangsaan
Naib Pengerusi Kebangsaan
Setiausaha Agung
Timbalan Setiausaha Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Bendahari Kebangsaan
Setiausaha Publisiti Kebangsaan
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Setiausaha Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Bendahari Agung
Pengarah Komunikasi
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Setiausaha Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Majlis Pimpinan Negeri
Pengerusi
Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri
Ketua MenteriPulau Pinang
Menteri BesarSelangor
Menteri BesarNegeri Sembilan
Parti Politik
Parti komponen
Parti kerjasama
Bekas parti komponen
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Parti_Tindakan_Demokratik&oldid=6636729"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp