Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
BERSATU, PPBM, MUIP dilencongkan ke sini
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا
Nama InggerisMalaysian United Indigenous Party
Nama Cina土著团结党
Nama Tamilமலேசிய ஐக்கிய மக்கள் கட்சி
Nama ThaiSawadeekap Bersatu
SingkatanBERSATU
PresidenMuhyiddin Yassin
PengerusiMohd Suhaimi Abdullah
Setiausaha agungMohamed Azmin Ali
Timbalan PresidenHamzah Zainudin
Pengasas
Diasaskan8 September 2016 (2016-09-08)[1]
Didaftarkan14 Januari 2017 (2017-01-14)[2]
Disahkan14 Januari 2017 (2017-01-14)[3]
Pecahan1.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
2.Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Didahului olehPersatuan Pribumi Bersatu Malaysia
Ibu pejabatTingkat 8, Menara Yayasan Selangor, 18A Persiaran Barat, 46200,Petaling Jaya,Petaling,Selangor,Malaysia
AkhbarMY BERSATU[4]
Tidak rasmi:
MalaysiaNow
Badan pemikirInstitut Masa Depan Malaysia
Sayap belia/pemudaArmada Bersatu
Sayap wanitaSrikandi Bersatu
Sayap Belia WanitaSrikandi Muda Bersatu
Keanggotaan(2024)600,667
Ideologi
Kedudukan politiksentrisme
centre(en)TerjemahSunting nilai ini di Wikidata
AgamaIslam
Hubungan kebangsaanPakatan Harapan
(2016-2020)[5]
Perikatan Nasional
(sejak 23 Februari 2020)
Gabungan pembangkang (Sejak 2025)
Hubungan serantauGabungan Rakyat Sabah
(12 September 2020 - 10 Disember 2022)
Hubungan antarabangsaPartai Demokrasi Indonesia Perjuangan
Warna        Merah,Putih
SloganBersatu, Beramanah, Bermaruah[6]
LaguPerjuangan Kita
Tapak sesawangbersatu.orgSunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainFacebook: pribumibersatuofficialTwitter: PPBMofficialInstagram: ppbmofficialSunting ini di Wikidata
Dewan Negara
1 / 70
Dewan Rakyat
25 / 222
Dewan Undangan Negeri
58 / 607
Menteri Besar dan Ketua Menteri
0 / 13
Majlis Tempatan Perundangan Daerah
0,000 / 1,311
Simbol pilihan raya

Negeri selain Kelantan dan Terengganu

Di Kelantan dan Terengganu
Bendera parti
Fail:Bersatu flag.svg
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Parti Pribumi Bersatu Malaysia, jugadisingkatkan sebagaiBERSATU atau kadangkala ditulis sebagaiPPBM, ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin olehPresidennya,Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Parti PPBM telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 14 Januari 2017 olehPejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaanLogo PPBM telah dibenar-pakai olehSuruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sehari selepas kelulusan pendaftaran parti tersebut. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah salah satu komponen utama (major component) dalamPerikatan Nasional (PN). Sebelum parti politik ini diluluskan olehPejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS), parti ini dikenali sebagai Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia atauUnited Indigenous Association of Malaysia.

BERSATU bersama-samaBarisan Nasional,Parti Islam Se-Malaysia,Gabungan Parti Sarawak,Parti Bersatu Sabah danParti Solidariti Tanah Airku sambil disokong Ahli ParlimenBEBAS membentuk kerajaanPerikatan Nasional di peringkatPersekutuan pada Mac 2020 lalu sebelum penyertaanGabungan Rakyat Sabah pada bulan September tahun yang sama. BERSATU juga mengetuaiKerajaan Negeri Perak,Kerajaan Negeri Sabah dan menjadi sebahagian daripada ahli dalam pentadbiran kerajaan bagiKerajaan Negeri Johor,Kerajaan Negeri Melaka danKerajaan Negeri Kedah. ManakalaKerajaan Negeri Perlis,Kerajaan Negeri Kelantan,Kerajaan Negeri Terengganu,Kerajaan Negeri Pahang danKerajaan Negeri Sarawak menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaanPerikatan Nasional di peringkat Persekutuan.

Ketika BERSATU dalam kerajaanPakatan Harapan, ia dipimpin olehPengerusinya,Mahathir Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan ketika itu (kini beliau telah menjadi Pengasas serta PengerusiParti Pejuang Tanah Air sejak 8 Julai 2021).

BERSATU dahulu pernah menjadi salah sebuah parti dalam gabungan parti kerajaanPakatan Harapan. Ia juga merupakan parti yang memimpin dalam gabungan parti pemerintahKerajaan Negeri Kedah,Kerajaan Negeri Perak,Kerajaan Negeri Johor dan parti dalam gabungan parti kerajaan bagiKerajaan Negeri Pulau Pinang,Kerajaan Negeri Selangor,Kerajaan Negeri Melaka danKerajaan Negeri Sabah. Ia juga merupakan parti pembangkang dalam Kerajaan NegeriKelantan ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan dari Mei 2018 hingga Februari 2020 lalu.

Padapemilihan kepimpinan PPBM 2024 akan datang, yang dianggap oleh banyak pihak sebagai penting kepada arah tuju parti, bekas perdana menteriMuhyiddin Yassin akan bertanding dalam pertembungan tiga penjuru, dengan bekas menteri dalam negeriHamzah Zainudin, dan bekas menteri kananMohamed Azmin Ali.

Sejarah penubuhan

Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan sebuahparti politik Malaysia yang lahir selepas pemecatanTan Sri Muhyiddin Yassin danDato' Seri Utama Mukhriz Mahathir serta penggantunganDato' Seri Mohd Shafie Apdal daripadaUMNO pada 24 Jun 2016 sebelum terubuhnya BERSATU danParti Warisan Sabah[7]. Ia menjadikanTan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli ParlimenBEBAS selama 2 bulan. Beliau telah mencadangkan kepada Tun Dr Mahathir (yang ketika itu tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan) untuk menubuhkan BERSATU bersama-sama Dato' Seri UtamaMukhriz Mahathir yang ketika itu telah meletakkan jawatan sebagaiMenteri Besar Kedah[8] dan merupakan AhliDewan Undangan Negeri Kedah namun tiada kerusi diDewan Rakyat Malaysia. Oleh kerana itu,Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi wakil tunggal BERSATU dalam Dewan Rakyat dari tahun 2016 hingga tahun 2018 lalu.[9] Dato' SeriMohd Shafie Apdal kemudiannya telah menubuhkanParti Warisan Sabah yang menumpukan kepada geopolitik di negeri Sabah.[10]

Borang pemohonan untuk mendaftarkan PPBM telah dihantar kepadaPendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 olehTan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli jawatankuasa penaja parti[11][12][13].Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan penubuhan Parti PPBM pada 08 September 2016[14].

Jawatankuasa rasmi di peringkat pusat telah diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2017 yang telah menyatakan keahlian dalamMajlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah dibubarkan secara sementara pada5 April2018[15]. Walau bagaimanapun pada10 Mac2018,Pengerusi PPBM,Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan berikutan ancaman berulang-kali yang dikeluarkan oleh ROS untuk membubarkan PPBM[16][17], parti itu telah pun menyediakan perancangan lain jika benar dibubarkan ROS[18].

Selepas Pakatan Harapan memenangiPilihan raya umum Malaysia 2018, pembubaran BERSATU telah ditarik balik dan secara rasminya menjadi parti komponen Pakatan Harapan semula.

Pada Tahun 2020, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Mahathir Mohammad telah meletak jawatan Pengerusi BERSATU serta telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Jawatan Pengerusi BERSATU telah dipangku oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan usul percaya Parlimen Malaysia telah berpihak kepada Tan SriMuhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang ke-8 Malaysia. PPBM menjadi tulang belakang dan parti utama bagiPerikatan Nasional bersama-sama denganParti Islam Se-Malaysia (PAS) danParti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).

Jawatankuasa Penaja Penubuhan (9 Ogos 2016)

Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti[19]
JawatanNama
Presiden PenajaTan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Pengerusi PenajaMahathir Mohamad
Timbalan Presiden PenajaDato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir
Setiausaha Agung PenajaKamarul Azman Habibur Rahman
Bendahari PenajaAinina Saaduddin
Ahli Jawatankuasa PenajaSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Akhramsyah Muammar Ubaidah Tan Sri Sanusi

Takrif Pribumi

Menurut perlembagaan parti, Pribumi bermaksud warganegara Malaysia berbangsaMelayu danBumiputera termasukorang asli dan anak negeriSabah danSarawak seperti yang ditakrifkan di dalamPerlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri danundang-undang negara.

Cogan Perjuangan

Cogan perjuangan parti ialah "'BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH". '

Bendera dan Lambang

Lambang alternatif parti.

Bendera dan lambang parti berupa segi empat tidak sama berwarna merah dengan kadar nisbah 1:2 (lebar x panjang) dan didalamnya terdapat grafik berbentuk bunga lima kelopak berwarna putih.

Pengertian reka bentuk

  • Lima kelopak bunga bererti lima (5) Rukun Islam sebagai Agama Persekutuan dan lima (5) Prinsip Rukunegara.
  • Lima kelopak bunga yang bersambung secara seimbang dan sekata melambangkan perpaduan warga Pribumi dan seluruh rakyat Malaysia yang hidup secara aman dan harmoni serta mendapat layanan yang adil dan saksama dalam sebuah masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama.

Pengertian warna

  • Warna merah bererti keberanian, semangat patriotisme dan daya juang yang jitu.
  • Warna putih bererti kesucian, keikhlasan dan keluhuran dalam perjuangan serta sifat amanah, jujur dan berintegriti yang mesti dimiliki oleh ahli-ahli parti.

Tujuan Penubuhan

BERSATU ditubuhkan untuk :

  1. Memberikan perhatian kepada reformasi institusi untuk mengembalikan integriti didalam pentadbiran negara.
  2. Mengembalikan semula demokrasi dan kedaulatan undang-undang yang telah dinafikan dan disalahguna.
  3. Memuliakan pemisahan kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.
  4. Berjuang untuk menambahbaik prestasi Kerajaan dan memberi kehidupan yang lebih baik buat rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
  5. Mengembalikan penghormatan dan sanjungan dunia terhadap Malaysia dan rakyatnya.
  6. Bekerjasama dengan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan yang mempunyai aspirasi dan prinsip sehaluan dalam usaha membentuk kepimpinan Kerajaan yang lebih baik, demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia.

Matlamat Perjuangan

  1. Menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
  2. Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
  3. Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
  4. Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
  5. Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.
  6. Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti.
  7. Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.
  8. Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.
  9. Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.
  10. Mendukung prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
  11. Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.
  12. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.
  13. Menyertai pilihanraya umum Persekutuan dan Negeri serta pilihanraya kecil dengan tujuan untuk menghantar wakil parti ke Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pendaftaran ahli parti

Sebuah laman web dan aplikasi, MY BERSATU telah dirasmikan olehPresiden BERSATU,Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 September 2021 bagi memudahkan pendaftaran ahli baharu secara dalam talian.[20]

Kepimpinan

Struktur pentadbiran BERSATU terdiri daripada Majlis Pimpinan Tertinggi dan Majlis Presiden di peringkat pusat, Badan Pimpinan Negeri di peringkat negeri, Jawatankuasa Pimpinan Bahagian di peringkat Parlimen dan Jawatankuasa Cawangan di peringkat daerah mengundi.

Majlis Pimpinan Tertinggi

Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU adalah adalah badan eksekutif tertinggi parti yang menjalankan kuasanya di bawah perintah Perhimpunan Agung. Ia terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, 5 orang Naib Presiden termasuk Ketua Srikandi dan Ketua Armada, seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari Agung, seorang Ketua Penerangan, tidak lebih daripada 15 orang Ahli MPT yang dipilih dalam Perhimpunan Agung, tidak lebih daripada 7 orang yang dilantik oleh Presiden parti selepas berunding dengan Pengerusi parti, serta 6 orang wakil sayap-sayap parti iaitu 3 orang dari Srikandi dan 3 orang dari Armada.

Majlis Presiden pula adalah badan eksekutif yang mengelola hal ehwal pengurusan dan pentadbiran parti. Ia terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, 5 orang Naib Presiden termasuk Ketua Srikandi dan Ketua Armada, Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Ketua Penerangan.


JawatanNama
PresidenMuhyiddin Yassin
Timbalan PresidenHamzah Zainudin
Naib PresidenAhmad Faizal Azumu
Mohd Radzi Md Jidin
Ronald Kiandee
Ketua Srikandi(Bertaraf Naib Presiden)Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Armada(Bertaraf Naib Presiden)Muhammad Hilman Idham
Ketua Srikandi Muda(Bertaraf Naib Presiden)Nurul Ezzati Azmi
Ketua Sayap BersekutuChong Fat Full
Setiausaha AgungMohamed Azmin Ali
Bendahari AgungRina Harun
Ketua PeneranganTun Faisal Ismail Aziz
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (Dipilih)Muhammad Yadzan Mohammad
Wan Saiful Wan Jan
(DIPECAT)
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
(DIGANTUNG)
Sahruddin Jamal
Zainol Fadzi Paharudin
Rosol Wahid
Abu Bakar bin Hamzah
Saifuddin Abdullah
Mohd Taufik Yaacob
Zulkifli Bujang
Mohd Yazid Mohd Yunus
Mohamad Hanifah Abu Baker
Muhammad Affan Jumahat
Lim Ting Khai
Yunus Nurdin
Ikmal Hisham Abdul Aziz
Mohd Yadzil Yaakub
Asmawi Harun
Afif Bahardin
Mohamed Farid Mohamed Zawawi
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (Dilantik)Harrison Hassan
Khaliq Mehtab Mohd Ishaq
(DIGUGURKAN)
Danni Rais
Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Noh Omar
Naib Ketua SrikandiNolee Ashilin Mohammed Radzi
Naib Ketua ARMADAMuhammad Faiz Rahmad
Naib Ketua Srikandi MudaNabila Norsahar
Naib Ketua Sayap BersekutuSanjeevan Ramakrishnan

Perhimpunan Agung Tahunan

JawatanNama
Pengerusi TetapMohd Suhaimi Abdullah
Timbalan Pengerusi TetapMohd Hanafiah Hamzah
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PartiAbdul Azim Mohd Zabidi
Pengerusi Lembaga DisplinMohammed Radzi Manan
Pengerusi Lembaga RayuanZulkifli Noordin
Setiausaha KerjaMuhammad Suhaimi Yahya

Badan Pimpinan Negeri

Pejabat BERSATU Negeri Johor diKempas ketika bersamaPakatan Harapan.
NegeriNamaJawatan
PerlisAbu Bakar HamzahKetua
Izizam IbrahimTimbalan Ketua
KedahMohd Suhaimi AbdullahKetua
Mohd Salleh SaidinTimbalan Ketua
Pulau PinangZulkefli BakarKetua
Timbalan Ketua
PerakAhmad Faizal AzumuKetua
Mohader Ahmad Mohammad AyobTimbalan Ketua
SelangorMohamed Azmin AliKetua
Mohd Rafiq Mohd AbdullahTimbalan Ketua
Wilayah PersekutuanMohd Radzi Md JidinKetua
Mohd Badrul EzanTimbalan Ketua
Negeri SembilanMohamad Hanifah Abu BakerKetua
Timbalan Ketua
MelakaLatiff Tamby ChikKetua
Timbalan Ketua
JohorSahruddin JamalKetua
Timbalan Ketua
PahangAbdul Khalib AbdullahKetua
Mohd Yazid Mohd YunusTimbalan Ketua
KelantanKamarudin Md NorKetua
Mohamed Farid Mohamed ZawawiTimbalan Ketua
TerengganuRazali IdrisKetua
Khazan Che MatTimbalan Ketua
SarawakJaziri Alkaf Abdillah SuffianKetua
Johan MohamadTimbalan Ketua
SabahRonald KiandeeKetua
Tuan Aksyah NasrahTimbalan Ketua

Biro Pusat

Senarai Biro Pusat
BiroPengerusi
PolitikTan Sri Muhyiddin Yassin
PengurusanDato' SeriAhmad Faizal Azumu
Pilihan Raya dan KajianDatuk Seri Dr.Ronald Kiandee
Latihan dan PerkaderanSenator Datuk Dr.Mohd Radzi Md Jidin
Penambahan Ahli dan CawanganDatukMohd Rafiq Naizamohideen
AgamaDatukShabudin Yahaya
EkonomiDato' SriMustapa Mohamed
AntarabangsaDato' SeriMohamed Azmin Ali

Pemilihan kepimpinan

Laman utama:Pemilihan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia 2020 danPemilihan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia 2024

Pemilihan kepimpian yang pertama telah diadakan pada Ogos 2020.Muhyiddin Yassin telah mengekalkan jawatannya selaku Presiden manakalaAhmad Faizal Azumu telah menang bertanding sebagai Timbalan Presiden.Pemilihan kepimpinanan kedua bakal diadakan pada November 2024, menyaksikan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden telah dimenangi tanpa bertanding oleh Muhyiddin Yassin danHamzah Zainudin.

Ulangtahun penubuhan

Muhyiddin YassinTwitter
@MuhyiddinYassin

Saksikan siaran langsung amanat dari YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Presiden BERSATU pada jam 9 malam ini.

10 September 2021

BERSATU telah menyambut ulangtahun ke-5 pada 2021 dan telah diadakan secara hibrid bagi mematuhi amalan operasi standard dalam Pelan Pemulihan Negara.[21] Pada malam tersebut,Presiden BERSATU, Tan SriMuhyiddin Yassin telah melancarkan laman sesawang MY BERSATU bagi memudahkan pendaftaran keahlian baharu dibuat secara dalam talian.

Wakil Rakyat

Dewan Negara

Ahli Dewan Negara Malaysia

Rencana utama:Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-15
LantikanAhliPenggalTempoh
 PerlisAzahar HassanPertama10 September 2024 - 9 September 2027

Dewan Rakyat

Ahli Dewan Rakyat Malaysia

Rencana utama:Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15

BERSATU mempunyai 31 orang AhliDewan Rakyat Malaysia.

NegeriNoKawasan ParlimenAhliCatatan
 PerlisP002KangarZakri Hassan, YB Tuan
 KedahP004LangkawiMohd Suhaimi Abdullah, YB Dato'
P006Kubang PasuKu Abdul Rahman Ku Ismail, YB Dato' Wira
P014MerbokMohd Nazri Abu Hassan, YB Tuan
P017Padang SeraiAzman Nasrudin, YB Dato'
P018Kulim-Bandar BaharuRoslan Hashim, YB Tuan
 KelantanP026KeterehKhlir Mohd Nor, YB Dato'
P027Tanah MerahIkmal Hisham Abdul Aziz, YB Dato' Sri
P029MachangWan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, YB TuanKeahlian Digantung[22]
P030JeliZahari Kechik, YB TuanMenyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri[23]
P032Gua MusangMohd Azizi Abu Naim, YB TuanMenyatakan Sokongan Terhadap Perdana Menteri[24]
 TerengganuP038Hulu TerengganuRosol Wahid, YB Dato'
 Pulau PinangP042Tasek GelugorWan Saiful Wan Jan, YB DatukDipecat Parti[25]
 PerakP054GerikFathul Huzir Ayob, YB Tuan
P056LarutHamzah Zainudin, YB Dato' SeriKetua PembangkangDewan Rakyat (19.12.2022-kini)
P059Bukit GantangSyed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, YB Dato'Menyatakan Sokongan Terhadap Perdana Menteri[26]
P061Padang RengasAzahari Hasan, YB Tuan
P067Kuala KangsarIskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, YB TuanMenyatakan Sokongan Terhadap Perdana Menteri[27]
Keahlian digantung[28]
P074LumutNordin Ahmad, YB Tuan
 PahangP082Indera MahkotaSaifuddin Abdullah, YB Dato' Sri
P091RompinAbdul Khalib Abdullah, YB Dato'
 SelangorP092Sabak BernamKalam Salan, YB Tuan
P093Sungai BesarMuslimin Yahaya, YB Datuk
P095Tanjong KarangZulkafperi Hanapi, YB Datuk Dr.Menyatakan Sokongan Terhadap Perdana Menteri[29]
 PutrajayaP125PutrajayaMohd Radzi Md Jidin, YB Datuk Dr.
 MelakaP134Masjid TanahMas Ermieyati Samsudin, YB Datuk Wira
 JohorP143PagohMuhyiddin Yassin, YB Tan Sri
P154MersingMuhammad Islahuddin Abas, YB Tuan
 LabuanP166LabuanSuhaili Abdul Rahman, YB Datuk Dr.Menyatakan Sokongan Terhadap Perdana Menteri[30]
Keahlian digantung[31]
 SabahP183BeluranRonald Kiandee, YB Datuk Seri Dr.
 SarawakP205SaratokAli Biju, YB Datuk
JumlahPerlis (1),Kedah (5),Kelantan (5),Terengganu (1),Pulau Pinang (1),Perak (6),Pahang (2),Selangor (3),W.P. Putrajaya (1),W.P. Labuan(1),Melaka (1),Johor (2),Sabah (1),Sarawak (1)

Dewan Undangan Negeri

Ahli Dewan Undangan Negeri

Rencana utama:Ahli Dewan Undangan Negeri, Parlimen Malaysia ke-15
NegeriNo.Kawasan DUNAhliCatatan
 PerlisN1Titi TinggiIzizam IbrahimEXCO Perlis
N7SenaMarzita MansorEXCO Perlis
N9Kuala PerlisAbu Bakar HamzahEXCO Perlis
N11PauhMegat Hashirat Hassan
N12Tambun TulangWan Zikri Afthar Ishak
 KedahN01Ayer HangatShamsilah Siru
N02KuahAmar Pared Mahamud
N03Kota SiputehMohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir
N05Bukit Kayu HitamHalimaton Shaadiah SaadEXCO Kedah
N11DergaMuhamad Amri Wahab
N12Suka MenantiDzowahir Ab GhaniEXCO Kedah
N16Kubang RotanMohd Salleh SaidinEXCO Kedah
N19Sungai TiangAbdul Razak KhamisTimbalan YDP DUN Kedah
N21Guar ChempedakAbdul Ghafar Saad
N30BayuMohd Taufik Yaacob
N34LunasKhairul Anuar Ramli
 KelantanN25Kok LanasMohamed Farid Mohamed Zawawi
N27Gual IpohBahari Mohd Noor
N36Bukit BungaMohd Almidi Jaafar
N37Ayer LanasKamarudin Md NorEXCO Kelantan
N43NenggiriMohd Azizi Abu Naim
N44PalohShaari Mat Hussain
 TerengganuN04Hulu BesutMohd Husaimi Hussin
N06PermaisuriMohd Yusop Majid
N11Seberang TakirKhazan Che MatTimbalan YDP DUN Terengganu
N21TelemungMohd Zawawi Ismail
N30KijalRazali IdrisEXCO Terengganu
 Pulau PinangN06Telok Ayer TawarAzmi Alang
N10Seberang JayaIzhar Shah Arif Shah
N12PenantiZulkefli Bakar
N40Telok BahangMuhamad Kasim
 PerakN07Batu KurauMohd Najmuddin Elias
N09Kuala KurauAbdul Yunus Jamhari
N10Alor PongsuNoor Azman Ghazali
N13Kuala SepetangAhmad Man
N19ChenderohSyed Lukman Hakim Syed Mohd Zin
N34Bukit ChandanHashim Bujang
N49Sungai ManikZainol Fadzi Paharudin
N52PangkorNorhaslinda Zakaria
N56Changkat JongNadziruddin Mohamed Bandi
 PahangN18LeparMohd Yazid Mohd Yunus
N25Kuala SentulJasri Jamaludin
 SelangorN07Batang KaliMuhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani
N09PermatangNurul Syazwani Noh
N10Bukit MelawatiNoorazley Yahya
N12JeramHarrison Hassan
N13KuangMohd Rafiq Mohd Abdullah
N17Gombak SetiaMuhammad Hilman Idham
N18Hulu KelangMohamed Azmin AliKetua PembangkangDewan Negeri Selangor
N33Taman MedanAfif Bahardin
N44Selat KlangAbdul Rashid AsariMenyatakan Sokongan TerhadapMenteri Besar Selangor[32]
N49Sungai KandisWan Dzahanurin Ahmad
N53MoribRosnizan Ahmad
N55DengkilJamil Salleh
 Negeri SembilanN20LabuMohamad Hanifah Abu BakerKetua PembangkangDUN Negeri Sembilan
N34GemasRidzuan Ahmad
 MelakaN11Sungai UdangMohd Aleef Yusof
N24BembanMohd Yadzil YaakubKetua PembangkangDUN Melaka
 JohorN7Bukit KepongSahruddin Jamal
N32EndauAlwiyah Talib
JumlahPerlis (5),Kedah (11),Kelantan (6),Terengganu (5),Pulau Pinang (5),Perak (9),Pahang (2),Selangor (12),Negeri Sembilan (2),Melaka (2),Johor (2)

Keanggotaan

BERSATU terbuka kepada warganegara Malaysia berstatus pribumi yang berumur 18 tahun ke atas untuk menjadi ahli. Selain itu, ia juga membuka ruang kepada warganegara Malaysia yang bukan pribumi untuk menjadi ahli bersekutu. Permohonan keahlian dibuat dengan cara memohon menerusi kepimpinan cawangan atau permohonan terus menerusi Setiausaha Agong.

Lagu Rasmi

Lagu rasmi BERSATU berjudul "Perjuangan Kita" hasil ciptaanNajwa Mahiaddin telah dilancarkan pada 7 Januari 2017 dalam Majlis Pelancaran Lagu dan Laman Sesawang Rasmi PPBM yang berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor. Lagu rasmi tersebut boleh ditonton di laman Youtube[33].

Pilihan Raya

Pilihan raya umum Malaysia 2018

Rencana utama:Pilihan raya umum Malaysia 2018

Bagi menghadapiPilihan raya umum Malaysia 2018, BERSATU telah membentukPakatan Harapan bersama-sama PKR, DAP dan Amanah. BERSATU telah bertanding sebanyak 52 kerusi Parlimen dan 111 kerusi Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri diMalaysia kecuali diSabah danSarawak, menggunakan simbolParti Keadilan Rakyat. BERSATU tidak bertanding diSabah kerana hendak memberikan laluan kepadaParti Warisan Sabah manakala diSarawak pula BERSATU belum melebarkan sayap di negeri itu ketika itu. Di peringkat DUN pula, BERSATU diberi peluang mengetuai kerajaan negeri Kedah, Johor dan Perak sekiranya PH berjaya memenangi negeri tersebut. Berikut merupakan pembahagian kerusi yang diperoleh BERSATU pada Pilihan raya umum Malaysia 2018.

Jumlah kerusi yang BERSATU bertanding
ParlimenDewan Undangan Negeri
NegeriKerusiNegeriKerusiNegeriKerusiNegeriKerusi
Perlis2Kedah6Perlis5Kedah15
Pulau Pinang1Perak8Pulau Pinang4Perak15
Kelantan7Terengganu3Kelantan13Terengganu10
Pahang6Wilayah Persekutuan2Pahang10Wilayah Persekutuan-
Selangor3Negeri Sembilan2Selangor9Negeri Sembilan6
Melaka2Johor10Melaka6Johor18
Sabah0Sarawak0Sabah0Sarawak0
Jumlah52Jumlah111

Keputusan pilihan raya umum yang ditandingi BERSATU (Parlimen)

Berikut merupakan keputusan pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen yang ditandingi BERSATU dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018.

No.KawasanCalonKeputusanBersaing
P001Padang BesarIzizam IbrahimTewasBN-UMNO
P003ArauAbd Rahman DaudTewasBN-UMNO
P004LangkawiMahathir MohamadMenangBN-UMNO
P005JerlunMukhriz MahathirMenangBN-UMNO
P006Kubang PasuAmiruddin HamzahMenangBN-UMNO
P011PendangWan Saiful Wan JanTewasPAS
P012JeraiAkhramsyah Muammar Ubaidah SanusiTewasPAS
P016BalingMohd Taufik YaacobTewasBN-UMNO
P019TumpatNordin SallehTewasPAS
P025BachokMohd Zulkifli ZakariaTewasPAS
P026KeterehMohd Radzi Md JidinTewasBN-UMNO
P028Pasir PutehKamarudin Md NorTewasPAS
P029MachangSazmi MiahTewasBN-UMNO
P030JeliAzran DeramanTewasBN-UMNO
P032Gua MusangMohd Nor HussinTewasBN-UMNO
P033BesutWan Nazari Wan JusohTewasBN-UMNO
P034SetiuMohd Faudzi MusaTewasPAS
P038Hulu TerengganuRazali IdrisTewasBN-UMNO
P042Tasek GelugorMarzuki YahyaTewasBN-UMNO
P054GerikIbrahim Mohd HanafiahTewasBN-UMNO
P055LenggongAmirul Fairuzzeen JamaluddinTewasBN-UMNO
P056LarutKhairil Anuar AkhiruddinTewasBN-UMNO
P058Bagan SeraiAdam AsmuniTewasBN-UMNO
P059Bukit GantangKhadri KhalidTewasBN-UMNO
P063TambunAhmad Faizal AzumuMenangBN-UMNO
P072TapahMuhammad Azni Md AliTewasBN-MIC
P073Pasir SalakSalihuddin Radin SumadiTewasBN-UMNO
P079LipisBadarudin Abd RahamanTewasBN-UMNO
P081JerantutWan Mohd Shahrir Wan Abdul JalilTewasBN-UMNO
P084Paya BesarMohd Ashraf Mustaqim Badrul MunirTewasBN-UMNO
P085PekanMuhammad Zahid Md AripTewasBN-UMNO
P086MaranAhmad Farid Ahmad NordinTewasBN-UMNO
P087Kuala KrauMohamad Rafidee HashimTewasBN-UMNO
P092Sabak BernamWarno DogolTewasBN-UMNO
P093Sungai BesarMuslimin YahayaMenangBN-UMNO
P095Tanjong KarangZulkafperi HanapiTewasBN-UMNO
P119TitiwangsaRina Mohd HarunMenangBN-UMNO
P125PutrajayaSamsu Adabi MamatTewasBN-UMNO
P127JempolKamarulzaman KamdiasTewasBN-UMNO
P129Kuala PilahEddin Syazlee ShithMenangBN-UMNO
P134Masjid TanahSabirin Ja'afarTewasBN-UMNO
P135Alor GajahMohd Redzuan Md YusofMenangBN-MCA
P143PagohMuhyiddin YassinMenangBN-UMNO
P146MuarSyed Saddiq Syed Abdul RahmanMenangBN-MCA
P149Sri GadingShahruddin Md SallehMenangBN-UMNO
P151Simpang RenggamMaszlee MalikMenangBN-UMNO
P154MersingMd Nasir HashimTewasBN-UMNO
P155TenggaraNorjepri Mohd JelaniTewasBN-UMNO
P156Kota TinggiAzlinda Abdul LatifTewasBN-UMNO
P157PengerangNorliza NgadimanTewasBN-UMNO
P164PontianKarmanie SardiniTewasBN-UMNO
P165Tanjung PiaiMohamed Farid Md RafikMenangBN-MCA

Pasca-pilihan raya umum Malaysia 2018

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2018, terdapat beberapa penambahan kerusi BERSATU selepas penyandang yang menang telah lompat parti dengan menyertai BERSATU. Berikut merupakan senarai ahli Parlimen dan ADUN yang lompat parti dan seterusnya menyertai BERSATU.

ParlimenDewan Undangan Negeri
No.KawasanPenyandangDari PartiNo.KawasanNegeriPenyandangDari Parti
P030JeliMustapa MohamedBN-UMNON21Guar ChempedakKedahKu Abdul Rahman Ku IsmailBN-UMNO
P038Hulu TerengganuRosol WahidBN-UMNON37Air LanasKelantanMustapa MohamedBN-UMNO
P042Tasek GelugorShabudin YahayaBN-UMNON32EndauJohorAlwiyah TalibBN-UMNO
P056LarutHamzah ZainudinBN-UMNON36SediliJohorRasman IthnainBN-UMNO
P058Bagan SeraiNoor Azmi GhazaliBN-UMNON37Johor LamaJohorRosleli JahariBN-UMNO
P092Sabak BernamMohd Fasiah Mohd FakehBN-UMNON8UsukanSabahJaplin AkimBN-UMNO
P134Masjid TanahMas Ermieyati SamsudinBN-UMNON10SulamanSabahHajiji NoorBN-UMNO
P154MersingAbdul Latiff AhmadBN-UMNON21KawangSabahGhulam Haidar Khan BahadarBN-UMNO
P027Tanah MerahIkmal Hisham Abdul AzizBN-UMNON24MembakutSabahMohd Arifin Mohd ArifBN-UMNO
P167KudatAbdul Rahim BakriBN-UMNON25KliasSabahIsnin AliasnihBN-UMNO
P178SipitangYamani Hafez MusaBN-UMNON27LumadanSabahMatbali MusahBN-UMNO
P177BeaufortAzizah Mohd DunBN-UMNON30KaranaanSabahMasidi ManjunBN-UMNO
P183BeluranRonald KiandeeBN-UMNON56ApasSabahNizam Abu Bakar TitinganBN-UMNO
P184LibaranZakaria EdrisBN-UMNON49Sungai ManikPerakZainol Fadzi PaharudinBN-UMNO
N38NabawanSabahBobbey Ah Fang SuanUPKO

Krisis politik Malaysia 2020

Pada pertengahan tahun 2020, telah berlakunyakrisis politik Malaysia 2020 yang menyebabkan pertukaran kerajaan Malaysia. Pada Mac 2020, seramai 10 orang ahli Parlimen telah lompat parti dan menyertai BERSATU. Berikut merupakan senarai Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negeri yang telah lompat parti dan seterusnya menyertai BERSATU[34]:

ParlimenDewan Undangan Negeri
No.KawasanPenyandangDari PartiNo.KawasanNegeriPenyandangDari Parti
P047Nibong TebalMansor OthmanPKRN17Gombak SetiaSelangorMuhammad Hilman IdhamPKR
P082Indera MahkotaSaifuddin AbdullahPKRN19Bukit AntarabangsaSelangorMohamed Azmin AliPKR
P098GombakMohamed Azmin AliPKRN9Kuala KurauPerakAbdul Yunus JamhariPKR
P124Bandar Tun RazakKamarudin JaffarPKRN30BuntongPerakSivasubramaniam AthinarayananPGRM
P140SegamatEdmund Santhara Kumar RamanaiduPKRN33TronohPerakPaul Yong Choo KiongBebas
P099AmpangZuraida KamaruddinPKRN43Tualang SekahPerakNolee Ashilin Mohammed RadziBebas
P150Batu PahatMohd Rashid HasnonPKR-LantikanSabahJaffari WaliamPKR
P179RanauJonathan YasinPKRN29SidamKedahRobert Ling Kui EePKR
P198Puncak BorneoWillie anak MonginPKRN34LunasKedahAzman NasruddinPKR
P205SaratokAli anak BijuPKRN10Seberang JayaPulau PinangAfif BahardinPKR
N21Sungai AchehPulau PinangZulkifli IbrahimPKR
N4PemanisJohorChong Fat FullPKR

Kemelut politik Malaysia 2020 juga menyaksikan wakil rakyat BERSATU keluar dari parti sama ada dipecat, keahlian terhenti dan memohon untuk keluar.[35]

No.KawasanPenyandangJawatan pernah disandang dalam KerajaanCatatan
P004LangkawiMahathir MohamadPerdana Menteri (10.05.2018 – 24.02.2020)

Perdana Menteri Interim (24.02.2020 - 29.02.2020)

Keahlian terhenti pada Mei 2020
P005JerlunMukhriz MahathirMenteri Besar Kedah (11.05.2018 – 17.05.2020)Keahlian terhenti pada Mei 2020
P006Kubang PasuAmiruddin HamzahAhli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (22.05.2018 - 02.07.2018)

Timbalan Menteri Kewangan (02.07.2018 – 24.02.2020)

Keahlian terhenti pada Mei 2020
P146MuarSyed Saddiq Syed Abdul RahmanMenteri Belia dan Sukan (02.07.2018 – 24.02.2020)Keahlian terhenti pada Mei 2020
P151Simpang RenggamMaszlee MalikMenteri Pendidikan (21.05.2018 – 03.01.2020)Keahlian terhenti pada Mei 2020
P149Sri GadingShahruddin Md Salleh, Datuk Dr.Timbalan Menteri Wilayah (2018–2020)

Timbalan Menteri Kerja Raya (Mac–Jun 2020)

Keahlian terhenti pada Julai 2020
N7DUN Batang Kali, SelangorHarumaini OmarKeluar parti pada Ogos 2020
N12DUN Jeram, SelangorMohd Shaid RosliKeluar parti pada Ogos 2020
N13DUN Kuang, SelangorSallehudin AmiruddinKeluar parti pada Ogos 2020
N8DUN Titi Serong, PerakHasnul Zulkarnain Abdul MunaimDipecat dari AMANAH (09.03.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (19.05.2018 - 06.03.2020)

Menyertai PPBM (29.07.2020)

Keahlian terhenti pada Disember 2020 kerana menyokong usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak,Ahmad Faizal Azumu
N30Dun Buntong, PerakSivasubramaniam AthinarayananMelompat parti daripada DAP ke GERAKAN kamudian PPBM selepas BN menjadi MBKeluar parti pada Januari 2022
N33Dun Tronoh, PerakPaul Yong Choo KiongDipecat dari DAP dan menyertai PPBMKeluar parti pada Januari 2022
N20Dun Lembah Jaya, SelangorHaniza Mohamed TalhaDipecat dari PKR (14.04.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (14.05.2018 - 14.04.2020)

Menyertai PPBM (22.08.2020)

Keluar parti pada Januari 2022
N43Dun Sementa, SelangorDaroyah AlwiTimbalan SpeakerDewan Negeri Selangor (14.05.2018 - 13.06.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (14.05.2018 - 13.06.2020)

Menyertai PPBM (22.08.2020)

Keluar parti pada Januari 2022

Pilihan raya kecil DUN Semenyih

Rencana utama:Pilihan raya kecil Semenyih 2019

Pada 2 Mac 2019, telah berlaku pilihan raya kecil di DUN Semenyih, Selangor yang kosong disebabkan kematian penyandangnya,Bakhtiar Mohd Nor. Dalam pilihan raya tersebut, BERSATU telah bertanding mewakili PH. Bersatu menghantar calonnya Muhammad Aiman Zainali, namun tewas kepada Barisan Nasional dengan calonnyaZakaria Hanafi dari UMNO.

Pilihan raya kecil Selangor: DUN Semenyih 2019
TahunKawasanCalonUndiLawanUndiMajoriti
2019DUN Semenyih, SelangorMuhammad Aiman Zainali (PH-Bersatu)17,866Zakaria Hanafi (BN-UMNO)19,7801,914
Nik Aziz Afiq Abdul (PSM)847
Kuan Chee Heng (Bebas)725

Pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai

Rencana utama:Pilihan raya kecil Tanjung Piai 2019

Pada 16 November 2019, telah berlaku pilihan raya kecil di Parlimen Tanjung Piai, Johor yang kosong disebabkan kematian penyandangnya,Mohamed Farid Md Rafik. Dalam pilihan raya tersebut, BERSATU telah bertanding mewakili PH. Bersatu menghantar calonnyaKarmaine Sardini, namun tewas kepada Barisan Nasional dengan calonnyaWee Jeck Seng dari MCA.

Pilihan raya kecil Johor: Parlimen Tanjung Piai 2019
TahunKawasanCalonUndiLawanUndiMajoriti
2019Parlimen Tanjung PiaiKarmaine Sardini (PH-Bersatu)10,380Wee Jeck Seng (BN-MCA)25,46615,086
Wendy Subramaniam (Gerakan)1,707
Badhrulhisham Abdul Aziz (BERJASA)850
Ang Chuan Lock (Bebas)380
Faridah Aryani Abd Ghaffar (Bebas)32

Pilihan Raya Negeri Melaka

PN bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka, 20 November ini dengan parti komponennya BERSATU bertanding di 15 kerusi manakala PAS, lapan dan Gerakan, lima.

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Ahli Parlimen Masjid Tanah yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka mengenepikan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang merupakan Pengerusi Bersatu dan juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka. Mas Ermieyati yang juga Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di pejabat PN, November 2021. Muhyiddin berkata, pemilihan Mas Ermieyati itu diputuskan sebulat suara pada mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN. Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara, seorang wanita yang berkelayakan tinggi dalam kalangan professional muda mempunyai banyak pengalaman ditawarkan sebagai calon Ketua Menteri. Pencalonan Mas Ermieyati itu melakar sejarah baharu menjadikan Melaka negeri pertama yang akan nanti mempunyai satu-satunya Ketua Menteri wanita

Seperti yang berlaku dalam mana-mana pertandingan, terdapat pihak yang menang dan kalah pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, dengan pemenang paling jelas adalah BN. Perikatan Nasional (PN) pula, seperti yang dijangkakan ramai pemerhati, tewas di hampir semua kerusi. Calon Ketua Menteri Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; bekas Ketua Menteri, serta Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (PN-Telok Mas) gagal memperoleh mandat pengundi Melaka. Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Berdasarkan keputusan, Mas Ermieyati -PN memperoleh 3,195 undi berbanding 3,558 diraih Ab Rauf-BN. Mohd Rafiq yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka hanya meraih 3,979 undi di DUN Telok Mas, tewas dengan majoriti 2,076 undi kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang memperoleh 6,052 undi. Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Seri Michael Gan Peng Nam bertanding di DUN Ayer Keroh hanya meraih 2,479 undi berbanding dua lagi saingannya iaitu calon DAP, Kerk Chee Yee (9,459) dan calon BN Yong Fun Juan (3,835). Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Kamarudin Sidek tewas di DUN Duyong dengan mendapat 2874 undi berbanding saingannya dari DAP Damian Yeo (4484) dan BN Mohd Noor Helmy Abu Halen yang menang dengan 4684 undi.

Sementara itu PN menang dengan menewaskan Pengerusi DAP Negeri Melaka Datuk Tey Kok Kiew yang sebelum ini selesa di kerusi DUN Bandar Hilir dengan majoriti 11,313 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu juga tewas selepas berpindah ke kerusi DUN Bemban kali ini. Beliau yang memperoleh 3,095 undi kalah dengan majoriti tipis 328 undi di tangan calon muka baharu PN, Dr Yadzil Yaakub yang meraih 4,211 undi. Perikatan Nasional (PN) juga menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang. PN-PPBM menang melalui calonnya, Dr. Mohd. Aleef Yusof dengan mendapat undian 6,789 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Ali Mohamad yang merupakan Ketua UMNO Tangga Batu, Timbalan Pengerusi UMNO Melaka merangkap Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara yang hanya memperoleh 6,259 undi; Hasmorni Tamby (PH), 2,035 undi dan Mohd. Zahar Hashim (Bebas), 471 undi.

Susulan itu pemimpin utama Bersatu Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen melepaskan jawatannya sebagai Ketua Bersatu Melaka dan juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, berkuat kuasa serta-merta. Peletakan jawatannya itu diumumkan dalam satu pernyataan dan beliau telah menyerahkan surat rasmi berhubung pengundurannya itu kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketua Bersatu Bahagian Jasin yang merupakan ADUN Bemban, Dr Yadzil Yaakub dilantik sebagai Pengerusi PPBM Melaka yang baharu.

Lihat Juga

Pautan luar

Rujukan

  1. ^Tun, Mahathir Mohammad (2016-09-08)."PPBM secara rasminya ditubuhkan".chedet official. Dicapai pada2020-09-08.
  2. ^ASTRO AWANI, Hilal Azmi (2017-01-14)."Parti Pribumi Bersatu Malaysia didaftarkan".Astro Awani. Dicapai pada2017-01-14.
  3. ^ASTRO AWANI, Hilal Azmi (2017-01-14)."PPBM diluluskan secara prinsip oleh ROS".Astro Awani. Dicapai pada2017-01-14.
  4. ^"This apps information is from the official website of BERSATU (please see the bottom of the official website of BERSATU)" (dalam bahasa English).BERSATU.org. Dicapai pada21 August 2021.Muhyiddin: Sila muat turun aplikasi rasmi MyBERSATU seperti yang tertera di bahagian paling bawah laman web rasmi Parti BERSATU MalaysiaCS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^Malaysiakini (2020-02-24)."Muhyiddin: Bersatu quits Harapan".Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada2020-02-27.
  6. ^Tan Sri, Muhyiddin (2020-03-10)."Slogan PPBM, "BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH"".PPBM Official Website. Dicapai pada2020-03-10.
  7. ^Tan Sri Muhyiddin, Mukhriz dipecat, Shafie digantung jawatan
  8. ^Mukhriz Mahathir letak jawatan MB Kedah
  9. ^Penyata rasmi Dewan Rakyat 05 April 2018
  10. ^Shafie Apdal umum parti baharu Parti Warisan Sabah
  11. ^Tan Sri Muhyiddin daftar Parti Bersatu
  12. ^Tan Sri Muhyiddin umum parti baharu, serah borang pendaftaran
  13. ^Bersatu Diterajui Tujuh Bekas Pemimpin Umno MStar
  14. ^Sijil Kelulusan Penubuhan
  15. ^"PPBM Dibubarkan Sementara". Diarkibkan daripadayang asal pada 2018-04-05. Dicapai pada2018-04-05.
  16. ^ROS bubar PPBM jika gagal adakan AGM
  17. ^ROS akan keluar notis pembubaran PPBM
  18. ^Tun M: PPBM ada pelan lain jika dibubarkan RoS
  19. ^Saifullah Ahmad[1] Sinar Harian
  20. ^Laman MY BERSATU
  21. ^Bersatu rai ulang tahun kelima secara dalam talian malam ini
  22. ^https://m.malaysiakini.com/news/757972
  23. ^https://www.astroawani.com/berita-politik/ahli-parlimen-jeli-pula-nyatakan-sokongan-kepada-kepimpinan-pm-anwar-445208
  24. ^https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1174468/ahli-parlimen-gua-musang-isytihar-sokong-perdana-menteri
  25. ^https://m.malaysiakini.com/news/757972
  26. ^https://www.malaysiakini.com/news/688150
  27. ^https://berita.rtm.gov.my/semasa/senarai-berita-semasa/senarai-artikel/ahli-parlimen-kuala-kangsar-sokong-pm#:~:text=KUALA%20KANGSAR%2C%2012%20Oktober%2D%20Ahli,Anwar%20Ibrahim%2C%20bermula%20hari%20ini.
  28. ^https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1173215/keahlian-iskandar-dzulkarnain-dalam-bersatu-digantung-4-tahun
  29. ^https://www.malaysiakini.com/news/694187
  30. ^https://www.astroawani.com/berita-politik/ahli-parlimen-labuan-isytihar-sokong-kepimpinan-pm-anwar-443893
  31. ^https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1174426/suhaili-digantung-6-tahun-dari-bersatu
  32. ^https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2276579
  33. ^https://www.youtube.com/watch?v=y27C10cztCc
  34. ^BERNAMA (11 Mac 2020)."Azmin sah sertai Bersatu".Sinar Harian. Dicapai pada29 Mei 2020.Cite has empty unknown parameter:|dead-url= (bantuan)
  35. ^Raiham Mohd Sanusi (28 Mei 2020)."Lima ahli MPT Bersatu termasuk Tun M dipecat daripada parti".Sinar Harian. Dicapai pada29 Mei 2020.Cite has empty unknown parameter:|dead-url= (bantuan)
Majlis Tertinggi
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Majlis Tertinggi
Pengarah Pilihan Raya
Setiausaha Eksekutif
Badan Perhubungan Negeri
Pengerusi
Pimpinan Parti Komponen
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Srikandi
Ketua ARMADA
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Dewan Ulamak
Ketua Dewan Pemuda
Ketua Dewan Muslimat
Ketua Dewan Himpunan Pendukung
Setiausaha Agung
Bendahari
Ketua Penerangan
Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Presiden Nasional
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Wong Chia Zhen (memangku)
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Jurucakap
Kerajaan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Dewan Negara
Yang di-Pertua
Pembangkang
Lantikan Agong
Lantikan Negeri
Kelantan
Terengganu
Dewan Rakyat
Ketua Pembangkang
Ketua Whip
Perikatan Nasional
BERSATU
PAS
Pembangkang
BERSATU
PAS
Dewan Undangan Negeri
Kelantan
Yang di-Pertua
Abdullah Ya'kub (Bukan Ahli Dewan Undangan Negeri)
Timbalan Yang di-Pertua
Menteri Besar
Timbalan Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan
PAS
BERSATU
Terengganu
Yang di-Pertua
Yahaya Ali (Bukan Ahli Dewan Undangan Negeri)
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan
Dipilih
Dilantik
Kedah
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan
PAS
Perlis
Yang di-Pertua
Rus'sele Eizan (PAS) (Bukan Ahli Dewan Undangan Negeri)
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan
PAS
BERSATU
Perak
Ketua Pembangkang
Pembangkang
PAS
BERSATU
Pahang
Ketua Pembangkang
Pembangkang
PAS
BERSATU
Selangor
Pembangkang
BERSATU
PAS
Pulau Pinang
Pembangkang
BERSATU
PAS
Johor
Pembangkang
BERSATU
PAS
Melaka
Ketua Pembangkang
Pembangkang
Sabah
Pembangkang
Parti Politik
Parti Komponen
Gabungan
Parti Sokongan
Pecahan dari
Hal berkaitan
Parti komponenPerikatan Nasional
Majlis Pimpinan Tertinggi
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Srikandi
Ketua Armada
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Dipilih
Dilantik
Majlis Perhimpunan Agung Tahunan
Pengerusi Tetap
Timbalan Pengerusi Tetap
Kosong
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti
Pengerusi Lembaga Disiplin
Pengerusi Lembaga Rayuan
Setiausaha Kerja
Badan Pimpinan Negeri
Ketua Badan Pimpinan Negeri
Kerajaan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Dewan Negara
Penjawat Parlimen
Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Persekutuan
Lantikan Agong
Menteri Kanan
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Lantikan Agong
Lantikan Negeri
Sabah
Dewan Rakyat
Penjawat Parlimen
Timbalan Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Persekutuan
Menteri Kanan
Menteri
Pengerusi bertaraf Menteri
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Ketua Whip
Dewan Negeri
Perak
Anggota Kerajaan Negeri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong kerajaan
Mantan Menteri Besar
Johor
Pembangkang
Selangor
Pembangkang
Dewan Undangan Negeri
Sabah
Anggota Kerajaan Negeri
Ketua Menteri
Menteri
Pembantu Menteri
Penyokong kerajaan
Dipilih
Dilantik
Kedah
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan Negeri
Ahli Majlis Mesyuarat
Melaka
Pembangkang
Kelantan
Penyokong kerajaan
Pulau Pinang
Pembangkang
Parti Politik
Parti Komponen
Parti Kerjasama
Pecahan dari
Parti pecahan
Hal berkaitan
Majlis Pimpinan Tertinggi
Pengerusi
Majlis Presiden
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Srikandi
Ketua Armada
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Majlis Perhimpunan Agung Tahunan
Pengerusi Tetap
Timbalan Pengerusi Tetap
Azimi Daim (2016-2020)
Setiausaha Kerja
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti
Pengerusi Lembaga Disiplin
Pengerusi Lembaga Rayuan
Badan Pimpinan Negeri
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri
Parlimen Malaysia
Ahli Dewan Negara
Ahli Dewan Rakyat
Kerajaan Persekutuan
Menteri
Timbalan Menteri
Dewan Negeri
Johor
Perak
Selangor
Dewan Undangan Negeri
Kedah
Kelantan
Melaka
Pulau Pinang
Sabah
Kerajaan Negeri
Menteri Besar
Parti yang membentuk Kerajaan Pakatan Harapan
Majlis Presiden
Ketua Umum
Pengerusi
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Setiausaha
Bendahari
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Penerangan
Ahli Majlis
Pengerusi Negeri
Pimpinan Parti Komponen
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Jemaah Menteri
Kabinet
Kerajaan Negeri
Menteri BesarKedah
Ketua MenteriPulau Pinang
Menteri BesarPerak
Menteri BesarSelangor
Menteri BesarNegeri Sembilan
Ketua MenteriMelaka
Menteri BesarJohor
Ketua MenteriSabah
Hal Berkaitan
Parti yang mempunyai wakil diParlimen dan/atauDewan Undangan Negeri
Pakatan Harapan
Perikatan Nasional
Barisan Nasional
Gabungan Parti Sarawak
Gabungan Rakyat Sabah
Parti politik lain
Parti yang tidak mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Perikatan Nasional
Gabungan Rakyat Sabah
Sahabat Barisan Nasional
Parti politik lain
Malaysia
Sarawak
Sabah
Parti dan gabungan tidak aktif/dibubar
Gabungan parti
Parti politik
Malaysia
Sarawak
Sabah
Politik


Jata Malaysia
Diplomasi
Darjah Kebesaran
Kepimpinan
Antarabangsa
Persekutuan
Jemaah Menteri
Dewan Rakyat Malaysia
Negeri
Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri
Dewan Negeri Johor
Parti Politik
Kediaman
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Besar Johor
Pendidikan
Keluarga
Buku
Umum
Perpustakaan negara
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia&oldid=6686670"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp