Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Parti Melayu Semangat 46

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Melayu Semangat 46
SingkatanS46Sunting nilai ini di Wikidata
PengerusiTengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah(1988–)Sunting nilai ini di Wikidata
Setiausaha agungSuhaimi KamaruddinSunting nilai ini di Wikidata
PengasasTengku Razaleigh Hamzah
Diasaskan3 Jun 1989
DibubarkanMei 1996
Parti dibubarkan dan kebanyakan ahli menyertai semula ke dalamPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan sebagainya menyertaiParti Islam Se-Malaysia
PecahanPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Didahului oleh-
Digantikan oleh-
Ibu pejabatKuala LumpurSunting nilai ini di Wikidata
MalaysiaSunting nilai ini di Wikidata
Keanggotaan(1996)90,550
IdeologiNationalisme Melayu
Konservativeme
Hubungan kebangsaanAngkatan Perpaduan Ummah
Gagasan Rakyat
Bendera parti
Fail:-
Catatan kaki
parti Di Malaysia
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Parti Melayu Semangat 46 atauSemangat 46 (Singkatan:S46) merupakan sebuahparti politik serpihanUMNO.

S46 ditubuhkan pada tahun1988 selepas kekalahanTengku Razaleigh Hamzah menentangMahathir Mohamad untuk jawatan PresidenUMNO dengan majoriti 43 undi. Selepas itu Tengku Razaleigh mendakwa UMNO dan memenangi kes ini, menyebabkan pendaftaran UMNO dilucutkan. Selepas ini, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato' Seri UtamaRais Yatim. Maksud "Semangat 46" ialah, meneruskan semangat penubuhan UMNO yang ada pada tahun1946. Manakala Datuk Seri Dr Mahathir menubuhkan UMNO {2.0} Baru ketika itu, untuk menggantikan UMNO yang diharamkan sebelum itu. Tengku Razaleigh mendakwa bahawa parti Semangat 46 ini ialah parti UMNO yang sebenar dan asal, manakala UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu merupakan satu tiruan saja. Parti Melayu Semangat 46 bekerjasama denganPAS,BERJASA,HAMIM, danKIMMA untuk menubuhkanAngkatan Perpaduan Ummah demi bertanding dalamPilihanraya Umum Malaysia 1990 danPilihanraya Umum Malaysia 1995. Namun setakat itu mereka cuma mampu memenangi kuasa pemerintahan negeriKelantan di bawah pimpinan PAS di sana, pada tahun1990. Pada masa yang sama, S46 juga bekerjasama denganDAP,PBS, danPRM untuk menubuhkanGagasan Rakyat demi bertanding dalam Pilihanraya Umum 1990. Selepas Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei1996,Tengku Razaleigh Hamzah danRais Yatim menyertaiUMNO Baru. Oleh sebab itu, Mahathir Mohamed menyeru PAS supaya mengikut jejak S46 dan menyertai UMNO demi menyatukan semula bangsa Melayu di bawah satu parti. Namun beberapa tokoh parti semangat 46 yang tidak bersetuju dengan penyertaan kembali parti ini ke dalam UMNO bertindak keluar parti. Surat bantahan telah diserahkan oleh Ketua Pemuda Semangat 46 iaitu Tuan Haji Yusoff Bin Awang Deramam kepada pemimpin UMNO ketika itu. Sokongan lebih 10,000 penyokong parti Semangat 46 kepada tindakan Ketua Pemuda mereka ini telah disusuli dengan tindakan mereka menyertaiParti Islam Se-Malaysia (PAS). Beberapa cawanagan Semangat 46 telah menyertai parti PAS di Kelantan seperti di Parlimen Machang, Parlimen Nilam Puri dan Kota Bharu.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
Parti yang mempunyai wakil diParlimen dan/atauDewan Undangan Negeri
Pakatan Harapan
Perikatan Nasional
Barisan Nasional
Gabungan Parti Sarawak
Gabungan Rakyat Sabah
Parti politik lain
Parti yang tidak mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Perikatan Nasional
Gabungan Rakyat Sabah
Sahabat Barisan Nasional
Parti politik lain
Malaysia
Sarawak
Sabah
Parti dan gabungan tidak aktif/dibubar
Gabungan parti
Parti politik
Malaysia
Sarawak
Sabah
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Parti_Melayu_Semangat_46&oldid=6498925"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp