Parti Machinda | |
|---|---|
| Fail:- | |
| Pemimpin/ketua | DatukMichael Buma |
| Diasaskan | 1964 |
| Dibubarkan | 1967 |
| Didahului oleh | d;d;d;- |
| Digantikan oleh | -;d;d;d; |
| Anggota bagi | |
| Ibu pejabat | - |
| Akhbar | - |
| Sayap belia/pemuda | - |
| Keanggotaan(1967) | 20,000 |
| Ideologi | - |
| Hubungan kebangsaan | - |
| Hubungan antarabangsa | - |
| Warna | - |
| Tapak sesawang | - |
| Catatan kaki | |
| Senarai parti politik di Malaysia,Pilihan raya umum Malaysia | |
| sunting ·sunting di Wikidata | |
| Artikel ini adalah sebahagian daripadasiri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
Parti Machinda (MACHINDA) adalah sebuah parti politik kecil pelbagai kaum yang hanya wujud selama tiga tahun dari 1964-1967 diSarawak yang diasaskan dan diketuai DatukMichael Buma dariBetong, Sarawak.[1]
MACHINDA mempunyai nama parti yang diambil dari tiga kaum utama Sarawak yang menjadi keanggotaan dan diwakili parti itu iaitu MA untuk Melayu (Malay), CHI untuk Cina (Chinese) dan DA untuk Dayak.[2].
MACHINDA tidak menyertai Perikatan Sarawak dan tidak bersetuju dengan penyertaan Sarawak di dalam persekutuan Malaysia yang baru ditubuhkan pada 13 September 1963.
Ia mempunyai pengaruh di kawasan Iban di Sebuyau diBahagian Samarida Kedua, Sarawak.[3]
Parti Machinda telah menyertaiMajlis Solidariti Malaysia (Malaysian Solidarity Council) (MDC), juga dikenali sebagaiKonvensyen Solidariti Malaysia (Malaysian Solidarity Convention) yang diasaskan pada 6 Jun 1965, untuk memperjuangkan prinsipMalaysian Malaysia yang mendokong hak dan layanan sama-rata dan saksama bagi semua kaum di Malaysia.[4]
MDC merupakan satu gabungan parti-parti politik pembangkang pelbagai kaum yang ditaja olehLee Kuan Yew yang terdiri daripadaParti Tindakan Rakyat (People's Action Party) (PAP),Parti Progresif Penduduk (People's Progressive Party) (PPP) danParti Demokratik Bersatu (United Democratic Party) (UDP)[5] serta partiSarawak;Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Sarawak United People's Party) (SUPP) danParti Machinda, semasaSingapura menyertai penubuhan dan masih dalam gagasan persekutuanMalaysia.