Parti Gagasan Rakyat Sabah 沙巴民意党 | |
|---|---|
| Singkatan | GAGASAN / PGRS / Gagasan Rakyat |
| Presiden | Hajiji Noor |
| Setiausaha agung | Mohd Razali Razi |
| Timbalan Presiden | Masidi Manjun |
| Naib Presiden | Mohd Ariffin Mohd Arif Rubin Balang Masiung Banah |
| Pengasas | Ationg Tituh[1] |
| Ditubuhkan | 28 Ogos 2013 |
| Disahkan | 28 Ogos 2013 |
| Didahului oleh | Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR)[2][3] |
| Ibu pejabat | Ibu Pejabat Parti Gagasan Rakyat Sabah, Block G, Lor Plaza Permai 2, Alamesra, 88400Kota Kinabalu,Sabah |
| Sayap pelajar | Organisasi Sayap Pelajar Gagasan Rakyat[4] |
| Sayap belia/pemuda | Pemuda Gagasan Rakyat Sabah (Organisasi utama pemuda) Skuad GAHMUDA (Organisasi induk) |
| Keanggotaan(2025) | 579,980 |
| Ideologi | Regionalisme Sabah Demokrasi sosial |
| Kedudukan politik | Tengah ketengah kiri |
| Hubungan kebangsaan | Sebagai anggota gabungan: Sebagai blok Borneo: Sebagai rakan gabungan: Parti Cinta Sabah(sejak 2023) |
| Warna | Merah &Biru |
| Slogan | Parti ini adalah rumah kita, Rumah kita, Kita yang jaga (This party is our house, our House, we take care of it)[5] |
| Lagu | Gagasan Rakyat Rumah Kita |
| Tapak sesawang | Parti Gagasan Rakyat Sabah diFacebook gagasanrakyat.my |
| Pautan lain | |
| Dewan Negara: | 2 / 70 |
| Dewan Rakyat (di Sabah): | 0 / 25 |
| Dewan Undangan Negeri (Sabah): | 26 / 79 |
| Ketua Menteri Sabah | 1 / 1 |
| Simbol pilihan raya | |
| sunting ·sunting di Wikidata | |
| Artikel ini adalah sebahagian daripadasiri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
Parti Gagasan Rakyat Sabah, didaftarkan sebagaiParti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (diringkaskan sebagaiGAGASAN atauPGRS) atau lebih dikenali dengan singkatannyaGagasan Rakyat, ialah sebuah parti politik tempatan diSabah,Malaysia.[6][7] Parti ini dibentuk dan didaftarkan pada 28 Ogos 2013 oleh seorang ahli politik tempatanSabah iaitu mendiangAtiong Tituh[8][9][10] sebagai sebuah parti pelbagai kaum dengan matlamat untuk memperlihatkan sudut pandang dan keinginan anak Sabah dalam kerajaan.[11] Parti Gagasan Rakyat Sabah mula aktif dan mula memperkasakan jentera parti pada tahun 2016.[12] Parti ini merupakan komponen utamaGabungan Rakyat Sabah sejak 9 Disember 2022.[13]
Parti politik ini dibentuk dan didaftarkan pada 28 Ogos 2013 olehDr. Ationg Tituh[14][15][16] sebagai sebuah parti pelbagai kaum dengan matlamat untuk memperlihatkan sudut pandang dan keinginan anak Sabah dalam kerajaan.[17] Parti ini juga merupakan serpihan dari PartiAngkatan Keadilan Rakyat (AKAR) yang dibubarkan pada tahun 2001, dan telah dibina semula oleh bekas Ahli AKAR yang menolak bekerjasama dengan UMNO dan parti-parti dariSemenanjung Malaysia.[18] Parti Gagasan Rakyat Sabah mula aktif dan mula memperkasakan jentera kubu parti pada 2016.[19] Pada mulanya, parti ini telah berjaya didaftarkan sebagai Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA), dan merupakan salah satu antara pendaftaran parti baharu yang diluluskan olehJabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dibawah perlembagaanAkta Pertubuhan 1966 serta sekaligus berjaya mendapatkan kebenaran untuk beroperasi sebagai parti politik pada 2013.[20][21][22]
Pada Mac 2020, GAGASAN telah bersama-sama tiga parti politik Sabah yang lain untuk bertujuan membentuk persefahaman baharu bagi menubuhkan gabungan parti politik lokal Sabah. Parti tersebut ialahParti Cinta Sabah (PCS),Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah (Anak Negeri) dan sebuah parti yang belum berdaftar, Parti Hak Sabah. Keempat-empat parti pada mulanya bersepakat untuk membuat kerjasama dengan menggabungkan keempat-empat parti dalam satu parti iaitu GAGASAN, dengan Anifah Aman sebagai Presiden.[23][24]
Walau bagaimanapun, perancangan penggabungan parti pembangkang ini gagal selepas GAGASAN dan Anak Negeri menarik diri untuk meneruskan agenda parti masing-masing selepas individu yang sepatutnya menjadi Presiden gabungan,Anifah Aman menyertai PCS dan terpilih menjadi Presiden PCS pada Julai 2020 sebelumpilihan raya negeri mengejut.[25][26]
Pada 29 Januari 2023, demi memperkuatkan lagi kubu-kubu parti tempatan di Sabah, Ketua Menteri ke-16, Datuk Seri PanglimaHajiji Noor telah bertindak mengumumkan untuk mengetuai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS). Beliau berkata PGRS akan digunakan untuk meneruskan perjuangan sebagai parti tempatan di Sabah beserta pembawaan autonomi yang tersendiri. PGRS juga telah diterima olehGRS sebagai parti komponen pada 9 Disember 2022 selepas perjumpaan mesyuarat khas gabungan politik tersebut.[27]
Ahli ParlimenPapar,Armizan Mohd. Ali berkata empat bekas ahli ParlimenBERSATU Sabah tidak akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah keranaundang-undanganti-lompat parti dengan kenyataan dimana mereka telah menggunakan tiket logo GRS untuk memenangi kerusi parlimen. Sebaliknya, mereka akan kekal sebagai ahli langsungGabungan Rakyat Sabah (GRS).[28]
Pada 5 Februari 2023,Hajiji Noor secara rasmi mengambil alih Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) selepas Mesyuarat Agung Khas (EGM) parti itu yang dirasmikan oleh presiden terdahulu,Stephen Jacob Jimbangan.[29]
Presiden
| Ketua Yang ke- | Nama | Tempoh jawatan | Nota | |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Dr. Ationg Tituh | 28 Ogos 2013 | 20 Mei 2021 | [30][31] |
| 2 | Stephen Jacob Jimbangan | 21 Mei 2021 | 29 Januari 2023 | [32] |
| 3 | Hajiji Noor | 5 Februari 2023 | penyandang | [33][34] |
Ketua Penerangan GAGASAN
| Bil. | Nama | Tempoh jawatan | |
|---|---|---|---|
| 1. | Nizam Abu Bakar Titingan | 2023 | penyandang[35] |
Ketua Wanita GAGASAN
| Bil. | Nama | Tempoh jawatan | |
|---|---|---|---|
| 1. | Redonah Bahanda | 2023 | penyandang[36] |
Ketua Beliawanis GAGASAN
| Bil. | Nama | Tempoh jawatan | |
|---|---|---|---|
| 1. | Emmie M. Idang | 2023 | penyandang[37] |
Ketua Pemuda Pusat GAGASAN
| Bil. | Nama | Tempoh jawatan | |
|---|---|---|---|
| (1.) | Jawatan kosong | Ketua pemuda belum ditubuhkan (2013-2022) | Pemuda Gagasan diketuai oleh ketua penerangan dari tahun 2021 sehingga tahun 2023 |
| 1. | Fairuz Renddan | 2023 | penyandang[38] |
Ketua Penerangan Pemuda GAGASAN
| Bil. | Nama | Tempoh jawatan | |
|---|---|---|---|
| 1. | Chong Tze Kiun | 2021 | 2023[39] |
| 2. | Barhul Sahibu | 2023 | penyandang |
Exco Alam Sekitar dan Komuniti Pemuda
| Bil. | Nama | Tempoh jawatan | |
|---|---|---|---|
| 1. | Chong Tze Kiun | 2023 | penyandang[40] |
Presiden:
Timbalan Presiden:
Naib Presiden:
Ketua Pergerakan Wanita GAGASAN:
KetuaPergerakan Pemuda GAGASAN:
Setiausaha Agung:
Timbalan Setiausaha Agung:
Bendahari Agung:
Timbalan Bendahari Agung:
Ketua Penerangan:
Ahli Majlis Tertinggi (AMT):
Ketua-ketua bahagian[41]
Warna utama yang digunakan dalam logo dan benderaGagasan Rakyat ialah warnaMerah danBiru. Gagasan Rakyat sentiasa menggunakanMerah danBiru sebagai tema parti keranaMerah melambangkanKeberanian rakyat menuntut hak-hak Sabah manakala warnaBiru melambangkanPerpaduan rakyat Sabah.[42]
| Lantikan | Ahli | Tempoh | Penggal | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| Bobbey Ah Fang Suan, YB Senator Datuk | 15 Januari 2024 - 14 Januari 2027 | Kedua | ||
| Anna Bell @ Suzieana Perian, YB Senator Puan | 5 Mac 2024 - 4 Mac 2027 | Pertama |
| Negeri | No. | Parlimen | No. | Kawasan Negeri | Anggota | Parti | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| P167 | Kudat | N01 | Banggi | Mohammad Mohamarin[43] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon WARISAN | ||
| N03 | Pitas | Ruddy Awah | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon BEBAS | ||||
| N04 | Tanjong Kapor | Ben Chong Chen Bin[43] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon WARISAN | ||||
| P169 | Kota Belud | N08 | Pintasan | Fairuz Renddan | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||
| N09 | Tempasuk | Mohd Arsad Bistari[43] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||||
| P170 | Tuaran | N12 | Sulaman | Hajiji Noor | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||
| N13 | Pantai Dalit | Jasnih Daya[43] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon BN-UMNO | ||||
| P173 | Putatan | N23 | Petagas | Awang Ahmad Sah Awang Sahari | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon WARISAN | ||
| P175 | Papar | N28 | Kawang | Ghulam Haidar Khan Bahadar | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||
| P176 | Kimanis | N31 | Membakut | Mohd Arifin Mohd Arif | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||
| P177 | Beaufort | N32 | Klias | Isnin Aliasnih | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||
| N33 | Kuala Penyu | Limus Jury | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||||
| P178 | Sipitang | N35 | Sindumin | Yusof Yacob[43] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah sebagai calon WARISAN | ||
| P179 | Ranau | N37 | Karanaan | Masidi Manjun | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||
| P181 | Tenom | N43 | Kemabong | Rubin Balang | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon BEBAS | ||
| P182 | Pensiangan | N46 | Nabawan | Abd. Ghani Mohd. Yassin | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||
| P183 | Beluran | N48 | Sugut | James Ratib[43] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah sebagai calon BN-UMNO | ||
| N49 | Labuk | Samad Jambri | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah sebagai calon PN-BERSATU | ||||
| P185 | Batu Sapi | N54 | Karamunting | George Hiew Vun Zin | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon WARISAN | ||
| P187 | Kinabatangan | N57 | Kuamut | Masiung Banah | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah sebagai calon BEBAS | ||
| P188 | Lahad Datu | N63 | Kunak | Norazlinah Arif[43] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon WARISAN | ||
| P190 | Tawau | N67 | Balung | Hamild @ Hamid Awang[43] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah sebagai calon BN-UMNO | ||
| N68 | Apas | Nizam Abu Bakar Titingan | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah sebagai calon PN-BERSATU | ||||
| P191 | Kalabakan | N73 | Sebatik | Hassan A Gani Pg Amir | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon WARISAN | ||
| - | Lantikan | Jaffari Walliam | GAGASAN | |||||
| Lantikan | Amisah Yassin | GAGASAN | ||||||
| Total | Sabah (26) | |||||||
| Pilihan raya | Jumlah kerusi dimenangi | Jumlah calon | Jumlah undian | Peratusan undian | Hasil pilihan raya | Ketua pilihan raya |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | 0 / 222 | 7 | 8,875 | 1.97% | ▬;posisi bebas | Ationg Tituh |
| 2022 | 0 / 222 | 1(Kalabakan) | 341 | 0.68% | ▬;posisi bebas | Stephen Jacob Jimbangan |
| Tahun pilihan raya | Ahli Dewan Undangan Negeri | |
|---|---|---|
| Sabah | Jumlah menang / Jumlah calon | |
| 2/3 majoriti | 2 / 3 | 2 / 3 |
| 2018 | 0 / 60 | 0 / 10 |
| 2020 | 0 / 73 | 0 / 28 |
| 2025 | Akan diumumkan | Akan diumumkan |