Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Parti Bersatu Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan terkeliru denganParti Bersatu Rakyat Sabah atauParti Bersatu Rakyat Jelata Sabah.
Parti Bersatu Sabah
ڤرتي برساتو سابه
Logo rasmi PBS sejak 1985
Nama Bahasa InggerisUnited Sabah Party
Nama Kadazan-DusunPa'arti Mi'iso do Sabah
SingkatanPBS
Pemimpin/ketuaMajlis Kepemimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS)
PresidenDatuk Seri Panglima DrMaximus Johnity Ongkili
PengerusiDatuk Claudius Alex Sundang
Setiausaha agungDatukJulita Mojungki
SetiausahaDatukJoniston Bangkuai
PresidiumBarisan Majlis Presidium Cawangan-cawangan PBS Satu-Sabah (the GREAT SABAH Presidium Front)
Jawatankuasa tetapTan Sri Datuk Seri PanglimaJoseph Pairin Kitingan
JurucakapDatukJoniston Bangkuai
DatukJahid Jahim
DatukLo Su Fui
DatukJoachim Gunsalam
Tan Sri Datuk Seri PanglimaJoseph Pairin Kitingan
Timbalan PresidenDatuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Datuk Seri Panglima Dr Yee Moh Chai, Datuk Seri PanglimaJahid Jahim
Naib PresidenDatuk Johnny Mositun, Datuk Hendrus Anding, Datuk Haji Ruslan Haji Muharam Mursid Mohd Rais, Datuk Arthur Sen Siong Choo, Datuk Dr Joseph Lee Han Khyun
Ketua Jentera partiDatukJoachim Gunsalam
Tan Sri Datuk Seri PanglimaJoseph Pairin Kitingan
DatukMaximus Ongkili
PengasasTan Sri Datuk Seri PanglimaJoseph Pairin Kitingan
Diasaskan5 Mac 1985
(penubuhan dan mesyuarat pertama)
Didaftarkan5 Mac 1985
(dirasmikan)
Disahkan6 Mac 1985
(pengesahan-diluluskan)
PenggabunganGabungan pemimpin 1985:
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
("The Huguan Siou")
DatukKadoh Agundong
("The Giant Killer")
Datuk Maximus Ongkili
("The Magnificent Captain Winger")
Didahului oleh
  • Gerakan Penyatu Bangsa Sabah 1985
  • United Sabah Movement(Gerakan Sabah Bersatu)
Ibu pejabatPenampang
Kiulu
Kota Kinabalu
AkhbarBerita PBS
Media Akhbar PBS
Badan pemikirOrganisasi Badan Intelektual PBS (BIPBS)
Sayap pelajarSayap Pelajar PBS
Sayap belia/pemudaPergerakan Belia PBS
Sayap wanitaPergerakan Wanita PBS
Sayap pemudaPergerakan Pemuda PBS
Sayap jentera partiPergerakan Markas PBS
Barisan Kubu PBS
Perikatan Sabah Kinabalu (PERISAI)
Sayap jentera PBS-GRS
Keanggotaan(2022)580,000(Disember 2022)
Ideologi
Kedudukan politikKanan-tengah
AgamaMultireligious / Multiracial(perpaduan kepelbagaian bangsa dan agama)
Hubungan kebangsaanBarisan Nasional(1985 - 1990, 2002 - 2018)
Gagasan Rakyat(1991 - 1996)
Gabungan Bersatu Sabah(2018 - 2020)
Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
(kerjasama sejak 12 September 2020) Dan(ahli gabungan sejak 11 Mac 2022)
Hubungan serantauThe Borneo-Bloc
Hubungan benuaAsia
Hubungan antarabangsaPersatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (sejak 1998)
Warna     Biru Terang dan Hijau
Slogan
  • "Bersatu!, Bersatu!, Bersatu!"
    (1985)[1]
  • "Sabah untuk Rakyat Sabah"
    (2019)[2]
LaguBersatu Dalam PBS
Tapak sesawangpartibersatusabah.orgSunting nilai ini di Wikidata
Parti Sang Giant Killer
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
0 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
1 / 222
Dewan Undangan Negeri Sabah
7 / 79
Simbol pilihan raya

Bendera parti

(Bendera rasmi sejak 5 Mac 1985)[3]
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Parti Bersatu Sabah (bahasa Inggeris:United Sabah Party; singkatan:PBS)[4] ialah sebuahparti politik tempatan pelbagai kaum diSabah,Malaysia yang ditubuhkan olehTan Sri Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1985 sebagai bukti kebangkitan rakyat Sabah pada era 80'an. Parti Bersatu Sabah juga merupakan parti paling bersejarah dengan merekodkan kemenangan lebih dari 5 kali menentang parti gergasi di Sabah dan lebih 10 kali menentang parti nasional sejak tahun 1985. Parti ini juga telah direkodkan sebagai parti pertama yang berjaya menyatukan semua golongan rakyat pada tahun 1985 sehingga membuahkan kemenangan menentang ketidak-adilan parti pemerintah.

Parti Bersatu Sabah (PBS) adalah parti tempatan Sabah yang paling bersejarah dan tertua di Sabah. Parti ini turut digelar sebagai Parti"Sang Giant Killer" selepas berjaya menumbangkan dua parti terbesar di Sabah ketika itu iaituUSNO danBERJAYA Sabah. Parti Bersatu Sabah (PBS) merupakan komponen utama bagiGabungan Rakyat Sabah (GRS) sejak tahun 2022.

Parti politik ini pernah menguasaiDewan Undangan Negeri untuk bahagian negeriSabah pada tahun 1985 sehingga 1994 dengan menewaskan parti gergasi yang ada di Sabah. Parti ini juga menguasai 14 kerusi Parlimen dalamPilihan Raya Umum Malaysia 1990.

Pada tahun 2020, Parti politik tempatan ini telah bekerjasama denganGabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu sebuah gabungan parti-parti tempatan yang mempunyai visi, misi dan ideologi untuk melindungi hak-hakorang asal Sabah dan mengekalkan ketempatan diSabah serta menyatupadukan rakyat-rakyat diBawah Bayu. PBS dalamGabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi 7 kerusi ADUN Sabah pada PRN Sabah 2020(berlangsung pada 27 September 2020). Selepas sahaja Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya didaftarkan dan diluluskan olehJabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada Mac 2022, PBS telah menjadi komponen utama rasmi bagi Gabungan Rakyat Sabah.

Sejarah

Penubuhan

Pada tahun 1984, seorang pemimpinKadazandusun dalam kerajaanParti Bersatu Rakyat Jelata Sabah atauBERJAYA,Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah dipaksa untuk meninggalkan parti tersebut apabila beliau lantang menentang dasar-dasar kerajaan yang dikatakannya telah menyimpang dari perjuangan asal. Beliau turut dipaksa mengosongkan kerusiDewan Undangan NegeriTambunan.

Pairin kemudiannya dengan berani bertanding dalam pilihanraya kecil Tambunan pada Disember 1984 sebagai calon Bebas menentang calon kerajaan. Walaupun dengan berbagai rintangan dan taktik kotor pihak lawan, beliau telah berjaya mengekalkan kerusinya dengan majoriti besar, 3,048.

Kemenangan tersebut telah menyemarakkan api perjuangan untuk mengubah senario politik di Sabah serta menegakkan demokrasi dan menentang penyalahgunaan kuasa yang diamalkan pemerintah ketika itu. Satu gerakan baru yang dipimpin Pairin dan disokong secara senyap oleh majoriti akar umbi mula bergerak dan dengan itu, tertubuhnya Parti Bersatu Sabah pada 5 Mac 1985 dengan Pairin sebagai presiden parti.

Kejayaan pilihanraya

PBS yang baru berusia 47 hari telah menyertai Pilihan Raya Negeri Sabah 1985 dan terus mencipta kejutan dengan memenangi 25 daripda 48 kerusi Dewan Undangan Negeri. Apa yang lebih mengejutkan Ketua Menteri dan presidenBERJAYA,Tan Sri Harris Salleh tewas diTenom kepada seorang yang langsung tidak terkenal,Kadoh Agundong. Kemenangan DatukKadoh Agundong yang juga dikenaliGiant Killer. Penglibatan kaum Murut khasnya suku kaum Murut Timugon dalam politik memperlihatkan mereka sudah bersedia untuk berdiri di kaki sendiri seiring dengan kaum-kaum lain di Sabah serta Malaysia khususnya. Bagi parti pemerintahBERJAYA cuma mampu memenangi 6 kerusi, denganUSNO 16 kerusi sertaPASOK 1. Kejayaan ini membolehkan PBS menubuhkan kerajaan dan memerintah negeri Sabah dengan Pairin dilantik menjadiKetua Menteri Sabah yang ke-6.

Setelahrusuhan 1986 yang didalangi parti yang kalah untuk cuba menjatuhkan kerajaan PBS, PBS membubarkan Dewan Undangan Negeri dan mengadakan satu lagi pilihanraya pada Mei 1986. Kali ini PBS berjaya mengukuhkan lagi kedudukan mereka setelah memenangi 34 daripada 48 kerusi. PBS kemudian menyertaiBarisan Nasional (BN).

Beberapa hari sebelumpilihanraya 1990, PBS bertindak keluar dari Barisan Nasional dan menyertaiGagasan Rakyat yang diketuaiTengku Razaleigh Hamzah. Mereka memberi alasan bahawa mereka telah dianaktirikan sewaktu berada dalam BN. PBS terus mencapai kejayaan dengan memenangi 36 daripada 48 kerusi.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 1994, PBS menghadapi tentangan hebat daripada BN yang kini diketuaiUMNO yang telah melebarkan sayap ke Sabah. Sebelum itu, PBS turut kehilangan beberapa tokoh pemimpinnya seperti mendiangDatuk Mark Koding yang telah menubuhkanAKAR danDatuk Yong Teck Lee yang telah menubuhkanParti Maju Sabah (SAPP) di mana mereka telah menyertai Barisan Nasional. PBS turut mendakwa pilihanraya ini dicemari taktik kotor seperti pembelian undi dan pengundi hantu.[5] Di sebalik semua itu, PBS masih mampu menang walaupun tipis iaitu 25 kerusi berbanding BN 23 kerusi. Pairin terpaksa menunggu selama 36 jam di luar Istana sebelum dibenarkan mengangkat sumpah kerana cuba dihalang pihak Barisan Nasional yang nyata tidak dapat menerima keputusan rakyat. Walubagaimanapun, kerajaan ini cuma mampu bertahan dua minggu setelah hampir kesemua wakil rakyatnya bertindak melompat menyertai BN.

Kejatuhan dan cubaan untuk bangkit

Setelah kemenangan tipis dalam pilihanraya 1994, PBS menghadapi tekanan besar dari BN yang ternyata cuba merampas kuasa di Sabah. Kejatuhan PBS bermula apabila 3 orang wakil rakyatnya, DatukLajim Hj. Ukin (Klias), DatukRubin Balang (Kemabong) dan Hj. Zaini Mat Isa (ADUN dilantik) bertindak keluar untuk menyertai UMNO. Ia kemudian diikuti hampir semua wakil rakyatnya yang lain termasuklah Timbalan PresidenTan Sri Bernard Dompok, Setiausaha AgungTan Sri Joseph Kurup yang masing-masing telah menubuhkanParti Demokratik Sabah danParti Bersatu Rakyat Sabah, dan adik Pairin sendiriDatuk Dr. Jeffrey Kitingan. Setelah insiden lompat-melompat tersebut, PBS cuma mempunyai 3 wakil rakyat, Pairin,Dr. Maximus Ongkili dan Datu Amirkahar Tun Datu Mustapha. Datu Amirkahar turut menyertai BN beberapa tahun kemudian. Dalam keadaan sedemikian, Pairin tiada pilihan lain selain melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri pada17 Mac1994. Keadaan ini menggemparkan seluruh rakyat Sabah.

PBS cuba bangkit semula dengan barisan pemimpin yang baru dan dalamPilihan Raya Umum Malaysia 1995 berjaya memenangi 8 daripada 20 kerusiParlimen di Sabah yang juga menyaksikan Jeffrey dan Dompok tewas di tangan calon PBS. Jeffrey kembali ke pangkuan PBS dan membantu parti tersebut untuk menghadapipilihanraya 1999. Walau bagaimanapun, PBS cuma mampu memenangi 17 daripada 48 kerusi tetapi calon-calonnya berjaya mengalahkan bekas wakil rakyatnya yang telah melompat termasuklah Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tan Sri Bernard Dompok dan presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup. Peristiwa lompat-melompat berulang semula apabila enam wakil rakyat yang diketuai Jeffrey bertindak melompat menyertaiPBRS pada22 April2000.

Kembali ke Barisan Nasional

Pada 23 Januari 2002, PBS diterima semula ke dalam Barisan Nasional. Lima wakil rakyat berserta Timbalan Speaker yang telah menyertai PBRS turut kembali ke pangkuan PBS. Setelah memenangi 13 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 4 kerusi Parlimen dalamPilihan Raya Umum Malaysia 2004, ahli-ahli PBS turut disertakan dalam kabinet Barisan Nasional negeri dan persekutuan.

Kejatuhan Gabungan Barisan Nasional

Berikutan kejatuhanGabungan Barisan Nasional padapilihan raya Malaysia 2018,Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional Sabah dan membentuk gabungan baru parti-parti di Sabah yang dikenali sebagaiGabungan Bersatu Sabah (EnglishUnited Alliance Of Sabah, singkatan:GBS).Gabungan Bersatu Sabah (GBS) Disertai oleh Parti Pimpinan Datuk Dr.Jeffrey Kitingan iaituParti STAR Sabah, Parti Pimpinan DatukYong Teck Lee iaituParti SAPP, Barisan PimpinanUMNO - Cawangan Sabah yang diketuai oleh DatukBung Moktar Radin, dan beberapa Ahli Bebas yang Diketuai oleh DatukHajiji Noor (Yang kini menjadi Presiden ke-3 bagiParti Gagasan Rakyat Sabah dan Pengerusi sulung bagiGabungan Rakyat Sabah, singkatan:GRS).

Kebangkitan semula PBS di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Gabungan Bersatu Sabah kemudian diikuti olehGabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 12 September 2020 yang ditubuhkan oleh Datuk Seri PanglimaHajiji Noor bagi menghadapiPilihan raya negeri Sabah 2020. Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) bersetuju untuk bergabung di dalamGabungan Rakyat Sabah menjadikan PBS salah satu Komponen utamaGRS. Presiden PBS, DatukMaximus Ongkili berkata, "PerikatanGRS ini akan menjadikan politik Sabah berada dalam kedudukan yang baik dan stabil".GRS telah menjadi 'nafas-baru' bagi Parti Bersatu Sabah. Hal ini kerana, PBS menjadi salah satu tumpuan utama di dalamGRS bersama dengan Parti-parti lain di dalam Gabungan tersebut. Kebangkitan semula PBS tercatat apabila undian PBS di dalamPilihanraya Sabah 2020 adalah setaraf dengan parti-parti lain di dalamGRS iaitu beza hanya 2-7 undian (menggunakan logo dan bendera sendiri Parti Bersatu Sabah), sekaligus menjadi penyumbang kemenanganGabungan Rakyat Sabah dalam pilihanraya tersebut. Memorandum Persefahaman (MoU)Gabungan Rakyat Sabah telah ditandatangani oleh Naib Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Radin Malleh, sebagai Wakil dari Parti Bersatu Sabah untuk menandatangani Memorandum PersefahamanGRS pada 9 Januari 2021, iaitu tiga (3) bulan selepas kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perjuangan

Walaupun ia dilihat sebagai parti politikKadazan-Dusun yang berasaskan satu kumpulan etnik tempatan diSabah, ahli-ahli Parti Bersatu Sabah menggelar parti tersebut sebagai "parti politik yang berbilangkaum diMalaysia" di mana anggotanya kebanyakan terdiri dariKadazan-Dusun (dari kedua-dua bangsa Dusunik dan Paitanik dalam kumpulan etnolinguistik) dan keturunan etnikMurut (termasuk sub-kumpulanLundayeh). Walaupun keahlian etnik kedua dan ketiga kebanyakannya adalah bumiputera beragama Islam, kebanyakan etnik tempatan tersebut adalah berasaskan etnik Melayu-Sabahan (Melayu Brunei danMelayu Cocos), dan juga dari masyarakatBajau-Samah yang merupakan etnikBumiputera kedua terbesar di negeri ini termasuk sub-kumpulanIranun dan etnikSuluk bersama-sama dengan masyarakat etnikCina (bersama dengan kumpulan kecil atau "Sino-Native" dariminoriti Cina). Misi politik yang diisytiharkan oleh Parti Bersatu Sabah adalah untuk berusaha melindungi hakautonomi dan melindungi Tanah AirSabah, mempromosikan prinsipDemokrasi,kemajuan ekonomi, sistemhak asasi manusia dankeadilan.

Parti Bersatu Sabah merupakan parti berbilang kaum walaupun ia dilihat sebagai partikaum Kadazan-Dusun. Pada dasarnya PBS memperjuangkan demokrasi dan mempunyai wawasan untuk membina negeri Sabah yang maju, harmoni dan bersatu melalui proses demokrasi berparlimen yang tulen. Ia juga berusaha menjaga hak-hak dan kuasa autonomi Sabah, hak asasi manusia dan menegakkan keadilan. Parti itu turut memperjuangkan hak-hak istimewa kaum Bumiputera dan kepentingan kaum lain, memelihara budaya tradisional setiap kaum di Sabah serta kebebasan beragama di Malaysia.[6]

Antara isu yang paling lantang disuarakan oleh Parti Bersatu Sabah adalah isuPendatang asing tanpa izin di Sabah,Projek IC, pembangunan yang tidak seimbang, 'pengundi hantu' dan penuntutanPerjanjian 20 Perkara Sabah iaitu satu perjanjian sebelum kemasukanSabah di dalam NegaraMalaysia.

Ideologi dan asas sokongan PBS danParti STAR adalah agak sama menjadikan mereka mudah untuk menyokong satu sama lain sebagai satu perikatan parti tempatan Sabah.Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan, presidenParti STAR ialah adik kepada Bekas presiden PBS,Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.

Simbol, bendera & lagu

Simbol

Simbol dan lambang PBS menunjukkan dua tangan berjabat di atas peta negeri Sabah berwarna hijau dan dibentuk dengan garisan berwarna coklat di dalam segi empat dan perkataan 'PARTI BERSATU SABAH' di bawahnya. Lambang 'berjabat tangan' melambangkan perpaduan, persahabatan dan kerjasama antara rakyat Sabah; warna 'hijau' melambangkan kekayaan negeri Sabah terutamanya dari segi pertanian; warna 'coklat' melambangkan kesuburan tanahnya dan bentuk 'segi empat' melambangkan keadilan dan kesaksamaan di antara setiap rakyat Sabah.

Bendera

Bendera PBS

  • Warna merah melambangkan keberanian;
  • Bahagian tengah yang berwarna putih melambangkan kesucian dengan simbol dan lambang parti diletakkan; dan
  • Warna biru melambangkan keamanan dan kesejahteraan.

Lagu PBS

Bersatu Dalam PBS

Tanah Sabah, negeriku yang tercinta
Indahnya pemandangan alam
Dengan puncak Gunung Kinabalu
Di sana aku dilahirkan

Tanah ku, negeri ku
Yang harus dilindungi selamanya
Marilah kawan kita berikrar
Membela negeri Sabah

Marilah putra putri Sabah
Bersatu membangun negeri mu
Di bawah naungan PBS
Parti untuk semua kaum

Marilah, semua
Kekalkan lah perpaduan bersama
Untuk membangun negeri tercinta
Melalui PBS

Barisan kepimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS)

Organisasi kepimpinan

Carta organisasi PBS menunjukkan perwakilan tiga komposisi kaum yang terbesar di Sabah iaitu Kadazan-Dusun-Murut-Rungus bukan Muslim, Cina (termasuk peranakan Sino-Bumiputera) dan Bumiputera Islam (Melayu Brunei/Melayu Jawa/Orang Sungai/Melayu Banjar/Bajau-Iranun/Melayu Kedayan/Suluk/Bajau Laut-Palau'h/Kadazan-Dusun-Murut-Rungus Muslim/Melayu Bugis/Bajau-Samah/Melayu Cocos).

  • Naib Presiden
    • Datuk Johnny Juani Mositun
    • DatukHendrus Anding
    • Datuk Haji Ruslan Haji Muharam
    • Mursid Mohd Said
    • Datuk Arthur Sen Siong Choo
    • Datuk Dr. Joseph Lee Han Khyun
  • Bendahari Agung
    • Datuk Lu Kim Yen
  • Penolong Bendahari Agung
    • John Chryso Masabal
  • Ketua Pemuda
    • Datuk Christopher Mandut
  • Ketua Wanita
    • Datuk Datin Seri Panglima Malianah Ugau
  • Ahli-Ahli Majlis Tertinggi
    • Datuk Johnny Goh Chin Lok
    • Kong Nyuk Thau
    • Datuk Lim Vun Chan
    • Datuk Fredian Gan En Siong
    • Fazidah Mohd Yassin
    • Kasirin Kamiran
    • Juin Saman
    • Azmi Ahmad
    • Omar Abdul Hakim
    • Peter Jino Allion
    • Dr. Samuil Mopun
    • Fredolin Totin Bangon
    • Stanis Buandi
    • Datuk Suman Yasambun
    • OKK Datuk William Majimbon
    • Masum Takin

Wakil-wakil rakyat

Perkembangan Parti Bersatu Sabah (PBS)

  • PADA TAHUN 2008

Parti itu telah dikritik kerana didakwa tidak lagi lantang menyuarakan masalah-masalah rakyat Sabah setelah menyertaiBarisan Nasional. Seorang Ahli Majlis Tertinggi parti, Dr. Chong Eng Leong yang juga merupakan aktivis anti-pendatang haram telah meninggalkan parti tersebut kerana mendakwa parti tersebut tidak lagi mampu memperjuangkan matlamat asalnya.[7]

Parti itu juga terlibat dengan pertikaman lidah bersamaParti Maju Sabah (SAPP) di mana mereka telah menyarankan agar SAPP keluar dari BN kerana menyokong usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana MenteriDatuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.[8] Mereka turut menyatakan kesediaan untuk menerima Timbalan Presiden SAPP Datuk Raymond Tan menyertai PBS sekiranya beliau meninggalkan SAPP.[9] Ini menyebabkan pemimpin SAPP menuduh PBS cuba memecah-belahkan parti tersebut.

Pada30 Julai, Ketua Bahagian PBS Kiulu, Sindin Ranggangon telah menggesa agar Pairin meletak jawatan sebagai presiden PBS dan digantikan dengan pemimpin yang lebih muda, berkaliber dan memiliki karisma seperti Timbalan Presiden,Datuk Dr. Maximus Ongkili.[10] Sindin turut mendakwa Pairin tidak lagi mampu memimpin PBS dengan berkesan dan ini terbukti apabila calon-calon PBS mendapat undi yang lebih rendah dan termasuklah kekalahan dua calonnya dalam pilihanraya umum yang baru berlalu. Kenyataan Sindin ini diselar ramai pemimpin atasan PBS termasuklah Dr. Maximus sendiri.[11]

  • PADA TAHUN 2017 - 2018

Pada Tahun 2017, DatukJoseph Pairin Kitingan mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan akan menyerahkan jawatan Presiden tersebut kepada Datuk Dr.Maximus Johnity Ongkili atas permintaan penyokong-penyokong Parti Bersatu Sabah dan juga permintaan penduduk di kawasan kubu kuat parti tersebut.

Pada tahun 2018, DatukJoseph Pairin Kitingan telah dikalahkan di tempat sendiri (Parlimen Tambunan) oleh adik beliau iaitu Datuk Dr.Jeffrey Kitingan dariParti Solidariti Tanah Airku (STAR). Kekalahan tersebut telah memberi impak yang kuat terhadap GabunganBarisan Nasional di Sabah dan memberi kesan yang mendalam terhadap Parti Bersatu Sabah (PBS). Penyerahan jawatan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) kepada Datuk Dr.Maximus Johnity Ongkili akhirnya telah disahkan pada Tahun 2018 selepas kejatuhan dan kekalahan GabunganBarisan Nasional di Sabah. Sejurus kekalahan Gabungan tersebut, PBS mengumumkan untuk keluar dariBarisan Nasional dan bergerak dengan logo sendiri dan menjadi Parti Tempatan tunggal sama seperti Parti pimpinan Datuk Dr.Jeffrey Kitingan iaituParti Solidariti Tanah Airku (STAR). DatukJoseph Pairin Kitingan berkata beliau sedar akan kemahuan rakyat yang sudah tidak menginginkan Parti dari luar Sabah seperti Barisan Nasional-UMNO,DAP,PKR dan parti-parti luar yang lainnya. Dengan itu, secara rasminya pimpinan PBS bersetuju bergerak dengan Logo sendiri dan Matlamat tersendiri untuk menjaga keutamaan rakyat diSabah.

  • PADA TAHUN 2019 - 2021

Berikutan kejatuhanGabungan Barisan Nasional padapilihan raya Malaysia 2018,Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan untuk meninggalkan gabungan itu dan membentuk gabungan baru parti-parti di Sabah yang dikenali sebagaiGabungan Bersatu Sabah (United Alliance Of Sabah).Gabungan Bersatu Sabah (GBS) Disertai oleh Parti Pimpinan Datuk Dr.Jeffrey Kitingan iaituParti STAR Sabah, Parti Pimpinan DatukYong Teck Lee iaituParti SAPP, Barisan PimpinanUMNO - Cawangan Sabah yang diketuai oleh DatukBung Moktar Radin, dan beberapa Ahli Bebas yang Diketuai oleh DatukHajiji Noor (Telah menjadi PresidenParti Pribumi BERSATU Cawangan Sabah pada Tahun 2019 dan PengerusiGabungan Rakyat Sabah pada Januari 2021).


Gabungan Bersatu Sabah kemudian diikuti olehGabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 12 September 2020 yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Panglima HajiHajiji Noor bagi menghadapiPilihan raya negeri Sabah 2020. Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) bersetuju untuk bergabung di dalamGabungan Rakyat Sabah menjadikan PBS salah satu Komponen utamaGRS. Presiden PBS, DatukMaximus Ongkili berkata, "PerikatanGRS ini akan menjadikan politik Sabah berada dalam kedudukan yang baik dan stabil".GRS telah menjadi 'nafas-baru' bagi Parti Bersatu Sabah. Hal ini kerana, PBS menjadi salah satu tumpuan utama di dalamGRS bersama dengan Parti-parti lain di dalam Gabungan tersebut. Kebangkitan semula PBS tercatat apabila undian PBS di dalamPilihanraya Sabah 2020 adalah setaraf dengan parti-parti lain di dalamGRS iaitu beza hanya 2-7 undian, sekaligus menjadi penyumbang kemenanganGabungan Rakyat Sabah dalam pilihanraya tersebut. Memorandum Persefahaman (MoU)Gabungan Rakyat Sabah telah ditandatangani oleh Naib Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Radin Malleh, sebagai Wakil dari Parti Bersatu Sabah untuk menandatangani Memorandum PersefahamanGRS pada 9 Januari 2021, iaitu tiga (3) bulan selepas kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Lihat juga

Rujukan

  1. ^""Bersatu! Bersatu! Bersatu!" sudah menjadi satu tanda slogan rasmi dan "trademark" PBS sejak tahun 1985".Parti Bersatu Sabah.
  2. ^"PBS guna Slogan "Sabah untuk Rakyat Sabah" (2019)".Free Malaysia Today (FMT).
  3. ^"Bendera rasmi Parti Bersatu Sabah (PBS) akhirnya dikibarkan".Sabah News.
  4. ^"nama penuh bagi singkatan PBS ialah "Parti Bersatu Sabah" (telah direkod di dalam Dewan Bahasa dan Pustaka)".Dewan Bahasa dan Pustaka.
  5. ^"Historical Background". pbs-sabah.org. 25 Mei 2003. Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-04-15. Dicapai pada2008-07-22.
  6. ^"Vision and Objectives". pbs-sabah.org. 25 Mei 2003. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-05-12. Dicapai pada2008-07-22.
  7. ^"Chong quits PBS over the illegals issue". Daily Express. 18 Jun 2008. Dicapai pada2008-07-22.[pautan mati kekal]
  8. ^"Better for SAPP to quit BN: Maximus". Daily Express. 13 Julai 2008. Dicapai pada2008-07-22.[pautan mati kekal]
  9. ^"PBS willing to take Tan". Daily Express. 13 Julai 2008. Diarkibkan daripadayang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada2008-07-22.
  10. ^"PBS division wants Pairin to step down". Daily Express. 31 Julai 2008. Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-04-24. Dicapai pada2008-08-11.
  11. ^"Division chief faces action over call". Daily Express. 5 Ogos 2008. Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-04-24. Dicapai pada2008-08-11.

Pautan luar

Parti yang mempunyai wakil diParlimen dan/atauDewan Undangan Negeri
Pakatan Harapan
Perikatan Nasional
Barisan Nasional
Gabungan Parti Sarawak
Gabungan Rakyat Sabah
Parti politik lain
Parti yang tidak mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Perikatan Nasional
Gabungan Rakyat Sabah
Sahabat Barisan Nasional
Parti politik lain
Malaysia
Sarawak
Sabah
Parti dan gabungan tidak aktif/dibubar
Gabungan parti
Parti politik
Malaysia
Sarawak
Sabah
Majlis Tertinggi
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Majlis Tertinggi
Pengarah Pilihan Raya
Setiausaha Eksekutif
Badan Perhubungan Negeri
Pengerusi
Pimpinan Parti Komponen
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Srikandi
Ketua ARMADA
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Dewan Ulamak
Ketua Dewan Pemuda
Ketua Dewan Muslimat
Ketua Dewan Himpunan Pendukung
Setiausaha Agung
Bendahari
Ketua Penerangan
Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Presiden Nasional
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Wong Chia Zhen (memangku)
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Jurucakap
Kerajaan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Dewan Negara
Yang di-Pertua
Pembangkang
Lantikan Agong
Lantikan Negeri
Kelantan
Terengganu
Dewan Rakyat
Ketua Pembangkang
Ketua Whip
Perikatan Nasional
BERSATU
PAS
Pembangkang
BERSATU
PAS
Dewan Undangan Negeri
Kelantan
Yang di-Pertua
Abdullah Ya'kub (Bukan Ahli Dewan Undangan Negeri)
Timbalan Yang di-Pertua
Menteri Besar
Timbalan Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan
PAS
BERSATU
Terengganu
Yang di-Pertua
Yahaya Ali (Bukan Ahli Dewan Undangan Negeri)
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan
Dipilih
Dilantik
Kedah
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan
PAS
Perlis
Yang di-Pertua
Rus'sele Eizan (PAS) (Bukan Ahli Dewan Undangan Negeri)
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan
PAS
BERSATU
Perak
Ketua Pembangkang
Pembangkang
PAS
BERSATU
Pahang
Ketua Pembangkang
Pembangkang
PAS
BERSATU
Selangor
Pembangkang
BERSATU
PAS
Pulau Pinang
Pembangkang
BERSATU
PAS
Johor
Pembangkang
BERSATU
PAS
Melaka
Ketua Pembangkang
Pembangkang
Sabah
Pembangkang
Parti Politik
Parti Komponen
Gabungan
Parti Sokongan
Pecahan dari
Hal berkaitan
Majlis Tertinggi
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Majlis Tertinggi
Setiausaha Eksekutif
Parti Komponen
Ketua
Timbalan Ketua
Ketua Srikandi
Ketua ARMADA
Setiausaha
Bendahari
Ketua Penerangan
Parti Bersatu Sabah
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Parti Solidariti Tanah Airku
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wiranita
Ketua Wiramuda
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Iskandar Abdul Malik Jangkat
Ketua Penerangan
Parti Progresif Sabah
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wiranita
Ketua Wiramuda
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Kerajaan Malaysia
Parlimen Malaysia
Dewan Negara
Dewan Rakyat
Kerajaan Negeri Sabah
Dewan Undangan Negeri Sabah
Ketua Menteri
Timbalan Ketua Menteri
STAR
PBS
Menteri
STAR
PBS
Pembantu Menteri
STAR
PBS
Kerajaan
Dipilih
STAR
PBS
Dilantik
SAPP
Parti Politik
Gabungan kerjasama
Parti kerjasama
Pecahan dari
Parti komponenGabungan Rakyat Sabah
Majlis Tertinggi
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Majlis Tertinggi
Majlis Perhimpunan Agung Tahunan
Pengerusi Tetap
Kerajaan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Dewan Rakyat
Anggota kerajaan
Menteri
Dewan Undangan Negeri
Sabah
Anggota kerajaan
Timbalan Ketua Menteri
Menteri
Pembantu Menteri
Penyokong kerajaan
Parti Politik
Parti Komponen
Pecahan dari
Umum
Perpustakaan negara
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Parti_Bersatu_Sabah&oldid=6705226"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp