Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Parsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana ini adalah mengenai suku Parsi, suku majoriti diIran. Untuk maksud lain bagi Parsi sila keParsi (Nyahkekaburan).

Parsi
Kawasan ramai penduduk
Iran
Bahasa
Bahasa Parsi
Agama
Syiah,Sunni,Kristian,Bahai,Yahudi danZoroastrianisme
Kumpulan etnik berkaitan
Bangsa Iran

Pars atauFars adalah antara suku yang tergolong dalamBangsa Iran, menggunakanBahasa Parsi dan juga mempunyai persamaan dalam kebudayaan denganBangsa Iran yang lainnya. Ia adalah suku majoriti diIran dan minoriti di beberapa negara-negara lain sepertiAmerika,Kuwait,Turki,Emiriah Arab Bersatu,Iraq dan juga beberapa negara diTimur Tengah.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Lihat juga:Empayar Parsi danSejarah Iran

Etnik Parsi adalah keturunan BangsaArya yang berhijrah dariAsia Tengah keIran pada milenium kedua sebelum masihi (SM).[1][2] Bangsa Arya ini kemudiannya berpecah kepada dua menjadi bangsa Parsi dan bangsaMedes dan mereka berasimilasi dengan suku-suku tempatan sepertiElam.[3][4] Dari sini, lahirlahBahasa Parsi danbahasa-bahasa Iran lain. Sumber sejarah bertulis pertama mengenai orang Parsi ini ialah inskripsi Assyria (834 SM), dan di dalam inskripsi itu ada menyentuh tentang orangParsua (Parsi) danMuddai (Medes)[5][6] Ketika itu, orang Assyria menggunakan istilah 'Parsua' bagi merujuk kepada suku-suku di Penara Iran. Kemudiannya orangYunani mengadaptasikan istilah ini bagi merujuk kepada tamadun-tamadun dari Iran. Ketika pemelukan Islam oleh orang Parsi, orang Arab menggelar mereka 'Fars' kerana abjad 'P' tidak terdapat dalam tulisan Arab.

Kawasan Parsi kemudiannya diperintah oleh beberapa kerajaan yang membentuk empayar-empayar yang kuat. Antara empayar-empayar ini adalah empayar Parsi sepertiAchaemenid,Parthia ,Sassanid,Buwayhid danSamanid. Empayar-empayar lain yang pernah memerintah Parsi ialahSeleusid,Ummayyah,Abbasiyyah,Seljuk Turki,Afsharid danQajar.

Bahasa Parsi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Bahasa Parsi

Bahasa Parsi adalah antara bahasa yang tertua di dunia yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Ia turut terkenal kerana tradisi sasteranya dan sasterawan-sasterawannya yang terkenal dan berbakat. Antaranya ialahHafez,Ferdowsi,Khayyam,Attar,Saadi,Nezami,Roudaki dan jugaRumi. Bahasa ini tergolong dalam keluarga bahasaIndo-Eropah dan ia merupakan bahasa rasmi diIran.

Bahasa Parsi turut mempengaruhi bahasa Melayu dari segi nama yang merupakan nama tempat Parsi purba, seperti Zal, Buzurjamir, Shahrezad, Johansyah (Johan Shah) dan Firmansyah. Selain itu beberapa perkataan Parsi lain turut diserap seperti arak, atar, bahlul, bait, serbat, dalal, dayus, dukan, gogah, hamam, inai, khanjar, kisa, komkoma, mamlakat, masnawi, maus, menara, nagara (nakora), panus, ratna (rakna), jahanam, topan (taufan), uktab, ujrat, dan waswas.

Agama

[sunting |sunting sumber]
Faravahar adalah pengawalZoroastrianisme mengikut kepercayaanZoroastrianisme.

Tamadun Parsi telah memperkenalkan tiga agama utama iaituZoroastrianisme,Manichaeanisme, danBahá'í. Agama-agama lain termasuklahMazdak danManichaenisme yang dimana kedua-dua agama ini secara tidak langsungnya mempengaruhi agamaKristian: Kedua-duanya berakar daripada agamaZoroastrianisme. Pada hari ini, ramai cendiakawan memperdebatkan tentang agama yang mana terbit dahulu,Zoroastrianisme atauYahudi. Tetapi mereka telah bersetuju bahawaZoroastrianisme datang dahulu kalau diambil daripada perspektifangelologi (teori malaikat),demonologi (teori syaitan) dan doktrin mengenai kiamat dan bencana alam.[7]

Pada hari ini, majoriti orang Parsi adalah beragamaIslamShia dan juga terdapat kumpulan minoriti beragamaIslamSunnah Waljamaah,Zoroastrianisme,Kristian,Yahudi danBahá'í. Terdapat jugaAteis danAgnostik. Orang Parsi mula memeluk Islam ketika sekitar tahun 637 - 651. Ia berkait rapat dengan penyebaran Islam ketika zaman Khulafa' Ar-Rashidin.

Lihat Juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^http://wwwa.britannica.com/eb/article-230041?tocId=230041[pautan mati kekal]
  2. ^Bahman Firuzmandi "Mad, Hakhamanishi, Ashkani, Sasani" m/s. 20
  3. ^"Iran.The Columbia Encyclopedia, Edisi ke enam. 2001-05". Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-03-01. Dicapai pada2007-01-24.
  4. ^Bahman Firuzmandi "Mad, Hakhamanishi, Ashkani, Sasani" m/s. 12-19
  5. ^Abdolhossein Zarinkoob "Ruzgaran : tarikh-i Iran az aghz ta saqut saltnat Pahlvi" m/s. 37
  6. ^Bahman Firuzmandi "Mad, Hakhamanishi, Ashkani, Sasani" m/s. 155
  7. ^JewishEncyclopedia.com - Zoroastrianisme

Pautan Luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Parsi&oldid=5502903"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp