Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Parlimen Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini mengenai badan perundangan Malaysia. Untuk agensi kerajaan, sila lihatJabatan Parlimen Malaysia. Untuk bangunan, sila lihatBangunan Parlimen Malaysia.
Parlimen Malaysia
Parliament of Malaysia
ڤرليمن مليسيا
Jenis
Jenis
Dewan
Sejarah
Diasaskan11 September 1959
Didahului oleh
Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
Kepimpinan
Kumpulan politik

Dewan Negara

Dewan Rakyat

Pilihan raya
Pilihan raya terakhir
19 November2022
Tempat persidangan
Bangunan Parlimen Malaysia,Kuala Lumpur,Malaysia
Laman sesawang
www.parlimen.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Artikel ini adalah sebahagian daripadasiri pada
Politik
Malaysia
Persatuan Negara-negara Asia TenggaraNegara Anggota ASEAN
Ikon portalPortal Malaysia


Parlimen Malaysia (Jawi: ڤرليمن مليسيا) merupakan badanperundangan kebangsaanMalaysia, berdasarkan sistemParlimenWestminster. Parlimen Malaysia terdiri daripadaDewan Rakyat danDewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagaiahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaranSenator.

SatuRang undang-undang diadakan dalampilihan raya diadakan setiap lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahliDewan Pertuanan diUnited Kingdom, dilantik olehYang di-Pertuan Agong.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Dalam sejarah, tiada negeri Persekutuan yang mempunyai dewan perundangan sebelum merdeka kecuali Sarawak yang mempunyaiMajlis Negeri sendiri yang membolehkan penyertaan dan perwakilan tempatan dalam pentadbiran sejak 1863. Walaupun kerajaan kolonial Inggeris telah membenarkan penubuhan majlis perundangan bagiTanah Melayu, Singapura,Sabah danSarawak, ini bukan penggubal undang-undang tertinggi, dan tetap tertakluk kepadaPesuruhjaya Tinggi British atauRaja Putih bagi Sarawak.

Suruhanjaya Reid yang menggubalPerlembagaan Tanah Melayu memodelkan sistem pemerintahan Tanah Melayu berdasarkan sistem British: sebuah parlimen dwidewan, dengan satu majlis dipilih secara langsung, dan majlis lain mempunyai kuasa terhad dengan beberapa anggota lantikan raja seperti sistem perundangan British. Sesuai dengan sifat persekutuan negara baru, majlis tinggi juga akan mempunyai anggota yang dipilih oleh dewan undangan negeri selain para anggota lantikan.

Perlembagaan memperuntukkanMajlis Perundangan Persekutuan sebelumkemerdekaan untuk menjadi badan perundangan negara baharu sehingga 1959, ketikapilihan raya umum pascakemerdekaan pertama diadakan dan Parlimen Tanah Melayu pertama dibentuk.

Parlimen pertama kali bersidang di bangunan ibu pejabat Pasukan SukarelawanNegeri-Negeri Melayu Bersekutu di sebuah bukit berhampiran Jalan Tun Ismail (Maxwell Road). Dengan siapnya bangunan Parlimen pada 1962 yang terdiri daripada bangunan utama tiga tingkat untuk majlis-majlis Parlimen, dan bangunan 18 tingkat sebagai pejabat para menteri dan anggota Parlimen, kedua-dua majlis berpindah ke sana.

Pada 1963, ketika Tanah Melayu,Sabah,Sarawak danSingapura bergabung untuk membentuk Malaysia, Parlimen Tanah Melayu berkembang menjadi Parlimen Malaysia. Kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara diperluas untuk memasukkan perwakilan daripada negeri-negeri baharu. Ketika Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, Singapura tidak lagi diwakili di Parlimen.

Ketika ini, perubahan ketara dapat dilihat terhadap komposisi Dewan Negara. Di bawah perlembagaan versi1957, senator yang dipilih oleh dewan undangan negeri merupakan kelompok majoriti, berjumlah 22 anggota (2 ahli setiap negeri), sementara hanya ada 16 anggota lantikan.Perlembagaan Malaysia 1963 mengekalkan peruntukan bahawa setiap negeri menghantar dua orang senator, tetapi pindaan susulan secara beransur-ansur meningkatkan jumlah anggota lantikan menjadi 40 orang (dengan 4 lagi lantikan wilayah persekutuan), menjadikan anggota-anggota terpilih menjadi minoriti lalu mengurangkan pengaruh wakil negeri di Dewan Negara.[1]

Parlimen digantung hanya sekali dalam sejarah Malaysia, yakni selepas rusuhan kaum 13 Mei pada 1969. Penggantungan ini berlaku dari 1969 hingga 1971 ketika Parlimen bersatu semula - pada masa ini, Malaysia ditadbir olehMajlis Gerakan Negara.

Undang-undang berkaitan

[sunting |sunting sumber]

Dalamperlembagaan negara, struktur Parlimen ditakrif dalam Perkara 44-48, termasuk berkenaan bahagian-bahagian Dewan, bilangan dan pelantikan ahli, dan syarat-syarat menjadi ahli Dewan. Perkara 55 pula merujuk kepada pelantikan dan tempoh Majlis Parlimen, pembubaran majlis dan pilihan raya susulan. Selepas itu, Perkara 66-68 menyentuh tentang kuasa Parlimen untuk menggubal sesebuah akta serta tatacara penggubalanakta. Selain itu, Perkara 40 (2) ada menyentuh tentang Parlimen, yakni kuasaYang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri berdasarkan majoriti Parlimen serta kuasa membubarkan Parlimen atas nasihat jemaah menteri.[2][3]

Para Ahli Parlimen adalah tertakluk kepada Akta 237 - Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 yang memperuntukkan keistimewaan terhadap para ahli seperti elaun dan perkhidmatan istimewa melalui statut-statut khas bagi setiap jawatan.[4] Selain itu, terdapat juga Akta 347 - Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang berkisar tentang perihal perjalanan sidang Majlis Parlimen (Dewan Negara dan Rakyat).[5]

Struktur dan kuasa

[sunting |sunting sumber]

Sebagai badan perundangan terutama di Malaysia, Parlimen bertanggungjawab untuk meluluskan, meminda dan menghapuskan undang-undang. Parlimen adalah tertakluk kepadaKetua Negara Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Artikel 39 Perlembagaan negara.[6] Dewan Rakyat terdiri daripada 222 orang Anggota Parlimen yang dipilih dari kawasan anggota tunggal yang terpilih berdasarkan undian terbanyak.Pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun atau apabila Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihatPerdana Menteri. Parlimen bersidang dari hari Isnin hingga Khamis; tiada sidang pada hari Jumaat memandangkan hari itu ialah hari cuti bagi beberapa negeri Malaysia.

Hak mengundi setakat kini diberikan kepada pengundi berdaftar 18 tahun ke atas, namun pengundian adalah tidak wajib. Sementara itu, syarat umur untuk bertanding juga adalah 18 tahun ke atas. Apabila salah seorang anggota Parlimen meninggal dunia, meletak jawatan atau hilang kelayakan berjawat, pilihan raya kecil akan diadakan di kawasan pilihannya melainkan jika tempoh sesi Parlimen adalah kurang dari dua tahun - dalam kes ini, kerusi dibiarkan kosong sehingga pilihan raya umum berikutnya.

Keanggotaan

[sunting |sunting sumber]

Lihat:

Jabatan dan agensi

[sunting |sunting sumber]

Setakat Julai 2018, terdapat sembilan agensi kerajaan yang menjadi badan bebas dan melapor langsung kepada Parlimen.[7][8]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Funston, John (2001). "Malaysia: Developmental State Challenged". dalam John Funston (Ed.),Government and Politics in Southeast Asia, m/s. 180, 183. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
  2. ^"Perlembagaan Persekutuan - Bahagian IV - Bab 3 - Badan Eksekutif".Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Dicapai pada9 Ogos 2021.
  3. ^Bunyan, John (8 Ogos 2021)."What's next for our MPs: Wait for the confidence vote in Parliament or band together and appoint a PM-designate now?".Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada9 Ogos 2021.
  4. ^"Kemudahan ahli Dewan Rakyat".Parlimen Malaysia. 23 April 2021. Dicapai pada6 Ogos 2021.
  5. ^"Laws of Malaysia - Act 347 - Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952"(PDF).Parlimen Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada6 Ogos 2021.
  6. ^"Branches of Government in Malaysia"Diarkibkan 7 Februari 2006 diWayback Machine. Retrieved 3 February 2006.
  7. ^"Sembilan jabatan kerajaan bebas, 10 lagi bubar dari JPM".
  8. ^"SPRM, SPR, Audit Negara kini di bawah Parlimen".

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Rencana Malaysia 
Sejarah
Geografi
Politik
Ekonomi
Masyarakat
Budaya
Simbol
Parlimen
Malaysia
Dewan
Dewan Negara
Dewan Rakyat
Dewan Undangan Negeri
Negeri
Senarai Ahli
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Parlimen_Malaysia&oldid=6443927"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp