Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawaiDewan Bahasa dan Pustaka. Silamembantu, bahan-bahan boleh didapati diParliament(Inggeris).Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak diterjemahan Google. Walau bagaimanapun,jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan:Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Negara-negara dengan parlimen diwarna merah
Parlimen (Jawi: ڤرليمين,ejaan lama dan diInd.parlemen)[1] merupakan majlispenggubal undang-undang sesebuah negara disidang para anggotanya dalam suatu badan tingkat disebut "dewan" (chamber).[2] Terdapat 2 jenis parlimen iaitu yang berdewan satu atau "ekadewan" (unicameral) dan yang dua atau "dwidewan" (bicameral); parlimen dwidewan terdiri daripada satu dewan bawah (di mana ahlinya dipilih dalampilihan raya) dan dewan tinggi (biasanya ahli dilantik) dibuka atau dibubarkan seorangketua negara.[3][4] Ada sistem lebih bertingkat banyak wujud seperti tridewan tetapi amat jarang.
Parlimen juga boleh merujuk kepada tempat atau bangunan dimana penggubalundang-undang bersidang dan ia merupakan satu terma yang biasanya digunakan dalam negara-negara Komanwel. Parlimen yang paling terkenal adalahParlimen United Kingdom yang kadang-kala digelar "ibu segala parlimen" (Mother of Parliaments) kerana aturannya yang diterapkan dalamsistem Westminster diikuti banyak negaraKomanwel.[5]
Nama "parlimen" berasal dari perkataanPerancisparlement "tempat untuk bercakap atau berbincang" terbitan kata kerjaparler bermaksud "bercakap";[6] ia mula digunakan pada pertengahan 1230-an menungkapkan pertemuanmagnum concilium (istilahLatin, "majlis besar") yang bersidang sesama paramagnate ("orang besar/pembesar" terbitanmagnus "besar")[7] dan dihadiri raja sejak zamanRaja William si Penakluk untuk membincangkan ehwal semasa, mengadakan pembicaraan besar dan menggubal undang-undang bertulis[8] namun diberi keutamaan kepadabaron sejak mereka memaksaRaja John menandatanganiMagna Carta pada 1215 yang menekankan tiga tuntutan mereka:[9][10]
raja tertakluk kepada undang-undang
raja hanya boleh menggubah undang-undang dan menaikkan cukai (kecuali yang dikenakan adat feudal) selagi dipersetujui rakyat jelata kerajaan
Perjumpaan Parlimen biasanya diketuai oleh seorang "Speaker" atau Yang di-Pertuan. Di sesetengah negara, antaranyaUnited Kingdom, prinsipkeutamaan Parlimen ("Parliamentary supremacy") dipraktikkan. Di negara-negara ini, mahkamah tidak boleh menyatakan bahawa sesuatuundang-undang yang dibuat oleh parlimen adalah "ultra vires" — iaitu melebihi had kuasa parlimen. Kebanyakan negara dengan parlimen juga adakekebalan parlimen untuk anggota-anggota mereka. Ini memastikan seseorang ahli parlimen tidak boleh didakwa untuk sesuatu pernyataan yang dibuat dalam dewan parlimen.
Biasanya, perundangan dicadang di dewan bawah parlimen, yang mempunyai lebih ramai ahli — di negara-negara tertentu, dewan bawah mungkin mempunyai beratus-ratus anggota. Walaupun perundangan biasanya perlu diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen, dalam sistem Westminster dewan tinggi biasanya tidak boleh menolak perundangan yang berkait dengan hal-hal kewangan. Selepas sesuatu undang telah dilulus oleh parlimen, ia perlu ditandatangani olehRaja atauketua negara.
Biasanya dalam negara dengan parlimen, ketua negara dan ketua kerajaan bukan orang yang sama. Dalam sistem Westminster yang mempraktikkanRaja berperlembagaan ("constitutional monarchy"), ketua negara hanya bermain peranan simbolik, dengan kuasa sebenar dalam tangan ketua kerajaan. Walaupunperlembagaan negara-negara tertentu sepertiMalaysia menyatakan ketua negara bertindak hanya dengan nasihat ketua kerajaan, sebenarnya "nasihat" ini hampir selalu diikuti.
Ketua kerajaan di negara dengan parlimen biasanya dipanggilPerdana Menteri (PM). Seorang Perdana Menteri mesti mempunyai "keyakinan" majoriti ahli-ahli dewan bawah parlimen untuk memimpin kerajaan. Jika sesuatu undi tiada keyakinan (no-confidence vote) diluluskan oleh dewan bawah, Perdana Menteri mesti letak jawatan. Biasanya, Perdana Menteri dilantik oleh ketua kerajaan, tetapi calon yang dipilih hampir selalu pemimpinparti politik yang menang pilihan raya terakhir. Di sesetengah negara, Perdana Menteri boleh dilantik daripada ahli dewan tinggi, tetapi ini amat jarang dilakukan.
Hampir semua parlimen di negara-negara Komanwel diasaskanParlimenUnited Kingdom, yang telah menjajah atau mentadbir negara-negara Komanwel pada zaman kolonialisme. Bagaimanapun, setiap parlimen telah diubahsuai untuk ciri-ciri tempatan.
Contohnya, walaupun Parlimen United Kingdom bikameral denganHouse of Lords (dewan tinggi) danHouse of Commons (dewan bawah),ParlimenSingapura adalah unikameral. Selain itu, cara ahli parlimen dipilih telah diubah; contohnya, Singapura mempunyai "group representative constituencies" ataupun kawasan perwakilan kumpulan, di mana beberapa kawasan digabungkan dalam pilihanraya, walaupun dalam parlimen mereka diwakili oleh beberapa ahli parlimen.
Satu contoh lagi adalahParlimenAustralia, yang bikameral. Di situ, ahli Senate (dewan tinggi) dipilih dalam pilihanraya, dan bukan dilantik, manakala anggota House of Lords di United Kingdom dilantik oleh Raja dengan "nasihat" Perdana Menteri. Proses pilihanraya di Australia juga berlainan daripada proses di England. Di England, pemenang suatu pilihan raya adalah calon dengan jumlah undi terbanyak (ini digelar sistem "first-past-the-post") manakala di Australia, pemenang ditentu melalui sistem "single transferable vote" (STV) ataupun undi boleh alih sekali.
Walaupun United Kingdom dan tanah jajahannya merupakan pengguna parlimen yang paling terkenal, beberapa negara bukan Komanwel juga mengguna parlimen, sistem Westminster, atau kedua-duanya. Contohnya,Jepun mempunyai sebuah parlimen yang dipanggil "Diet". Proses perundangan di Jepun juga diasaskan pada sistem Westminster.