Paris (Sebutan bahasa Perancis: [paʁi],sebutan bahasa Inggeris: /ˈpærɨs/) ialahibu negaraPerancis dan juga ibu kota negeriÎle-de-France (juga dikenali sebagai "Kawasan Paris"). Bersama dengan bandar satelit dan kawasan luar bandar, Paris mempunyai anggaran penduduk sebanyak 12.2 juta penduduk (2013). Paris ialah kawasan bandar yang mempunyai penduduk paling tinggi di dalamKesatuan Eropah dan metropolitan kedua terbesar diEropah iaitu sama dengan pendudukLondon dan hampir menyamai pendudukMoscow, dan juga dianggar mempunyai penduduk metropolitan ke-20 teramai di dunia.
Paris dikenali dengan gelaranla Ville Lumière (Bandar Berlampu atau Bandar Bercahaya) dan adalah destinasi pelancong utama di dunia.
Keunikannya ialah setiap malam, Paris selalu akan bermandikan cahaya lampu yang terang-benderang, maka dengan itulah digelariLa Ville Lumiére oleh pelancong asing (dalamBahasa Perancis).
Penduduk Paris dikenali dengan namaParisians dalamBahasa Inggeris danParisiens dalamBahasa Perancis ([paʁizjɛ̃](dengar)). Nama ibu kota ini berasal daripada nama sekumpulan puakGaul yang dikenali sebagai Parisii.[1]:247 Ketika abad pertama hingga keenam, sewaktu Paris berada di bawah jajahan Rom, Paris telah diberi namaLutetia atau nama penuhnyaLutetia Parisiorum, tetapi kembali pada nama asalnya di bawah pemerintahan Julian the Apostate (361-363 Masihi).
Penduduk Bandar Paris ialah 2,125,246 pada satu bancian pada 1999. Bandar Paris merupakan tempat ketiga dari segi kawasan yang paling padat dengan penduduk di Barat, selepas Manhattan diNew York City.
Kawasan Paris ialah salah satu kawasan di Eropah yang mempunyai penduduk paling banyak dari segi kepelbagaian budaya, dengan 19.4% daripada penduduknya dilahirkan diluar Perancis. Daripada satu tinjauan pada 1999, 4.2% penduduk Paris merupakan pendatang yang majoritinya dariChina danAfrika.
Bandar Paris mempunyai keluasan 105.398 km² (26,044 ekar). Jika ditolak tamanBois de Boulogne danBois de Vincennes di pinggirannya, luas sebenar bandar itu cuma 86.928 km² (21,480 ekar).
Paris terletak di belokanSungai Seine menuju utara dan terdiri dari dua pulau, Île Saint-Louis dan Île de la Cité, yang membentuk bagian tertua kota. Secara keseluruhan, kota ini adalah rata dengan titik terendah Paris terletak pada 35 meter (114 kaki) di atas permukaan laut. Paris memiliki beberapa bukit degan puncak tertinggi yang tertingi adalah Montmartre di kedudukan 130 meter (426 kaki).[2]:153
Paris memilikiiklim lautan dan dipengaruhi Arus Atlantik Utara. Kota ini memiliki iklim sederhana dan jarang mengalami suhu yang tinggi atau rendah. Purata suhu tinggi tahunan ialah sekitar 15 °C (59 °F), dan purata suhu rendah tahunan pula sekitar 7 °C (45 °F). Suhu tertinggi yang pernah tercatat direkodkan di Paris pada 25 Julai 2019 dengan nilai 42.6 °C (104.7 °F) manakala suhu terendah pula ialah -23.9 °C (-11.0 °F) yang tercatat pada 10 Desember 1879.[3][4]
Data iklim untuk Paris (Parc Montsouris), ketinggian: 75 m atau 246 ka, purata 1981–2010, ekstrem 1872–kini
Secara rasminya, Paris hanya mempunyai satubandar kembar iaituRom di Itali sejak 9 April 1956.[9][10] Selain itu, Paris memiliki hubungan persahabatan dengan bandar-bandar berikut:[9]
Paris ialah pusat utama ekonomi Perancis dan menyumbang sejumlah 30% daripadakeluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.[13] Anggaran rasmi pada 2013 menetapkan KDNK nominal Paris pada AS$688 bilion.[14] Secara keseluruhan, ekonomi Paris banyak berdasarkan bidang perkhidmatan dan kewangan; 80.6% syarikat di Paris tergolong dalam sektor-sektor ini.[15]
Paris serta tiga departmen bersebelahan (Paris Raya) menerima 24.5 juta orang pelancong pada 2018, termasuk 11.2 juta orang pelancong domestik.[16] Laporan Euromonitor meletakkan Paris sebagai destinasi pengangkutan udara kedua tersibuk dunia selepas Bangkok.[17] Kira-kira 393,008 orang pekerja di Paris Raya bekerka dalam sektor pelancongan.[18]
^"Géographie de la capitale – Le climat" (dalam bahasa Perancis). Institut National de la Statistique et des Études Économiques. Diarkibkan daripadayang asal pada 3 Oktober 2006. Dicapai pada24 Mei 2006 – melalui Paris.fr.
^"Paris–Montsouris (984)"(PDF).Fiche Climatologique: Statistiques 1981–2010 et records (dalam bahasa Perancis). Meteo France. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 27 Februari 2018.