Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Parc Monceau

Koordinat:48°52′46″N2°18′33.22″E / 48.87944°N 2.3092278°E /48.87944; 2.3092278
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rotunda, Parc Monceau, dibina sebahagian dariTembok Petani-Jendral

Parc Monceau (Sebutan bahasa Perancis: [paʁk mɔ̃so]) adalah sebuah taman separuh am terletak diarrondissementke-8Paris,Perancis, di persimpangan Boulevard de Courcelles, Rue de Prony dan Rue Georges Berger. Di pintu masuk utama adalah sebuahrotunda.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Taman telah didirikan olehPhillippe d'Orléans, Duke dari Chartres, seorang sepupu raja. Dia bermula membeli tanah di mana untuk mendirikan kebun pada 1769, dan mengutuskanLouis Carrogis Carmontelle untuk reka bentuk kebun. Dia adalah seorang kawan karib Putera Wales, kemudianGeorge IV, dan seorang yang menyukai semua benda Inggeris. Sebagai akibatnya, tujuan adalah untuk mencipta gaya kebun Inggeris tidak rasmi di tengah-tengah Paris. Pada 1778, melalui pembelian berturutan, kebun telah membesar ke 12 hektar. Ia menjadi digelarkanFolie de Chartres.

Pada 1793, sewaktuRevolusi Perancis, Duke telah dihukum pancung dengangilotin dan kebun telah dibawakan ke milik awam.Wall of the Farmers-General Paris mengelilingi taman. Pada waktu ini,rotunda telah dibina olehClaude Nicolas Ledoux.

Gambaran skematik parachuteAndré-Jacques Garnerin digunakan di Parc Monceau bermula pada 22 Oktober 1797. Penggambaran dilakukan pada awal abad kesembilan belas.

Pada 1797, ia telah menjadi tapak terjunpayung terjunsutera pertama, apabilaAndré-Jacques Garnerin berterjun dari sebuahbelon udara panasMontgolfier, mendarat di taman di mana orang ramai berkumpul.

Taman ini telah dibeli oleh bandaraya Paris pada 1860. Sesetengah tanah telah dijual untuk pembinaan rumah-rumah baru. Bersyukurnya padaBaron Haussmann, bahagian yang lain telah dikekalkan sebagai ruang hijau dan menjadi sebuah taman separuh am, dirasmikan olehNapoleon III pada 13 Ogos 1861.

Taman ini adalah tapak suatu pembunuhan pada 1871 berikutnyaCommune. TenteraVersailles akhirnya mengambil balik bandar ini dan membunuh semua peninggalan Communards sewaktuLa Semaine sanglante ("Minggu Bertumpah Darah"). Parc Monceau, seperti tempat ruang awam lain, adalah tapak pembunuhan banyak dari para penyokong Commune ini.

Claude Monet melukis seturutan lukisan taman pada musim bunga 1876. Dia melukis dua lukisan selanjut taman pada 1878.Hector Berlioz juga menggemari taman ini.

Ciri

[sunting |sunting sumber]

Taman ini adalah tidak kebiasaan di Perancis oleh keranagaya "Inggeris": susunan tidak rasminya, laluan yang berbengkang bengkok dan arca-arca diletak secara ganjil berbeza darikebun gaya Perancis yang lebih tradisional. Ia juga termasuk kutipan ciri-ciri gaya seni bina yang diskala ke bawah, ataufolly — termasuk sebuahpiramid Mesir, sebuahkubu Cina, sebuahkincir anginBelanda, dan tiang-tiangCorinthian. Sebilangan ini adalah rujukan masonik, mencerminkan ternyatanya bahawa Philippe d'Orléans adalah seorangfreemason yang berpimpin. Taman ini termasuk arca-arca tokoh-tokoh Perancis masyhur termasukGuy de Maupassant,Frédéric Chopin,Charles Gounod,Ambroise Thomas,Alfred de Musset, danEdouard Pailleron.

Hari ini, taman ini mempunyai kawasan bermain untuk kanak-kanak, dan tetap menjadi sangat masyhur dengan penghuni tempatan dan keluarga mereka. Tapak ini juga sebuah kawasanWi-Fi yang bebas aktif, untuk pengguna komputer mencari kecapaianInternet.

Taman ini buka pada hari minggu dari matahari terbit hingga ke matahari terbenam dan cuti khas. Ada sembilan pintu masuk berpagar ke taman yang dikawal oleh seorang pengawal taman yang bergenerasi kelima yang tinggal di bawah rotunda diraja di pintu masuk utara.[perlu rujukan] Taman ini disenarai sebagai separuh swasta gred II dan senam tempat kediaman peribadi terletak secara berterusan di taman mempunyai kecapaian dua puluh emapt jam ke padang.

Kecapaian

[sunting |sunting sumber]

Pintu masuk ke stesenParis MétroMonceau terletak di pintu masuk utama taman di Boulevard de Courcelles.

Lihat pula

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Parc Monceau.

48°52′46″N2°18′33.22″E / 48.87944°N 2.3092278°E /48.87944; 2.3092278

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Parc_Monceau&oldid=2814046"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp