| Jenis/bentuk sah | JenamaPanasonic Corporation |
|---|---|
| Industri | Elektronik |
| Ditubuhkan | March, 1918 |
| Ibu pejabat | |
| Tokoh penting | Konosuke Matsushita, Founder Fumio Ohtsubo, President |
| Keluaran | televisyen telefon komputer kamera digitak |
| Hasil | ▲¥8,137 bilion |
| Pemilik | Panasonic Corporation,Matsushita Electric |
| Bilangan kakitangan | 334,402 |
| Tapak web | Laman Global Panasonic |
| sunting ·sunting di Wikidata | |
Panasonic (パナソニック,Panasonikku) ialah satujenamaantarabangsa untuk pengeluar barangan elektrikJepun,Panasonic Corporation (dahulunya Matsushita Electric Industrial Co., Ltd.) Di bawah jenama inilah Matsushita menjual panel paparanplasma danLCD, perakam dan pemainDVD, pemainCakera Blu-ray,kamera video,telefon,ketuhar gelombang mikro,pencukur, projektor,kamera digital, bateri, komputer riba (di bawah subjenamaToughbook),CD mudah alih, kelengkapan stereo rumah, komponen elektronik dansemikonduktor, semuanya dipasarkan bawah cogan kata"Ideas for Life."
Pada 10 Januari 2008, Matsushita mengumumkan hasratnya untuk menukar nama syarikat ke Panasonic Corporation, mulai 1 Oktober 2008.[1] Cadangan ini diluluskan di mesyuarat pemegang saham tahunan pada 26 Jun.[2] Pada 1 Oktober 2008, nama syarikatnya bertukar ke Panasonic Corporation.
JenamaPanasonic direka oleh Matsushita pada tahun1955 untuk pasaran AS, Kanada dan Mexico kerana jenamaNational sudah didaftarkan pihak lain.[3][4] Jenama Panasonic direka berasaskan elemen-elemen "pan" yang bererti "segala" begabung dengan "sonic" yang bererti "bunyi", kerana jenama ini julung kali digunakan untuk kelengkapan audio.
Berasaskan jualan tahunan elektronik pada tahun 2004, Matsushita ialah pengeluar elektronik Jepun yang terbesar, mendahuluiHitachi. Pada masa dahulu, oleh sebab taktik peniruannya Matsushita dipersenda di Jepun dengan jolokan "Maneshita" ("mane" bererti "tiruan"), namun sebenarnya Matsushita banyak sekali membuat perancangan, penyelidikan dan pembangunan produk sendiri.
Termasuk sekali syarikat-syarikat berkaitan,Matsushita telah membangunkan beraneka perusahaan, menumpu pada elektronik rumah, kelengkapan industri, dan kelengkapan telekomunikasi. Antara jenama-jenama yang dikaitkan dengan Panasonic termasuk televisyenViera dan kamera digitalLumix.
Gaya pengurusan dan budaya korporat syarikat ini sering kali dibandingkan dengan pesaingnyaSony. Apabila keadaan Sony lebih bagus, bilangan buku yang menyanjungi pengurusan Sony bertambah, dan apabila berlaku keadaan sebaliknya, maka lebihlah buku yang memuji gaya pengurusan Panasonic di kedai buku. Tanpa mengira jualan dan keadaan yang memberangsangkan, Sony dan Panasonic sering dipandang sebagai pesaing tradisi. Pandangan ini mungkin sekali timbul daripadaperang format pita video antaraVHS (yang didukung Panasonic) danBetamax (yang didukung oleh Sony).[5] Persaingan langsung terbesar antara Sony dan Panasonic kini berlangsung di segmen keluaran audio; Panasonic juga bdianggap bersaing dengan Sony dalam penjualan TV panel leper, kamera digital dan perakam DVD, iaitu tumpuan-tumpuan usaha pengeluaran, pemasaran dan penjualan Panasonic masa kini. Sebaliknya, baru-baru ini Sony telah mempelbagaikan perniagaan ke bidangperfileman,permainan video, dan kewangan yang langsung tidak menghadapi saingan dari Panasonic. Setelah Sony mengambil alihCBS Records danColumbia Pictures, Panasonic membeliMCA (termasukMCA Music danUniversal Pictures) pada tahun 1991 tetapi menjualnya pada tahun 1995.
Strategi korporat terkini Matsushita adalah untuk mendapat kerjasama dan usahasam dalam pembangunan teknologi tertentu (sepertiLCD), sambil terus bersaing dengan syarikat lain sepertiToshiba,Hitachi danMinebea untuk menjadi penanda aras untuk industri elektronik Jepun.
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanPanasonic |