Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Pakistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Islam Pakistan
اسلامی جمہوریۂ پاکستان
'Islāmī Jumhūriyah Pākistān.
Bendera Pakistan
Jata Pakistan
BenderaJata
Cogan kataIttehad, Tanzim, Yaqeen-e-Muhkam
(Perpaduan, Disiplin dan Keimanan)
Lagu kebangsaanQaumī Tarānah (قَومی ترانہ)
Ibu negaraIslamabad
Bandar terbesarKarachi
Bahasa rasmiUrdu,Inggeris
DemonimOrang Pakistan
KerajaanRepublik Islamberparlimen persekutuan
Asif Ali Zardari
Shehbaz Sharif
Yusuf Raza Gilani
Kemerdekaan 
• Kemerdekaan daripadaUnited Kingdom
14 Ogos1947
• Pengisytiharan RepublikIslam
23 Mac1956
14 Ogos1973
• Perairan (%)
3.1
Populasi
• Perkiraan 2019
202,643,279 (6)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$1.423 trilion (14)
$7,022 (98)
HDI (2019)0.709
tinggi · 86
Mata wangRupee India (Rs.)
(INR)
Zon waktuUTC+5 (PST)
• Musim panas (DST)
tiada
Kod panggilan+92
Kod ISO 3166PK
DPT internet.pk

Republik IslamPakistan (Urdu:اسلامی جمہوریۂ پاکستان‎), adalah sebuah negara yang terletakAsia Selatan. Ia mempunyai garis pantai 1,046 kilometer (650 batu) sepanjang Laut Arab di selatan, dan disemapadani olehAfghanistan danIran di barat,India di timur danChina di timur laut jauh.

Majoriti penduduk Pakistan adalahMuslimSunni. Pakistan adalah negara keenam dengan penduduk teramai di dunia dan negara kedua yang mempunyai pendudukberagama Islam teramai di dunia selepasIndonesia.

Pakistan sebenarnya sebahagian daripadaIndia dan berpecah kepada Pakistan Barat dan Pakistan Timur, kini dikenali sebagaiBangladesh.

Pakistan pernah dijajah olehBritish dan menjadi sebahagian dariIndia British yang berpusat diDelhi. Tapak tamadun purbaMohenjo Daro terletak diLembah Indus, Pakistan. Lembangan ini pernah dijajah oleh kuasaParsi danGreek. Kawasan Pakistan kemudian dikuasai oleh kuasaArab,Turki,Baloch danMongol.

Simbol-simbol kebangsaan Pakistan (rasmi)
Haiwan
Burung
Pokok
Bunga
Haiwan warisan
Burung warisan
Mamalia akuatik
reptilia
Amfibia
Buah
Masjid
Sungai
Gunung

Etimologi

[sunting |sunting sumber]

Pakistan adalah berasal daripada pokokPaku pakis yang merupakan makanan kegemaran masyarakat Pakistan. Istilah ini mula diperkenalkan pada 1934 oleh Choudhary Rahmat Ali dalam risalah 'Now or Never'.[1] Mulanya dikenali sebagai Dominion of Pakistan pada 1947. Kemudian ditukar kepada Republik Islam Pakistan pada 1956. Hurufi ditambah pada akronim tersebut untuk memudahkan sebutan.[2]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Beberapa penakluk pernah menguasai wilayah ini. Kuasa penakluk itu termasuklah termasukHarappa,Parsi,Yunani,Saka,Parthia,Kushan, White Hun,Arab,Turki danMughal.

Sejarah awal

[sunting |sunting sumber]

Lembangan Indus pernah terdiri beberapa kerajaan purba, termasuklahMehrgarh, salah satu bandar purba yang terawal diketahui, danTamadun Lembah Indus diHarappa danMohenjo-daro.

Tamadun Lembah Indus runtuh pada pertengahan alaf kedua SM dan diikuti oleh Tamadun Vedik yang menjangkau sebahagian besar dataran Indo-Ganges.

Pada sekitar abad kelima hingga ketujuh Masihi,Dinasti Rai dari Sindh mentadbir kawasan ini. Dinasti Buddha terakhir yang mentadbir kawasan ini ialahEmpayar Pala yang memerintah kawasan ini serta utara India dan Bangladesh moden ketika pemerintahan Dharmapala dan Devapala. Sindh ditakluki olehMuhammad ibn Qasim pada 711 M dan menjadi titik permulaan zaman Islam di Pakistan.[3]

Tamadun Islam di Pakistan

[sunting |sunting sumber]

Menurut catatan rasmi Pakistan, penaklukan Muhammad ibn Qasim menandakan permulaan asas Pakistan,[4] meskipun konsep Pakistan hanya muncul pada abad ke-19. Zaman Pertengahan Awal, yakni dari abad ketujuh hingga ke-13 menampakkan perkembangan pengaruh Islam di sini. Ketika zaman ini, golongan sufi banyak berperanan dalam menjalankan dakwah di kawasan Pakistan, menyebabkan ramai daripada golongan Hindu dan Buddha memeluk Islam.

Selain itu, kawasan Pakistan juga dikuasai oleh pelbagai empayar Islam sepertiEmpayar Ghaznavi,Dinasti Ghur danKesultanan Delhi, sebelum ditakluki olehEmpayar Mughal.

Kemerdekaan dan Pakistan moden

[sunting |sunting sumber]

Negara Pakistan merdeka pada 14 Ogos 1947 daripada pihak British hasil gerakan kemerdekaan yang dipimpin olehMuhammad Ali Jinnah. Beliau menjadi Gabenor Jeneral pertama dan memerintah negara selama lebih setahun sebelum meninggal dunia pada 11 September 1948. Sementara itu,Liaquat Ali Khan dilantik sebagai Perdana Menteri pertama negara.

Negara ini secara rasminya menjadi negara republik Islam pada 1956 menerusi perlembagaan negara. Presiden negara pertama,Iskander Mirza dilantik pada 1956, tetapi Iskander bertindak melaksanakanundang-undang tentera di negara sebelum digantikan olehAyub Khan pada 1958. Ayub digantikan olehYahya Khan pada 1969.

Sebuah perang tercetus pada 1971 diPakistan Timur, yakniPerang Kemerdekaan Bangladesh, meskipun disifatkan sebagai sebuahperang saudara oleh pihak Pakistan Barat.[5] Pihak pejuang kemerdekaan Bangladesh,Mutki Bahini yang dibantu oleh pihak tentera India menang dalam perang tersebut, menyebabkan Pakistan Timur merdeka daripada negara dan kini menjadiBangladesh, manakala Pakistan Barat menyerah diri dalam perang tersebut.

Setelah penyerahan diri Pakistan, Yahya Khan digantikan olehZulfikar Ali Bhutto yang menampakkan kemunculan semula demokrasi di Pakistan.[6] Pemerintahannya terbantut pada 1977 akibat sebuah rampasan kuasa, menyebabkanJeneral Zia-ul-Haq menjadi Presiden pada tahun berikutnya. Zia-ul-Haq memerintah negara higga 1988 apabila Zia maut dalam sebuah nahas pesawat. Pada 1993, anak Zulfikar,Benazir Bhutto lalu menjadi perdana menteri wanita pertama negara. Pada 1999,Perang Kargil tercetus antara pihak Pakistan dan India, danPervez Musharraf melaksanakan sebuah rampasan kuasa sebagai ketua eksekutif, dan seterusnya sebagai presiden pada 2001.[7]

Benazir Bhutto dibunuh pada 27 Disember 2007 oleh pihakAl Qaeda. Pilihan raya umum diadakan pada Februari tahun berikutnya dan dimenangi olehParti Rakyat Pakistan lalu membawa kepada pelantikanYousaf Raza Gillani sebagai Perdana Menteri.[8] Pada 18 Ogos 2008, Musharraf meletak jawatan atas desakan agar Musharraf dipecat lalu digantikan olehAsif Ali Zardari.[9] Pilihan raya pada 2013 pula menyaksikan pelantikan semulaNawaz Sharif buat kali ketiga.[10] Pilihan raya pada 25 Julai 2018 menyaksikan kemenanganPakistan Tehreek-e-Insaf dan pelantikanImran Khan sebagai Perdana Menteri.[11]

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Geografi Pakistan
K2, puncak tertinggi Pakistan serta gunung kedua tertinggi dunia.

Geografi dan iklim Pakistan adalah pelbagai dan negara ini ialah rumah kepada pelbagai jenis kehidupan liar.[12] Keluasan Pakistan ialah 881,913 km2, menjadikannya sebagai negara ke-33 terbesar dunia daripada segi keluasan, meskipun angka ini boleh berubah apabila kawasanKashmir yang dipertikai juga diambil kira.

Pakistan memiliki pesisir denganLaut Arab danTeluk Oman di selatan.[13] Pakistan bersempadan denganAfghanistan (2,430 km),China (523 km),India (2912 km) danIran (909 km). Selain itu, Pakistan memiliki sempadan marin denganOman dan terpisah daripadaTajikistan olehKoridor Wakhan.[14]

Pakistan terbahagi kepada tiga kawasan utama secara geografi, iaitu kawasan tanah tinggi di utara, lembahSungai Indus danPenara Balochistan.[15] Kawasan tanah tinggi terdiri daripadaKarakoram,Hindu Kush danPergunungan Pamir. Gunung tertinggi Pakistan ialahK2 dengan ketinggian 8,611 meter. Sungai Indus mengalir di sepanjang negara dari kawasan Kashmir ke Laut Arab. Penara Balochistan terletak di barat Pakistan manakalaGurun Thar pula terletak di kawasan timur.

Iklim Pakistan adalah pelbagai; terdapatiklim tropika dan iklim sederhana dengan iklim kering di kawasan selatan. Pakistan memiliki musimmonsun dengan hujan lebat yang menyebabkan banjir yang kerap dan musim kering dengan kekerapan hujan yang sedikit atau sifar. Kadar penurunan hujan pelbagai sepanjang tahun dengan corak banjir dan kemarau yang berselang-seli adalah biasa.[16]

Politik

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Kerajaan Pakistan

Pakistan ialah negararepublik persekutuan demokratik berparlimen dengan agamaIslam sebagai agama negara.Presiden Pakistan ialah ketua negara yang dipilih melalui pilihan raya yang berdasarkan sistemkumpulan pengundi. Badan perundangan negara terdiri daripada sistem dwidewan, iaituSenat dengan 104 kerusi danPerhimpunan Kebangsaan dengan 342 kerusi.Perdana Menteri bertindak sebagai ketua kerajaan dan ketua kumpulan majoriti Perhimpunan Kebangsaan.

Pakistan pernah memiliki beberapa sejarahrampasan kuasa ketenteraan yang menyebabkan pelaksanaan undang-undang ketenteraan dankomando tentera menjadi Presiden secarade facto, yakni pada 1958–1971, 1977–1988, dan1999–2008. Pertukaran kuasa demokratik pertama Pakistan berlaku pada Mei 2013.

Pembahagian pentadbiran

[sunting |sunting sumber]

Pakistan secara umumnya dibahagikan kepada empat buah provinsi,Punjab,Khyber Pakhtunkhwa,Sindh danBalochistan,[17] serta tiga buah wilayah,Wilayah Ibu Kota Islamabad,Gilgit-Baltistan danAzad Kashmir.

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Ekonomi Pakistan
Pusat kewangan negara,Jalan I. I. Chundrigar di Karachi.

Berdasarkan nilaikeluaran dalam negara kasar (KDNK) negara, ekonomi Pakistan ialah ke-24 terbesar di dunia daripada segipariti kuasa beli (AS$1.202 trilion, anggaran 2019) dan ke-42 terbesar dunia daripada segi nominal (AS$284.214 bilion, anggaran 2019).[18] Pada 2017,pariti kuasa beli Pakistan telah mencapai AS$1 trilion.[19] Pakistan secara keseluruhannya ialahnegara membangun.[20] Menurut catatanBank Pembangunan Asia pada 2011, dianggarkan 97.1 juta orang di Pakistan hidup dengan pendapatan kurang daripada AS$2 sehari.[21] Bidang perkhidmatan menyumbang kepada 58.8% KDNK negara, diikuti oleh bidang pertanian (20.9% KDNK) dan bidang industri (20.3% KDNK).[22] Mata wang rasmi Pakistan ialahRupee Pakistan.

Hasil-hasil pertanian utama Pakistan ialahgandum,tebu,kapas danberas. Pada 2017, Pakistan mengeluarkan 26,674,000 tan gandum, hampir menyamai penghasilan gandum di seluruh Afrika (27.1 juta tan).[23] 4.5 juta tan beras dieksport oleh Pakistan pada tahun pasaran 2018/19.[24] Bidang penghasilan besar-besaran seperti tekstil, baja dan simen ialah bidang industri paling pesat di negara.[25] Pakistan ialah pengeluar serta pengeksport peralatan pembedahan utama dunia.[26][27] Bidang tekstil merangkumi 70% eksport Pakistan serta berperanan sebagai sektor penghasilan terbesar negara,[28] tetapi bidang ini memiliki pelbagai masalah seperti persekitaran kerja yang teruk serta penindasan yang ketara.[29] Sektor kewangan, komunikasi, pergudangan dan pengangkutan ialah sektor-sekotr perkhidmatan utama negara.

Prasarana

[sunting |sunting sumber]
BangunanUniversiti Punjab, universiti tertua Pakistan.

Pendidikan

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Pendidikan di Pakistan

Peratusancelik huruf penduduk Pakistan ialah 62.3% setakat 2018; kadar celik huruf bagi golongan lelaki ialah 72.5% manakala bagi golongan perempuan pula ialah 51.8%.[30] Perlembagaan Pakistan menetapkan syarat agar pendidikan rendah dan menengah adalah percuma.[31][32] Meskipun begitu, hanya 68% dalam kalangan murid Pakistan berjaya melepasi pendidikan rendah.[33]

Pendidikan di Pakistan secara asasnya mempunyai enam tahap, iaitu prasekolah, rendah (gred satu ke lima), menengah (gred enam ke lapan), matrikulasi (gred sembilan dan 10), pertengahan (gred 11 dan 12) yang merupakan pengakhiran pendidikan menengah secara keseluruhan dan pengajian tinggi.[34]

Pengangkutan

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Pengangkutan di Pakistan

Sektor pengangutan negara menyumbang kepada sekitar 10.5% KDNK negara. Pakistan memiliki kira-kira 263,775 km jalan raya, termasuk yang tak berturap. Panjang landasan kereta api di Pakistan pula ialah 8,163 km.[35] Selain itu, Pakistan memiliki 151 buah lapangan terbang.

Demografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Demografi Pakistan

Negara ini ialah negara dengan jumlah penduduk keenam terbesar dunia. Mengikut bancian 2017, jumlah penduduk Pakistan ialah 201.8 juta orang, merangkumi 2.6% penduduk dunia. Pada 2030, Pakistan dijangka mengambil alih kedudukan Indonesia sebagai negara majoriti penduduk Islam terbesar dunia daripada segi jumlah penduduk.

Pakistan dikelaskan sebagai negara muda dengan umur median penduduk Pakistan ialah 23.4 tahun pada 2016. Kira-kira 35% penduduk Pakistan berumur kurang daripada 15 tahun.

Kumpulan etnik

[sunting |sunting sumber]

Kebanyakan penduduk Pakistan terdiri daripada empat buah kumpulan etnik utama, iaitu orangPunjabi,Pashtun,Sindhi danBalochi.[36]

Kiraan kasar pada 2009 menunjukkan Pakistan dihuni oleh 78.7 juta orang Punjabi, 29.3 juta orang Pashtun, 24.8 juta orang Sindhi, 14.1 juta orangSaraiki, 13.3 juta orang golonganMuhajir (penduduk Muslim dari India) dan 6.3 juta orang Balochi.[36][37]

Bahasa

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Bahasa di Pakistan

Penduduk Pakistan menutur dalam lebih daripada 60 buah bahasa.Bahasa Urdu, bahasalingua franca dan simbol perlambangan Islam dan penyatuan kebangsaan ialah bahasa kebangsaan yang difahami oleh kira-kira 75% penduduk Pakistan. Namun begitu, bahasa ini hanya menjadi bahasa pertama bagi 8% penduduk Pakistan.[38][39] Bahasa yang paling banyak digunakan di Pakistan ialahbahasa Punjabi yang digunakan oleh 44.2% penduduk Pakistan.[40]

Bahasa Urdu danbahasa Inggeris ialah bahasa rasmi bagi Pakistan; bahasa Inggeris digunakan dalam urusan kerajaan, perniagaan dan kontrak rasmi.[35]Bahasa Arab juga diiktiraf dalamperlembagaan Pakistan.[41]

Agama

[sunting |sunting sumber]
Laman utama:Agama di Pakistan danIslam di Pakistan

Agama rasmi Pakistan ialahIslamAhli Sunah Waljamaah. Kebebasan beragama adalah dijamin dalam Perlembagaan Pakistan, menjamin hak untuk mengisytiharkan, mengamalkan dan menyampaikan agama mereka berdasarkan perundangan, ketenteraman awam dan akhlak.[42]

Agama Islam ialah agama utama di Pakistan;[43] kira-kira 96% penduduk Pakistan adalah beragama Islam dan Pakistan ialah negara dengan penduduk Islam kedua terbanyak di dunia selepas Indonesia.[44]

Kebudayaan

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Budaya Pakistan

Kebudayaan masyarakat Pakistan banyak dipengaruhi oleh kawasan sekeliling. Pakistan ialah kawasan pertama yang menerima pengaruh Islam secara menyeluruh yang membawa kepada identiti Islam yang ketara dalam masyarakat Pakistan.[45]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Choudhary Rahmat Ali (28 January 1933)."Now or never: Are we to live or perish for ever?". Columbia University. Dicapai pada4 December 2007.
  2. ^Roderic H. Davidson (1960)."Where is the Middle East?".Foreign Affairs.38 (4): 665–675.doi:10.2307/20029452.JSTOR 20029452.
  3. ^"Figuring Qasim: How Pakistan was won". Dawn. 19 July 2012. Dicapai pada19 February 2015.
  4. ^"History in Chronological Order". Ministry of Information and Broadcasting, Government of Pakistan. Diarkibkan daripadayang asal pada 23 July 2010. Dicapai pada15 January 2010.
  5. ^Bose, Sarmila (2005). "Anatomy of Violence: Analysis of Civil War in East Pakistan in 1971".Economic and Political Weekly.40 (41): 4463–4471.ISSN 2349-8846.JSTOR 4417267.
  6. ^M. Zafar."How Pakistan Army moved into the Political Arena".Defence Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada15 Mac 2009.
  7. ^"India launches Kashmir air attack".BBC News (dalam bahasa Inggeris). 26 Mei 1999. Dicapai pada5 Ogos 2008.Cite has empty unknown parameter:|dead-url= (bantuan)
  8. ^"New Pakistan PM Gillani sworn in" (dalam bahasa Inggeris). BBC. 25 Mac 2008. Dicapai pada17 Mac 2009.Cite has empty unknown parameter:|dead-url= (bantuan)
  9. ^"Zardari wins Pakistan presidential election: officials" (dalam bahasa Inggeris). AFP. 5 September 2008. Diarkibkan daripadayang asal pada 7 Julai 2009. Dicapai pada17 Mac 2009.Cite has empty unknown parameter:|dead-url= (bantuan)
  10. ^"Nawaz Sharif sworn in as Pakistani PM".ABC. 5 June 2013. Dicapai pada6 June 2013.
  11. ^"Imran Khan won Pakistan general election, 2018 and became the 22nd Prime Minister of Pakistan".Daily Pakistan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada22 Ogos 2018.Cite has empty unknown parameter:|dead-url= (bantuan)
  12. ^"Land and People". Ministry of Information, Broadcasting, and National Heritage. Diarkibkan daripadayang asal pada 22 Februari 2015. Dicapai pada18 Februari 2015.
  13. ^"PNS Gwadar". Global Security. 21 November 2011. Dicapai pada4 Januari 2012.
  14. ^Edward Wong (27 Oktober 2010)."In Icy Tip of Afghanistan, War Seems Remote".New York Times. Dicapai pada4 Januari 2012.
  15. ^"About Pakistan: Geography". American Institute For Pakistan Studies. Diarkibkan daripadayang asal pada 21 Julai 2011. Dicapai pada24 Julai 2010.
  16. ^"Pakistan Climate". Encyclopedia of the Nations. 28 Mac 2008. Dicapai pada16 Mac 2009.
  17. ^Article 1(1)–2(d) of thePart I: Introductory in theConstitution of Pakistan
  18. ^"World Economic Outlook Database, October 2019".IMF.org.International Monetary Fund. Dicapai pada23 October 2019.
  19. ^Zahid, Wali (17 July 2017)."Pak GDP in terms of purchasing power parity crosses $1 trillion".The News. Dicapai pada27 July 2017.
  20. ^"World Economic Outlook Database, April 2019".IMF.org.International Monetary Fund. Dicapai pada29 September 2019.
  21. ^Poverty in Asia and the Pacific: An UpdateDiarkibkan 18 Mac 2015 diWayback Machine
  22. ^"Pakistan Economic Survey 2014–15"(PDF). Ministry of Finance. Dicapai pada4 April 2017.
  23. ^"wheat production".fao.org. Dicapai pada20 April 2019.
  24. ^"Pakistan Grain and Feed Update".gain.fas.usda.gov. Dicapai pada2020-02-22.
  25. ^"Manufacturing sector grows by 5.2 percent".Associated Press Of Pakistan (dalam bahasa Inggeris). 4 Mac 2014. Diarkibkan daripadayang asal pada 8 Ogos 2014.
  26. ^Chin (24 Mei 2012)."World's Leading Surgical Instruments Producers".TradeFord (dalam bahasa Inggeris).
  27. ^Khan, Mubarak Zeb (22 Ogos 2016)."Pakistan's shadow surgical instruments' sector".DAWN News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada2019-05-25.
  28. ^"Textile Industry of Pakistan - An Analysis - Ravi Magazine".Ravi Magazine (dalam bahasa Inggeris). 2015-04-22. Dicapai pada2017-09-24.
  29. ^Bouissou, Julien (25 Januari 2019)."Textile : un rapport de l'ONG Human Rights Watch dénonce les conditions de travail au Pakistan".Le Monde (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada15 Mei 2020.
  30. ^"Pakistan Economic Survey 2018–19 Chapter 10: Education"(PDF).Dawn. 10 June 2019. Dicapai pada7 July 2019.
  31. ^"Chapter 1: "Fundamental Rights" of Part II: "Fundamental Rights and Principles of Policy"".pakistani.org.
  32. ^"Right to Education in Pakistan". World Council of Churches. 21 April 2006. Diarkibkan daripadayang asal pada 13 March 2012. Dicapai pada25 July 2010.
  33. ^Stuteville, Sarah (August 16, 2009)."Pakistanis in Seattle give a Pakistan community the gift of girls' school".The Seattle Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripadayang asal pada 17 Ogos 2009.Cite has empty unknown parameter:|dead-url= (bantuan)
  34. ^"Economic Survey 2009–10"(PDF). Ministry of Finance, Pakistan. 2009–2010. m/s. 16, 3. Dicapai pada2 January 2012.
  35. ^ab"Pakistan".CIA World Factbook.CIA. Dicapai pada13 Februari 2008.
  36. ^abIan S. Livingston; Michael O'Hanlon (29 November 2011)."Pakistan Index"(PDF). Brookings population 2010. m/s. 13. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 27 March 2010. Dicapai pada25 December 2011.
  37. ^Nadia Mushtaq Abbasi (2010)."The Pakistani Diaspora in Europe and Its Impact on Democracy Building in Pakistan"(PDF).International Institute for Democracy and Electoral Assistance. m/s. 5. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 21 Ogos 2010. Dicapai pada18 Disember 2013.
  38. ^Yasmeen Niaz Mohiuddin (2006).Pakistan: a global studies handbook. ABC-CLIO. m/s. 3, 317, 323–324.ISBN 978-1-85109-801-9.
  39. ^Braj B. Kachru; Yamuna Kachru; S.N. Sridhar (27 Mac 2008).Language in South Asia. Cambridge University Press. m/s. 138.ISBN 978-1-139-46550-2.
  40. ^Pakistan Bureau of Statistics (2013),Population by mother tongues
  41. ^Perlembagaan Pakistan:Constitution of Pakistan, 1973 – Article: 31 Islamic way of life, Perkara 31 No. 2, 1973, Dicapai 22 Ogos 2018.
  42. ^"The Constitution of Pakistan, Part II: Chapter 1: Fundamental Rights". Pakistani.org. Dicapai pada22 August 2018.
  43. ^Muhammad Qasim Zaman,Islam in Pakistan: A History (Princeton UP, 2018)online review
  44. ^Singh, Dr. Y P (2016).Islam in India and Pakistan – A Religious History. Vij Books India Pvt Ltd.ISBN 978-93-85505-63-8.Pakistan has the second largest Muslim population in the world after Indonesia.
  45. ^Basham, A.L. (1968), Pacific Affairs, University of British Columbia, 641-643

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Ketahui lebih lanjut tentangPakistan diWikipedia:
d:Maklumat dari Wikidata
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku
Senarai negara di benuaAsiaSelatan
 Bangladesh · Bhutan · India · Maldives ·   Nepal · Pakistan · Sri Lanka
Asia Tenggara

Brunei ·Filipina ·Indonesia1 ·Kemboja ·Laos ·Malaysia ·Myanmar ·Singapura ·Thailand ·Timor Leste ·Vietnam

Asia Barat

Arab Saudi ·Armenia ·Azerbaijan2 ·Bahrain ·Cyprus ·Emiriah Arab Bersatu ·Georgia2 ·Iran ·Iraq ·Israel ·Jordan ·Kuwait ·Lubnan ·Mesir ·Oman ·Palestin ·Qatar ·Suriyah ·Turki2 ·Yaman

Asia Tengah danUtara

Afghanistan ·Kazakhstan ·Kyrgyzstan ·Rusia2 ·Tajikistan ·Turkmenistan ·Uzbekistan

Asia Timur

China ·Hong Kong3 ·Korea Selatan ·Korea Utara ·Macau3 ·Jepun ·Mongolia

Asia Selatan

Bangladesh ·Bhutan ·India ·Maldives ·Nepal ·Pakistan ·Sri Lanka

Wilayah tanggungan dan negeri dengan pengiktirafan terhadWilayah tanggungan :

Akrotiri dan Dhekelia,Wilayah Lautan Hindi British(United Kingdom) ·Kepulauan Cocos (Keeling),Pulau Krismas(Australia)
Negeri dengan pengiktirafan terhad :Abkhazia ·Cyprus Utara ·Nagorno-Karabakh ·Ossetia Selatan ·Republik China (Taiwan)

Negara berdaulat
(anggota)
Wilayah
tanggungan
anggota
Australia
New Zealand
United Kingdom
Umum
Perpustakaan negara
Institut penyelidikan seni
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pakistan&oldid=6641968"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp