Manusia juga menghiaskan badan mereka denganmekap ataukometik,minyak wangi, danhiasan yang lain; mereka juga menggunting, mencelup, dan mengesetrambut,bulu roma muka, dan badan (sila lihatfesyen rambut), dan kadang juga menandakan kulit mereka dengantatu,pelelasan, danpenyucukan. Kesemua hiasan ini menyumbangkan kepada kesan keseluruhan dan mesej pakaian, tetapi bukannya pakaian pada dirinya.
Barang-barang yang dibawa tetapi berbanding dipakai (sepertidompet,tongkat, danpayung) biasanya dianggap sebagaihiasan tambahan dan bukan dianggap sebagai pakaian.Barang kemas dancermin mata juga digolongkan dalam hiasan tambahan walaupun dalam bahasa biasa, barang-barang ini diperihalkan sebagai dipakai dan bukan dibawa.