Pai ditakrifkan melalui kerak atau kulitnya. Pai berisi (kerak tunggal atau kerak bawah) mempunyai lapisanpastri di dalam bekas pembakar dan intinya diletakkan di atas pastri tetapi dibiarkan terbuka begitu sahaja. Pai kerak atas pula mempunyai inti di bawah tetapi ditutup dengan kepingan pastri atau jenis tutupan lain sebelum dibakar. Pai kerak berganda atau dua kerak pula ialah initi pai diapit oleh pastri atas dan bawah atau kelongsongan pastri. Pastri rapuh pula ialah sejenis pastri yang digunakan sebagai kerak pai, tetapi pelbagai benda boleh digunakan sepertibiskutserbuk penaik,kentang lecek dan jugaserbuk roti.