Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Padini Holdings Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Padini Holdings Berhad
Jenis/bentuk sahRuncit
IndustriFesyen
Pakaian
Tekstil
Ditubuhkan1975
Ibu pejabatKuala Lumpur,MalaysiaMalaysia &Hong KongHong Kong
Kawasan perkhidmatanAustraliaAustralia
BruneiBrunei
SingapuraSingapura
IndonesiaIndonesia
ThailandThailand
OmanOman
FilipinaFilipina
MesirMesir
MalaysiaMalaysia
VietnamVietnam
Emiriah Arab BersatuEmiriah Arab Bersatu
Arab SaudiArab Saudi
SyriaSyria
QatarQatar
Tokoh pentingMun Yee Ho,Setiausaha Syarikat
Fong Ying Tam,Setiausaha Syarikat
KeluaranPakaian,Kasut,Beg,Tali pinggang,Cermin mata,Barang kulit,Rantai danAksesori fesyen yang lain
Pendapatan bersihRM 49.5Juta (2009)[1]
Tapak webLaman Rasmi
Instagram: padini_mySunting ini di Wikidata
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Padini Holdings Berhad (MYX:7052) merupakan syarikat dariMalaysia yang berasaskan pelaburan syarikat induk. Syarikat ini menjual kedua-dua barangan untuk wanita dan lelaki seperti kasut dan aksesori, pakaian, produk sampingan, pakaian kanak-kanak, pakaian mengandung dan aksesori melalui pelbagai anak syarikat. Jenama yang paling menonjol ialah Padini dan VINCCI. Barangan-barangan ini dieksport ke negara-negara luar terutamanyaAsia.

Latar belakang

[sunting |sunting sumber]

Barangan ini dijual di kedai runcit utama danconcept stores. Padini Concept Store adalah satu konsep yang menempatkan semua jenama Padini Holdings Berhad di bawah satu bumbung atauone-stop-shopping. Cawangan pertama telah dibuka di pusat membeli-belah1 Utama diMalaysia dalam pertengahan tahun 2000-an. Padini Holdings Berhad memberi tumpuan kepada peruncitan cepat, di mana produk baru datang dalam beberapa minggu.[2]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Padini mula beroperasi sebagai Syarikat Pengilang Pakaian Hwayo pada tahun 1971 di mana ia bergabung dalam pembuatan dan pemborongan pakaian. Jenama ini memasuki industri peruncitan pada tahun 1975 dengan jenama utama, Padini. VINCCI telah ditubuhkan untuk pasaran pengguna wanita yang menawarkan barangan seperti kasut, beg, tali pinggang dan aksesori lain pada tahun 1986. Banyak jenama termasukMIKI,SEED,ROPÉ,P & Co.,PDI dan labelPadini AUTHENTICS telah dilancarkan pada dekad yang seterusnya.

Pada tahun 1991, Home Stores Sdn. Bhd. telah dilancarkan untuk memegang semua syarikat yang terlibat dalam perniagaan runcit, borong dan pembuatan. Ia kemudiannya dinamakan semula kepada nama kini, Padini Holdings iaitu pada setahun kemudian. Pada tahun 1995, Padini Holdings Sdn. Bhd. telah ditukar kepada syarikat awam berhad oleh syer dan menerima pakai nama Padini Holdings Berhad yang kemudiannya disenaraikan diSecond Board, Bursa Saham Kuala Lumpur.

Pada tahun 2000 pula, Padini Dot Com Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan perniagaan elektronik dan penyelesaian bagi kumpulan ini. Padini Holdings telah dipindahkan keMain BoardKLCIBursa Malaysia pada tahun 2005.

Jenama Terkemuka

[sunting |sunting sumber]

VINCCI

[sunting |sunting sumber]

Jenama yang paling terkenal dari label Padini. Jenama untuk kasut ini memberi tumpuan kepada penggayaan dan kemampuan. Kebanyakan kasut dari label ini dibuat dari bahan sintetik. Ia juga menjual jam tangan, kacamata hitam, beg tangan PVC dan aksesori manik.

MIKI

[sunting |sunting sumber]

Jenama ini terbahagi kepada dua label iaitu MIKI Kids dan MIKI Maternity. MIKI Kids direka bentuk untuk kanak-kanak manakala MIKI Maternity pula adalah untuk bakal ibu yang hendak bergaya. Antara bahan yang digunakan adalahpolyester spandex,poly rayon spandex,cotton poplin dancotton nylon.

SEED

[sunting |sunting sumber]

SEED memberi tumpuan kepada pakaian ke pejabat untuk orang ramai. Harganya juga berpatutan dan berpandangan ke hadapan. Pakaian di bawah label ini biasanya merangkumi jaket, kot, sut, seluar pejabat danknee-length skirts.

Padini Authentics

[sunting |sunting sumber]

Jenama ini memberi tumpuan kepada pakaian kasual yang berkualiti. Ia menyasarkan pasaran segmen remaja. Ia menjualpullovers, jaket, baju,denims,khakis danknitwear (pakaian rajut).

Anak Syarikat

[sunting |sunting sumber]

Antara anak syarikat yang utama adalah

  • Vincci Ladies’ Specialties Centre Sdn. Bhd.
  • Padini Corporation Sdn. Bhd.
  • Seed Corporation Sdn. Bhd.
  • Yee Fong Hung (Malaysia) Sendirian Berhad
  • Mikihouse Children’s Wear Sdn. Bhd.
  • Vincci Holdings Sdn. Bhd.
  • Padini Dot Com Sdn. Bhd.
  • The New World Garment Manufacturers Sdn. Bhd.
  • Padini International Limited
  • Brands Outlet

Garis masa

[sunting |sunting sumber]
  • 1971: Memulakan operasi sebagai Syarikat Pengilang Pakaian Hwayo iaitu pemilikan tunggal pembuatan pakaian wanita dan pemborong produk siap kepada gedung.
  • 1973: Diperluas ke perdagangan tekstil
  • 1975: Memasuki industri runcit dengan jenama perintis syarikat, PADINI.
  • 1981: Melancarkan VINCCI iaitu sebuah jenama untuk wanita seperti kasut, beg, tali pinggang dan aksesori yang lain.
  • 1987: Pakaian kanak-kanak telah dilancarkan di bawah jenama MIKI.
  • 1990: Label SEED dan ROPÉ telah dicipta.
  • 1991: Home Stores Sdn Bhd telah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat induk untuk kumpulan perniagaan runcit, borong dan pembuatan.
  • 1992: Nama Home Stores Sdn Bhd telah ditukar kepada Padini Holdings Sdn. Bhd.
  • 1993: Melancarkan jenama PADINI AUTHENTICS.
  • 1995: Status Padini Holdings Sdn Bhd telah bertukar kepada Padini Holdings Berhad, sebuah syarikat awam terhad oleh saham.
  • 1998: Padini Holdings Berhad telah tersenarai diSecond Board, Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia). Selain itu, sebuah jenama baru, P & Co., telah dilancarkan pada separuh kedua tahun tersebut.
  • 1999: PDI telah menyertai kumpulan keluarga di bawah label ini. Syarikat yang merangkumi pelbagai jenama ini telah membuka Padini Shop di City Square, Johor Bahru. 11,000 kaki persegi menawarkan barangan daripada Seed, Padini, PDI, Vincci, P&Co dan Rope. Kini, terdapat 22concept stores di seluruh negara.
  • 2000: Kumpulan ini telah menceburi industri makanan dan minuman dengan penubuhan Seed Café.Vincci store memulakan operasinya di Brunei.
  • 2001: PADINI telah dilancarkan semula sebagai jenama bagi pakaian pejabat bagi lelaki dan wanita. ROPÉ telah digabungkan di bawah konsep baru, Padini. Memasuki pasaran Thailand.
  • 2003: Kumpulan ini bertumbuh dengan pasaran serantau dengan mengembangkan ke Filipina dan Arab Saudi.
  • 2004: Pemindahan penyenaraian dan sebut harga kepada Lembaga Pengarah Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Pasaran Utama Bursa Malaysia).
  • 2005: Memasuki pasaran Indonesia, Emiriah Arab Bersatu dan Kemboja.
  • 2007: Kemunculan jenama Vincci+, Vincci Accessories and Brands Outlet dalam masa setahun.Vincci stores yang pertama telah dibuka di Oman.
  • 2008:Padini Group telah dinilai oleh Interbrand pada RM245 juta.
  • 2009: Padini Holdings Berhad telah memenangi anugerahMalaysia’s Most Valuable Brands danPutra Brand Awards dan memasuki pasaran Syria.
  • 2010: Memasuki pasaran Qatar dan Pakistan.
  • 2011: Kumpulan ini mengembangkan pengaruhnya ke luar negara dan menambahkan kedai di Timur Tengah, Asia Tenggara dan Afrika Utara untuk mengukuhkan lagi kehadiran jenama ini di rantau ini. Membuka kedai yang pertama di Myanmar.
  • 2014: Memasuki pasaran Korea Utara.

Alamat

[sunting |sunting sumber]

No. 19, Jalan Jurunilai U1/20, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Telefon : +603 5123 3633
Faks : +603 7805 1066

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Keratan akhbar The Star mengenai Padini Holdings Berhad
  2. ^Keratan akhbar The Edge mengenai Padini Holdings Berhad

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Padini_Holdings_Berhad&oldid=4962500"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp