Daerah Padang Terap ڤادڠ تراڤ | |
|---|---|
| Transkripsi lain | |
| • Cina | 巴东得腊县 Bā dōng dé là xiàn(Pinyin) |
| • Tamil | பாடாங் தெராப் மாவட்டம் Pāṭāṅ Terāp Māvaṭṭam(Transliterasi) |
LokasiDaerah Padang Terap diKedah | |
LokasiDaerah Padang Terap diMalaysia | |
| Koordinat:6°15′N100°40′E / 6.250°N 100.667°E /6.250; 100.667 | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Pusat | Kuala Nerang |
| Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Padang Terap |
| Pentadbiran | |
| • District officer | Abd. Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 1,356.84 km2 (523.88 batu persegi) |
| Penduduk (2020) | |
| • Jumlah | 65,698 |
| • Kepadatan | 48/km2 (130/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| • Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak dinilai) |
| Poskod | 06xxx |
| Kod panggilan | +6-04 |
| Nombor plat kenderaan | K |
Padang Terap merupakan sebuah daerah di negeriKedah,Malaysia. Daerah ini berkeluasan 1,356 kilometer persegi iaitu ketiga terbesar di Kedah.
Pusat pentadbiran daerah ini terletak diKuala Nerang. Antara kawasan lain yang terletak di dalam daerah ini ialahNaka danPedu.
Padang Terap mendapat nama daripada sejenispokok terap (Artocarpus elasticus) yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi padang. Pokok ini mempunyai ciri bergetah dan mampu bertahan dalam cuaca kemarau.[2]
Daerah Padang Terap dibahagikan kepada 12 buah mukim;

Daerah Padang Terap ditadbirMajlis Daerah Padang Terap yang berpusat diKuala Nerang.
Berdasarkanbancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Padang Terap ialah seramai 65,698 orang dengan kepadatan penduduk 48 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah Padang Terap merupakanBumiputera, dengan peratusan 91.8 peratus daripada jumlah penduduk.
Bumiputera, dengan peratusan 92.1 peratus daripada jumlah penduduk.[3]
| Status | Bangsa | Jumlah |
|---|---|---|
| Warganegara | Bumiputera | 57,279 |
| Cina | 497 | |
| India | 28 | |
| Lain-lain | 4,585 | |
| Bukan warganegara | - | 3,309 |
| Jumlah | 65,698 | |
Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Padang Terap. Terdapat sebanyak 30 buah sekolah di daerah ini, iaitu 20 buah sekolah kebangsaan (SK), sebuah sekolah jenis kebangsaan (SJK), enam buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan tiga buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).[4] Daerah Baling juga mempunyai 10 buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.
Perkembangan pembangunan di DaerahPadang Terap dipengaruhi oleh hubungan ekonomi dengan negeri yang berhampirannya iaituPerlis yang berfungsi sebagai Pusat Wilayah Negara bagi negeri-negeri di utaraSemenanjung Malaysia.
Komoditi utama Padang Terap adalah gula yang dikeluarkan oleh Syarikat Gula Padang Terap. Di sini terdapat kilang memproses gula dan juga ladang tebu yang luas. Selain daripada memproses gula dari ladang, kilang gula ini juga memproses gula yang diimport kerana keluaran ladang tidak mencukupi untuk memenuhi kapasiti kilang. Industri memproses gula juga menguntungkan kerana gula mentah yang diimport dari pasaran dunia agak murah berbanding dengan keluaran tempatan. Oleh itu, ladang tebu telah dipelbagaikan tanamannya meliputi tanaman pisang dan nenas.