PAL, singkatan untukphase alternating line (terjemahan: "Garisan Bersilang Tingkat"), ialah satu sistem pengekodanwarna yang digunakan dalamsistem penyiaran televisyen di kebanyakan tempat di dunia. Sistemtelevisyen analog lain yang juga dipakai ialahSECAM danNTSC.
Pada 1950-an, ketika negara-negara Eropah Barat bercadang untuk melancarkan televisyen warna, mereka menghadapi masalah bahawa piawaian NTSC Amerika yang sedia ada tidak mampu muat dalam frekuensiAC 50 Hz dalam grid-grid tenaga Eropah. Tambahan pula, NTSC memperlihatkan beberapa kelemahan, termasuk anjakan ton warna dalam keadaan pemancaran yang kurang sempurna, oleh sebab itulah bermulanya perkembangan piawaianSECAM dan PAL, dengan tujuan menawarkan piawaian TV warna dengan frekuensi gambar 50medan sesaat (50Hertz), dan menampilkan gambar warna yang lebih bermutu berbanding NTSC.
PAL dimajukan olehWalter Bruch diTelefunken diJerman. Format ini julung kali diperkenalkan pada tahun1963, manakala penyiaran pertama bermula di United Kingdom dan Jerman pada tahun1967.[1]
Telefunken kemudiannya dibeli oleh pengilang elektronik PerancisThomson. Thomson juga membeliCompagnie Générale de Télévision yang manaHenri de France memajukanSECAM, iaitu piawaian televisyen warnaEropah yang pertama dalam sejarah. Pada masa ini, Thomson juga mempunyai pegangan atas jenamaRCA, yang menghasilkan piawaian TV warnaNTSC sebelum penglibatan Thomson.
Istilah "PAL" sering digunakan secara tidak formal untuk memaksudkan sistem televisyen 625-line/50 Hz (576i, terutamanya Eropah), dan membezakannya daripada sistem "NTSC" 525-line/60 Hz (480i, terutamanya Amerika Utara/Amerika Tengah/Jepun). Oleh sebab itu,DVD turut dilabelkan sebagai "PAL" atau "NTSC" (secara tidak formalnya menyentuh kiraan garis dan kadar frem) meskipun secara teknikal, cakera-cakera Eropah tidak ada warna komposit PAL. Manakala itu, NTSC ada menyatakan format garis video dan frem.
Negara-negara dan wilayah-wilayah yang menggunakan PAL
^Piawaian yang mendefinisikan sistem PAL diterbit olehKesatuan Telekomunikasi Antarabangsa pada tahun 1998 dan diberi judulRecommendation ITU-R BT.470-6, Conventional Television Systems