Oxford ialahbandar raya danbandar kaunti diOxfordshire,England Tenggara. Bandar raya ini mempunyai jumlah penduduk sekitar 165,000 orang, dengan 151,000 orang tinggal di dalam sempadan daerah.Sungai Cherwell danSungai Thames mengalir merentasi Oxford dan bertemu di sebelah selatan pusat bandar raya. Pada bahagian di sekitar Oxford sepanjang 10 batu (16 km), Sungai Thames dikenali sebagaiThe Isis.
Oxford diduduki buat pertama kali sewaktu zamanSaxon dan pada asalnya dikenali sebagai "Oxenaforda" yang membawa erti "Harungan Lembu Jantan", kerana wujudnyaharungan atau bahagian paling cetek sebatang sungai amat penting untuk tujuan pergerakan pada zaman sebelum majunya pembinaanjambatan.[1] Pengasasanbiara St Frideswide padaabad ke-8 kemudian memulakan kota di kawasan ini. Oxford menerimapiagamnya daripadaRaja Henry II pada1191, dengan piagam itu memberikan penduduk Oxford hak dan pengecualian yang sama dengan penduduk di ibu kota kerajaan. Persidanganparlimen seringnya diadakan di bandar itu padaabad ke-13.Peruntukan Oxford kemudian diasaskan oleh segolonganbaron yang diketuai olehSimon de Montfort, dengan dokumen itu biasanya dianggap sebagaiperlembagaan bertulis yang pertama diEngland.University of Oxford disebut buat pertama kali dalam rekodabad ke-12. Pada1790,Terusan Oxford dibina untuk menghubungkait kota Oxford denganCoventry.
Ini telah menyebabkan ungkapanjenaka pintar bahawa "Oxford ialah tebing kanan Cowley". Sesungguhnya, Cowley kemudian mengalami banyak kehilangan kerja pada1980-an dan1990-an, akibat kemerosotanBritish Leyland, tetapi ia kini mengeluarkanMINI Baharu yang berjaya untukBMW di tapak yang lebih kecil. Sekawasan besar kemudahan pengilangan kereta yang asal di Cowley telah dirobohkan pada1990-an dan kini menjadi tapak untukTaman Perniagaan Oxford.[2]
Oxford kini menampilkan wajahkosmopolitan yang terkenal, hasil daripada:
khususnya di kawasanHeadington danCowley Road yang memiliki banyakbar,kafe,restoran,kelab, kedai etnik, dankedai makanan segera. Oxford ialah salah satu bandar raya diBritain yang menonjolkan paling banyak kepelbagaiaan, dengan anggaran jumlah penduduk yang paling terkini (2005)[3] menunjukkan bahawa 27% daripada penduduknya berasal daripadagolongan minoriti etnik, termasuk 16.2% daripada golongan minoriti etnik bukan kulit putih (ONS).
Oxford memilikiiklim sederhana samudera (dikelaskan sebagai "Cfb" olehpengelasan Köppen).Kerpasan diagihkan dengan sama rata pada sepanjang tahun, dibekalkan sebahagian besarnya oleh sistem cuaca yang datang dariLautan Atlantik.Suhu terendah yang pernah dirakamkan di Oxford ialah -16.6 °C (2 °F) pada Januari1982, manakala suhu tertinggi sebanyak 35.6 °C (96 °F) dirakamkan pada Ogos2003 sewaktu mengalamigelombang haba Eropah 2003.
Terdapat sudut pemikiran bahawa akibatperubahan iklim,suhu di Oxford semakin meningkat, manakala hujan semakin berkurangan padamusim panas dan semakin meningkat padamusim sejuk.
Maklumat tentang keadaan purata yang ditunjukkan di bawah adalah daripada Stesen Metereologi Radcliffe. Ia menonjolkan siri rekod suhu dan hujan yang paling panjang untuk satu tapak di Britain. Rekod itu adalah selanjar dari Januari1815. Cerapan hujan, awan dan suhu yang tidak tetap juga wujud sejak1767.[4]
Suhu dan kerpasan purata untuk Oxford, UK
Bulan
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogo
Sep
Okt
Nov
Dis
Tahun
Suhu tinggi purata °C (°F)
6.8 (44)
7.4 (45)
10.1 (50)
13.0 (55)
16.7 (62)
19.8 (68)
21.7 (71)
21.2 (70)
18.5 (65)
14.2 (58)
9.8 (50)
7.4 (45)
13.9 (57)
Suhu rendah purata °C (°F)
1.4 (35)
1.4 (35)
2.5 (37)
4.3 (40)
7.2 (45)
10.2 (50)
12.2 (54)
11.9 (53)
9.8 (50)
6.8 (44)
3.8 (39)
2.1 (36)
6.1 (43)
Kerpasan mm (inci)
52.6 (2.1)
41.0 (1.6)
41.1 (1.6)
43.9 (1.7)
50.6 (2)
53.3 (2.1)
59.5 (2.3)
58.3 (2.3)
60.3 (2.4)
65.3 (2.6)
61.8 (2.4)
55.8 (2.2)
643.5 (25.3)
Sumber: Stesen Meteorologi Radcliffe (Nota: Data daripada tempoh 1881–2004)[5] 2008-03-17
Morrells, sebuahkilang bir wilayah yang berpusat di Oxford, diasaskan pada1743 oleh Richard Tawney. Pada1782, Tawney membentukperkongsian dengan Mark dan James Morrell yang akhirnya menjadi pemilik syarikat itu.[6] Bangunan kilangbir yang dikenali sebagai "Lion Brewery" terletak di St Thomas Street. Kilang itu terkenal untuk minuman seperti "Sambuca". Sesungguhnya, ia ditutup pada1998 selepas pencetusan pertikaian keluarga yang sengit.[7] Namajenama birnya diambil alih oleh kilang bir Thomas Hardy Burtonwood,[8] manakala 132 buahpub yang berikat dibeli oleh "Morrells of Oxford"[9] yang menjual kebanyakannya pula kepadaGreene King pada2002.[10] Juga pada 2002, bangunan Lion Brewery dijadikanpangsapuri mewah.[11]
Puncak menara idaman Oxford yang menghadap Christ Church di sebelah selatan (Katedral Christ Church terletak di sebelah kiri, manakala Menara Tom terletak di sebelah kanan).
University of Oxford ialah salah satu universiti yang terkenal di dunia, dengan banyakahli akademik datang ke universiti ini dari seluruh pelosok dunia.
Selain daripada merupakan pemandangan yang luar biasa kepadapelancong (3.5 juta orang setiap tahun), Pusat Bandaraya Oxford ialah lokasi yang sangat menarik untuk pembeli-belah, serta juga lokasi yang baik untuk bergaul. Bangunan-bangunan sejarahnya juga menyebabkan lokasi ini menjadi satu sasaran yang popular kepadapekerja filem dantelevisyen.
Pusat bandar raya agak kecil dan berpusat diCarfax, Oxford, satu simpang jalan di mana terletaknyamenara jam dan merupakan tempat pertemuanCornmarket Street (kawasan jalan kaki),Queen Street (separa kawasan jalan kaki),St Aldate, danThe High. Cornmarket Street danQueen Street menampung berbagai-bagaikedai rantaian serta sebilangan kecil peruncit bebas, denganBoswells yang diasaskan pada1738 merupakan salah satu kedai yang paling lama.[12]St Aldate memiliki hanya beberapa kedai tetapi menampung sebilangan bangunankerajaan tempatan, termasuklahDewan Perbandaran,balai polis bandar raya, dan pejabat majlis tempatan.The High (perkataanstreet bukanlah sebahagian nama jalan ini) memilik sebilangan kedai rantaian atasan yang bebas.
Terdapat juga duapusat beli-belah yang kecil di pusat bandar raya, iaitu:
The Westgate Centre dinamai sempena namaWest Gate yang asal di dalam kawasan tembok bandar raya, dan terletak di hujung baratQueen Street. Ia agak kecil dan menampung sebilangan kedai rantaian dan sebuahpasar raya.Pusat Beli-belah Westgate kini sedang menjalani pembersihan yang besar-besaran tetapi berkontroversi.[15] Rancangannya melibatkan perluasan saiz pusat sebanyak tiga kali ganda menjadi 750,000 ka2 (70,000 m2). Ia merangkumi sebuahtempat letak kereta bawah tanah yang baharu untuk 1,335 buah kereta serta 90 buah kedai danbar yang baharu, termasuk juga sebuahgedung serbanekaJohn Lewis seluas 230,000 ka2 (21,000 m2). Terdapat juga sebuah sistem pengangkutan baharu dan diperbaik serta satu pembersihan untuk seluruh pusat yang sedia ada dan untuk kawasanDataran Bonn yang berhampiran. Rancangan pembangunan Oxford juga merangkumi sebilangan rumah yang baharu yang dijangka akan disiapkan pada2011.
Buku Kedai Blackwell ialah satutarikan pelancong yang amat sangat popular di Oxford. Bilik Norringtonnya yang dalam dan luas (10,000 kaki persegi) merupakan bilik tunggal jualan buku yang terbesar di seluruhEropah.
Skim pembangunan semula Westgate hanya merupakan salah satu bahagian daripada skim yang lebih besar yang dicadangkan olehmajlis perbandaran. Skim ini merangkumi perekaan bentuk semula seluruh pusat Oxford untuk menjadikan bandar raya sebagai satu kawasan jalan kaki. Sungguhpun demikian, skim yang berjudulTransform Oxford (Mengubah Oxford) hanya merupakan sebuahrangka tindakan untuk perundingan awam pada peringkat ini, akan tetapi pegawai majliskaunti yakin bahawa ia akan diluluskan.
Salah satu unsur yang utama ialah rancangan untuk menjadikanQueen Street sebagai sebuah kawasan jalan kaki, denganperhentian bas dihapuskan padamusim panas yang berikut untuk membuka jalan kepada penghapusan kesemuabas daripada jalan raya itu kelak.
Skim pembentukan kawasan jalan kaki diGeorge Street danMagdalen Street dujangka akan dilaksanakan pada musim panas2010, dengan penyingkiran semua lalu lintasBroad Street pada tahun yang sama.
Stesen kereta api yang kini dibuka pada1952. Oxford ialah persimpangan untuk satu landasan cabang yang pendek ke Bicester. Landasan cabang itu telah dipanjangkan untuk membentuk Penghubung Rel Timur-Barat keMilton Keynes dan menawarkan laluan penumpang yang mengelakkan London.
Bandar raya Oxford dilayani oleh lebuh raya M40 yang menghubungkanLondon denganBirmingham. M40 yang asal dibuka pada1974 untuk menghubungkan London denganWaterstock dan di situ, lebuh raya A40 menghubungkan Oxford. Bagaimanapun, apabila M40 dipanjangkan ke Birmingham pada1991, satubatu daripada lebuh raya yang lama dijadikan cabang jalan, dengan bahagian yang baharu berselekoh tajam ke arah utara. Lebuh raya M40 kini mengelilingi Oxford dan mengekalkan jejari sekitar 10 batu (16 km) dari pusat bandar raya, akibathutan jarang yang perlu dielakkan oleh lebuh raya. Lebuh raya M40 bertemu dengan lebuh raya A34 pada persimpangan kemudian, dengan A34 kini menjadi dua bahagian, iaitu permulaan semula lebuh raya A34 di Birmingham.
Oxford mempunyai berbagai-bagai jenissekolah yang menerima pelajar dari seluruh pelosok dunia. Tiga antaranya dimiliki oleh yayasankoir universiti yang diasaskan untuk mendidikpenyanyi koir gereja dan masih mengekalkan tradisipendidikan jantina tunggal. Keputusanpeperiksaan sekolah-sekolah Oxford kendalian negara tidak memuaskan dan sentiasa berada dibawah keputusan peperiksaan purata negara dan purata wilayah. Sesungguhnya, keputusan di bandar raya kini semakin baik, dengan 44% daripada muridnya mendapatkan 5 gred A*-C pada2006.[18]
Selain daripadaBBC,stesen radio negara, Oxford dan kawasan yang berhampiran memiliki banyak stesen tempatan, termasukBBC Oxford,Heart,Oxford FM 107.9,[19] danJACK fm 106.8 MHz, bersama-sama denganOxide: Oxford Student Radio[20] yang disiarkan oleh radio daratan FM 87.7 MHz pada akhir Mei2005.Stesen televisyen tempatan,Six TV: The Oxford Channel, juga pernah disediakan tetapi telah tutup pada April2009.[21] Bandaraya Oxford menampungbilik berita TV BBC yang menerbitkan pilih keluar siaran rancanganSouth Today yang utama dariSouthampton.
Akhbar tempatan yang popular termasukThe Oxford Times (mingguan padat), serta akhbar-akhbar kembarThe Oxford Mail (tabloid harian),The Oxford Star (tabloid percuma dan terkirim), danOxford Journal (tabloid mingguan percuma tak terkirim). Oxford juga menampung banyakagensi pengiklanan.
Penulis terkenal yang bertempat di Oxford termasuk:
Oscar Wilde, pemuisi dan penulis abad ke-19, yang menyertai Universiti Oxford (1874 - 1878).
John Buchan, Baron Ke-1 Tweedsmuir yang menyertai Kolej Brasenose. Selain daripada terkenal kerana karyanya,The Thirty-nine Steps, beliau juga menulis 32 novel dan banyak jilid tentang sejarah, puisi, dan esei.
Oxford United kini tergolong dalamConference National, tingkat teratas dalam bola sepak bukan liga, tetapi ia pernah menghayati kejayaan yang lebih unggul pada masa lampau. Pasukan itu dipilih ke dalamLiga Bola Sepak pada1962, mencapaiDivisyen Ketiga selepas tiga tahun danDivisyen Kedua selepas enam tahun, dan khususnya, menyertaiDivisyen Pertama pada1985 - hanya 23 tahun selepas menyertai Liga Bola Sepak. Oxford United menghabiskan tiga musim dalam prestasi tinggi mengawan lalu memenangiPiala Liga Bola Sepak setahun selepas kenaikan pangkatnya. Sesungguhnya, 18 tahun yang menyusul memperlihatkan Oxford United beransur-ansur merosot (kecuali satu tempoh yang singkat pada1996 yang melihatkan mereka naik pangkat ke Divisyen Pertama (pascaLiga Perdana) yang baharu lalu berkekalan selama tiga tahun) sehingga diturunkan pangkat kepadaConference National.