Otto Johann Anton Skorzeny (12 Jun 1908 – 5 Julai 1975) adalah seorang pegawaiSS Jerman berkelahiran Austria yang berpangkatObersturmbannführer-SS (Leftenan Kolonel SS) dalamWaffen-SS semasaPerang Dunia II. Sewaktu peperangan, beliau terlibat dalam beberapa operasi, termasuk penyingkiranMiklós Horthy dari jawatanPemangku Raja Hungary danserangan Gran Sasso yang mana menyelamatkanBenito Mussolini dari tawanan. Skorzeny memimpinOperasi Greif di mana askar Jerman menyusup ke dalam garisan pihak Sekutu dengan menggunakan pakaian seragam, peralatan, dan bahasa musuh mereka. Kerana itu beliau telah didakwa diTribunal Tentera Dachau kerana melanggarKonvensyen Hague 1907, tetapi telah dibebaskan selepas mantan ejenSOE BritishF. F. E. Yeo-Thomas memberi keterangan bahawa beliau dan operatifnya memakai pakaian seragam Jerman dibelakang barisan musuh.
Skorzeny melarikan diri dari kem tahanan pada tahun 1948, bersembunyi di sebuah ladang Bavaria selama 18 bulan dan menghabiskan masa di Paris dan Salzburg sebelum akhirnya menetap diSepanyol rejim Franco. Pada tahun 1953 beliau menjadi penasihat ketenteraan kepada Presiden MesirMohammed Naguib dan merekrut sekumpulan staf bekas pegawai SS dan Wehrmacht untuk melatih Tentera Darat Mesir, terus kekal sebagai penasihat PresidenGamal Abdel Nasser. Beliau menghabiskan masa di Argentina, di mana beliau berkerja sebagai penasihat ketenteraan kepada PresidenJuan Perón dan sebagai pengawal peribadiEva Perón, isteri presiden.[1] Pada tahun 1962 atau 1963, Skorzeny didakwa direkrut olehMossad dan menjalankan operasi untuk agensi tersebut. Skorzeny meninggal dunia akibatbarah peparu pada 5 Julai 1975 diMadrid pada usia 67 tahun.
Foley, Charles (1987),Commando Extraordinary, Arms & Armour,ISBN0-85368-824-9.
Infield, Glenn (1981),Secrets of the SS, Stein and Day,ISBN0-8128-2790-2.
Lee, Martin A. (1999).The Beast Reawakens: Fascism's Resurgence from Hitler's Spymasters to Today's Neo-Nazi Groups and Right-Wing Extremists. Taylor & Francis.ISBN0-415-92546-0.