Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Otot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Otot merupakan jalinantisu dalam tubuh sebaranghidupan termasuk manusia atau haiwan yang punya tugas utamanya mengucup dan mengendur. Pengucupan dan pengenduran ini otot digunakan untuk menggerakkan tulang dan seterusnya memindahkan bahagian-bahagian baik di luar mahupun di dalamtubuh badan (yakniorgan-organ hidupan tersebut).

Perkataan inisekembar perkataan "urat" melalui serapanbahasa Jawa (ꦲꦺꦴꦠꦺꦴꦠ꧀otot, dari penggandaanot turunan akar*uRat.)[1]:29

Jenis-jenis otot

[sunting |sunting sumber]
Jenis-jenis otot dari kiri ke kanan : (a). Otot rangka (b). Otot licin (c). Otot jantung

Sel otot merupakan sel dengan banyaknukleus yang terjadi kerana proseslakuran selmioblas.[2]

Secara umum, terdapat tiga jenis otot: otot rangka, otot licin dan otot jantung.

Otot rangka

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Otot rangka

Otot jenis ini sering terikat padatulang badan melaluitendon. Ia mempunyai ciri yang membolehkanpergerakan yang spontan dan efektif serta memerlukan tenaga besar. Otot ini mudah lelah disebabkan oleh penumpukanasid laktik padasel-selnya. Pergerakan otot jenis ini terjana daripada isyarat motor berasal dariotak dan bersifat sedar (bukanrefleks). Otot ini terdapat pada hampir keseluruhan tubuh bahagian luar manusia dan haiwan.

Otot licin

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Otot licin

Otot licin ditemukan dalam organ pencernaan danpembuluh darah serta bekerja dengan pengaturan dari sistem saraf tidak sedar atausaraf autonomi.[3] Otot jenis ini dibentuk oleh sel-sel dihasilkan dari gelendong dengan kedua hujung meruncing, serta mempunyai satu inti tunggal.

Otot jantung

[sunting |sunting sumber]

Otot padajantung ini bekerja secara terus-menerus tanpa henti. Pergerakannya tidak dipengaruhi saraf tunjang, tetapi lebih kepada pengaruh hormon.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Nothofer, Bernd (2009)."Patut dan turut; dua dan separuh; datar dan rata: kata warisan atau kata pinjaman? Catatan mengenai etimologi kosakata Melayu".Jurnal Ilmiah Masyarakat Linguistik Indonesia.27 (1): 23-43.[pautan mati kekal]
  2. ^(Inggeris)Tom Strachan, Andrew P Read (1999).Human Molecular Genetics.University of Newcastle, University of Manchester (ed. 2). Wiley-Liss. m/s. Figure 2.4. Some cells form by fragmentation or fusion of other cells.ISBN 1-85996-202-5. Dicapai pada2010-08-12.
  3. ^"Sistem Saraf Tak Sadar (Saraf Otonom)". Pusat Teknologi Komunikasi dan Informasi (Pustekkom) Depdiknas. Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-06-12.Cite has empty unknown parameters:|accessyear= dan|coauthors= (bantuan)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Otot.
Haiwan
Tumbuhan
Otot
licin
Otot
berjalur
Otot
rangka
Kostamer/
DAPC
Membran/
ekstrasel
DAP:
Intrasel
berkaitan:
Sarkomer/
(jalur a, i dan h;
garis z dan m)
Tisu penghubung
Am
Otot
jantung
Kedua-dua
Gentian
Sel
Lain-lain
Lain-lain/
tidak dikelaskan
Kebangsaan
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Otot&oldid=6471534"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp