Russian language is "official language of government authorities, public administration and local self-government".
Republik Ossetia Selatan (bahasa Ossetia: Республикæ Хуссар Ирыстон, Respublikae Xussar Iryston; bahasa Rusia: Республика Южная Осетия, Respublika Yuzhnaya Osetiya; bahasa Georgia: სამხრეთი ოსეთია, Samkhreti Osetia) adalah sebuahrepublik yang secara de facto merdeka yang terletak di wilayah Georgia.
Kedaulatan republik ini tidak diakui masyarakat antarabangsa. Georgia tidak mengakui status Ossetia Selatan sebagai suatu entiti tersendiri; pemerintah Georgia menamakan republik ini dengan nama lamanya: Samachablo, atau kini, wilayah Tskhinvali (berdasarkan ibu kota republik ini). Ossetia Selatan dahulunya merupakan sebahagian dari wilayah Georgia yang bernama Shida Kartli.
Ossetia Selatan]]] merupakan rantau dipertikaikan diCaucasus Selatan. Sejak perisytiharan kemerdekaan daripadaGeorgia pada1991 semasaKonflik Georgia-Ossetia ia diperintah olehRepublik Ossetia Selatan. Negara baru diiktiraf hanya olehRusia danNicaragua pada 2008.Pengiktirafan antarabangsaAbkhazia dan Selatan Ossetia.Asalnya wilayah Ossetia Selatan autonomi semasa bekas Republik Sosialis Rusia Georgia. Georgia tidak mengiktiraf pemisahan wilayah ini dan menganggap ia sebahagian rantau Shida Kartli .
Sejak 28 Ogos 2008,Georgia mempertimbangkanOssetia Selatan sebagai "Wilayah jajahan Rusia". Tiga hari selepas pengiktirafan Rusia, pegawai Ossetia mahu diserapkan kembali kepada Rusia . Bagaimanapun,Eduard Kokoity, Presiden selatan Ossetia sekarang menyatakan mereka tidak akan menyertai semula Rusia.
Pergerakan pembangkang Ossetia (Rakyat Ossetia Selatan Untuk Keamanan) bagi Eduard Kokoity. Pilihan raya ini meilihak kepadaDmitry Sanakoyev sebagai PresidenOssetia Selatan .Sanakoyev mendakwa mendapat sokongan penuh dari etnikGeorgia.
Pada bulan April 2007, Georgia mewujudkan Entiti Pentadbiran Sementara Ossetia Selatan. Dmitry Sanakoyev dilantik sebagai pemimpin Entity. Ia merupakan pentadbiran sementara bagi penyelesaian konflik dan berunding dengan kerajaan Georgia. Pada 10 Mei 2007, Sanakoyev dilantik olehPresiden Georgia sebagai Ketua provinsiOssetia Selatan
Pada Julai 13, 2007, Georgia menubuhkan Suruhanjaya negeri, dipengerusikan olehPerdana Menteri GeorgiaZurab Noghaideli, bagi membangunkan pentadbiran berautonomiOssetia Selatan di negeriGeorgia. Menurut pegawai-pegawai Georgia, status akan diperincikan dan dialog menyeluruh" dengan semua kaum di Ossetia.
Pada8 Ogos 2008, Angkatan bersenjata Georgia digerakkan ke sempadanOssetia Selatan untuk mengawalTskhinvali dan "memulihkan perlembagaan". Operasi Georgia bermula jam 8 malam selepasPresiden GeorgiaMikhail Saakashvili memutuskangencatan senjata denganOssetia Selatan .MenurutAmnesty Antarabangsa, "Lebih 100 rumah awam diserang". 13 tentera Rusia terbunuh pada 8 Ogos.Tentera Rusia bergerak masuk keOssetia Selatan sebagai sebahagian daripada "penguatkuasaan keamanan".Tentera ini mendudukiGori,Kareli,Kaspi danIgoeti . Kuasa Rusia bergerak ke barat Georgia dan mendudukiZugdidi,Senaki dan Pelabuhan Poti. Ekoran berakhirnya permusuhan itu, Persekutuan Majlis Rusia memanggil sidang khas pada 25 Ogos 2008 bagi membincang pengiktirafanAbkhazia danOssetia Selatan .Pada 25 Ogos Federation Council sebulat suara mengundi untuk menanyakanPresiden Rusia soal mengiktiraf kemerdekaanOssetia Selatan danAbkhazia.[Parlimen Rusia]] mengundi menyokong usul ini pada hari berikutnya. Pengiktirafan unilateral ini olehRusia dikutuk oleh negaraPerancis,Jerman,Great Britain ,Amerika Syarikat, dan sebagainya),NATO,OSCE] kerana mencabul kedaulatan negara Georgia .Pada 29 Ogos, Georgia memutuskan hubungan diplomatik dengan Rusia .
Pada Ogos 30, 2008, Tarzan Kokoity, Timbalan Speaker parlimenOssetia Selatan , mengumumkan bahawa rantau itu akan diserapkan kepada Rusia, supaya Selatan dan Utara Ossetia bersatu dibawah kuasa Rusia. Bekas duta ASRichard Holbrooke menyatakan konflik ini akan menggalakkan pergerakan pemisah di bekas Rusia
Pada 11 September2008,Eduard Kokoity menyatakan, "Ossetia selatan tidak bercadang untuk menyertai Rusia." Menurut akhbarRusia, Vremya Novostei pada 11 November 2008,Lubnan mungkin menimbangkan mengiktirafOssetia Selatan.Saad Hariri, pemimpin parlimenLebanon, dipetik sebagai berkata: "Isu pengiktirafan akan diputuskan di peringkat tertinggi kerajaanLebanon. Kami akan memulakan hubungan diplomatik denganOssetia Selatan danAbkhazia. Ahli perniagaan kita akan dihantar di sana."[36] Sumber-sumber Lebanon tidak dapat mengesahkan kebenaran berita ini.
Ossetia pada asalnya merupakan keturunanAlans,Sarmatian. Mereka menjadi penganutKristian semasa awal Abad Pertengahan, di bawah kerajaanBizantium,Georgia. Semenjak 1767 Rusia mempengaruhi kawasan ini. Di bawah undang-undangMongol mereka pindah daripada selatanSungai DondiRusia keOssetia-Alania.Mereka membentuk tiga entiti wilayah berbeza. Digordi barat menganut agama Islam. Kudardi selatan menjadiOssetia Selatan .Samachablo mendapat perlindungan daripada penyerang-penyerangMongol. Besidi utara kini dikenali sebagai Ossetia Utara. Kebanyakan rakyat Ossetia merupakan penganut Kristian Ortodok dan minoritiIslam.
Pada 1801Ossetia Selatan berganding denganRusia bersama dengan Georgia diserapkan menjadiEmpayar Rusia. EkoranRevolusi Rusia,Ossetia Selatan menjadi bahagianRepublik Demokratik Georgia Menshevik. Manakala Utara Ossetia menjadi bahagian Republik Rusia Terek . "Georgia dalam Kerajaan Menshevik di tuduh berkerjasama dengan Rusia Bolsheviks. Siri pemberontak Ossetia berlaku antara 1918-1920.Keganasan meletus pada 1920 semasa Mensheviks Georgia menghantar Pengawal National dan unit tentera ke Tskhinvali bagi menumpaskan pemberontakan itu. Sumber-sumber Ossetia mendakwa kira-kira 5,000 rakyat Ossetia terbunuh dan 13,000 mati ekorankelaparan dan wabak penyakit.
Kerajaan Georgia Rusia ditubuhkan oleh Batalion Tentera Merah Rusia ke-11 pada 1921 bagi mewujudkan Ossetia Selatan yang mempunyai kuasa autonomi pada bulan April 1922. Walaupun bahasa Ossetia berlainan tetapi bahasa Rusia dan Georgia bahasa pentadbiran.Di bawah Undang-undang Georgia, penduduk menikmati beberapa tahap autonomi termasuk bercakap bahasa Ossetia dan diajar di sekolah-sekolah.
Ketegangan di rantau itu melonjak semasa peningkatan nasionalisme antara rakyat Georgia denganOssetia pada 1989. Mulanya mereka hidup aman damai kecuali 1918-1920 .Barisan Popular (Ademon Nykhas) ditubuhkan pada 1988. Pada 10 November 1989, wilayahOssetia Selatan merayu diwujudkan "republik berautonomi". Pada 1989 Majlis Tertinggi Georgia menjadi bahasa Georgia sebagai bahasa utama seluruh negara.
Majlis Tertinggi Georgia melaksanakan undang-undang menyekat pada musim panas 1990. Ini diterjemahkan olehOssetia sebagai menentangAdemon Nykhas dan membawa kepadaOssetia mengisytiharkanOssetia Selatan sebagai Republik Demokratik Ossetia Selatan pada 20 September 1990.Negara baru ini berdaulat sepenuhnya di Republik Kesatuan Soviet Sosialis (KRSS).Ossetia memulaukan pilihan raya parlimen Georgia yang hendak diadakan dan diadakan pertandingan mereka sendiri pada bulan Disember.Kerajaan Georgia diketuai olehZviad Gamsakhurdia diisytiharkan menang pilihan raya ini danOssetia Selatan terbatal dan kesemua status berautonomi dibatalkan pada 11 Disember 1990.
Pertempuran sengit meletus pada akhir 1991 .Banyak kampung-kampungOssetia Selatan diserang dan dibakar. Akibatnya hampir 1,000 maut dan kira-kira 100,000 etnikOssetia melarikan diri ke Utara Ossetia. Selanjutnya 23,000 etnik Georgia meninggalkanOssetia Selatan dan menetap di sempadan Georgia. Ramai pendudukOssetia Selatan mendiami Utara Ossetia yang ditinggalkan semasaStalin pada 1944. Hal ini membawa kepada konflik antaraOssetia denganIngush.
Pada 1992, Georgia menerima usahagencatan senjata bagi mengelakkan konfrontasi berskala besar denganRusia. Kerajaan Georgia dan pertubuhan pemisahOssetia Selatan membuat perjanjian untuk mengelak penggunaan kekerasan .Georgia bersumpah tidak mengenakan sekatan diOssetia Selatan . Bagaimanapun, kerajaan Georgia mengawal banyak bahagianOssetia Selatan , termasuk bandarAkhalgori. Pada 6 November 1992,OSCE menubuhkan Misi di Georgia untuk memantau keamanan dan keselamatan.Pada Jun 2004 ketegangan serius berlaku.Perjanjian gencatan senjata dicapai pada 13 Ogos walaupun kerap dimungkiri.
Kerajaan Georgia membantah pertambahan pengaruhRusia dalam bentukekonomi danpolitikdiOssetia Selatan . Kritikan ini disokong, oleh senator ASRichard Lugar dan Duta EU Caucasus Selatan iaituPeter Semneby ."Tindakan Rusia sebagai pengintip Georgia merosakkan kredibilitinya sebagai negara berkecuali dan pendamai di Laut Hitam.".Joseph Biden (Pengerusi, Senat AS bagi Hubungan Luar ),Richard Lugar, danMel Martinez menuduh Rusia cuba merosakkan keutuhan Georgiadan manhu meletakkan Ossetia di bawahCIS
Permulaan konflik itu bermula dengan pertempuran ganas pada hariRabu, 6 Ogos 2008 .Kedua-dua pihak mendakwa wujud tembak-menembak antara satu sama lain. Pada 8 Ogos 2008, Georgia melancarkan serangan besar-besaran terhadapOssetia Selatan . Selepas serangan artileri berpanjangan, askar-askar Georgia dengan kereta kebal dan sokongan jet pejuang memasuki wilayahOssetia Selatan . Pada hari sama, dua belas pendamai Rusia terbunuh dan hampir 150 cedera.
Perdana Menteri RusiaVladimir Putin mengutuk "tindakan agresif" oleh tentera Georgia diOssetia Selatan .Adah "sah dan mustahak" untuk Rusia membalas. Pada 22 Ogos, ekoran gencatan senjata antara Georgia dan Rusia, Rusia menarik balik tenteranya dariOssetia Selatan.
Perbalahan politik masih belum selesai ketika kerajaanEduard Shevardnadze (1993–2003). PenggantinyaMikheil Saakashvili (dilantik 2004) membuat pembaharuan.Penyelesaian di Ajaria pada Mei 2004 menjadi contoh penyelesaian diOssetia Selatan . Selepas pertempuran 2004 , kerajaan Georgia membawa masalah untuk perhatian antarabangsa. Pada 25 Januari 2005, Presiden Saakashvili mencadangkan langkah penyelesaiakn diStrasbourg. Lewat Oktober, KerajaanAS danOSCE menyokong pelan tindakan Georgia yang disampaikan olehPerdana MenteriZurab Noghaideli pada Majlis tetapOSCE diVienna pada 27 Oktober 2005. Pada 6 Disember, OSCE diLjubljana resolusi menyokong pelan damai Georgia ditolak olehOssetia Selatan