Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Oslo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Oslo
Cogan kata: Unanimiter et constanter
(Latin:Bersatu selamanya)
NegaraNorway
NegeriØstlandet
DaerahOslo
Ditubuhkan1048
Pentadbiran
 • Datuk bandarFabian Stang (H)
 • GabenorStian Berger Røsland (H)
Keluasan
 • Bandar Raya454.03 km2 (175.30 batu persegi)
 • Bandar
289.84 km2 (111.91 batu persegi)
 • Metro
8,900 km2 (3,400 batu persegi)
Aras
23 m (75 ft)
Penduduk
 (Jan. 2014)[1]
 • Bandar Raya634,463
 • Kepadatan1,400/km2 (3,600/batu persegi)
 • Bandar
951,581
 • Kepadatan bandar3,300/km2 (8,500/batu persegi)
 • Metro
1,502,604
 • Kepadatan metro170/km2 (440/batu persegi)
Kumpulan etnik
 • Norway71.5%
 • Pakistan3.6%
 • Sweden2.2%
 • Somalia2.0%
 • Poland1.7%
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Poskod
0001 - 1299[3]
Kod kawasan(+47) 00
Laman sesawangwww.oslo.kommune.no

Oslo merupakan sebuah ibu negara dan bandar paling ramai penduduk diNorway.

Oslo ditubuhkan sekitar tahun 1000 M, dan menubuhkan sebuah "kaupstad" ataupun tempat perdagangan pada 1048 olehRaja Harald III. Bandar ini menerima status keuskupan pada tahun 1070 di bawah RajaHaakon V. Norway bergabung dengan Denmark dan Sweden lalu menubuhkanKesatuan Kalmar dari tahun 1397 sehingga 1523 dan sekali lagi iaitu kesatuanDenmark-Norway dari tahun 1536 sehingga 1814. Norway bergabung semula dengan Sweden iaitukesatuan Sweden-Norway dari tahun 1814 sehingga 1905. Selepas Oslo musnah dalam satu kebakaran pada tahun 1624, kota ini dipindahkan keIstana Akershus ketika pemerintahanRaja Christian IV dan menamakan kota itu sebagaiChristiania untuk memperingati dirinya. Ia kemudian ditubuhkan sebagai sebuah perbandaran pada 1 Januari 1838. Berikutan pembaharuan ejaan, ia dieja sebagaiKristiania dari 1877 sehingga 1925, apabila nama asal Norway dipulihkan.

Oslo merupakan pusat ekonomi dan politik bagi negara Norway, Bandar ini juga merupakan pusat perdagangan, perindustrian, perkapalan dan perbankan Norway. Bandar ini juga adalah sebuah pusat yang penting untuk industri maritim dan perdagangan maritim di Eropah. Bandar ini adalah rumah bagi banyak syarikat-syarikat dalam sektor maritim. Oslo adalah sebuah bandar perintis daripadaMajlis Eropah danSuruhanjaya Eropah.

Oslo dianggap sebagaibandar global.[4] Ia berada di kedudukan nombor satu dari segi kualiti hidup di kalangan bandar-bandar besar Eropah pada tahun 2012 berikut laporan oleh majalahfDi.[5] Satu kajian yang dijalankan olehECA International pada tahun 2011 meletakkan Oslo sebagai bandar kedua paling mahal di dunia untuk perbelanjaan hidup selepasTokyo.[6] Pada tahun 2013, Oslo terikat dengan bandar Australia.Melbourne sebagai bandar raya keempat paling mahal di dunia menurutEconomist Intelligence Unit (EIU).[7]

Sejak Januari 2014, bandaraya Oslo mempunyai populasi seramai 634,000 orang.[8] Kawasan metropolitan Oslo mempunyai populasi seramai 1,502,604 orang.[9] Oslo merupakan bandar yang cepat berkembang menjadikan bandar utama yang paling pesat berkembang di Eropah.[10] Perkembangan populasi ini berpunca sebahagian besar daripada imigresen antarabangsa dan berkaitan kadar kelahiran tinggi. Penduduk pendatang di bandar ini berkembang agak lebih cepat daripada penduduk asal Norway.[11]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Christiania pada tahun 1814.
Tentera Jerman memasuki Oslo, Mei 1940.

Oslo ditubuhkan sekitar tahun 1409 oleh RajaHarald Hardråde.[12] Penyelidikan arkeologi baru-baru ini bagaimanapun telah mendedahkan pengebumian Kristian yang boleh bertarikh sebelum 1000M, yang membuktikan penempatan sebelumnya. Pada tahun 2000, ia disambut sebagai hari satu alaf Oslo.

Ooslo menerima status ibu negara sejak pemerintahan RajaHaakon V (1299–1319), raja pertama Norway yang bermastautin tetap di bandar. Beliau juga memulakan pembinaanIstana Akershus. Satu abad kemudian, Norwaybergabung dengan Denmark dan peranan Oslo dikurangkan sebagai pusat pentadbiran wilayah dan raja-raja tinggal diCopenhagen.

Oslo telah dimusnahkan beberapa kali oleh bencana api dan selepas malapetaka kali yang ke-14, iaitu pada 1624, RajaChristian IV memerintahkan untuk membina semula tapak baru untuk menyeberangi teluk berdekatan Istana Akershusand dan diberi namaChristiania. Lama sebelum ini, kota Christiania telah mula menubuhkan kedudukannya sebagai pusat dagangan dan kebudayaan di Norway. Sebahagian daripada kota ini dibina bermula pada tahun 1624 dan dipanggil sebagaiKvadraturen disebakan susunan atur ortogon.Wabak terakhir merebak di Oslo pada 1654.[13] Pada tahun 1814, Christiania menjadi ibu negara semula apabila kesatuan dengan Denmark dibubarkan.

Pada tahun 1850, keluasan kota Christiania menjangkau keBergen dan menjadi bandar paling ramai penduduk di negara. Pada tahun 1877, kota ini ditukar nama menjadiKristiania. NamaOslo diguna pakai sejak tahun 1925.

Padaserangan pengganas di Norway 2011, Oslo dilanda letupan melaluipejabat kerajaan. Bom itu juga merosakkan beberapa bangunan termasuk Pejabat Perdana Menteri. Lapan orang terbunuh dalam siri pengeboman itu.

Geografi

[sunting |sunting sumber]

WalaupunNorway Timur memiliki banyak sungai, mempunyai beberapa sungai, ia tidak mengalir ke pusat bandar Oslo. Sebaliknya Oslo mempunyai dua sungai yang lebih kecil:Akerselva danAlna. Air terjun Akerselva memberi kuasa kepada industri moden pertama Norway pada tahun 1840an. Seabad kemudian, sungai ini menjadi simbol kepada simbol kestabilan ekonomi Norway. Walaupun penduduk di bandar ini adalah lebih kecil berbanding dengan kebanyakan ibu negara di Eropah, ia mempunyai keluasan tanah yang luar biasa, di mana dua pertiga adalah kawasan perlindungan hutan, bukit-bukau serta tasik. Sempadannya merangkumi banyak taman-taman dan kawasan terbuka, memberikan satu keluasan bai kawasan lapang dan tanah hijau.

Iklim

[sunting |sunting sumber]

Oslo rasminya mengalamiiklim kebenuaan lembap (Dfb mengikut kepada sistempengelasan iklim Köppen).[14] Disebabkan bandar ini latitud utara, waktu siang sangat berbeza, siang sekurang-kurangnya 18 jam ketika pertengahan musim panas dan kira-kira 6 jam ketika musim sejuklebih daripada 18 jam di pertengahan musim panas, apabila ia tidak pernah mendapat gelap pada waktu malam, kepada kira-kira 6 jam di pertengahan musim sejuk.[15]

Suhu tertinggi Oslo boleh mencecah sehingga 19–24 °C (66–75 °F) dan paling sejuk sekitar suhu 12 °C (54 °F). Suhu tertinggi pernah direkodkan pada suhu 35 °C (95 °F) pada 21 Julai 1901.[16] Musim sejuk di bandar ini terlalu sejuk dan bersalji dan suhunya mencecah di antara −7 °C (19 °F)sehingga −1 °C (30 °F). Suhu paling dingin direkodkan pada −27.1 °C (−16.8 °F) pada January 1942.[17]

Pada Julai 2014, Oslo mengalami salah satu daripada bulan musim panas paling panas pernah dicatatkan dengan suhu purata bulanan pada 20.8 °C (69.4 °F), suhu purata tertinggi pada 26.8 °C (80.2 °F) dan suhu purata terendah pada 15.3 °C (59.5 °F).[18]

Purata hujan tahunan pula ialah 763 milimeter (30.0 in) dengan hujan sederhana sepanjang tahun. Musim salji bermula dari bulan Oktober hingga Mei, tetapi pengumpulan salji berlaku terutamanya dari Januari sehingga Mac. Hampir setiap musim sejuk, ais terbentuk pada bahagian paling dalam Oslofjord dan juga pada musim sejuk membeku seluruh dalamanfiord. Disebabkan Oslo berada kedudukan jauh dari lautan Atlantik, fiord besar boleh menjadi beku sepenuhnya walaupun peristiwa ini jarang berlaku.[19] Oslo menerima sekitar 1,650 jam cahaya matahari setiap tahun iaitu kira-kira purata bagi bahagian utara Eropah.

Data iklim untuk Oslo (1961-1990)
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F)12.5
(54.5)
13.8
(56.8)
21.5
(70.7)
25.4
(77.7)
29.8
(85.6)
33.7
(92.7)
33.4
(92.1)
34.2
(93.6)
26.4
(79.5)
21.0
(69.8)
14.4
(57.9)
12.6
(54.7)
34.2
(93.6)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F)−1.8
(28.8)
−0.9
(30.4)
3.5
(38.3)
9.8
(49.6)
15.8
(60.4)
20.4
(68.7)
21.5
(70.7)
20.1
(68.2)
15.1
(59.2)
9.3
(48.7)
3.2
(37.8)
−0.5
(31.1)
9.6
(49.3)
Purata suhu harian, °C (°F)−4.3
(24.3)
−4.0
(24.8)
−0.2
(31.6)
4.5
(40.1)
10.8
(51.4)
15.2
(59.4)
16.4
(61.5)
15.2
(59.4)
10.8
(51.4)
6.3
(43.3)
0.7
(33.3)
−3.1
(26.4)
5.7
(42.3)
Purata minimum suhu harian, °C (°F)−6.8
(19.8)
−6.8
(19.8)
−3.3
(26.1)
0.8
(33.4)
6.5
(43.7)
10.6
(51.1)
12.2
(54.0)
11.3
(52.3)
7.5
(45.5)
3.8
(38.8)
−1.5
(29.3)
−5.6
(21.9)
2.4
(36.3)
Rekod rendah suhu, °C (°F)−26.0
(−14.8)
−24.9
(−12.8)
−21.3
(−6.3)
−14.9
(5.2)
−3.4
(25.9)
1.4
(34.5)
5.0
(41.0)
3.7
(38.7)
−3.3
(26.1)
−8.0
(17.6)
−16.0
(3.2)
−20.8
(−5.4)
−26.0
(−14.8)
Puratakerpasan, mm (inci)49
(1.9)
36
(1.4)
47
(1.9)
41
(1.6)
53
(2.1)
65
(2.6)
81
(3.2)
89
(3.5)
90
(3.5)
84
(3.3)
73
(2.9)
55
(2.2)
763
(30.0)
Purata curahan salji, cm (inci)14.1
(5.6)
21.8
(8.6)
21.4
(8.4)
3.5
(1.4)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0.4
(0.2)
4.3
(1.7)
11.7
(4.6)
77.2
(30.4)
Purata bilangan hari kerpasan(≥ 1.0 mm)988781011111111109113
Purata bilangan hari salji12931000001121553
Puratakelembapan relatif (%)81787265646567727680808173
Purata bulananjangka masa sinaran matahari40761261782202502462161448651351,668
Sumber 1:Eklima, The Weather Network,[20] Minifacts about Norway (Statistics Norway)[21]
Sumber 2:yr.no

Kawasan rekreasi

[sunting |sunting sumber]

Oslo mempunyai banyak taman dan juga kawasan hijau di pusat bandar termasuk:

  • Taman Frogner tapak besar yang terletak beberapa minit jika berjalan kaki dari pusat bandar. Tapak rekreasi ini terbesar dan terkenal di Norway bersama koleksi-koleksi patungGustav Vigeland.
  • Bygdøy merupakan kawasan hijau, biasanya disebut sebagai Muzium Semenanjung Oslo. Kawasan ini dikelilingi oleh lautan dan salah satu kawasan termahal di Oslo.
  • Taman St. Hanshaugen merupakan tempat awam tertua dan juga tempat berbukit di pusat Oslo.

Kawasan perbandiran sekitar Oslo juga menyediakan lapan tempat renang awam.[22]Tøyenbadet adalah kemudahan renang tertutup terbesar di Oslo dan salah satu kolam renang di Norway yang menawarkan kolam utama sedalam 50-meter. Kolam luar,Frognerbadet juga mempunyai kolam sedalam 50 meter.

Kerajaan dan politik

[sunting |sunting sumber]

Oslo merupakan ibu negara bagi negara Norway, jadi kerusi perundangan kerajaan Norway terletak di sini. Kebanyakan pejabat-pejabat kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri terletak diRegjeringskvartalet, berdekatan bangunanStorting.

Dalam kerusi parlimen,Parti Buruh danParti Konservatif mempunyai enam kerusi,Parti Kemajuan danParti Liberal mempunyai dua kerusi sertaParti Sosialis Kiri,Parti Demokrat Kristian danParti Hijau hanya mempunyai satu kerusi. Oslo telah mempunyai sistem parlimen daripada kerajaan sejak tahun 1986.

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]

Oslo adalah pusat penting bagi pengetahuan pelayaran di Eropah dan adalah tapak kepada lebih-kurang 980 syarikat termasuk syarikat-syarikat perkapalan yang terbesar di dunia, ejen kapal dan insurans.[23] Det Norske Veritas, yang terletak di Høvik di luar Oslo, adalah salah satu dari tigapersatuan pengelasan yang utama di duna dengan mempunyai 16.5% daripada kapal-kapal di dunia di dalam daftarnya.[24]. Pelabuhannya adalah pelabuhan pengangkutan kargo yang terbesar di Norway dan adalah juga pintu masuk utama bagi penumpang-penumpang. Setiap tahun hampir 6000 kapal berlabuh di Pelabuhan Oslo yang membawa jumlah kargo seberat 6 juta ton dan lebih dari 5 juta penumpang.

Kawasan metropolitan Oslo menyumbangkan GDP (Hasil Dalam Negeri Kasar) NOK268.047 billion (€33.876 billion) pada tahun 2003, 17% dari GDP negara, memjadikannya salah satu kawasan yang mempunyai GDP yang tertinggi di Eropah.[25]

Oslo adalah antara bandar yang mempunyai kos penghidupan yang tertinggi di dunia mengikut kajian-kajian kos penghidupan sedunia oleh Mercer Human Resource Consulting[26] dan Economist Intelligence Unit.[27] Pendapatan dan juga cukai pendapatan adalah antara yang tertinggi di dunia. Mengikut kepada bank Switzerland, UBS pada bulan Ogos 2006, Oslo dan bandaraya metroLondon merupakan bandar termahal dunia.

Demografi

[sunting |sunting sumber]
Penduduk Oslo dari 1801–2006, bersama data dari tahun 1950–2006.

Mengikut kepada bancian terkini, kebanyakan 432,000 penduduk Oslo (70.4% daripada penduduk) merupakan etnik Norway manakala 6% sejak 2002 adalah orang luar (409,000).[28] Oslo memiliki populasi imigran yang besar dan juga orang Norway yang mempunyai ibu bapa imigran. Golongan imigran ini mewakili 30.4 peratus daripada penduduk Oslo. Kebanyakan penduduk imigran menetap di Søndre Nordstrand, Stovner og Alna, di mana mereka membentuk 50 peratus daripada populasi Oslo.[29] Orang Pakistan merupakan etnik minoriti populasi yang diikuti oleh orang Sweden, Somalia dan Poland. Lain-lain kumpulan besar imigran adalah dari negaraSri Lanka,Vietnam,Turki,Maghribi,Iraq dan jugaIran.

Pada tahun 2013, 40% sekolah rendah di Oslo menggunakanbahasa Norway danSami sebagaibahasa pertama. Bahagian barat bandar sebanyak 5% murid pada keturunan imigran. Bahagian timur Oslo pula campuran di mana sekolah-sekolah terdiri daripada 97% imigran. Sekolah-sekolah di Oslo juga semakin dibahagikan mengikut kumpulan etnik. Di bandar kecil, Groruddalen pada tahun 2008 misalnya, etnik Norway menurun sebanyak 1,500, manakala penduduk imigran meningkat sebanyak 1,600.

Oslo mempunyai penduduk yang memeluk agama masing-masing. Pada tahun 2008, 63% penduduk merupakan ahliGereja Norway dengan purata 82%. Pada tahun 2012, terdapat 48 ribu orang beragamaIslam di Oslo, dan kira-kira 8 peratus daripada populasi manakala Gereja Roman Katolik sebanyak 33 ribu orang.

Pengangkutan awam

[sunting |sunting sumber]
Sebuah kedai penyewaan basikal di pusat bandar

Sistem pengangkutan awam,metro,tram,bas danferi, Oslo dikendalikan oleh syarikat kepunyaan perbandaran Oslo Sporveier. Terdapat jugakeretapi yang dikendalikan oleh syarikat kepunyaan kerajaan, Norges statsbaner. Semua pengangkutan awam menggunakan sistem tiket yang sama. Sistem tiket ini membenarkan pengguna yang mempunyai tiket biasa bertukar pengangkutan untuk perjalanan di dalam bandar tanpa bayaran lebih dalam masa 1 jam. Pada tahun 2004, sebanyak 160 juta perjalanan telah dibuat dengan menggunakan pengangkutan awam, dimana 85% daripada itu telah dikendalikan oleh anak-anak syarikat Oslo Sporveier dan 15% oleh syarikat-syarikat bas dan feri persendirian dibawah kontrak.[30]

Sistem tram,Oslotrikken, mengandungi 6 laluan yang silang-menyilang di dalam bandar dan berlanjut ke kawasan-kawasan subbandar. Sistem metro yang dikenali dengan namaT-bane, mempunyai 6 laluan yang menghubungi subbandar di timur dan barat. Keenam-enam laluan ini bertemu di terowong bawah tanah di tengah bandar Oslo.

Sebuah laluan gelung separuh bawah tanah telah dibuka pada Ogos 2006 yang menghubungi Ullevål di barat laut dan Carl Berners plass di timur. Pembukaan stesen Sinsen pada Ogos 2006 menandakan penyiapan laluan gelung yang menyambung dua stesen-stesen baru Nydalen dan Storo yang telah beroperasi selama dua tahun. Sistem tiketRFID dengan halangan lawang putar otomatik akan digunakan.

Udara

  • Lapangan terbang Oslo, Gardermoen dengan kemudahan keretapi laju (Flytoget)
  • Lapangan terbang Sandefjord, Torp (di provinsi Vestfold lebih kurang 2 jam dari bandar)

Laut

Terdapat hubungan feri harian keKiel (Germany),Copenhagen (Denmark),Frederikshavn (Denmark) danNesodden.

Keretapi

Oslo Sentralstasjon adalah stesen keretapi utama diOslo. Dari sana terdapat hubungan mengarah keTrondheim,Bergen,Stavanger,Stockholm (Sweden),Gothenburg (Sweden) danCopenhagen (Denmark). Perkhidmatan keretapiNorway adalah amat tepat masa. Pada musim sejuk keadaan cuaca seperti salji dan ribut boleh menyebabkan kelewatan dan juga pembatalan perkhidmatan yang melintasi kawasan pergunungan di tengah Norway.

Budaya

[sunting |sunting sumber]

Oslo mempunyai jumlah yang besar dan pelbagai tarikan kebudayaan, termasuk beberapa bangunan yang mengandungi karya seni olehEdvard Munch dan pelbagai artis antarabangsa yang lain tetapi terdapat juga beberapa artis Norway. Contohnya,Knut Hamsun danHenrik Ibsen. Kerajaan baru-baru ini telah melabur jumlah wang yang besar dalam pemasangan kebudayaan, kemudahan, bangunan dan perayaan di Bandaraya Oslo.Bygdøy, di luar pusat bandar merupakan pusat sejarah dan sejarah Viking Norway. Kawasan ini mengandungi sejumlah besar taman dan banyak muzium. ContohnyaMuzium Fram,Vikingskiphuset danMuzium Kon-Tiki. Oslo juga menjadi tempat penyampaianHadiah Keamanan Nobel.

Muzium, galeri

[sunting |sunting sumber]

Oslo mempunyai beberapa muzium dan galeri yang terletak di bandar.Muzium Munch mengandungiThe Scream dan kerja-kerja lain olehEdvard Munch, yang mendermakan semua hasil kerja-kerja beliau ke bandar ini sebelum kematiannya. Majlis perbandaran kini sedang merancang pembinaan satu Muzium Munch baru yang kemungkinan besar akan dibina diBjørvika, yang terletak di barat daya bandar. Muzium itu akan dinamakanMunch/Stenersen. Di luar bandar, sebuah muzium menyediakan 155 bangunan yang masih kukuh dari semua daerah di Norway termasukGereha Stave.

Muzium Vigeland yang terletak diTaman Frogner, bebas untuk mengakses dan mengandungi lebih 212 ukiran olehGustav Vigeland termasuk sebuah obelisk dan Roda Kehidupan.[31] Patung lain yang popular ialah Sinnataggen, seorang bayi lelaki mengalami kecederaan pada kakinya. Tugu ini amat terkenal dan menjadi ikon di bandar ini.[32]Taman Arca Ekebergparken mempunyai kerja-kerja pelakaran patung oleh artis Norway dan antarabangsa sepertiSalvador Dalí.[33]

Muzium Kapal Viking mempunyai tigakapal Viking yang dijumpai di Oseberg, Gokstad dan Tune. Muzium ini juga menyediakan barang-barang unik lain yang ditemui sejak zaman Viking..[34]Muzium Bandar Oslo menerangkan tentang cara kehidupan rakyat dan sejarah tentang bandaraya Oslo.[35]

Pusat Keamanan Nobel ialah sebuah organisasi bebas yang dibuka pada 11 Jun 2005 olehHarald V sebagai sebahagian daripada perayaan untuk menandakan ulang tahun ke-100 Norway sebagai negara yang merdeka.[36] Bangunan ini menempatkan pameran tetap, berkembang setiap tahun apabila pemenangHadiah Keamanan Nobel diumumkan. Bangunan ini digunakan terutamanya sebagai pusat komunikasi.[37]

Muzik dan acara

[sunting |sunting sumber]
Dewan Bandaraya Oslo yang menganjurkan upacara pemenangHadiah Keamanan Nobel.

Sebilangan besar festival muzik diadakan di Oslo seperti festival jazz yang diadakan setiap tahun pada bulan Ogos sejak 25 tahun yang lalu.[38] Festival rock terbesar Oslo, Øyafestivalen atau nama ringkasnya "Øya". Ia berjaya menarik 60,000 orang ke Taman Peraj di timur Oslo dalam masa empat hari.[39]

Festival Muzik Gereja Antarabangsa Oslo[40] telah diadakan setiap tahun sejak tahun 2000. Festival Muzik Dunia Oslo memaparkan bintang membuat persembahan mereka tetapi mereka semua itu orang tidak dikenali di Norway. Festival Muzik di Dewan diadakan pada bulan Ogos setiap tahun dan diadakan di dewan bertaraf dunia dan peseta solo berkumpul di Oslo untuk melaksanakan di festival ini. Festival Rock Norway pula diadakan pada Jun setiap tahun.

Upacara Hadiah Keamanan Nobel diketuai oleh institut Nobel Norway. Upacara anugerah ini diadakan setiap tahun diDewan Bandaraya pada 10 Disember.[41] Namun, festival bagi kawasan orangSami yang berada jauh dari bandar mengadakan Hari Kebangsaan Sami dengan menganjurkan beberapa aktiviti dan hiburan.

Piala Dunia Biathlon diHolmenkollen diadakan setiahun dan para peserta lelaki mahupun wanita mengambil bahagian dalam acara sprint dan juga pursuit.[42] Contoh lain acara tahunan di Oslo adalah Desucon, sebuah konvensyen yang memberi tumpuan kepada budaya Jepun danFærderseilasen, acara regata terbesar dunia dengan 110 bot megambil bahagian setiap tahun.[43]

Orkestra utama di Norway ialahFilharmonik Oslo yang terletak diDewan Konsert Oslo sejak tahun 1977. Walaupun ia telah ditubuhkan pada tahun 1919, Filharmonik Oslo merupakan warisan daripada penubuhanChristiania Musikerforening (Persatuan Pemuzik Christiania) olehEdvard Grieg danJohan Svendsen pada tahun 1879.[44]

Oslo telah menjadi hosFestival Lagu Eurovision sebanyak dua kali.

Seni

[sunting |sunting sumber]
Teater Negara Norway.

Oslo memiliki kira-kira 20 buah teater, termasuk Teater Norway dan Teater Kebangsaan yang berlokasi di Jalan Karl Johan.Teater Kebangsaan Norway merupakan teater terbesar di Norway yang terletak di antara istana diraja dan bagunan parlimen,Stortinget.[45] Teater ini mewakili pelako-pelakon dan penulis lagu tetapi penulis lain, penyanyi dan penari megambil bahagian diRumah Opera Oslo yang baru dibuka yang terletak diBjørvika. Rumah Opera itu dibuka pada tahu 2008 dan merupakan sebuah mercu tanda negara yang telah dihias oleh firma reka bentuk Norway,Snøhetta. Rumah itu mempunyai kira-kira 2000 tempat duduk. Bangunan itu juga menelang kos sebanyak 500 jutaeuro dan mengambil masa lima tahun serta Rumah Opera pertama di dunia yang membolehkan orang ramai berjalan di atas bumbung bangunan.[46]

Kesusasteraan

[sunting |sunting sumber]

Ramai pengarang terkemuka Norway yang menetap di Oslo untuk beberapa tempoh dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, pemenang Nobel,Sigrid Undset membesar di Oslo dan menerangkan tentang biografi beliau dalam novelElleve år (1934; diterjemahkan sebagaiTahun yang panjang).

Pengarang drama,Henrik Ibsen merupakan pengarang terkenal di Norway. Beliau banyak menulis sepertiHedda Gabler,Peer Gynt,A Doll's House danThe Lady from the Sea. Kini, penulis novel sepertiLars Saabye Christensen,Tove Nilsen danRoy Jacobsen banyak menerangkan tentang bandar ini dan rakyat di dalam novel mereka. Pada awal abad ke-20, sastera dari Oslo termasuklah penyairRudolf Nilsen danAndré Bjerke.

Media

[sunting |sunting sumber]

Surat khabar sepertiAftenposten,Dagbladet,Verdens Gang,Dagens Næringsliv,Finansavisen,Dagsavisen,Morgenbladet,Vårt Land,Nationen danKlassekampen diterbitkan di Oslo. Pejabat utama penyiaran negara,NRK terletak diMarienlyst, Oslo. NRK juga menyediakan khidmat radio dan juga televisyen.

Sukan

[sunting |sunting sumber]
Bislett Stadion, stadium bola sepak Oslo.

Arena NasionalHolmenkollbakken merupakan venue utama bagi sukanski dan jugabiathlon. Ia juga menganjurkan kejohanan piala dunia setiap tahun termasuklahFestival Ski Holmenkollen. Oslo menjadi hosKejohanan Dunia Biathlon pada tahun 1986, 1990, 1999 dan 2002.

Oslo menjadi tempat utama bagi beberapa kelab bola sepak termasukVålerenga,Lyn,Skeid danStabæk yang telah memenangiLiga Perdana Norway danPiala Bola Sepak Norway.

Ullevål Stadion menjadi arena utama bagipasukan bola sepak kebangsaan Norway, kelab Vålerenga Fotball dan perlawanan akhir Piala Bola Sepak. Stadium ini pernah menjadi hos perlawanan akhirKejohanan Bola Sepak Wanit Eropah pada tahun 1987 dan 1997 serta Kejohanan Bola Sepak bawah-19 Eropah pada tahun 2002.Røa IL merupakan pasukan bola sepak Oslo dalam liga wanita,Toppserien.

Bislett Stadion menjadi trek utama bandar yang menjadi hosBislett Games.Bjerke Travbane menjadi utama bagi sukanlumba abah-abah di negara Norway.Oslo Spektrum digunakan dalam acarahoki ais dan perlawananbola baling.Bækkelagets SK danNordstrand IF bermain di liga bola baling wanita manakalaVålerenga Håndball bermain di liga lelaki.Kejohanan Dunia IIHF 1999 merupakan acara hoki ais yang diadakan di Oslo.Kejohanan Dunia UCI iaitu acara perlumbaan basikal pula pernah dianjurkan pada tahun 1993 oleh Oslo.

Oslo termasuk dalam pembidaan tuan rumahSukan Olimpik Musim Sejuk 2022 tetapi tersingkir pada 2 Oktober 2014.

Tarikan Pelancong

[sunting |sunting sumber]

Pendidikan

[sunting |sunting sumber]

Kini terdapat di Oslo sahaja lebih dari 50 sekolah, kolej dan universiti.

Hubungan antarabangsa

[sunting |sunting sumber]

Bandar berkembar

[sunting |sunting sumber]

Berikut merupakan bandar berkembar Oslo:[51]

Bekas bandar berkembar Oslo ialahMadison, Wisconsin,Tel Aviv danVilnius, tetapi telah dimansuhkan/

Mengkesport pokok krismas

[sunting |sunting sumber]

Oslo telah lama mempunyai tradisi menghantarpokok krismas setiap tahun ke bandar-bandar Washington, New York, London, Edinburgh, Rotterdam, Antwerp danReykjavík.[52] Sejak 1947, Oslo telah menghantar pokok yang berketinggian 65–80-kaki (20–25 m) tinggi, 50 sehingga 100-tahun terutama kepada Britain kerana menyokong Norway semasaPerang Dunia Kedua.[53][54]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^http://www.ssb.no/befolkning/statistikker/folkemengde/aar/2014-02-20?fane=tabell&sort=nummer&tabell=164156
  2. ^"Immigrants and Norwegian-born to immigrant parents by country of birth1,(the 20 largest groups).Selected municipalities.1 January 2011". Statistics Norway. Dicapai pada28 April 2011.
  3. ^http://adressesok.posten.no/nb/postal_codes/search?utf8=%E2%9C%93&q=oslo
  4. ^"GaWC – The World According to GaWC 2008". Lboro.ac.uk. 13 April 2010. Dicapai pada23 July 2011.
  5. ^Rachel Craig (13 February 2012)."European Cities and Regions of the Future 2012/13". fDiIntelligence.com. Dicapai pada12 March 2013.
  6. ^"Sydney rockets up the list of the world's most expensive cities".ECA International. 8 June 2011. Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-09-03. Dicapai pada10 July 2011.
  7. ^George Arnett; Chris Michael (14 February 2014)."The world's most expensive cities".The Guardian. Dicapai pada23 February 2014.
  8. ^"Statistics Norway".Statistics Norway. www.ssb.no.
  9. ^"Population and area, by municipality". Ssb.no. 1 April 2011. Dicapai pada10 April 2011.
  10. ^"Oslo europamester i vekst – Nyheter – Oslo". Aftenposten.no. Dicapai pada3 June 2011.
  11. ^"Ola og Kari flytter fra innvandrerne – Nyheter – Oslo". Aftenposten.no. Dicapai pada3 June 2011.
  12. ^"Inside Oslo : Inside". TripAdvisor. Dicapai pada25 March 2010.
  13. ^Øivind Larsen."DNMS.NO : Michael: 2005 : 03/2005 : Book review: Black Death and hard facts". Norwegian Medical Society. Dicapai pada11 March 2014.
  14. ^http://www.yr.no/place/Norway/Oslo/Oslo/Oslo/statistics.html
  15. ^"Oslo Daylight".
  16. ^http://www.yr.no/sted/Norge/Oslo/rekorder.html accessed 12 August 2014
  17. ^"Oslo temperatures". Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-08-21. Dicapai pada2015-02-18.
  18. ^http://sharki.oslo.dnmi.no/pls/portal/BATCH_ORDER.PORTLET_UTIL.Download_BLob?p_BatchId=664575&p_IntervalId=1346862[pautan mati kekal].
  19. ^Avknut A. Nygaard."Aftenposten: Oslofjord frozen". Aftenposten.no. Dicapai pada27 June 2010.
  20. ^"Climate Statistics for Oslo-Blindern, Norway (1961–1990)". 20 November 2011.
  21. ^"Minifacts about Norway 2013: Geography, climate and environment". Statistics Norway. March 2013. Dicapai pada25 September 2013.
  22. ^"Municipal swimming pools". Idrettsetaten.oslo.kommune.no. 16 June 2010. Dicapai pada27 June 2010.
  23. ^"salinan arkib"(PDF). Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2005-10-28. Dicapai pada2005-10-28.
  24. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-07-29. Dicapai pada2007-03-31.
  25. ^http://www.ssb.no/english/subjects/09/01/fnr_en/
  26. ^http://www.mercerhr.com/pressrelease/details.jhtml/dynamic/idContent/1142150
  27. ^http://news.bbc.co.uk/2/hi/in_depth/4669400.stm
  28. ^utviklings-og-kompetanseetaten.oslo.kommune.no
  29. ^Kristoffer Fredriksen:Immigrants and Norwegian-born to immigrant parents, 1 January 2013 SSB, January 2013
  30. ^"salinan arkib"(PDF).Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 2006-08-22. Dicapai pada2006-08-22.
  31. ^"Frognerparken and Vigeland Park – Oslo". Cosmotourist. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-05-01. Dicapai pada3 June 2011.
  32. ^"Sinnataggen". Oslosurf.com. Dicapai pada3 June 2011.
  33. ^Ekebergparken Sculpture Park Homepage(Inggeris)
  34. ^Norway dot com."The Viking Ship Museum (Vikingskipshuset), Museums, Oslo Norway Directory". Norway.com. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-05-27. Dicapai pada3 June 2011.
  35. ^Norway dot com."Oslo City Museum, Museums, Oslo Norway Directory". Norway.com. Dicapai pada3 June 2011.
  36. ^"Nobel Peace Center Opens in Oslo". Norway.org. Dicapai pada3 June 2011.
  37. ^ name=autogenerated4
  38. ^OJF (2011)."Oslo Jazzfestival".oslojazz.no. Dicapai pada5 July 2011.
  39. ^Øya (2011)."Øyafestivalen – News".oyafestivalen.com. Dicapai pada5 July 2011.
  40. ^"Oslo Internasjonale kirkemusikkfestival". Kirkemusikkfestivalen.no. Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-05-17. Dicapai pada12 March 2013.
  41. ^NobelPrize.Org (2011)."The Nobel Peace Prize Award Ceremony 2010".nobelprize.org. Dicapai pada5 July 2011.
  42. ^VisitOslo.Com (2011)."World Cup Biathlon – Official Travel & Visitor's Guide to Oslo, Norway".visitoslo.com. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-09-17. Dicapai pada5 July 2011.
  43. ^KNS.No (2011)."Fokus Bank Færderseilasen – KNS".kns.no. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-07-06. Dicapai pada5 July 2011.
  44. ^Oslo-Filharmonien (2011)."Filharmonien".oslofilharmonien.no. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-08-14. Dicapai pada5 July 2011.
  45. ^ name=autogenerated3
  46. ^"7 of the Best Tourist Attractions in Oslo, Norway". Globe Tales. Dicapai pada3 June 2011.
  47. ^http://www.nih.no/
  48. ^http://www.khio.no/
  49. ^http://www.veths.no/
  50. ^Council of Europe (2011)."Intercultural city: Oslo, Norway".coe.int. Dicapai pada22 May 2011.
  51. ^"Co-operating cities and regions".Oslo.kommune.no. Oslo Kommune. 12 February 2012. Dicapai pada6 April 2014.
  52. ^Juletrær til utland Ordføreren, Oslo kommune (Municipality of Oslo Website, Mare's office), published november 2013, accessed 7 April 2014.
  53. ^Her tennes juletreet i London, VG, 3 December 2009.
  54. ^http://snl.no/juletre
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Oslo&oldid=5488046"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp