| Darjah Kutuzov | |
|---|---|
![]() Ordo Kutuzov (bahagian hadapan) | |
| Jenis | Darjah gred tunggal |
| Kelayakan | Pegawai kanan tentera |
| Status | Aktif |
| Statistik | |
| Ditubuhkan | 29 Julai 1942 |
| Keutamaan | |
| Seterusnya (tertinggi) | Order of Zhukov |
| Seterusnya (terendah) | Order of Nakhimov |
Reben Darjah Kutuzov, kelas pertama | |

Darjah Kutuzov (Rusia:орден Кутузоваorden Kutuzova) ialah satu pingat ketenteraan Persekutuan Rusia yang dinamakan sempenaFil Marsyal terkenal RusiaMikhail Illarionovich Kutuzov (1745–1813). Darjah ini dizahirkan semasaPerang Dunia Kedua untuk memberi penghargaan kepada pegawai kananTentera Merah. Darjah Kutuzov mempunyai tiga kelas dan kekal digunakan oleh Persekutuan Rusia selepasPembubaran Kesatuan Soviet.
Lencana Darjah Kutuzov ialahcross pattée perak selebar 40mm dengan sinaran emas yang memancar di antara lengannya padasudut tumpul. Di tengahbahagian hadapan, terdapat sebuah medal perak yang dikelilingi jalur lebar bersalut enamel putih dan dibingkai oleh karangan daun laurel dan oak berwarna emas. Pada medal itu terdapat potret separuh badan M.I. Kutuzov berprofil kiri bersalut emas dengan imej tembok Kremlin di latar belakang. Pada bahagian sisi jalur bersalut enamel putih medal itu terdapat tulisan emas “Mikhail Kutuzov” (Rusia:«Михаил Кутузов»). Bahagian belakangnya kosong, dengan nombor siri anugerah terukir pada bahagian bawah lengan salib di belakang.[1]
Darjah Kutuzov digantung pada pemasangan pentagon standard Rusia melalui gelung gantung yang disambung dengan cincin. Pemasangan ini dilitupi oleh rebenmoire sutera biru gelap yang bertindih dengan jalur oren selebar 5mm di tengahnya.[1]
| Darjah Pertama | Darjah Kedua | Darjah Ketiga |
|---|---|---|