Orang Doria (Greek:Δωριεῖς,Dōrieîs, tunggalΔωριεύς,Dōrieús) merupakan salah satu daripada empat suku utama yang orangHelen (atau Yunani) dari zamanYunani Klasik membahagikan diri mereka (di sampingorang Aeolia,Akhaia, danIonia).[1] Mereka hampir selalu dipanggil "orang Doria", seperti mana mereka digelarkan pertama kali mereka dirujuk dalamOdysseia,[2] di mana mereka ditemui sudah mendiami pulauKreta.
Gaya hidup dan susunan masyarakat mereka adalah rencam, dari menjadi pusat perdagangan di kotaKorinthos yang terkenal dengan kesenian dan seni bina, ke negeri ketenteraan yang terpencilSparta; namun semua orang Helen tahu kawasan mana adalah Doria dan mana yang bukan. Negeri-negeri Doria yang berperang sering, tetapi bukan selalu, mengharapkan bantuan negeri Doria yang lain. Orang Doria mempunyai dialek Yunani Doria tersendiri serta tradisi sosial dan sejarah yang unik.
Pada abad ke-5 SM, orang Doria danIonia ialah dua etnik Yunani yang paling penting dari segi politik, dan pertembungan mereka akhirnya mengakibatkanPerang Peloponnesos. Sejauh mana orang Helen abad ke-5 menganggap dirinya sebagai orang "Ionia" atau "Doria" diperdebat. Pada satu hal,Édouard Will [fr] menyimpulkan tidak ada komponen etnik sebenar dalam budaya Yunani abad ke-5, walaupun terdapat unsur-unsur anti-Doria dalam propaganda Athens.[3] Pada satu lagi hal, John Alty menafsirkan semula sumber sejarah dan membuat kesimpulan bahawa etnik memang mendorong tindakan-tindakan abad ke-5.[4] Orang moden yang melihat identifikasi etnik ini melalui tradisi sastera abad ke-5 dan ke-4 SM telah banyak dipengaruhi oleh politik sosial mereka sendiri. Selain itu, menurut E. N. Tigerstedt, pengagum nilai-nilai Eropah abad ke-19 yang mereka anggap sebagai orang "Doria" menganggap diri mereka sebagai "Lakonofil" (pencinta Sparta) dan mendapati persamaan dengan budaya dari zaman mereka juga; bias mereka menyumbang kepada tafsiran moden tradisional tentang siapakah "orang Doria".[5]
^Will, Édouard (1956).Doriens et Ioniens: essai sur la valeur du critère ethnique appliqué à l'étude de l'histoire et de la civilisation grecques (dalam bahasa Perancis). Paris: Belles Lettres.
Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). Jones, Henry Stuart (penyunting).A Greek-English Lexicon (dalam bahasa Greek Purba dan Inggeris). Oxford: Clarendon Press.
Müller, Karl Otfried,Die Dorier (1824) was translated by Henry Tufnel and Sir George Cornewall Lewis and published asThe History and Antiquities of the Doric Race, (London: John Murray), 1830, in two vols.
Hinge, George (2003), "Scythian and Spartan Analogies in Herodotos' Representation: Rites of Initiation and Kinship Groups", dalam Bilde, P.G.; Højte, J.M.; Stolba, V.F. (penyunting),The Cauldron of Ariantas(PDF), Aarhus, m/s. 55–74, diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 19 October 2013, dicapai pada5 August 2011.
Killen, John T. (2000)."Religion at Pylos: The evidence of the Fn Tablets"(PDF). Dalam R. Laffineur; R. Hägg (penyunting).Potnia: Deities and Religion in the Aegean Bronze Age. Liège: Université de Liège. m/s. 435–443. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 7 August 2011. Dicapai pada11 November 2006.