Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Opera Mini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Opera Mini
Tampilan perisian Opera Mini 4.0
PembangunOpera Software
Pelancaran pertama10 Ogos2005
Versi terkini/stabil4.2.13216 (25 November 2008; 16 tahun yang lalu (2008-11-25))
Ditulis dalamC++JavaPike
PelantarJava ME
Tersedia dalamPelbagai[1]
JenisMobile browser
GenrePelayar bimbit
LesenPerisian percuma
Pautan berkaitan
Tapak webOperaMini.com
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

[2]Opera Mini merupakanpelayar web yang direka bagi kegunaantelefon bimbit,telefon pintar sertapembantu peribadi digital. Ia menggunakan pelantar maka ia memerlukan kemampuan peranti bimbit untuk menjalankan aplikasi Java ME. Opera Mini ditawarkan secara percuma, disokong melalui kerjasama rakan antara pembangunnyaOpera Software dan syarikat enjin carianGoogle.

Opera Mini bertitik-tolak daripadapelayar web Opera untuk komputer peribadi yang mula dikeluarkan sejak 1996. Opera Mini bermula sebagai projek perintis pada tahun 2005. Selepas pelancaran terhad diEropah, ia dilancarkan secara rasmi untuk edaran seluruh dunia pada24 Januari2006.

Opera Mini memohonlaman web melalui beberapa pelayan syarikatOpera Software, yang kemudiannya memproses dan memampatkannya sebelum dihantar ke telefon bimbit. Proses pemampatan ini menjadikan masa penghantaran menjadi dua atau tiga kali lebih pantas, serta pemprosesan ini membolehkan laman web yang direka untuk komputer peribadi boleh dilayari melalui telefon bimbit.

Lebih kurang 40 juta telefon bimbit dikeluarkan dengan naskhah Opera Mini yang siap dipasang. Penguasaan pasaran Opera Mini berbanding pelayar web lain, bagi kedua-dua persekitaran komputer meja dan peranti bimbit, adalah lebih kurang 0.02%.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Opera Mini bertitik-tolak daripadapelayar web Opera bagikomputer peribadi yang boleh didapati secara meluas sejak tahun 1996.[3] Opera Mini asalnya direka untuk telefon bimbit yang biasanya tidak mampu menjalankan pelayar web.[4] Ia mula diperkenalkan pada10 Ogos2005 sebagai projek perintis dengan kerjasama stesen televisyen NorwayTV 2.[5] Pada masa itu, Opera Mini hanya boleh didapati untuk pelanggan TV 2.

Versi beta dikeluarkan diSweden,Denmark,Norway, danFinland pada20 Oktober2005.[6] Setelah versi terakhir dilancarkan diJerman pada10 November2005,[7] dan dilancarkan senyap-senyap kepada semua negara melalui laman web Opera Mini pada bulan Disember, pelayan tersebut dilancarkan secara rasmi di seluruh dunia pada24 Januari2006.[8]

Pada3 Mei2006 Opera Mini 2.0 dilancarkan. Ia menyertakan ciri-ciri baru seperti keupayaan untuk memuat turun fail,kulit yang boleh diubah, pilihan enjin pencari tambahan pada bar pencari terbina dalam, ciri dail pantas, enjin carian baru, serta sistem pelayaran yang diperbaharui.[9]

Pada1 November2006 Opera Mini 3 beta memperkenalkan pelayaran keselamatan, suapanRSS, muat naik foto serta lipatan kandungan di dalam senarai ciri-ciri dan keupayaannya.[10] Lipatan kandungan berfungsi dengan melipat senarai panjang seperti bar pelayaran di dalam satu garisan yang boleh dikembangkan jika diperlukan. Versi beta kedua dikeluarkan pada 22 November,[11] dan pada 28 November, versi terakhir Opera Mini 3 dilancarkan.[12]

7 November2007 menyaksikan pelancaran Opera Mini 4. Menurut Johan Schön, ketua teknikal bagi pembangunan Opera Mini, "keseluruhan kod perisian" telah ditulis semula.[13]Opera Mini 4 menyertakan keupayaan untuk melihat laman web serupa dengan pelayar berasaskan komputer meja dengan memperkenalkan fungsi Overview dan Zoom, di samping ketetapan pemandangan lanskap. Dalam mod Overview, pengguna boleh skrol versi laman web tertentu yang dizum keluar.[14] Menggunakan kursortetikus terbina dalam, pengguna boleh zum ke dalam pada bahagian laman untuk pemandangan yang lebih jelas; ia samalah seperti fungsi pada pelayar web Opera berasaskan Nintendo. Versi ini juga menyertakan keupayaan untuk disegerakkan denganversi komputer peribadi bagi Opera.[15][16]

Sebelum versi Opera Mini 4, pelayar ini ditawarkan dalam 2 edisi: Opera Mini Advanced untuk telefon bimbit dengan ingatan tinggiMIDP 2, dan Opera Mini Basic untuk telefon bimbit ingatan rendahMIDP 1.[17] Opera Mini 4 kini mengambil alih tempat Opera Mini Advanced.[18] Versi lama Opera Mini 3 Basic masih boleh didapati untuk telefon bimbit dengan ingatan rendah.[19]

Asalnya,Google adalahenjin carian utama bagi Opera Mini.[20] Walau bagaimanapun, pada8 Januari2007,Opera Software danYahoo! mengumumkan hubungan rakan strategik bagi menjadikan Yahoo! sebagai enjin carian utama pula.[21] Tetapi pada27 Februari2008,Opera Software mengumumkan secara rasmi bahawa enjin carian utama bagi Opera Mini danOpera Mobile kembali semula kepada Google daripada Yahoo!. Ini adalah hasil daripada rungutan pengguna pelayar web bimbit, yang mendapati perkhidmatan Yahoo! OneSearch mengelirukan dan sukar untuk digunakan, tidak seperti enjin carian Google yang lebih mudah digunakan.

Fungsi

[sunting |sunting sumber]

Tidak sepertipelayar web biasa, Opera Mini memperoleh kesemua kandungannya melaluipelayan proksi yang memformat semula laman web kepada format yang lebih sesuai untuk skrin kecil.[22] Sesuatu laman web akan dimampatkan, dan kemudiannya dihantar ke telefon bimbit dalambahasa penanda dipanggil OBML (Bahasa Penanda Perduaan Opera).[23] Proses pemampatan ini menjadikan masa penghantaran menjadi dua atau tiga kali lebih pantas[14] serta pra-pemprosesan juga menjadikan laman web yang direka untuk komputer peribadi sesuai untuk dilayari melalui telefon bimbit.[24]

Apabila pengguna melayari web menggunakan Opera Mini, permintaan tersebut dihantar melalui isyaratGPRS pada salah satu pelayan proksi syarikatOpera Software, dan seterusnya pelayan akan menerima laman web itu, memprosesnya, memampatkannya dan menghantar semula ke telefon bimbit pengguna.

Secara lalai, Opera Mini membuka hanya satu sambungan ke pelayan proksi, dan kemudian mengekalkan sambungan terbuka tersebut dan menggunakannya lagi dan lagi. Ini berupaya menambah baik kelajuan penghantaran serta membolehkan pelayan untuk menyegerakkan dengan pantas perubahan pada "penanda buku" yang disimpan di dalam Opera Link.[25]

SyarikatOpera Software menyelenggara lebih 100 pelayan proksi untuk mengendalikan aliran trafik Opera Mini. Pelayan tersebut menggunakanLinux serta "disambung selari dan bertindan secara besar-besaran."[26]

Ciri-ciri

[sunting |sunting sumber]

Pengguna boleh mengskrol menggunakan kekunci anak panah peranti, kekunci nombor, ataupun pen stylus.[14][27]

Opera Mini juga boleh ditetapkan kepada mod lanskap, di mana laman web akan diputar 90 darjah. Ini berguna bagi skrin yang tinggi tetapi kurang lebar. Namun, ciri ini tidak terdapat pada versiBlackBerry serta beberapa peranti lain.[14]

Mutu imej boleh ditetapkan kepada "rendah", "sederhana" atau "tinggi".[28] Semakin tinggi mutu gambar, semakin banyak data yang perlu diangkut dan semakin lama masa memuatkan laman.[29]

Opera Mini hanya menyokong satu sahaja fon,[30]yang boleh ditetapkan saiznya kepada "kecil", "sederhana", "besar" atau "lebih besar".[28]

Alatan pelayaran

[sunting |sunting sumber]

Opera Mini menampilkan sebuah bar carian yang mampu menggunakan beberapa enjin carian yang sudah dikonfigurasikan,[31] berserta keupayaan untuk menambah sendiri enjin carian.[28] Enjin carian utama ialahGoogle.

Sebagai tambahan, Opera Mini menampilkankekunci pintasan,[32]kulit,[33] serta khidmat suapan web.[34] Ia boleh menyimpan penanda buku Internet,[35] memuat turun fail,[36] serta menyimpan sejarah pelayaran pengguna.[37]

Privasi dan keselamatan

[sunting |sunting sumber]

Semasa menggunakan Opera Mini 4.0 atau 3.0 Advanced, sambungan antara peranti mudah alih dan pelayan proksi sentiasa dienkrip untuk tujuan privasi dan keselamatan. Kekunci enkripsi diperolehi pada penggunaan kali pertama dengan meminta pengguna menekan kekunci rawak beberapa kali.[38] Semasa menggunakan Opera Mini 3.0 Basic, sambungan tidak dienkrip. Opera Mini menerima beberapa kritikan kerana tidak menawarkan ciri keselamatan semasa melawat laman yang dienkrip sepertiPayPal.com.[39] Semasa melawat laman yang dienkrip, pelayan syarikat Opera Software menyahenkrip laman tersebut, kemudian mengenkrip semula, memecahkan keselamatan hujung-ke-hujung.[40]

Sokongan piawaian

[sunting |sunting sumber]

Setakat versi 4, Opera Mini menggunaan enjin paparan yang sama yang akan dimasukkan ke dalamOpera 9.5, versi akan datang bagi pelayar Opera versi komputer peribadi.[41] Ini bermakna Opera Mini menyokong hampir kesemua piawaian web yang disokong di dalam Opera 9.5. Walau bagaimanapun, tidak seperti versi komputer meja Opera, Opera Mini tidak menyokong Grafik Vektor Boleh Diskalakan atau Web Forms 2.0. Juga,bingkai juga dileperkan kerana limitasi pada klien, dan sempadan bertitik dan bersempang dipaparkan sebagai sempadan pejal kerana isu lebar jalur dan ingatan.[30] Juga, disebabkan Opera Mini memformat semula laman web, ia tidak melepasi ujian keserasianAcid2.[42][43]

Opera Mini menyokong teks dua hala, bermakna ia boleh memaparkan teks dalam bahasa yang ditulis dari kanan ke kiri sepertiBahasa Arab danBahasa Ibrani sebagai tambahan kepada bahasa-bahasa kiri ke kanan sepertiBahasa Inggeris,Bahasa Melayu,Bahasa Perancis danBahasa Sepanyol.[13]

Sokongan peranti ingatan rendah

[sunting |sunting sumber]

Bagi perantiingatan rendahMIDP 1, versi lama Opera Mini 3 Basic masih boleh dimuat turun.[19] Ciri-cirinya termasuklah pilihan untuk membesarkan saiz teks, memandangkan saiz teks lalai adalah terlalu kecil bagi sesetengah laman web.[44] Opera Mini 3 Basic menggunakan teknik pemampatan yang kurang maju, tidak menyokong pandangan laman penuh, tidak menyertakan sokongan ikon kegemaran, pengskrolan yang kurang lancar, tidak menampilkan jam terbina dalam, serta tidak menyokong enkripsi.[17] Semasa melayari laman yang dienkrip menggunakan Opera Mini 3 Basic, laman tersebut sebenarnya dinyahenkrip sebelum dihantar ke telefon bimbit.[40]

  • Opera Mini 3 Basic menggunakan fon utama saiz "sederhana"
    Opera Mini 3 Basic menggunakan fon utama saiz "sederhana"
  • Opera Mini 3 Basic menggunakan fon saiz "besar"
    Opera Mini 3 Basic menggunakan fon saiz "besar"

Anugerah

[sunting |sunting sumber]
  • Anugerah KandunganSony Ericsson bagi "Mobiliti Produktif" 2007[45]
  • "Anugerah Aplikasi Bimbit Tahunan" GetJar 2007[46]
  • Mobile Gala "Program Terbaik untuk telefon bimbit" 2005 dan 2006[47]
  • Anugerah Gaya Hidup Digital CHIP.de 2006[47]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Opera Mini translated into over 50 languages; 15 more to come later this month". 2007-11-07. Dicapai pada2007-12-29.
  2. ^Root sofware
  3. ^"Affiliated Organization of Firefox and Mozilla"(PDF). Mozilla Japan. 2006. Dicapai pada2007-10-24.
  4. ^Goldman, Daniel (2006-05-03)."Opera Mini 2.0 ReleasedDaniel Goldman".Opera Watch. Dicapai pada2007-12-21.
  5. ^"Have WAP but want WEB? Introducing Opera Mini for mobile phones" (Siaran akhbar).Opera Software. 2005-08-10. Dicapai pada2007-12-05.
  6. ^"Mobile comfort in the cold: Opera Mini beta now available free in the Nordics" (Siaran akhbar).Opera Software. 2005-11-10. Dicapai pada2008-01-02.
  7. ^"The full Internet for all mobile phones: Opera Mini launched in Germany" (Siaran akhbar).Opera Software. 2005-11-10. Dicapai pada2008-01-02.
  8. ^Gohring, Nancy (2006-01-24)."Opera Officially Launches Mini Browser".PC World. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-12-19. Dicapai pada2007-12-05.
  9. ^"Mini Gets Mighty: Introducting Opera Mini 2.0 for your mobile phone" (Siaran akhbar).Opera Software. 2006-05-03. Dicapai pada2007-12-21.
  10. ^Goldman, Daniel (2006-11-01)."Limited testing of Opera Mini 3 beta".Opera Watch. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-08-25. Dicapai pada2007-12-21.
  11. ^Spilling, Marianne (2006-11-22)."Opera Mini 3.0 Beta 2".Opera Software.Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-26. Dicapai pada2007-12-21.
  12. ^"Opera Mini drives social networking on mobile phones" (Siaran akhbar).Opera Software. 2006-11-28. Dicapai pada2007-12-21.
  13. ^abSchön, Johan (2007-11-07)."The power of the Web with Opera Mini 4".Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-08. Dicapai pada2007-12-24.
  14. ^abcd"Opera Mini Features".Opera Software. Dicapai pada2007-12-21.
  15. ^Calore, Micheal "Opera 4 Beta ReleasedDiarkibkan 2009-01-10 diWayback Machine",Wired News, June 19, 2007
  16. ^Heater, Brian "Opera Mini 4 Goes LiveDiarkibkan 2008-08-28 diWayback Machine", AppScout (Ziff Davis), November 7, 2007
  17. ^ab"What are the differences between the "Basic (MIDP 1)" and the "Advanced (MIDP 2)" versions?".Opera Mini FAQ.Opera Software. Dicapai pada2007-12-19.
  18. ^"Generic Advanced MIDP 2".Download Opera Mini.Opera Software. Dicapai pada2007-12-19.
  19. ^ab"Generic Basic MIDP 1".Download Opera Mini.Opera Software. Dicapai pada2007-12-19.
  20. ^"Opera Software chooses Google as search partner".Reuters. 2005-12-28. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-09-06. Dicapai pada2007-10-11.
  21. ^"Opera Names Yahoo! Exclusive Global Partner for Mobile Search" (Siaran akhbar).Yahoo!. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-10-13. Dicapai pada2007-10-11.
  22. ^"Developer case study:Managing Java fragmentation, Opera Software's Java ME browser client: About Opera Mini".Sony Ericsson. 2006-06-23. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-08-25. Dicapai pada2007-12-19.
  23. ^"Opera 3Q05 Results"(PDF). 2005-11-21. m/s. 16. Dicapai pada2007-12-19.
  24. ^Duncan, Geoff (2006-01-24)."Opera Mini Officially Brings Web to Mobiles". Digital Trends News. Dicapai pada2007-10-18.
  25. ^"What is the difference between 'http connection' and 'socket connection'?".Opera Mini FAQ. Dicapai pada2008-01-03.
  26. ^Gohring, Nancy (2006-01-24)."Opera Officially Launches Mini Browser".PC World. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-12-19. Dicapai pada2007-12-24.
  27. ^Angel (2005-08-17)."Review of Opera Mini on the Treo 650". treo Addicts. Dicapai pada2007-12-24.
  28. ^abc"Opera Mini Simulator".Opera Mini Features.Opera Software. Dicapai pada2008-01-04.
  29. ^Goldman, Daniel (2007-08-15)."How to get higher quality images with Opera Mini?".Opera Watch. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-01-13. Dicapai pada2008-01-04.
  30. ^abStorey, David (2007-08-31)."Evolving the Internet on your phone: Designing web sites with Opera Mini 4 in mind".Opera Software. Dicapai pada2008-01-16.
  31. ^"Configuring search engines".Opera Mini Features.Opera Software. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-01-12. Dicapai pada2008-01-04.
  32. ^"Shortcuts".Opera Mini Features.Opera Software. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-01-12. Dicapai pada2008-01-04.
  33. ^"Settings".Opera Mini Features.Opera Software. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-01-12. Dicapai pada2008-01-04.
  34. ^"RSS feeds".Opera Mini Features.Opera Software. Dicapai pada2008-01-04.
  35. ^"Bookmarks".Opera Mini Features.Opera Software. Dicapai pada2008-01-04.
  36. ^"Downloads".Opera Mini Features.Opera Software. Dicapai pada2008-01-04.
  37. ^"History".Opera Mini Features.Opera Software. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-01-12. Dicapai pada2008-01-04.
  38. ^"What is the purpose of the screen where you need to press keys until the indicator is full?".Opera Mini FAQ.Opera Software. Dicapai pada2007-01-03.
  39. ^"Recommendation for Mobile Banking Vendors & An Update on Opera Browsers". 2007-10-14. Dicapai pada2007-12-10.|first= missing|last= (bantuan)
  40. ^ab"Why does the page information say that the connection is not secure when you said all traffic is encrypted?".Opera Mini FAQ.Opera Software. Dicapai pada2007-12-10.
  41. ^Storey, David (2007-06-18)."CSS3 Selectors support on your phone".Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-22. Dicapai pada2007-12-22.
  42. ^"Opera Mini 4 beta out". 2007. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-10-10. Dicapai pada2007-12-22.Unknown parameter|month= ignored (bantuan)
  43. ^"Opera Mini Simulator".Opera Software. Dicapai pada2007-12-22.
  44. ^Dennis (2006-11-02)."Opera Mini 3.0 beta".Wap Review. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-12-05. Dicapai pada2007-12-20.
  45. ^"Sony Ericsson names Opera Mini best productivity app" (Siaran akhbar).Opera Software. 2007-12-19. Dicapai pada2007-12-23.
  46. ^"GetJar presents annual 'Mobile Application of the Year Award' to the Opera Mini Web browser" (Siaran akhbar).Opera Software. 2007-12-10. Dicapai pada2008-01-02.
  47. ^ab"Reviews and Awards".Opera Software. Dicapai pada2007-10-13.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Opera_Mini&oldid=5556757"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp