Rupa dan sifat Oni sekarang hampir sama dengan zaman dahulu. Tetapi, anggapan tentang kewujudan Oni sangat berubah. Pada zaman dahulu, lebih ramai orang percaya bahawa Oni ialah makhluk yang wujud dan menakutkan. Pada zaman ini iaitu selepas zaman Edo, Oni muncul dalam pelbagai hiburan seperti cerita rakyat, Kabuki dan Jyoururi.[2]
Zaman Nara ( Awal Abad 8 – Akhir Abad 8)
Pada zaman Nara, gambar Oni dipengaruhi oleh agama Buddha mula dibentuk. Sebelum zaman Nara, Oni dihubungkaitkan dengan golongan manusia. Pemerintahan Yamato memanggil rakyat yang tidak patuh kepada pemerintahan sebagai Oni dan menguasai mereka. Selain itu, terdapat catatan bahawa orang asing dianggap sebagai Oni dalam “Nihon Syoki”.[3]
Gambar Oni yang jelas terbentuk secara beransur-ansur selepas agama Buddha tersebar pada akhir zaman Nara. Oni muncul dalam cerita agama Buddha untuk menjelaskan rezeki agama Buddha. Pada zaman ini, Oni mula digambarkan sebagai pengawal neraka. Dalam “ Nihon Ryouiki”, terdapat cerita yang mengatakan bahawa Oni datang untuk membawa manusia ke neraka.[4]
Zaman Heian(Akhir Abad 8- Akhir Abad 12)
Pada zaman ini, terdapat ramai orang yang takut akan Oni kerana Oni dianggap sebagai ancaman sebenar. Oni merupakan gabungan antara hantu asli dan kepercayaan asli. Tambahan pula, keluarga Fujiwara yang mempunyai kuasa ketika itu menggunakan Oni untuk menerangkan perkara yang tidak disukai mereka. Oleh itu, Oni menjadi simbol ketakutan pada zaman tersebut.[5]
Zaman Kamakura(Akhir Abad 12- Awal Abad 14)
Pada zaman ini, imej Oni telah berubah. Oni menjadi watak dalam cerita sahaja. Dalam cerita, Oni mempunyai dua imej. Imej yang pertama mempunyai persamaan dengan zaman Nara dan Heian, iaitu Oni dari dunia lain. Yang kedua, Oni dalam dunia sebenar iaitu pencuri, orang miskin dan lain-lain.[6]
Zaman Edo (Abad 17 – Tengah Abad 19 )
Pada zaman ini, Oni bukan sahaja digambarkan sebagai makhluk yang menakutkan, tetapi juga dianggap sebagai makhluk yang lucu. Terdapat beberapa Oni yang menjadi watak dalam hiburan seperti Kabuki, Jyoururi dan cerita. Oni sebagai watak dalam hiburan tersebut berterusan sehingga kini.[7]
Oni boleh muncul dalam pelbagai jenis warna kulit, namun warna-warna merah, biru atau hijau adalah warna yang biasa ditampakkan.[8][9]
Oni sering mempunyai satu atau lebih tanduk di kepala. Ia turut berkuku tajam dan berambut panjang kusut masai,[10] ia memakai kaincawat khususnya dari kulitharimau.
Makhluk ini bersenjatakan alat mirip belantan iaitukanabō (金棒).
Kuil-kuil Shinto sering dibina menghadap arah "timur laut" (鬼門kinmon "pintu puaka" atau 丑寅ushitora "lembu-harimau") yang dipercayai pintu ia memasuki alam manusia, perkara ini juga mengilham penampilan bertanduk oni.[13][14][15]
Pada hari sebelum keraianbermulanya musim bunga pada bulan Februari, orang Jepun melakukan upacara menghalau oni dari rumah-rumah mereka dengan membalingkacang soya panggang sambil melaung "Oni wa soto! Fuku wa uchi!" (「鬼は外!福は内!」, "Oni keluar!Tuah ke mari!").[16][17]