One Republic (juga digelar sebagaiOneRepublic) ialah kugiranpop rock Amerika yang dibentuk dan berasal dariColorado Springs, Colorado[2] pada tahun 2002. Ahli mereka terdiri daripada vokalis utama,Ryan Tedder, gitarisZach Filkins danDrew Brown, pemain bass dan seloBrent Kutzle, dan pemain drumEddie Fisher. Kumpulan ini mula dikenali melalui laman sosialMyspace.[3] Pada penghujung 2003, selepas OneRepublic mengadakan persembahan di sepanjangLos Angeles, mereka akhirnya bersetuju menandatangani kontrak dengan Velvet Hammer, sebuah rekod label di bawahColumbia Records. Album pertama mereka diterbitkan olehGreg Wells semasa musim panas dan luruh pada tahun 2005 di studionya, Rocket Carousel, di Bandar Culver, California. Album yang sepatutnya diterbitkan pada 6 Jun 2006, terpaksa ditangguhkan selama dua bulan.Single pertama album terseut, "Apologize", diterbitkan pada 30 April 2006, melalui laman Myspace telah menerima reaksi positif peminat dan mengungguli tempat pertama carta Myspace tersebut.
Pada 2007, OneRepublic menerbitkan album debut mereka,Dreaming Out Loud.Single pertama, "Apologize", telah diremixkan olehTimbaland, menjadi perhatian antarabangsa, mencapai tempat pertama di enam belas buah negara menyebabkan mereka memenangi pencalonanGrammy Award.[4]Single kedua, "Stop and Stare", juga menempah kejayaan yang sama. Album tersebut kemudian dianugerahkan pengiktirafanPlatinum olehRecording Industry Association of America (RIAA). Album kedua mereka,Waking Up (2009), yang mengandungi lagu-lagu seperti "All the Right Moves", "Secrets", "Marchin On", dan "Good Life", disenaraikan sebagai sepuluh lagu teratas oleh USBillboard Hot 100.
Album ketiga OneRepublic,Native (2013), menjadi album sepuluh teratas olehBillboard 200. Lagu "If I Lose Myself", disenaraikan bersama sepuluh lagu teratas di beberapa negara, manakala single ketiga, "Counting Stars", disenaraikan sebagai antara lima lagu teratas di negara-negara seperti Australia, Kanada, Jerman, Ireland, New Zealand, Amerika Syarikat dan United Kingdom. ia juga mendapat tempat kedua pada USBillboard Hot 100, menyamai kejayaan "Apologize" pada 2007.
Pada 7 Oktober 2016, OneRepublic menerbitkan album studio keempat merekaOh My My, yang menampilkan kolaborasi bersama artis lain, termasuklahCassius,Peter Gabriel, danSantigold. Pelbagai single diterbitkan, antaranya "Wherever I Go", pada 13 Mei 2016, kemudian "Kids", diterbitkan pada 12 Ogos 2016, yang dianggap sebagai perubahan pada penghasilan bunyi yang berbeza berbanding lagu-lagu dari album-album terdahulu. Hal ini menimbulkan kritikan peminat terhadap mereka. Pada 2017, mereka menghasilkan single "No Vacancy", "Truth to Power", "Stranger Things" bersamaKygo dan "Rich Love". Kini, OneRepublic telah menjual lebih 10 juta rekod di serata dunia.
- Ahli terkini
- Ryan Tedder – Vokalis utama, gitar, piano, keyboards, percussion (2002–kini)
- Zach Filkins – gitar,biola, suara latar (2002–kini)
- Drew Brown – gitar, suara latar, piano, keyboards, percussion (2002–kini)
- Eddie Fisher – pemain drum, percussion, gitar (2005–kini)
- Brent Kutzle – bass,selo, suara latar, piano, keyboards, gitar (2007–kini)
- Ahli jelajah
- Brian Willett – keyboards, suara latar, drum, percussion(2012–kini)
- Bekas ahli
- Jerrod Bettis – dram, percussion(2002–05)
- Tim Myers – bass, gitar(2002–07)
Templat:OneRepublic