Semua molekul organik pada makhluk hidup sepertiprotein,karbohidrat danlemak, mengandung unsur oksigen, begitu juga dengan sebatian tidak organik pada cangkerang, gigi, dan tulang. Sebahagian besar oksigen dalam tubuh makhluk hidup tersebati denganhidrogen dalam bentukair (H2O) yang penting untuk kelangsungan hidup itu sendiri. Oksigen dalam bentukO dihasilkan dari air secarafotosintesis olehsianobakteria,alga dantumbuhan dan digunakan padarespirasi sel oleh hampir semua hidupan. Oksigen beracun kepada organismehidupan anaerobik yang paling dominan pada masa-masa awal evolusi kehidupan.O kemudian mula berkumpul di atmosfera sekitar 2.5bilion tahun lalu.[6] Terdapat pulaalotrop oksigen lainnya sepertiozon (O) yang membentuklapisan tinggi dari atmosfer melindungibiosfera dariradiasi ultraungu, tetapi pada permukaan bumi ia adalah polutan yang merupakan produk samping dariasbut.
Pada suhu dan tekanan biasa, oksigen didapati sebagai dioksigen, yakni molekul dua atom oksigen dengan formula kimia O2. Oksigen ialah gas yang dibebaskan olehtumbuhan ketika prosesfotosintesis, dan diperlukan oleh spesies manusia dan juga spesies haiwan untuk pernafasan. Oksigen cair dan pepejal mempunyai warna biru lembut dan mempunyai sifat paramagnet (mudah menjadi magnet).Oksigen cair biasanya dihasilkan dengan proses perbezaan suhu dari udara cair (disejukkan sehingga menjadi cecair).
Selain itu, bentuk oksigen yang lain ialah trioksigen atau lebih dikenali sebagaiozon, O3. Bentuk oksigen ini adalah begitu reakitf dan boleh menjejaskan tisu peparu.[7] Bentuk ini terhasil melalui tindak balas sebatian dioksigen dengan atom oksigen yang terhasil daripada pemisahan O2 olehsinar ultraungu (UV) dimesosfera Bumi. Disebabkan ozon banyak mengalami penyerapan di bahagian sinar UV dalamspektrum elektromagnet,lapisan ozon di atmosfera bertindak sebagai pertahanan radiasi bagi Bumi.[8]
Oksigen biasanya digunakan sebagai pengoksida, di mana hanyafluorin mempunyai negatif elektron yang lebih tinggi. Oksigen juga digunakan sebagai bahan pengoksida dalam bahan apiroket. Oksigen juga penting untuk pernafasan dan digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan. Oksigen juga digunakan dengan meluas di kawasan yang kurang oksigen seperti pendakigunung, juruterbang yang membawa bekalan oksigen tambahan. Oksigen juga digunakan untuk pengimpalan dan dalam proses pembuatan besi dan metanol.
Oksigen mempunyai pengkhayalan sederhana dan digunakan sebagai bahan perangsang semenjak abad ke-19 lagi sehingga sekarang. Pada abad ke-19, oksigen bercampur dengannitrus oksida dan digunakan sebagai ubat bius.
Oksigen ialah sebuah unsur penting tubuh manusia, bersama-sama denganhidrogen,karbon dannitrogen. Namun begitu, oksigen merupakan satu-satunya unsur yang diperlu setiap minit. Kesemua proses penting, seperti pernafasan, peredaran, fungsi otak, penghadaman, penyingkiran bahan buangan, pertumbuhan sel dan tisu, serta pembiakan hanya berlaku apabila terdapat banyak oksigen. Oksigen ialah sumber tenaga yang segera bagi kebanyakan proses metabolisme dalam sel dan tisu.
Michał Sędziwój, seorang ahlialkimia, filsuf, dan tabibPoland dalam karyanyaDe Lapide Philosophorum Tractatus duodecim e naturae fonte et manuali experientia depromti (tahun 1604) menggambarkan zat terkandung di udara yang disebut sebagaicibus vitae ("makanan kehidupan")[9] yang dikait rapat dengan oksigen.[10] Selama ujikaji dilakukan Michal yang dilakukan antara tahun 1598 dan 1604, mengenali dengan tepat bahwa zat tersebut setara dengan produk sampingan gas yang dilepaskan oleh penguraian bersuhukalium nitrat. Sejarawan Poland Roman Bugaj berpendapat penulenan oksigen dan bahan berkaitan yang tepat dari zat tersebut ke dalam bahagian udara yang diperlukan untuk kehidupan, adalah bukti mencukupi menyokong penemuan oksigen oleh Sędziwój.[10] Namun, penemuan beliau sering dibantah oleh generasi ilmuwan dan ahli kimia berikutnya.[11]
Gas oksigen tulen pertama kali diperolehiKarl Wilhelm Scheele, pakar farmasi Sweden, secara menghasilkan gas oksigen dengan memanaskan raksa oksida dan berbagai jenis nitrat sekitar tahun 1772.[3][11] Scheele menyebut gas perolehan ini ini 'angin api' (Feuerluft) kerana kemampuannya menyalakan api dan menuliskan pengamatannya ke dalamAbhandlung von der Luft und dem Feuer (Tatanan Angin dan Api) yang tidak sampai terbit hingga tahun 1777.[12][13]
Joseph Priestley biasanya diberikan prioritas dalam penemuan oksigen
Pada 1 Ogos 1774,Joseph Priestley memulakan uji kaji sendiri menumpukan cahaya matahari ke arahraksa oksida (HgO) yang diuraikan dalam tabung uji menghasilkan suatu wap gas yang meruap;[3] gas yang didekatkan lilin akanmenyala lebih terang dan tikus uji yang didedahkan kepada gas ini akan menjadi lebih aktif dan hidup lebih lama ketika menghirup udara tersebut. Setelah mencuba menghirup gas itu sendiri, beliau mencatatkan rasanya "tidak begitu lain dari udara biasa, tapi saya perasan dada saya lebih ringan dari biasa selepas beberapa ketika."[14] Hasil ujikaji ini dicatatkan tahun berikutnya dalam sebuah laporan yang berjudul "An Account of Further Discoveries in Air"; laporan ini pula dimasukkan ke dalam jilid kedua bukunya yang berjudulExperiments and Observations on Different Kinds of Air.[11][15]
Seorang kimiawan Perancis,Antoine Laurent Lavoisier kemudian mendakwa bahwa ia telah menemukan zat baru secara independen. Namun, Priestley mengunjungi Lavoisier pada Oktober 1774 dan memberitahukan Lavoisier mengenai ujikaji memperoleh gas baru tersebut sendiri. Scheele juga mengirimkan sebuah surat kepada Lavoisier pada 30 September 1774 yang menjelaskan penemuannya mengenai zat yang tak diketahui, tetapi Lavoisier mendakwa tidak ada menerima surat tersebut (sebuah salinan surat ini ditemukan dalam barang-barang peribadi Scheele setelah kematiannya).[12]
Antoine Lavoisier menguji kaji terhadap segumpaltimah yang dipanaskan dalam suatu bekas dan mengamati bahawa berat keseluruhan timah tidak tertambah meskipun dipanaskan dalam bekas yang tertutup; beliau menyimpulkan udara segera masuk ke dalam wadah sekali dibuka tetapi sebahagiannya telah "dimakan" api tunu tersebut, berat timah juga ditimbang telah meningkat bersamaan dengan berat udara yang masuk ke dalam wadah tersebut.[16]
Hasil kajian ini dicatatkan dalam bukunyaSur la combustion en général ("Perihal Umum Pembakaran") yang terbit pada tahun 1777 yang membincangkan bahawa udara campuran suatu gas "penghidup" (vital) dalam pembakaran dan pernafasan dengan suatu gas lawan "mati" atauazote (Bahasa Yunani Kuno:ἄζωτον,azōton); yang kedua ini kemudiannya dikenal lanjut sebagainitrogen.[16] Pada tahun sama, beliau memberi nama baru kepada unsur ini:[17][18]
Nous avons donné à la base de la portion respirable de l'air le nom d'oxygène, en le dérivant de deux mots grecs ὀξύς,acide et γείνομαι,j'engendre, parce qu'en effet une des propriétés les plus générales de cette base...est de former des acides en se combinant avec la plupart des substances... ("Kami menamakan bahagian asas udara yang boleh dihirup sebagai oxygène diterbitkan daripada dua kata Yunani ὀξύς,tajam [yakni rasa air berasid] dan γείνομαι,melahirkan, kerana salah satu sifat umum bendasas ini ialah menghasilkan asid secara campuran dengan kebanayakan bahan")
Oksigen merupakan unsur terbanyak dalamkerak bumi, dianggarkan sebanyak 46.7% daripada mengikut berat. Oksigen merangkumi 87% daripada lautan (sebagaiH2O, dan 21% daripada udaraBumi (sebagai O2, molekul oksigen, atau O3,ozon). Sebatian oksigen, terutama dalam logam, silika (SiO44-) and karbonat (CO32-), mudah didapati dalam batu dan tanah.Air beku ialah pepejal biasa di planet lain dan komet. Ais diMarikh terdiri daripada karbon dioksida beku. Sebatian oksigen didapati di merata Alam dan spektrum oksigen diperhatikan dalam cahayabintang. Malahbintang tidak mampu menghasilkan cahaya tanpa oksigen.
Dioksigen, O2, ialah gas dan terdiri daripada 2 atom oksigen. Paling biasa ditemui, kerana ia membentuk 21% atmosfera.Ozon, O3, juga gas dan terdiri dari 3 atom oksigen
Disebabkankeelektronegatifannya, oksigen membentukikatan kimia dengan hampir semua unsur lain, dan dari sinilah datangnya takrifanpengoksidaan. Cuma gas adi sahaja yang kebal dari pengoksidaan.
Air, oksida hidrogen, H2O ialah oksida serta sebatian oksigen yang paling umum.
Permukaan kebanyakan logam sepertialuminium danbesi teroksida untuk membentuk suatu lapisan oksida yang nipis yang boleh memperlahankan proses hakisan.
^Priestley, Joseph (Jan 1775). "An Account of Further Discoveries in Air. By the Rev. Joseph Priestley, LL.D. F. R. S. in Letters to Sir John Pringle, Bart. P. R. S. and the Rev. Dr. Price, F. R. S.".Phil. Trans. Band 65.: 384–94.doi:10.1098/rstl.1775.0039.
^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaNBB299
^abRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaECE5002
^de Menten de Horne, Pierre (2013). "oxygène".Dictionnaire de chimie: Une approche étymologique et historique (dalam bahasa Perancis). De Boeck. m/s. 227.ISBN978-2-8041-8175-8.