Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Okapi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Okapi
DiHidupan Liar Marwell, England
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Okapia

Lankester, 1901
Spesies:
O. johnstoni
Nama binomial
Okapia johnstoni
(P.L. Sclater, 1901)
Kawasan taburan

Okapi (Okapia johnstoni) ialahmamalia dariHutan Hujan Ituri diAfrika Tengah. Walaupun kulit berbelang okapi menyerupai kulitkuda belang, okapi memiliki hubungan lebih dekat denganzirafah. Sifat fizikalnya yang menyerupai kuda belang dan zirafah mencetuskan anggapan wujudnya kacukan antara keduanya.

Haiwan yang berasal dari Hutan Hujan Ituri di timur lautRepublik Demokratik Congo ini mula dikenal pasti pada tahun 1901.

Etimologi dan sejarah

[sunting |sunting sumber]

Gambaran terawal okapi boleh ditarikhkan kembali hingga abad kelima SM melalui sebuah ukiran diApadana,Persepolis yang dipercayai seekor okapi yang dijadikan sebagai hadiah daripada pihak Habsyah kepadawangsa Parsi Achaemenid.[2]

Okapi dilaporkan secara rasmi buat pertama kali oleh ahli zoologi Inggeris,Philip Lutley Sclater pada 1901 sebagaiEquus johstoni. Laporan tersebut menyatakan bahawa penduduk asal habitat itu memanggilnya sebagaio',api manakala satu lagi nama,okapi dilaporkan oleh pendudukBambuba di situ.[3]

Taburan

[sunting |sunting sumber]

Okapi bersifat endemik diRepublik Demokratik Congo di bahagian utara dan timurSungai Kongo serta populasi kecil di kawasan barat dan selatan sungai. Okapi sudah pupus diUganda.

Pemuliharaan

[sunting |sunting sumber]

Okapi mendapat taraf sebagaihaiwan terancam olehIUCN.[4] Binatang ini mendapat perlindungan penuh dalam perundangan Congo, dan terdapat beberapa pusat pemuliharaan sepertiRizab Hidupan Liar Okapi dan Taman Negara Maliko yang menjaga populasi okapi yang besar.

Sebuah program yang dipanggil sebagaiProjek Pemuliharaan Okapi telah dilancarkan pada 1987 sebagai usaha untuk memulihara populasi okapi serta pertambahan penduduk asliMbuti.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Mallon, D., Kümpel, N., Quinn, A., Shurter, S., Lukas, J., Hart, J. A., Mapilanga, J., Beyers, R. & Maisels, F. (2015)."Okapia johnstoni".Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.IUCN.2015: e.T15188A51140517.doi:10.2305/IUCN.UK.2015-4.RLTS.T15188A51140517.en.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^"The Apadana".The Oriental Institute, The University of Chicago (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada7 Mac 2020.
  3. ^Sclater, Philip Lutley (1901)."On an Apparently New Species of Zebra from the Semliki Forest".Proceedings of the Zoological Society of London.v.1: 50–52 – melalui Biodiversity Heritage Library.
  4. ^Hebert, Amanda (26 November 2013)."Okapi Added to IUCN'S Endangered Species List" (dalam bahasa Inggeris).Jacksonville, Florida: Okapi Conservation Project. Dicapai pada3 Jun 2014.Cite has empty unknown parameter:|dead-url= (bantuan)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Okapi.
Okapia johnstoni
Antarabangsa
Kebangsaan
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Okapi&oldid=5266421"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp